Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label Bella's Closet and Crafts. Show all posts
Showing posts with label Bella's Closet and Crafts. Show all posts

06 May 2015

Aktiviti jahit menjahit bermula kembali...

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan baik. 2 minggu lepas, baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 32.. Tua dah rasa.. hihi.. Kalau dulu tgk orang berumur 32 ni rasa dah matang sangat. Tapi apesal saya nampak cam tak matang.. hahahha...

Dalam sepanjang cuti semester ni (alah 3 minggu je break nyer pun..kecohh!!! hahahaha) saya menyibukkan diri membuat kerja-kerja lama. Menjahit kraf. seronok memang seronok dapat menjahit ni. Dulu tak dapat teruskan sebab bersalin Naufal. Lepas tu sibuk dengan anak-anak. Memang tak terkejar nak buat itu ini.

Tapi sekarang dah ok sikit la. Cuma sibuk dengan kuliah pulak hujung minggu. Dapat curi masa pun malam bila anak-anak dah makan dan berehat sebelum tido. Time nilah saya curi masa sikit buat felt craft ni..

Nilah hasil 2-3 minggu menghadap kain felt tu..

Coin Purse. Nak tempah boleh je..RM 7.00 setiap satu.. Sesuai untuk anak-anak dan mak-mak jugak.. nak bagi cenderahati pun boleh...

Alligator Hair Clip . RM 2.50 je satu...

Cupcake keychain. Ni percubaan je tapi nanti saya buat cecantik lagi..

Ice-cream keychain.. haa.. yang ni saya jual.. boleh dapat murah lagi kalau beli banyak...

Snap clip hair. 


Yang ni pulak bookmark.. yang bawah ni kak siti suhaila yang order.. Nak buat cenderahati boleh jer ni... Kak siti suhaila order 4 set. Satu set RM 5 (3pcs)

Keje mengkraf ni dah jadi mudah sebab saya beli mesin big shot baru. Hasil menjual breastpump aituh, saya beli mesin untuk buat kraf pulak. Dapat gak cari pendapatan tambahan untuk tampung rawatan kakak Bella dan segala makan pakainya...

Ok.. kalau sesapa berminat nak order boleh Whatsapp saya di 0126347956 atau pm saya kat facebook.. :)

ok, bye!!

16 February 2012

hair band lagi...

Sejak-sejak saya post entry tentang hairband..Alhamdulillah, rezeki Nabila bertambah. 2 minggu ini, banyak order saya terima. Dan rasa tak menang tangan pun ada. Hehe.. Saya cuba beri yang terbaik buat pelanggan-pelanggan saya. Jika ada kekurangan, saya mohon maaf yek..

Apapun enjoy picture ini yek...


~yang atas tu pin tudung. Kak Nani punya order.. Nak sama macam Suzi :) Dan cekak khas untuk kedua anak daranya.. Anis dan Mira.. TQ kak..

Order dari Rahizah Awang.. Katanya untuk dipakai ke majlis.. :) Dan hasilnya...

Taraaaaa....

Siap.. :)

ok..yang ini pula order dari Diyana.. :)

Terima kasih kerana sudi membeli hasil kraf saya.. :) Ni on the way siapkan beberapa pasang cekak lagi.. :)

04 February 2012

Kraf lagik!!

Sejak kebelakangan ni Bellaclosetcraft agak lembap sket..hehe..Tuannya agak sibuk terkejar-kejar buat terapi dengan Nabila..

Namun begitu Alhamdulillah, rezeki Cik Bella sentiasa ada. Dapatlah tempahan sikit-sikit dari kawan-kawan.. Antaranya...

Order dari Suzi. Pin tudung buat anak daranya..

Pin tudung gak..Order dari kak Wani.. :) Banyak ooo..30 pcs.. TQ kak.. :)

3 nama order hairband.. Percubaan pertama..setelah beberapa kali gagal..hehe..

hasilnya..?

Taraaa... :)

Untuk tempahan boleh email saya di bellaclosetcraft@gmail.com  :) Tq semua...

12 December 2011

Mencuba sesuatu yang baru.. :)

Sorry..dah lama tak update tentang kraf.....Agak sibuk sebenarnya...Macam-macam perkara yang perlu dilakukan..Namun tentang hal kraf ni memang saya tak boleh lupakan... :)

Saya dapat jemputan Majlis Hari Lahir dari seorang sahabat maya . Mama Hasmyra, sudah beberapa kali menjemput saya, dan kali ini saya masih belum dapat menjejakkan kaki ke rumah Scha. Lalu saya kirimkan ini buatnya...


 Untuk pertama kalinya saya membuat ini... :)

..dan tuan punya hadiah sangat cantek...!! persis model.. :)


Maybe next time boleh buat lagi..hehe... :)

Ok..yang bawah ni apa pulak..?

Jambangan bunga khas untuk family Supermum :)

Ya, pemberian ikhlas saya buat semua family yang menyertai 1st gathering ini. 15 jambangan semuanya dan setiap jambangan saya letakkan  hiasi dengan kuntuman ros yang diperbuat dari felt dan seekor butterfly penyeri jambangan itu. 3 hari saya bertungkus lumus..dan akhirnya siap juga.. :) Hurm..kalau ada yang nak boleh la order..hehe... :)
p/s : Today, Cik Bella dok dengan ayah dia kat rumah..Sebab ibu bukan keje di Negeri Selangor.Sekolah tutup..so nak tak nak si ayah la menjaga anak. Hurm..Nasib baik Cik Bella mood baik..hehe..Kalau tak kesian Ayah Cik Bella.. Dah la tengah sakit kepala..huhu..Apapun, Cik Bella makin behave..Alhamdulillah.. :)

24 November 2011

Crochet & Felt bila bergabung....

Sebenarnya dah 3 hari saya cuba menyiapkan crochet ini. Almaklumlah..bukan pandai mana pun lagi.. Tapi dah gila crochet punya pasal..belasah jelah ek..hehe..


15 bijik crochet semuanya..Tapi ni belum kira yang kelopaknya tak menjadi..Agak-agak dah berpuluh kuntum bunga saya kait..hehe..

RM 3.50 each.. ( beli banyak boleh murah dan saya bagi free paperbag ok)

Memandangkan pembuatannya agak susah sedikit, maka harganya pun boleh tahan jugaklah kalau nak dibandingkan dengan harga snap hair clips yang menggunakan felt. Tapi selalunya pun bila orang beli, sure saya akan bagi diskaun. Harga tak sama dengan harga yang saya papar di blog. Yelah, saya buat ni suka-suka sahaja. Bukannya sebagai pendapatan tetap pun. Hanya kerana saya minat dengan barangan kraf ini.. :)

Dan saya sudah mulakan kaedah terbaru.. Yang mana bila pelanggan beli banyak dan mahu menghadiahkan kepada orang, saya sediakan sekali paper bag hasil tangan saya sendiri untuk tujuan pembungkusan. Semua ni sebenarnya hasil saya bekerja part time di Memory Lane dulu..Hurm..untung sebenarnya bekerja di gift shop ni. Saya di ajar bermacam kaedah membalut hadiah, buat bunga dari reben, hiasan dan sebagainya. Sampai kan ada customer datang siap nak ambil saya bekerja pulak dengan dia...hehe...

Yang ni ada sepasang je..So, siapa cepat dia dapat ek.. :)

RM 3.50 each

To Puterifariesha : Order awak dah siap ek.. :)  Nanti email kat saya details nya k.. :)

sold outt!!!

19 November 2011

Sale!!

Nak habiskan stok.. Lagi banyak anda beli saya boleh bagi diskaun lagi...

LEGGING BABY 
Saiz : 6-12 bln 

RM 21.00 (3 pcs)

*RM 9.00 untuk pembelian 1 helai

*tinggal satu set je nih..

GUESS TOP
 Saiz : 4y , 5y 

RM30.00

RM 25.00



 OSHKOSH TOP BLOUSE

Size : 18m , 24m

RM 34.00

RM 26.00


 OSHKOSH TOP (BROWN)

Size : 5 y ( small cutting)

RM 28.00

RM 23.00


 OSHKOSH TOP (PINK)

Size : 4y , 6y (small cutting)

RM 28.00

RM 23.00

 BABY GAP (T-COLLAR) RED

Size : 3y , 4y

RM 38.00

RM 29.00
 GUESS  (T-COLLAR)

Size : 2y

RM 38.00

RM 27.00

Berminat? Boleh email saya di bellaclosetcraft@gmail.com untuk order

Booking dan pembayaran hanya dibenarkan dalam masa 2 hari sahaja dari tempoh order.


Happy shopping....!!

ALL Sold out!!

13 November 2011

Craft again?

Tumpang lalu untuk promote barang kraf saya...

Alligator hair clip
Small Size (sesuai untuk kanak-kanak 1-2 tahun)

  RM 2.50 per pc
4 pcs RM 8.00 sahaja..


 Alisa (sepupu saya , makcik Nabila) wearing headband

  
 Sold out!!

  
 Sold out !!

 
Green Star Printed Felt

RM 2.50 per pc

Sepasang RM 4.00

Cocoa Flower Printed Felt

RM 2.50 per pc

Sepasang RM 4.00


~sold out!! ~

Blue Star Printed Felt

RM 2.50 per pc

Sepasang RM 4.00


~sold out~ 

Kebetulan kawan saya, Aja order 25 pcs pin tudung/keronsang, jadi saya tambahkan kuantiti untuk dijual juga.. :)

Sesuai di gunakan pada tudung shawl atau syria.. :)
ala pakai macam ni...


Just RM 2.00 each


Order untuk Aja
Ready untuk di pos kepada owner nya.. :)

Black & White Set

1. small hair clips (alligator) - RM 2.50
2. pin tudung/keronsang - RM 2.00
3. big hair clips (alligator) - RM 4.50 - sepasang - kalau each RM 2.50
4. Ribbon hair clips (alligator) - RM 4.00 sepasang - kalau each RM 2.50

Sesuai untuk diberi sebagai hadiah
Kalau beli set, percuma paper bag untuk bungkusan.

Whole set RM 12.00 sahaja....
 ~ sold out~

* PLEASE BE MY 1ST FOLLOWER @ Bella Closet &Craft
*HAPPY SHOPPING.. :)

29 October 2011

'Office ' di rumah....

Wah..kalau office kat rumah kan best..Saya tak terkejar-kejar untuk punch card..Tak kena marah dengan bos..atau saya masuk kerja ikut suka hati saya.. :)

Hurm..dah lama impikan begini..Tapi bila difikirkan agak susah untuk direalisasikan. Mustahil sebenarnya.. Namun kalau usaha tak salah kan...

Ala bukan apa pun, saja nak tunjuk office kecik saya..

Bilik kecil yang asalnya stor barang-barang. Last jadi bilik ILHAM KREATIF saya..(huh..kreatif ke? muahahaha..) - Sila abaikan baju yang bergantungan tuh. Tu bukan baju yang saya jahit ok..Almari semua dah full..Incik Suami komplen palang almari asyik runtuh je dek menahan baju yang banyak.. Dah macam kedai baju pun ada..huhu..Alamak..botol TF pun ada..pasal ada cerita pasal TF kejap lagi.. :)

Meja jahit dan dibawahnya barang-barang kraf saya..Felt yang banyak tu untuk buat cenderahati perkahwinan adik saya.. :) Suka sangat meja nih..Berbaloi-baloi beli khas untuk saya memotong kain.. :) Takdelah sakit pinggang bila memotong kain.. :) -meja bersepah, tengah dok potong kain untuk baju kurung saya sendiri..

Mesin jahit kesayangan saya..huhu..bukan senang tau nak mintak kat Cik Abang belikan mesin nih..Harus digunakan sebaik mungkin.. :)

weeee..cik button saya..penuh.. :) Ni semua stok untuk cenderahati adik..saya suka drawer nih.. :) Owh ya..saya sedang tunggu cik abang belikan drawer seperti ini lagi..Semua dah penuh..Nak cari drawer yang besar sket.. :)

Bilik kerja bersepah, standardlah kan..klu tak bersepah bukan bilik kerja namanya.. Disinilah saya menyibukkan diri dengan kerja-kerja peribadi saya.. :) Saya sukakan semua ini.. :)

Owh lupa, pagi tadi saya menerima satu bungkusan. Dah lama saya nantikan bungkusan ini. Transfer Factor, supplement untuk Nabila.. Harga? Kalau beli banyak dapat lah RM150. Fuhhhhhh semangat!! 60 bijik je dalam botol nih...

Moga kesihatan Nabila terus baik selepas ini. Ramai dah yang suruh saya beli.. Dengan harganya, berfikir panjang saya untuk membelinya. Bila mengenangkan Nabila yang sering sakit sejak kebelakangan ini, saya harus mencubanya. Pejam mata jelah ibu keluarkan duit untuk beli supplement ini. Demi Nabila, saya rela korban segalanya....


23 October 2011

Busy like a bee....

Huhu...Adoiyaiii..sebenarnya ada je entry nak masuk dalam blog..Tapi si Ibu agak sibuk, lagi-lagi minggu lepas, Nabila tak sihat. 2 hari ponteng sekolah dan duduk berehat di rumah neneknya...

Plus, ibu sibuk dengan benda-benda ni...

muahaha..cari duit..!!Adik sibuk nak tolong jualkan dekat staf-staf di Tesco.. :)

Itulah gayanya kalau nak belajar buat semua benda..Sapa yang cari pasal kan..hehehe..

Hurm..2 minggu saya cuba belajar buat nih..

1st bunga yang jadi setelah berpuluh-pulh kali mencuba. Belajar sendiri tau..takde cikgu pun..hehehe...

2-3 hari ni, Nabila agak sensitif. Langsung tak mahu saya berjauhan dengannya. Asyik-asyik menangis. Entah apa silap saya , saya tak pasti. Saya cuba berfikir kalau-kalau saya yang buat salah, namun saya tak jumpa... :(

Semalam, saya bawa juga Nabila berjumpa dengan Kak Raw. Atas tiket sudah 2 minggu tak datang dan kes Nabila menangis tak henti-henti nih. Sebelum balut, Kak Raw bacakan doa dan ambil air minuman Nabila yang sudah dibacakan doa, ditepuknya ke kepala Nabila berulang kali. Kata Kak Raw, maybe Nabila nampak 'sesuatu'. Dan maybe juga sakit perut sebab angin dah terlalu banyak masuk ke dalam badan. Huh!! Mana tak banyak angin! Asyik menangis je..Mau tak kembung perut tuh...

Dan malamnya, kami meredah gelap malam pekat ke rumah Kak Raw sekali lagi. Atas tujuan mandi air masjid.  Hurm..dah lama ibu ngan ayah tak kena simbah dengan Acik Raw nih..hehe..sejuk kut, malam-malam kena simbah. Air yang Kak Raw pukul ke badan Nabila,  buat Nabila menahan sakit sampai berdiri sendiri sebab tak tahan sakit..hehe..

Hurm..Ahad..? Apa je nak buat kat rumah. Tapi rasa hari ini memang malas nak kemana-mana. Nak settle kan kerja-kerja rumah. Huhu....


14 October 2011

Menjual tudung pula....

Hurm..nampak macam saya ni tak duduk diam kan..hehehe..Haritu saya sibuk menjual baju-baju bayi dan hasil-hasil kraf saya di Bella Closet & Crafts . Ok kini saya bersama partner saya, Kak Ida membuka satu lagi perniagaan online iaitu.. Idana Hijab Collections .

So far Alhamdulillah, mendapat sambutan. Saya memang sukakan tudung Annisa yang sememangnya selesa untuk dipakai. Lembut dan sejuk. Jahitannya juga kemas.. :)

Sebenarnya memang saya cuba curi masa untuk berniaga online, walaupun sibuk dengan tgas-tugas harian di pejabat dan juga hal-hal Nabila. Kalau nak diikutkan saya taklah nak dapat untung pun, sebab kerana minat, saya cuba usahakan. Memang dah lama saya ingin lakukan semua ni, cuma dulu memang mahu tumpukan pada Nabila. Sekarang pun masih tumpu pada Nabila, cuma keadaan sekarang sudah agak berbeza dari dulu.. :)

Selain tudung Annisa kami juga menjual Tudung Bawal No. 1 bercorak batik. Kami juga sedang mencari pemborong dan harga boleh runding lagi.. :)

Ni antara tudung yang kami jual.. :) Berminat? Klik pada Idana Hijab Collections ni yek.. :)