Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

19 February 2009

APA ITU CEREBRAL PALSY?

Entry kali ini saya tidak bercerita tentang Nabila. Cuma mahu berkongsi sedikit informasi tentang Cerebral Palsy. Mengapa? Ramai yang bertanyakan kepada saya maksud 'CP' itu. Dan pabila mahu diterangkan panjang lebar la pula. Makanya, saya memasukkan sedikit info tentang penyakit Nabila. Kepada yang membaca, mungkin dapatlah sedikit info berkenaan tentangnya.

CEREBRAL ialah OTAK

"PALSY" bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT.


Kanak-kanak Cerebral Palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal bayi dilahirkan- ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

SEBELUM KELAHIRAN
1) jangkitan dalam rahim
2)Ibu mengalami darah tinggi,kencing manis dan kurang darah ketika mengandung
3) pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung


SEMASA PROSES KELAHIRAN
1)Kelahiran tidak cukup bulan
2)Kecederaan semasa lahir

3)Lemas semasa lahir
4)Jangkitan semasa lahir


SELEPAS KELAHIRAN (SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN)
1)Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
2) Jaundis yang teruk (kemicterus)
3)Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.



Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.


PUNCA-PUNCA:
- Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
- Perkembangan otak yang tidak normal.
- Rembesan (intraeraneal bleeding).
- Demam kuning.
- Terhentak / terhempas / kejutan.
- Serangan kuman / penyakit.



TANDA-TANDA :
- Bayi kelihatan lembik
- Lewat perkembangan
- Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
- Masalah menyusu
- Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
- Sembelit
- Cepat marah

10 comments:

Ummi Alisya said...

ina..sangat berguna lah info ina nih..tapi kite as a mom, jgn terlalu ikut info2 nih tau, sebab info dan fakta nih bukan qada' & qadar, bukan sesuatu yg nyata..kite kene byk bersabar, mohon kat Allah & berusaha utk nabila & sara..

Anonymous said...

Noina, info yang bagus..semoga tabah hadapi dugaan dan banyak yang ina perlu sabar lagi pada masa hadapan contohnya apabila nabila masuk alam persekolahan (pendidikan khas)

mama aiman said...

salam k.ina.sy pun mengalami pengalaman yg sma ngan akak.Anak sy lemas semasa dilahirkan baby boy sy namakan dia Muhammad Amar Nazheef tp nama glamour Aiman.Semoga kite akan diberikan keajaiban satu hari nanti.Mama eyda doakan nabila sentiasa sihat & ceria.

SalihahNordin said...

maaf ye, x tahu nak taip kat mane comment ni..tahnaiah kat awak sbb berjaya mengharungi dugaan yg saya rase terlalu besar untuk saya hadapi....agaknyer klu terjadi kat saya, ari2 saya menangis tgk anak saya mcm tuu...saya puas carik kat mane awak mention kan berat nabila ketika lahir...sbb saya tgk nabila ketika lahir besar jugakkan....hebat sungguh kan awak hadapi nya...dgn kene vacum, last choice czer...sakitnyer x dpt saya bygkan...semoga nabila cepat sembuh dan bermain seperti kanak2 len...

sitiebby said...

as'kum kak.moga kakak tabah dlm mharungi. tiap kali sakit bsalin,ini lah pekara yg igin dielak kn.
kak, ikut citer kwn saya br mlahirkan baby, tnd awal bleeding, mula2 doc soh normal, tp jln xbuka,dlm kol 2pg bleeding, sekitar 8pg br decide utk czer. lps seharian, br tau baby dh lemas, tertelan air ketuban n najis. hari ketiga msh xde reaksi, doc siap ckp ada pndarahan otak. baby pun dh kn sawan.
sedih sy tgk, dh la baby boy yg ditunggu lps 2 girl.nanti nk go thru entry kak, blh beri ckit info utk kwn.

Anonymous said...

salam noina.. mungkin coretan sy ni lwt.. apa yg sy nk bc dr blog noina, coretan2 noina buatkan hati sy menangis.. sy xsempat diagnosis ank no2 sy.. dia terlebih dahulu dijemput Allah sms umo 2bln.. dr coretan noina bbrapa siptom terdapat pada arwah Muhammad Anas Naufal bin Mohd Yusoff.. + dia ada VSD.. alhamdulillah, noina masih dipinjam Nabila tatkala anak sy telah diambil semula.. sy sdg blajar redha.. dn alhamdulillah, sy dkt dgn Allah dgn adenye ujian2 ini.. moga Noina pn begitu..

Yazid Yahya said...

Assalamualaikum...
Dari satu sudut para ibu bapa yang diberi amanah cahaya mata yang bermasalah pada pandangan kita disebabkan kelainan upaya yang dimiliki perlu rasa bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah... Ini kerana kita telah dipilih menjadi salah seorang ibu bapa yang melahirkan bakal ahli syurga... berfikir sejenak bagi yang melahirkan anak yang sihat dan normal belum tentu anak itu jelas jelas menjadi ahli syurga seperti mana anak anak khas... sukar untuk menggambarkan perasaan seorang ibu bapa yang telah pasti anaknya itu bakal ahli syurga... kenikmatan dan keredhaan hidup di dunia bagi ibu bapa kepada ahli syurga hanya dirasai boleh ibu bapa itu sendiri...

Yazid Yahya said...

Assalamualaikum...
Dari satu sudut para ibu bapa yang diberi amanah cahaya mata yang bermasalah pada pandangan kita disebabkan kelainan upaya yang dimiliki perlu rasa bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah... Ini kerana kita telah dipilih menjadi salah seorang ibu bapa yang melahirkan bakal ahli syurga... berfikir sejenak bagi yang melahirkan anak yang sihat dan normal belum tentu anak itu jelas jelas menjadi ahli syurga seperti mana anak anak khas... sukar untuk menggambarkan perasaan seorang ibu bapa yang telah pasti anaknya itu bakal ahli syurga... kenikmatan dan keredhaan hidup di dunia bagi ibu bapa kepada ahli syurga hanya dirasai boleh ibu bapa itu sendiri...

Unknown said...

As salam Puan, syukur buat pn, dan syukur juga buat saya:)meski nasib kelahiran anak kita berbeza, saya berterima kasih dengan pn krn kongsikan pengalaman yg sy tak tahu dan rasai..semoga dengn pnglmn yg pn kongsikan akn mnjadikan sy dan yg lain lbih bersyukur kpdaNya..

Anonymous said...

Assalamualaikum sis. Macam mana perkembangan terbaru Nabilah ya ? Anak saya pun macam dia Nabilah jugak. Kalau sis tak keberatan and tau mana mana rawatan untuk penyakit CP sis boleh email saya atau sis boleh reply untuk tinggalkan contact number. Masih mencari penawar 😌