Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label Abg. Show all posts
Showing posts with label Abg. Show all posts

03 April 2012

Buang Tonsil & Buku Merah - Done!

Assalamualaikum... Lamanya tak update blog. Sunyi sepi di sini. Sibuk dengan pembedahan buang tonsil Incik Zul last week. Berulang-alik saya ke Hospital Tawakal setiap hari. Mujur hanya 3 hari saja. Dan mujur juga saya hanya duduk di rumah mak.. :)

Condition Incik Zul..? So far ok..cuma lepas balik dari hospital sakit menjadi-jadi plak..Maybe nak baik..tu yang sakit datang tu. Seminggu melepek kat rumah..

Dan inilah hasilnya.. Dua belah tau..Kiri dan kanan..yang saya amik ni tak sure kiri atau kanan..

 

Ok..tutup pasal tonsil...

Sejak kes saya datang ke HSB untuk temujanji kedua kerana nak sahkan adik baby ok ke tak, so saya memamg tak de masa nak buat buku merah. Ala buku ni..

Buku rekod adik baby...

Huhu..sadis sungguh Ibu Nabila ni. Serius..memang takde masa. Terkejar ke sana kemari dengan kerja..hal Incik Zul..Hal Nabila..adoiyaii tak sempat nak buat. Lagipun tengah berkira-kira nak buat kat private ke government...? Kalau buat kat klinik swasta confirm kena gi swasta..Kalau check up kat swasta pastu gatal nak gi hospital kerajaan..sure kena MAKI punya..huhu..

Bila melihatkan kes Incik Zul buat pembedahan kat swasta..saya rasa malas plak nak ke swasta. Memang lah selesa..Tapi bosan lah pulak duduk sebilik seorang atau dua orang sebilik. Huh! Kalau dapat yang mesra alam takpe..ni dapat suka 'AKU+BUAT+HAL+AKU : KAU+BUAT+HAL+KAU' Tak ke parah? Udahler saya ni jenis mesra alam. Semua saya nak tegur..hahaha!!!

So, last saya decide ke klinik kerajaan juga. Dan bersalin? Rasanya memilih Sungai Buloh jugak. 

Kenapa masih lagi pilih hospital yang sama? Padahal dah tau ada sejarah hitam kat situ..?

Entahlah..Hati ni rasa nak bersalin kat situ gak. Walaupun ramai yang tak suka termasuk mak saya. Memang bangkang habis-habisan. Tapi tu jer yang dekat dengan rumah saya. Semua rekod saya dan Bella ada di situ. Senang!

Tadi, masa pemeriksaan kat klinik tadi, nurse yang tanya tu kesian kat saya. Tak sangka Nabila tak boleh nak keluar masa proses bersalin dan tak sangka plak, vakum 2 kali boleh failed..Huhu..Dah tersurat nasib Nabila begitu..Nak buat camno?

So,saya tekad akan lakukan c-sear juga untuk adik baby. Biarlah perit, janji adik baby selamat. Itu niat saya. Biarlah saya yang menanggung sakit..Tak mahu adik baby ikut jejak langkah kakaknya. 

Sudah terang-terang c-sear..lepas ni kalau ada yang tanya kenapa c-sear, harus saya tunjuk mukasurat pertama yang dicatat oleh nurse pagi tadi.. Heheh.. Malas nak ungkit kisah pedih hati yang berlaku pada saya dan Nabila di Sungai Buloh. Biarlah ia menjadi tauladan dan peringatan saya akan datang..

Doakan perjalanan adik baby baik-baik sahaja. Sihat dan normal seperti kanak-kanak lain. Agar adik baby dapat membantu saya dalam membesarkan kakak Bella nanti.. Amin.. :)

06 July 2011

Pengorbanan kami berdua..Impaknya?

*dedikasi khas buat Abang..Ibu sayang pada Abang...*

Sebenarnya pagi tadi saya dihidang dengan cerita yang agak kurang menarik perihal rumah tangga orang. Dan lantas saya mudah membuat kesimpulan.

Bukan kerana berfikiran negatif terhadap lelaki, cuma kadangkala saya jelik dengan sikap segelintir lelaki yang mengambil kesempatan atas kehidupan yang memaksa dia dan isteri berjauhan kerana keadaan yang menghimpit. *faham ke maksud saya?*

Kisah sepasang suami isteri yang kini dalam proses penceraian. Sang suami sudah berkahwin lain dan menipu isteri pertama selama 2 tahun. Kesian bukan. Walhal menurut rakan saya, si isteri masih muda. Belum pun masuk 40-an. Cantik lagi.. :) Persis Shierly Merlis *(betul ke aku spell nih?)*

Saya melihatkan kisah saya sekarang. Saya tak mahu bercerita perihal orang lain. Bila saya mendengar kisah tersebut dari rakan, terus saja teringatkan Abang. Mahu menelefon Abang, tapi saya tak mahu mengganggu waktu kerjanya. Sebab saya tahu Abang sedang sibuk.

Lantas saya ambil keputusan untuk menulis entry ini. Ianya sebagai ingatan saya di kemudian hari. Saya teringat kata-kata Abang minggu lepas.

Saya mahu berulang dari Rawang ke USJ. Saya tahu perjalanan itu jauh, tapi demi kasihkan Abang, saya sanggup. Tak mengapalah letih, janji saya disampingnya.

Namun, kata Abang, dia menghalang untuk saya balik ke Rawang. Bimbangkan saya letih dan perbelanjaan makin meningkat bila saya pulang ke Rawang. Hati saya berkeras mahu pulang, tapi bila Abang mengatakan demikian, saya hanya mendiamkan diri. Saya tidak mahu membangkang apa katanya kerana saya tahu dia sudah fikirkan yang terbaik untuk kami bertiga.

Kata Abang lagi..

"Ibu jangan risau. Tahulah Abang jaga diri. Pedulikan apa kata orang. Orang bukannya tahu masalah kita. Orang pandai cakap saja..."

Ayat itu merujuk pada perkara yang terjadi pada saya beberapa minggu lepas, bilamana ada jiran di rumah mak mengatakan saya tidak patut meninggalkan suami saya sendirian di rumah.

"Jangan Yong..tinggalkan Zul sorang-sorang kat rumah..Kita tak tahu apa dia buat.. Bila-bila masa saja dia boleh curang..pasang lain.."

Saya hanya tersenyum mendengar katanya. Pada awalnya saya mahu menegakkan Abang kerana saya tahu Abang bukanlah jenis begitu orangnya. Saya kenal Abang. Dan saya tahu tindak tanduk Abang. Namun kata-kata saya bukanlah saya mempercayai Abang 100% . Saya pernah kata pada Abang yang saya tidak mempercayainya 100%. Kerana jika saya percayakannya, saya takut saya kecewa...*Abang masih ingatkan kata-kata ibu ni..?*

Sejujurnya saya tahu tindak tanduk Abang. Dan kami berdua telah memikirkan segala kesan bila saya mengambil keputusan untuk berada di rumah mak pada hari bekerja dan pulang ke Rawang pada hujung minggu. Saya tahu isteri seharusnya ada di samping suami. Tapi adakah saya punya pilihan? Jawapan saya tidak!!

Jauh bukan bermaksud tak sayang..Malah jauh juga telah mengajar saya erti rindu dan kasih lebih mendalam buat Abang.

Buat Abang, ibu akan pastikan pengorbanan kita ini akan membuahkan hasil bila kita dapat melihat perkembangan Nabila satu persatu nanti. Ibu yakin tentang itu Abang. Maafkan ibu andai ibu tidak dapat jadi isteri yang terbaik buat Abang. Dalam hati tiada sesempurna cinta Abang buat Ibu. Benar kata Abang, mereka semua yang berkata tentang kita tidak faham tentang masalah kita. Kita harus saling ingat mengingati tentang itu sayang. Dan Ibu akan cuba berusaha menjadi isteri yang lebih baik dari sekarang di sisi Abang dan juga menjadi ibu yang lebih baik buat benih cinta kita..Yasmin Nabila. Moga cinta kita terus utuh dan kasih kekal abadi dalam hati ini..Amin..

16 May 2010

Ayah & Nabila..

Sebetulnya hari ini hari rehat kami sekeluarga. Namun..sejak semalam abg sudah merayu pada aku untuk membantunya membuat kek batik. Katanya nak jual..! Apa kes la cik Abg ni tetiba nak berniaga nih..?

Huhu..layankan saja. Pagi-pagi sudah terpacak di dapur menyiapkan sarapan. Huh ! lama benar tak ke dapur. Sejak balik dari kursus, dapur jarang benar berasap. Balik keje pun dah malam..memang takde mood nak masak.

Nabila pula..bila ibunya sibuk di dapur..dia pun sibuk jugaklah merengek. Hurm..nak mandi barangkali.. Dan aku menyuruh Abg memandikan Nabila.

Dan sewaktu mereka berdua di tingkat atas, Nabila menangis bila ayahnya mula menyiram air ke tubuhnya. Aku sedia maklum Nabila sememangnya begitu setiap kali mandi. MEMANG TAK SUKA AIR !

Dan terus teringatkan kisah Abg dan Nabila semasa kami masih lagi duduk bersama mak. Ketika itu, aku dan abg terpaksa ' berpisah' sementara kerana Nabila. Hanya seminggu sekali Abg menjengah melihat kami kerana tuntutan kerja yang menghalang Abg untuk berulang alik dari rumah mak ke tempat kerja.

Aku pernah berasa hampa pada Abg. Sebetulnya Nabila memang agak sukar untuk dimandikan. Dengan keadaan tubuh yang lembik, pastinya Abg gerun memegangnya. Hatta sekalipun tak pernah mengusik Nabila untuk mandi atau mencuci najis. Takut katanya. Sedih juga ketika itu. Kataku..itu adalah anaknya. Andai anak itu tahu..sudah pastinya akan kecil hati.

Agak lama juga aku memujuk Abg. Dan akhirnya Abg mahu juga. Mungkin juga Abg tak mahu memandikan Nabila kerna takutkan aku yang agak cerewet ini. Hehe.. biasalah..aku mahukan segalanya baik dan bersih untuk Nabila.

Dan sekarang ini..Abg tidak lagi seperti itu. Pernah aku memberi pilihan padanya minggu lepas..sewaktu aku sibuk untuk bersiap ke tempat kerja. Kebetulan, baju kurung belum digosok dan Nabila juga belum dimandikan. Aku memberi pilihan pada Abg. Sama ada mahu menggosokkan pakaian aku atau memandikan Nabila.

Apa yang anda fikir? Adakah Abg akan memilih untuk menggosok baju?

Tidak..Aku sangkakan Abg akan memilih untuk lebih rela menggosok baju dari memandikan Nabila. Ternyata sangkaan aku meleset. Abg pilih untuk memandikan Nabila. Dan dalam hati aku mengucapkan syukur. Akhirnya Abg sudah benar-benar berani untuk memandikan Nabila.

Dan rasanya mungkin juga Abg tidak kekok lagi untuk memandikan Nabila lagi selepas ini.. :)

p/s : Selamat hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Khas ucapan kepada Kak Nani dan juga Farahanum. Tak lupa juga pada adik iparku.. Adilah yang mengajar di Sek. Sains Bagan Datoh. Kebetulan juga hari lahirnya jatuh pada Hari Guru. Dan juga untuk adikku..Ariff Shah..yang sudah menginjak ke usia 18 tahun. Selamat hari lahir.. :)

18 December 2009

Tiada tajuk..

Hurm..updates! Huhu..tiada updates sebenarnya..Bosan sejak kebelakangan ini. AKU MAHU BERCUTI..!! Semua orang bercuti sakan bersama family masing-masing..huhu.. Nasib orang macam aku ni yang kena simpan cuti lebih sket, membuatkan aku bila nak cuti je mesti kena berfikir dua tiga kali.

Kenapa?

Sebab Nabila lebih perlukan aku..terutama ketika ke hospital. Walaupun telah diberi kemudahan 'time slip' namun..kadangkala apabila ada appointment yang memerlukan aku lebih lama di hospital, aku fikir lebih baik aku cuti sahaja. Yelah..nanti bila sampai opis..keje 2-3 jam..pastu balik. Rasa tak berbaloi saja!

Tuntutan kerja sejak kebelakangan ni melebihi had aku sebenarnya. Manakan cukup kaki dan tangan..berlari ke sana ke mari..menyelesaikan kerja-kerja yang 'urgent' bagi seksyen aku. Bukan merungut..tapi inilah aku. Tak suka menangguh kerja..! Dah nasib makan gaji..

.......................................................................................................................................................................

Sudah 2 hari sebenarnya aku tak jumpa Abg. Pagi tadi baru bersua wajah. Rindu! Minggu ini abg kerja syif malam. Balik keje saja.. dapat lihat wajah abg walau sekejap. Dan kemudian abg akan bersiap-siap ke tempat kerja. Rabu lepas, aku terpaksa pulang lewat kerna menyiapkan kerja. Dan semalam pula..pulang lewat sebab SHOPPING!.. Kata dah gaji kan..! Cadangnya nak beli baju untuk Nabila, Abg dan juga aku. Namun yang dapat hanya Nabila dan Abg. Aku pula? Hurm..orang berbadan ala-ala 'bam..bam' ni , terpaksa memilih sket dari segi pakaiannya. Kang tertonjol lemak-lemak yang berlebihan.. Ahaks!

Penat tapi puas. Berjalan bertiga pada mulanya. Namun berpisah..Masing-masing mencari apa yang perlu dibeli. Dan rasanya aku paling lama di bahagian bayi. Membelek satu persatu baju yang sesuai untuk Nabila.Sudahnya..tidak mahu membazir..hanya 3 helai saja dapat ku sambar. Dan untuk Abg, aku hanya belikan T-shirt sahaja. Ciuman terima kasih diberikan oleh Abg pagi tadi. Gembira dia..Abg memang jarang membeli untuk dirinya. Lebih kisahkan anak dan isteri berbanding dirinya. Kesian abg. Nasib baiklah Abg bukan jenis cerewet. Pakai sahaja apa yang aku belikan untuknya. Yelah..kami bukan orang berada. Bukannya kerja sebagai Pegawai atau Manager.. Hanya kuli sahaja. Takpelah..semuanya rezeki Nabila.. Alhamdulillah.. :)


p/s : Bila lah agaknya abg nak sambung belajar yek? Nak paksa-paksa pun susah gak..Sian kat abg..Nak belajar kena rela ati. Tak leh nak paksa-paksa..huhu.. Dah nasib budak NITP macam kami ni..susah betul nak dapat kerja yang diidamkan..

06 September 2009

Abg Demam dan Gedangsa..


Khamis lepas, Abg diserang demam panas. Aku pada mulanya bercadang berbuka bersama kawan-kawan opis, terpaksa membatalkan hasrat, kerana kata abg dia betul-betul tak larat. Aku suruh buka sahaja puasanya, tapi abg berdegil. Katanya sayang puasa sebab dan hampir waktu berbuka. Ke klinik pun tadi, dia meminta tolong kawan hantarkan. Tak larat membawa kereta katanya. Risau aku dibuatnya, lantas aku ambil keputusan untuk pulang ke Rawang selepas kerja.

Aku tak sempat masak apa-apa memandangkan aku sampai dirumah sahaja sudah pukul 6, Dan terus aku membeli makanan 'ready made' sahaja :) . Makan pun hanya berdua, so tak perlulah cerewet sangat.

Setibanya di rumah, aku periksa badan abg. Terasa hangat kepala abg. Kata abg, tangannya semua kebas. Dan doktor kata abg kena kencing manis. Check gula tadi pun dah 8. hurm..macam-macam penyakit abg nih...

Aku berikan abg ubat dan suruh dia berehat. Di suruh makan, katanya tak selera. Tekak sakit akibat tonsil yang membengkak. Kata abg dah 2 hari dia sakit tekak, dan Khamis itu, keluarlah segala sakit demamnya. Aku pada mulanya ingin pulang pada malam itu jugak, kerana kasihankan Nabila yang pasti akan mencari aku diwaktu malam. namun..bila melihatkan abg yang masih lagi belum kurang susut demamnya, aku membatalkan hasrat untuk pulang malam itu. Aku pulang ke Gombak pada esok paginya. Mulanya nak masuk office lewat sikit sebab nak bawa abg ke klinik sekali lagi, tapi kata abg, dia dah nampak ok pagi itu.Alhamdulillah..

Bila difikir-fikirkan, kesian kat abg, sejak dok sorang-sorangt ni ada je penyakitnya. Dan semalam aku suarakan lagi hasrat untuk balik ke Rawang. Namun kata Abg, tunggulah dulu. Kesiankan anak, yang pagi-pagi terpaksa ulang alik dari Rawang ke Gombak. bagi aku tak kisah kerana sudah bisa berulang alik setiap hari. Nantilah..akan difikirkan lagi.. :(

Semalam ke Gedangsa lagi. Kami bermalas-malasan sebab pasti nombor giliran kami agak belakang, kerana kebanyakannya semua orang akan berpusu-pusu ke rumah Kak Raw sebelum subuh. Dan kami mendapat no. 33..huhu..Itu pun Ita tolong ambilkan nombor kami. Sejak-sejak Kak Raw menggunakan sistem bernombor ni, ramai yang tidak menunggu seperti biasa. Dapat sahaja nombor, semua keluar berjalan-jalan atau pulang ke rumah dahulu. Dan kemudian datang kembali. Bagi aku, terasa rugi benar jika balik semula ke rumah atau keluar berjalan-jalan. Adalah baik, aku menunggu sahaja giliran aku. Sabar itu kan separuh dari iman.. Nak Nabila baik..perlulah banyak bersabar.. :)

p/s : hari ini berbuka puasa bersama Ita dan Put. Dan seorang kawan baru Nabila, Irfan namanya.Jiey pula baru beritahu pada Ita yang dia tak dapat nak join bersama berbuka nanti. Takpe nanti kita berbuka lain kali yek Jiey :)

19 August 2009

Banyak Perancangan...

Terima kasih pada kawan-kawan yang telah beri jalan pada Ina untuk selesaikan masalah yang ina utarakan pada entry lepas. Terima kasih banyak-banyak.. :)

.

Namun..Abg telah memberi kata putus. Agar aku tinggal sahaja di rumah mak sepanjang bulan puasa ini. Katanya kemungkinan aku akan berbuka seorang di rumah. Namun hati aku masih berat. Kasihankan abg.

Aku terlupa menyatakan pada entry lepas kenapa Abg tidak mahu duduk bersama keluarga aku. Katanya, aku punya seorang lagi adik perempuan. Memandangkan susah baginya kerna kami bertiga berkongsi bilik yang sama. Almaklumlah..Bilik hanya dua. Abg memang penyegan orangnya.

Lagipun Abg memang punya masalah untuk bangun pagi dan selalu mengantuk ketika memandu. Aku risaukan keselamatan dia untuk berulang-alik dari Gombak ke tempat kerja. Kerja yang sangat membebankannya..membuatkan dia sering letih.

Namun aku tetap risaukan kesihatan Abg. Abg sejak akhir-akhir ini diserang tekanan darah tinggi dan doktor juga mengatakan antibodinya semakin kurang. Dan tadi, kata abg, dia terpaksa mengambil suntikan seperti bayi baru lahir..setiap bulan perlu dicucuk untuk mengembalikan antibodinya. Aduhai..sakitnya hati..sedih..mungkin sebab tekanan dengan kerja dan bila pulang rumah pula, aku dan Nabila tiada di rumah untuk menghiburkan hatinya. Risau aku dibuatnya.

Bilalah abg akan dapat pekerjaan baru? Sudah berpuluh borang rasanya diisi..SPA juga tidak ketinggalan..namun rezeki masih belum menjenguk lagi..

Namun bila di fikir kembali..jika abg di beri pekerjaan lain, entah di mana pula abg akan di tempatkan. Dan tidak tahu sama ada kami akan terus menetap di Rawang..atau abg juga yang semakin jauh dengan kami berdua.

.

Perancangan aku selepas raya ini..mungkin aku akan mencari PDK yang sesuai untuk Nabila. Atas cadangan Put, Mama Idris, dia hanya ke PDK seminggu sekali. Memandangkan kami sama-sama bekerja dan susah untuk tumpu setiap hari di PDK , maka ada benarnya juga tindakannya itu. Mengapalah aku tak terfikir tentang ini?

Dan mencari PDK yang sesuai bukannya mudah.Untuk mencari PDK, aku perlu melihat sendiri persekitaran di situ sebelum memilih. Itu hanya perancangan. Dan harap dapat di realisasikan nanti :)

Dan untuk terapi-terapi lain..rasanya bertambah banyak lagi selepas ini. Bertambahnya speech therapy, aku harap officemate dan pegawai aku 'tak bising' bila lihat aku kerap membawa Nabila ke hospital. Harap mereka semua mengerti.