Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

12 August 2015

Beraya dengan Superkids.. Selamat Tinggal Teratak Nabila..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis lagi.. Agak sibuk (memang sangat sibuk) lagi-lagi kelas dah bermula selepas cuti semester hari tu. Cuma hati tengah berdebar sebab result tak keluar-keluar lagi. Hangin gak ni.. Apesal lambat nau nak keluar resultnya..

Hurm, minggu lepas berjumpa dengan kawan-kawan kakak Nabila. Lama benar kami tak bersua..Berkumpul di rumah Zali pada malam sabtu dan sempat kami ber 'barbeque' . Yelah, tiap kali gather mesti membakar.. Acara penting setiap kali perjumpaan..

Ok.. layankan saja gambar-gambar yang ada.. kredit pic tu ayue, alimin dan shah.. tak dan nak amik gambar bagai..hihi...





Tengoklah gambar last.. Nabila, Alisya dan Irfan.. Entah apa yang difikir oleh anak-anak ini. Nabila siap berbunyi macam bercakap ngan Alisya. 

Ok..kisah lain..

Beberapa minggu lepas, saya dan suami pulang ke rumah Rawang. Mengemas apa yang patut sebelum menyewakan rumah kami kepada orang lain. Barang yang agak banyak (tambah sampah sarap lagi) memang pening betul tak tau nak kemas mana satu. Tapi macam biasalah, mana yang tak pakai saya BUANG.. tu jelah kejenya..hihi.. Mudah. Nak simpan pun takde space kat rumah Duta. So, better buang je..

Ahad, Incik Zul ke rumah Rawang sekali lagi. Mengangkut katil, meja mekap dan almari TV. Barang macam almari dapur, almari pinggan mangkuk , almari baju semua adik ipar dah amik awal-awal sebelum pindah haritu. So dah kurang sikit lah barang nak dikemaskan. Tapi masih ada lagi barang tak clear rupanya. Langsir tak cabut lagi, rumah tak bersih lagi, tak bersapu, bilik air tak cuci.. Alamatnya serba serbi semua tak kemas lagi lah..

Ada la beberapa barang lagi yang saya tinggalkan, terpulang pada penyewalah nak guna ke tak.. Letih kan berpindah randah ni..huhu..

So semalam, final kemas rumah di sana. Saya keseorangan mengemas sebab Incik Zul kerja pulak. Jadi, lagi mudah sebenarnya tak de dia. Kalau ada, ada saja benda yang dia nak simpan. Letih la nak bertekak dengan dia kata suruh buang. Simpan kalau jadi harta karun takpelah jugak. Ni buat semak rumah je..huhu..

Jadi, selesai sudah urusan rumah dan hanya menanti penyewa masuk. Sedih, memang sedih. Sebab yelah, rumah sendiri kan. Sayang nak sewakan sebenarnya. Tapi kalau tak sewakan biar kosong pun tak elok juga. InsyaAllah, ada rezeki saya kembali semula ke rumah tu..

Antara kenangan di rumah tu.. Banyak sebenarnya.. Malah beberapa kali kenduri dan majlis birthday kakak Nabila buat di sana..Gathering superkids pun banyak kali di rumah kami..


Memula susun beginilah.. nak mencari ruang untuk terapi kakak..

Sebelum ada Naufal, begini pulak..hurm.. macam2 style..


Paling suka begini.. Sebab ada tilam besar, kakak dan adik baring bergolek di sini.. (hurm..sepah sikit keje si adik memunggah mainan..

Bilik mainan kakak suatu masa dulu.. banyaknyaaaa!!!

Babai Teratak Nabila.. Sampai ketemu lagi kita nanti.. Insya-Allah..

20 January 2012

Bila hati hancur remuk..

Sejak saya berulang alik membawa Nabila berjumpa dengan Dr. Sham, banyak perubahan yang saya lakukan. Termasuk mengubahsuai kediaman kami agar Nabila selesa untuk melakukan homework nya. Begitu juga dengan saya..Agar saya tak letih untuk membuat beberapa sesi bersama Nabila.

Setiap aktiviti yang dilakukan saya bahagikan dengan beberapa sesi. Pagi, petang dan malam.  Kerana saya tahu kemampuan Nabila. Andai saya buat lebih banyak lagi, saya khuatir Nabila akan keletihan. Tambahan pula , Nabila memang tak boleh letih. Jika letih dia akan diserang sawan.

Perubahan saya lakukan adalah ini..




Barang untuk stimulate sensori Nabila..


Meja patterning..

Pool lama saya keluarkan balik..

Dan....
...bilik tidur kami yang telah digelapkan cermin, hanya untuk sesi terapi cahaya (apa yang pasti saya tak suka ini..kerana tak suka bilik gelap disiang hari..tapi demi Nabila..saya buat je..)... :)

Dan tadi saya mengemas rumah..Hanya kerana mahu memberi ruang untuk sesi terapi berlangsung dengan selesanya. Sepanjang hari ini saya mengemas dan sesudah itu saya terus mencubanya.. nampak agak selesa..Jika dulu gambarnya...

ruang tamu yang sempit penuh dengan perabot.. :(

tapi kini...
Separuh ruang tamu saya gunakan untuk ruang terapi Nabila..

Sofa dan almari TV..? saya dah letak sudut terbaik..Rasanya saya tak mengabaikan tetamu yang datang ke rumah juga..:) Takkanlah nak suh tetamu dok lantai kan? So..kenalah pandai menyusun jika duduk rumah yang sesempit alam nih...

Ok...Apa yang tak kena..? Semua nampak purrrffeeect kan! Cuma ada satu alat je yang tertinggal dalam gambar di atas...

INCLINE TRACK!!!

Semalam, sesudah ke PDK, saya menghantar Nabila ke rumah mak. Kebetulan, atuk Nabila sedang menyiapkan incline track Nabila. Jadi, saya membantu sedikit sebelum saya ke tempat kerja. Dalam hati begitu teruja kerana saya akan menggunakan incline tersebut untuk sesi terapi Nabila.

  Siap 95% . :)

Namun bila saya menjejakkan kaki ke rumah mak saya lihat ini...

Patah..!!!!Patah lagi hati saya....:(

Serius, saya mengamuk kat rumah mak. Marah sampai saya menangis. Tak pernah saya rasa sedih begini. Kata mak, anak jiran darjah 5, bertubuh besar menaiki incline tersebut ketika ibunya sedang berborak dengan mak saya di rumah. Aduhai...!!

Kesal saya ketika itu. Saya berkeras mahu mengangkat track itu masuk ke dalam kereta tengahri sebelum saya ke tempat kerja. Firasat saya, pasti ada yang berkenan dengan incline track Nabila. Tekaan saya tepat. Hati saya tak sedap bila tiba di rumah mak. Dan bila mata ini tertacap dengan keadaan incline itu..buat hati saya hancur..

Hancur kerana mengenangkan Nabila tak berpelunag langsung untuk merasainya..Hancur kerana susah payah ayah saya dan kawannya mengangkat papan seberat itu di untuk naik ke tingkat 4. Hancur kerana ayah bersekang mata, berpeluh menegeluarkan tenaga untuk buat incline tersebut dengan harapan cucunya boleh mengesot di papan tersebut...

Hancur semuanya... :(

Sekarang..saya hanya mampu menanti ayah saya menggantikan papan baru. Dan saya tak pasti bila boleh disiapkan. Saya bercadang untuk menggunakannya sewaktu cuti 4 hari ini. Tapi bila jadi begini, semua yang telah saya plan untuk Nabila tak menjadi..

:( :( :( :(

Sedih..sangat sedih...!!!

Cik Bella merasai kesedihan saya.. Last pagi tadi Nabila diserang demam..Dan terpaksa di nab kerana telah seminggu mengalami batuk dan selsema...

setia menemani Nabila..Kesian adik...huhu

19 June 2011

Bilik untuk si kecil..

Beberapa minggu ini saya terfikir untuk menukar katil Nabila. Anak dara ini sudah semakin panjang. Makanya katil bayi sudah tidak sesuai lagi untuknya.

~gambar lama..Nabila masa ni kecik lagi. Hurm..umur baru 2 tahun..Tapi dalam masa umur 2 tahun nak ke 3 tahun ni, badan dia cepat plak bertambah panjang. (ikut sapa tah panjang- manjang nih..mak ayah pendek je..hehehe)~


Namun, bila difikirkan ruang di rumah ini, lebih-lebih lagi bilik saya, manalah boleh nak letak 2 katil sekaligus. Bilik saya bukanlah besar mana pun. Hanya muat untuk sebuah katil saiz queen (kalau king memang tak muat la kot), almari pakaian, meja solek dan sedikit ruang untuk saya letak katil bayi Nabila dan almari pakaiannya yang kecil. Kalau nak beli katil besar untuk Nabila, memang tak muat!!

Saya terfikir juga, bagaimana agaknya kalau Nabila tidur sendirian di bilik sebelah? Adakah dia akan menangis bila tidur sendiri? Atau tidurnya tidak lagi tenteram seperti dulu, kerana merasakan tiada ibu disisinya. Nabila bukanlah jenis tidur yang suka dipeluk. Sedari kecil bayi lagi saya membiarkan dia tidur sendirian di sebelah saya. Kerana bagi saya lebih selesa begitu. Kalau saya peluk, takut saya yang tak sedar, saya himpit Nabila. Hurm..nanti dah jadi kes lain pula..huhu..

Namun, bila difikirkan kembali andai saya tidak mengajarnya dari sekarang, sampai bilakah Nabila boleh tidur sendirian di biliknya. Mungkin ada yang fikir saya gila kerana membiarkan anak sekecil Nabila lebih-lebih lagi istimewa untuk tidur sendirian di kamarnya. Hurm..memang mengarut kot ibu Nabila ni... :P

Hurm..Saya masih mempertimbangkan lagi untuk membuat bilik khas untuk Nabila. Tapi, bila mengenangkan badannya yang sudah tidak sesuai menggunakan katil bayi..saya rasa kesian pula padanya. Susah nak pusing ke kanan dan ke kiri.. :(

Tadi saya ke Ikea bersama Abang. Cuba mencari katil yang sesuai untuk Nabila. Tapi bila tengok jenis-jenis katil yang sedia ada di pasaran, saya merasakan begitu sukar untuk memilih. Kerana struktur rekaan katil itu tidak menunjukkan ianya praktikal digunakan untuk anak seperti Nabila. Cuma ada satu jenis katil yang menarik perhatian saya. Harganya agak mahal, namun saya rasa ianya berkualiti. Dan paling penting ianya selamat digunakan oleh Nabila.

Design katil untuk anak yang berusia 3 tahun ke atas kebanyakan jarang ada palang di sisi katil. Puas saya cari, hanya ada satu yang boleh digunakan. Tapi saya belum fikir untuk membelinya kerana bilik Nabila belum lagi diubah suai. Bukan nak ubah suai beria pun, saya nak pindahkan barang-barang dalam bilik itu ke tempat lain. Tapi mana pula saya nak campak barang-barang itu? Aduhai..

~Bukan penuh dengan barang lain..penuh dengan mainan..Ni gambar lama jugak..Sekarang bilik ni saya ubah balik jadi bilik tetamu. Dan ada katil saiz queen di bilik ini juga. Hurm..kalau bilik ini ditukarkan ke bilik Nabila, mana saya nak campak katil tu? Ada bilik lagi satu, tapi itu saya jadikan bilik solat. Hurm..bilik tu lagi kecik..adoiyaiiii...~


Alamatnya semua ini bertangguh dululah. Tak boleh nak buat apa-apa lagi. Lagipun saya tengah merencanakan sesuatu untuk kami bertiga. Dan harapnya ianya lebih memberi keselesaan pada saya, Nabila dan Abang. Mohon kawan-kawan doakan agarnya ianya tercapai dan dipermudahkan..Amin.. :)

15 September 2010

30 hari mencari kekuatan..

Esok akan bermulalah episod aku berada di rumah bersama Nabila. Ini tidak bermakna kami akan bersenang-lenang. Pelbagai perkara di rancang, semuanya untuk Nabila. Dan harapnya masa tidak terbuang begitu saja..!
30 hari..sepertinya tidak cukup untukku memberikan segala input pada Nabila. Tetapi aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih boleh meluangkan masa dengannya walaupun sekejap. Biarpun aku bakal kehilangan kekananan, namun aku tahu..rezeki ada di mana-mana. Malah aku yakin dengan berbaktinya pada anak ini mungkin pahalanya lebih besar dari ganjaran di dunia ini.
Sepertinya hatiku berdebar. Seakan tidak sabar menantikan esok. Mahu mengulit bersama Nabila. Dan serius aku katakan, aku sangat teruja. Kerana Nabila sudah mula menunjukkan perkara positif. Mulutnya yang semakin banyak bersuara dan sudah mahu berpusing sendiri. Dan kini aku sudah tidak meletakkan Nabila di dalam rockernya. Seeloknya di letakkan di bawah saja. Biar dia meneroka keadaan disekelilingnya.
Makan juga sudah banyak. Rupanya Nabila suka makan dalam posisi di pangku. Dahulunya aku hanya meletakkannya di dalam rocker. Susah benar untuk memberikannya makan ketika itu. Kini tidak lagi. Mudah saja Nabila membuka mulut. Nabila takut barangkali. Mungkin bila aku memeluknya ketika makan, dia berasa selamat.
Dan 30 hari ini juga temujanji bersama hospital tetap diteruskan. Nabila akan ada temujanji lagi bersama physiotherapy, OCC Therapy dan juga Speech therapy. Dan juga temujanji bersama doktor dari HKL. PDK? Masih lagi berjalan seperti biasa. Dan yang pastinya aku takkan meninggalkan terapi mandi jakuzzi nya yang satu ini. Sememangnya ia sangat membantu Nabila. Nabila tampak lebih kuat dan bertambah ceria.
Tasputra? Aku akan menghentikannya buat sementara waktu. Kerana dengan hanya separuh gaji saja yang aku terima, sukar untuk aku berulang dari Rawang ke Ampang setiap hari. Dan rasanya aku akan cuba meminta bantuan kepada seorang rakan untuk membawa Nabila berurut. Masih lagi dalam perancangan. InsyaAllah.
Apapun kadangkala apa yang dirancang mungkin juga ada halangannya. Dan kalau boleh berharap benar agar tiada yang mengganggu kami sepanjang tempoh ini. Aku bermohon agar sentiasa diberikan kekuatan dan semangat untuk Nabila. Dan mudah-mudahan dengan percutian ini, sedikit sebanyak memberikan perubahan yang lebih baik untuk Nabila. InsyaAllah..Amin.. :)

17 September 2009

Nabila Demam dan kembali ke Rawang..

Lama tak update blog..bukan malas..tapi banyak perkara yang terjadi dalam hampir seminggu ini.

Jenguk blog rakan-rakan yang lain..semua dah start dengan ucapan raya..Ingin jugak buat kad raya khas untuk semua bloggers..tapi masih belum berkesempatan..update kali ini pun aku terpaksa menunggu Nabila tidur dulu..

Khabar Nabila..? Isnin lepas, Aku dan Nabila gerak dari Rawang ke Gombak sesudah subuh..kerna tak larat untuk membawa kereta di waktu malam Ahad itu. Mengantuk akibat kekenyangan :) . Dan maklum sahaja parking di rumah mak sudah pasti penuh malam itu..Jika aku balik juga sudah pasti aku akan dapat parking yang agak jauh dari rumah. Dan keputusan di ambil, aku pulang pada pagi Isnin.

Malangnya, kata mak..sebaik sahaja aku ke tempat kerja pagi itu..Nabila diserang demam. Aku ada juga terfikir adakah sebab dia jatuh dari rocker Sabtu lalu menyebabkan dia demam? Namun sangkaan aku melesat pabila difikirkan hari Ahad itu, Nabila masih lagi sihat dan bermain-main seperti biasa. Dan aku mula memikirkan sebab musababnya. Dan jawapannya..

Nabila mungkin kesejukan di dalam kereta sewaktu kami on the way pulang ke rumah mak. Aircond dalam kereta itu memang paling pelahan aku buka. Namun..disebabkan baru di servis..maka kesejukannya agak melampau juga..Dan aku membuka juga sedikit tingkap..supaya udara sejuk itu keluar..namun tidak berhasil..udara disepanjang jalan juga agak sejuk pada pagi subuh itu.

Dan demam Nabila berlarutan sehingga hari ini. Hari ini sepatutnya aku masih lagi bekerja.Aku akan mula bercuti raya pada sabtu nanti. namun..kasihankan Nabila..dan dirumah mak semuanya sedang demam sekarang ini..adalah lebih baik aku 'kuarantinkan' sahaja Nabila di rumah Rawang..Risau juga demam Nabila yang masih tak kebah-kebah..

Dan bermula Selasa lepas, aku berulang alik dari Rawang ke tempat kerja. Aku cuba untuk menyesuaikan diri..walaupun kata Abg, belum masanya lagi untuk aku berulang dari Rawang ke KL. Namun kasihankan abg dan berfikir sampai bila aku mahu duduk di rumah mak, aku nekad. Penat memang penat. Nak buat macamana..Aku rasa Nabila pun nanti akan faham kenapa aku buat macam ni.

Ada juga yang bertanya pada aku..kenapa aku tidak sahaja beli rumah di KL? Jawapan aku singkat sahaja.. Dan rasanya ramai yang tahu..rumah di KL mahal..dan rasanya aku dan abg yang bergaji kecik ni memang tak mampu beli rumah di KL. Aku mahu mencari rumah bawah..dan kiteria tersebut tiada di KL. Faham-faham sahaja rumah di KL semuanya umah-atas-langit. Bukan tak biasa..Sudah jemu kataku. Muak dan jelak..sebab sejak dari kecil duduk di rumah atas!..kali ini ingin juga merasa rumah bawah.. :)

Apapun..doakan sahaja perjalanan aku dan Nabila berulang alik setiap hari selamat.. :) Kali ini bermulalah kehidupan sebenar aku sebagai isteri dan ibu di rumah ini.. :) Dahulu..rasa tak lengkap..sekarang segalanya perlu dilakukan sendiri..Itulah cabaran namanya..!

19 August 2009

Banyak Perancangan...

Terima kasih pada kawan-kawan yang telah beri jalan pada Ina untuk selesaikan masalah yang ina utarakan pada entry lepas. Terima kasih banyak-banyak.. :)

.

Namun..Abg telah memberi kata putus. Agar aku tinggal sahaja di rumah mak sepanjang bulan puasa ini. Katanya kemungkinan aku akan berbuka seorang di rumah. Namun hati aku masih berat. Kasihankan abg.

Aku terlupa menyatakan pada entry lepas kenapa Abg tidak mahu duduk bersama keluarga aku. Katanya, aku punya seorang lagi adik perempuan. Memandangkan susah baginya kerna kami bertiga berkongsi bilik yang sama. Almaklumlah..Bilik hanya dua. Abg memang penyegan orangnya.

Lagipun Abg memang punya masalah untuk bangun pagi dan selalu mengantuk ketika memandu. Aku risaukan keselamatan dia untuk berulang-alik dari Gombak ke tempat kerja. Kerja yang sangat membebankannya..membuatkan dia sering letih.

Namun aku tetap risaukan kesihatan Abg. Abg sejak akhir-akhir ini diserang tekanan darah tinggi dan doktor juga mengatakan antibodinya semakin kurang. Dan tadi, kata abg, dia terpaksa mengambil suntikan seperti bayi baru lahir..setiap bulan perlu dicucuk untuk mengembalikan antibodinya. Aduhai..sakitnya hati..sedih..mungkin sebab tekanan dengan kerja dan bila pulang rumah pula, aku dan Nabila tiada di rumah untuk menghiburkan hatinya. Risau aku dibuatnya.

Bilalah abg akan dapat pekerjaan baru? Sudah berpuluh borang rasanya diisi..SPA juga tidak ketinggalan..namun rezeki masih belum menjenguk lagi..

Namun bila di fikir kembali..jika abg di beri pekerjaan lain, entah di mana pula abg akan di tempatkan. Dan tidak tahu sama ada kami akan terus menetap di Rawang..atau abg juga yang semakin jauh dengan kami berdua.

.

Perancangan aku selepas raya ini..mungkin aku akan mencari PDK yang sesuai untuk Nabila. Atas cadangan Put, Mama Idris, dia hanya ke PDK seminggu sekali. Memandangkan kami sama-sama bekerja dan susah untuk tumpu setiap hari di PDK , maka ada benarnya juga tindakannya itu. Mengapalah aku tak terfikir tentang ini?

Dan mencari PDK yang sesuai bukannya mudah.Untuk mencari PDK, aku perlu melihat sendiri persekitaran di situ sebelum memilih. Itu hanya perancangan. Dan harap dapat di realisasikan nanti :)

Dan untuk terapi-terapi lain..rasanya bertambah banyak lagi selepas ini. Bertambahnya speech therapy, aku harap officemate dan pegawai aku 'tak bising' bila lihat aku kerap membawa Nabila ke hospital. Harap mereka semua mengerti.

17 August 2009

Nak Balik ke Tak Nak...?

Tadi aku YM dengan Kak Eli dan Zura..Kak Eli ni kawan aku masa kami sama-sama kerja di KTM dulu. Zura ni pula Mama Habib. Saja menghilangkan rasa bosan sebab tension dengan internet kat office.. Nak masukkan data-data pun terbantut dek kerna line yang sangat-sangat lembab..

Dan tadi aku meminta pandangan pada kedua kawan aku itu tentang pulang ke Rawang. Mungkin ada yang dah tahu..aku sekarang ini duduk bersama mak aku di Gombak. Dan Abg pula keseorangan di Rawang. Aku memikirkan jika aku berada di rumah mak, tidak lah aku berkejar-kejar di waktu pagi untuk menghantar Nabila ke rumah mak dan ke tempat kerja.

Mungkin ada yang pelik..tapi itulah cara hidup aku yang hampir masuk ke satu tahun ini..Setahun yang lalu..aku pernah menghantar Nabila ke Taska. Dek kerana nak sangat balik ke Rawang, maka aku telah membiarkan Nabila tanpa penjagaan yang sepatutnya oleh pengasuh di Taska tersebut. Dan akhirnya aku juga yang merana. Nak menghantar Nabila..dengan linangan air mata..Dan pulang ke rumah bagai terbang rasanya kancil aku..Ingin segera mengambil Nabila dari pengasuhnya. Begitulah aku setiap hari di bulan puasa tahun lepas. Dan rasanya tak sanggup untuk meninggalkan Nabila pada orang yang kita sendiri tak pasti bagaimana dia menjaga anak kita. Nak berhenti kerja.. memang aku pernah fikirkannya..Namun memikirkan belanja yang semakin meningkat dan kasihan melihat abg yang menanggungnya seorang diri..aku gagahkan juga. Dan pula aku baru dapat kerja tetap..Maka untuk soal berhenti ini..patut aku ketepikan dahulu..

Dan apa yang telah dikatakan oleh Zura dan Kak Eli ada benarnya. Aku memang sudah patut pulang ke Rawang. Semalam aku dan abg meluah rasa.Menitis air mata kami bila mengenangkan apa yang berlaku dan aku mengatakan keinginan aku untuk balik semula ke Rawang. Tetapi aku rasa terhalang. Adakah sebab Nabila masih lagi aku rasa seperti anak kecil..seperti bayi yang aku rasa kasihan jika naik ke kereta dalam jam 5 pagi? Dan Kak Eli menyarankan aku memikirkan tentang Abg pula kali ini. Dia sendiri punya pengalaman membawa Adam, anak lelakinya, menaiki kereta dari KL ke Serdang tanpa memasukkan ke dalam car seat. Dia memberi semangat pada aku. Jika dia boleh buat..aku juga boleh buat!

Dan rasanya akan aku fikirkan nanti. Rasa ingin pulang ke Rawang membuak-buak..Memanglah ini rumah mak, tapi rasanya lain jika kita dah berumah tangga. Rumah mak bukan lagi rumah kita. Dan kasihan pada suami makin menebal. Bagaimanakah makan minumnya di bulan puasa nanti? Sempatkah aku untuk pulang ke rumah? Atau aku laksanakan sahaja selepas raya nanti..?

Bantulah aku, suluhkan jalan untuk aku wahai kawan-kawan..Patutkah aku tinggal bersama mak..atau kembali ke Rawang bersama Abg?


p/s : tadi baru je dapat surat panggilan temuduga lagi. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Gred yang sama..cuma bidang tugas mungkin berlainan..Nak pegi ke idak ni?

25 March 2009

Sambung kisah semalam!

Minggu yang sibuk sebenarnya. Banyak perkara yang nak saya coretkan di sini tapi masa tidak mengizinkan. Adik saya pula bawa laptop ke tempat kerja. So tak dapat la nak online. YM pun dah lama tak on.

Entry semalam saya ingat nak bercerita tentang Nabila di rumah Rawang. Tapi terbantut dek kerana Nabila terbangun semalam. Selalunya waktu malam, Nabila memang mudah nak tidur. Dan akan bangun pada keesokan harinya.

Nabila ni jenis tidur sekejap kalau waktu siang. Dia tidur ada la dalam 15 minit. Kemudian dah bangun. Tapi tidurnya kerap. Sekejap tidur..sekejap bangun. Saya memang seronok sangat bila Nabila dapat tidur nyenyak. Saya pun join sekaki la..hehe..boleh tidur sampai tak sedar diri..!

Di Rawang seperti biasa cuma waktu malam, Nabila agak susah sikit nak tidur. Entahlah, mungkin dia tak selesa. Mahu tidur dalam rocker saja. Tak mahu tidur di atas katil. Dah macam-macam posisi saya buat. Meniarap..menelentang..mengiring..huh..mampus tak layan Si Nabila. Merenge-rengek. Agaknya bilik tidur rumah kami panas. Mataharinya menyinar di bilik kami sepanjang hari. Panas tak terkata. Dah buka tingkap pun panas juga

Nabila malam-malam sudah biasa tidur di rumah mak dengan aircond. Memanglah tak elok, tapi saya takut kalau badan Nabila panas. Takut demam dan kemudian sawan. So far memanglah tiada . Saya akan sejukkan bilik sebelum bawa Nabila masuk ke bilik. Rumah mak memang panas!. Kalau siang rasa macam sauna..hehe..

Di rumah sewa ni saya memang tak pasang aircond. Alternatifnya saya pasang kipas sampai 2. Konon-konon nak bagi bilik tidur sejuk sikit. Tapi tak boleh juga. Macam haba berkumpul dalam bilik. Kesian juga Nabila rasa tak selesa nak tidur. Saya yang tua ni pun panas. Ini kan pula Nabila. Dan akibatnya balik saja dari Rawang, terus macam nak demam si Nabila ni. Sampai ke hari ni rasa macam nak demam. Saya beri ubat demam. Supaya demam itu tidak berlarutan.. :(

Saya ada ambil gambar Nabila tengah demam ni. Tapi next entry la saya masukkan. Ok la..sambung lagi...!

24 March 2009

Nabila balik Rawang!

Lama tak letak entry dalam blog. Ada la dalam seminggu.

Kenapa?

Saya dan Nabila pulang ke Rawang. Time cuti-cuti ni asyik dok rumah mak jer kesian juga pada abang. Asyik dia saja yang balik ke Gombak . Lagipun abang kerja malam. Jadi siang dia ada di rumah.

Hari Rabu saya pulang ke Rawang sehingga Sabtu. Hari sabtu ayah dan mak saya pula datang ke Rawang Mahu menyiapkan rumah baru. Nak pasang cangkuk kipas dengan mengecat kemudian nak kasi kemas betul-betul rumah itu.

Ok, saya mahu tidur dulu. Nabila tak nak tidur pula . Esok saya dikehendaki melapor diri di JPM. Ermmm..tak tahu lagi macamana . Nanti sambung lagi..daaa...!