Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label Rawatan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan. Show all posts

15 December 2020

Hoist - Alat Bantu Untuk Angkat Pesakit

 Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah kita dah nak sampai penghujung tahun 2020 dah kan. Sekejap sangat masa berlalu. Duduk rumah saja masa PKP tempohari pun rasa alahai, cepat pulak sehari-hari masa berlalu. 

Alhamdulillah, kakak Nabila sihat-sihat je. Badan pun membesar dengan jayanya. Yelah happy sebab ibu banyak ada masa kat rumah mengadap dia kan..hahaha..

Sebenarnya untuk entry kali ni nak cerita tentang satu alat yang baru je kakak terima. Alhamdulillah permohonan pembelian Hoist melalui JPA diluluskan lagi. Macam biasalah permohonan tu, lepas dah lengkapkan borang, hantar untuk kelulusan MOH lagi, baru dapat beli barangnya. 

surat kelulusan pembelian hoist

Ok, mana yang tak tau macamana rupa alat ni.. meh share gambar kakak jap.. 

cakkkkk.. kakak ada kat sini..

Sebenarnya memang dah lama nak ada alat ni kat rumah. Kakak makin berat sekarang So bila nak angkat tu, memang terasa betul beban beratnya itu. Nak angkat anak Cerebral Palsy ni bukan boleh main angkat sembarangan je. Sebab kena fikir gak posisi anak itu kena betul. Kita yang mengangkat dia pun nak kena betul jugak cara dan kaedahnya. Silap-silap boleh kena slip disk tau.. So pada mereka yang ada orang-orang yang sakit terlantar tak boleh bangun macam kakak, elok la ada benda ni kat rumah. At least memudahkan kita untuk angkat dan uruskan mereka. Macam contoh, nak angkat dari katil ke wheelchair.. Boleh je guna alat ni. Mudah dah..
 
Alat kakak ni pun guna kuasa elektrik gak. So kena charge dulu baterinya. Dan dah penuh, baru boleh guna. Dan alat ni boleh angkat individu yang mempunyai berat sehingga 180kg dan menggunakan kuasa hidraulik. Tu yang tertera kat hoist ni lah. tak tipu tau..hahaha.. 


ni kakak dalam hoist. Ibu tengah nak turunkan dia dari atas katil ke lantai bawah. Tapi sebab dia tengah ketawa mengada-ngada tu, so tgk jelah gaya dia ketawa seronok tu. 


ok.. ni cara untuk gunakan hoist ni. 

Ok, sampai sini dulu ya. Moga entry ni bermanfaat pada anda.. 

Bye...


04 November 2020

Rawatan Ke 2 Radioactive Iodine (RAI)

 Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat-sihat sahaja. 14 Oktober lepas, KL sekali lagi diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pula. Susulan kes meningkat akibat pilihanraya di Sabah yang lalu. Mujur sempat la buat rawatan RAI sebelum PKPB aritu.

So bercerita tentang rawatan RAI tempohari, saya dikehendaki melakukan semula rawatan kedua RAI pada 1.9.2020 yang lalu. Kali ni dos dinaikkan sebanyak 150mci dan saya dikehendaki berpantang sebelum rawatan bermula 1.8.2020. Off ubat Thyroxine sebulan dan 2 minggu sebelum rawatan kena off seafood dan makanan yang mengandungi susu dan coklat (arghhh ni paling tension sebab saya penggemar coklat). Tapi mujur juga sejak raya lepas, saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Mana tak nya, badan bagai di pam-pam tambah-tambah sepanjang PKP aritu..huhuhu

Ok, cerita balik rawatan di HKL aritu, alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk saya. Kali ni saya sebilik dengan acik rokiah. Yang mana sepatutnya acik rokiah ni sepatutnya sebilik dengan saya masa rawatan kali pertama dulu. Tapi last minit tukar bilik dengan kak siti pula. Tapi kali ni tak bosan jugak, sebab mujur line dlm bilik saya elok je, dan saya enjoy tengok netflix dalam ward..hahahaha..

sempat la amik gambar papan ni.. slalu nampak je papan ni bila jalan kaki nak ke klinik pakar (sebab parking kat sebelah bangunan parking ni je kan.. ) kali ni dapat pulak gambar ni..

sambil tengok hp, kami tangan semua sejuk beku. nak tido pun tak tahan. kesian kat acik rokiah gak, menahan kesejukan. Saya siap bersweater bagai duduk pulak depan aircond lagilah tak tahan. Siap requeast encik zul hantar selimut dari rumah lagi.. padahal sebelum tu dan pakai selimut hospital 2 helai dah..huhuhu

ni tengah tengok netflix sebenarnya. cerita korea.. hahaha.. berselubung bawah selimut. nak borak ngan acik rokiah pun tak lalu sebab sejuk ya amat..

papan tanda nama depan bilik. kenangan jugak nih..

ok.. sepanjang rawatan, alhamdulillah, loya pening, atau simptom-simpton kesan ubat iodine tu tak melanda dalam badan ni..risau jugak ingatkan ubat tak berkesan. Tapi akhirnya masa yang dinanti telah tiba iaitu sesi WBS (whole body scan) . Part ni memang berdebar-debar la sebab nanti akan tahu result dan apa next rawatan yang akan di putuskan oleh doktor nanti. 

Alhamdulillah, sel kanser pada tulang rangka ke 9 saya telah hilang. hanya tinggal di bahagian leher je. Dan paling best skali, bulan mac 2021, saya akan menjalani rawatan sekali lagi, tapi tak perlu masuk hospital. Fuhh lega part tu, sebabnya, tak lalu dah dok hospital pun. Bosan satu hal, makanannya masyaAllah.. tak boleh nak telan dek tekak dah. Kalau buat rawatan kat hospital lain, contohnya kat IKN, saya tengok elok sedap je lauknya.. Awatlah HKL tak sedap sungguh lauknya. huhuhu.. 

Apapun, saya tetap kena jaga diri, makan benda yang berkhasiat dan sebolehnya dietlah dan kurang-kurangkan lah makan benda manis-manis.. benda-benda tu semua makanan kanser.. 

Korang doakan saya sihat ye.. boleh terus dapat Nabila, Naufal, Seera dan terutama kepada suami tersayang encik Zul.. :)

Ok, sampai sini dulu. Nanti kita sambung lagi ya.. Bye... 




01 April 2016

Bila Anak Cerebral Palsy Cabut Gigi..

Assalamualaikum..

Entry dah basi sebenarnya.. Kisah 1 Februari lepas.. Dek kerana tak berkesempatan untuk mencoret, saya terlupa terus tentang kisah kakak Nabila mencabut gigi..

Alkisahnya, Doktor Peads Dental mengesan beberapa geraham Nabila yang telah rosak dan bakal mengganggu untuk dia makan dan mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan. Jadi tahun lepas, doktor mencadangkan agar pembedahan dilakukan untuk membuang sebahagian gigi yang telah rosak.

Lama juga menunggu giliran. Sampai saya menelefon hospital bertanyakan giliran Nabila untuk mendapatkan rawatan. Selang beberapa minggu, saya menerima panggilan dari hospital dan mereka menetapkan tarikh pembedahan adalah pada 1 Februari 2016.

Serius!! Mulanya nak sangat.. Bila dah dapat tarikh, tetiba rasa cuak pulak.. Tak tau apa yang bakal dirasai oleh kakak Nabila nanti.

Sehari sebelum itu, Nabila di tahan di wad bagi memastikan kesihatan dia dalam keadaan baik. Nabila ditemani oleh ayahnya memandangkan saya berbadan dua dan takut tak selesa di wad nanti. Jadi ayah Nabila menawarkan diri untuk menjaga anak dara ini.

Sebak juga rasa melihat Nabila , bila malamnya, Nabila mengamuk nakkan buai. Biasalah dia.. Nak tido kena berdodoi-dodoi dulu. Sudahnya, ayahnya menelefon saya. Saya hanya mampu memujuk Nabila dihujung talian. Kata ayahnya, tak lama selepas meneletakkkan telefon, terus Nabila tido. Ayahnya bertanya apa yang saya bualkan bersama Nabila? Syaa hanya memujuknya sahaja..hehe.. Mungkin dia dapat rasakan debaran sepertimana apa yang saya rasa malam itu di rumah..

Esoknya pagi-pagi terus saya ke hospital. Menanti Nabila di ruang legar dewan pembedahan. Agak lama juga menunggu. Hampir 2 jam lebih baru selesai. Sampai di wad, Nabila masih lagi tidur kerana penangan ubat bius. Doktor mahu Nabila bangun dan diberikan ubat penahan sakit. Sudahnya tak sampai 30 minit, Nabila mula merengek. Mungkin sakit dan ubat bius telah hilang. Berlari ayahnya ke bawah mendapatkan aiskrim. Dapat aiskrim, barulah diam... Dna kemudian terlelap.

Petang tu juga kami dibenarkan pulang. Dan sekali lagi terpaksa berikan aiskrim dan ubat penahan sakit. Dan malamnya merengek sekali lagi, begitu juga pagi sesudah bangun tidur. Dan setelah itu, barulah berhenti darah mengalir di dalam mulutnya.. 

Gigi sebanyak 4 batang dicabut dan 1 batang lagi di pasang crown. Ngeri pula bila melihat giginya yang telah hilang..hehe..


Hasil cabutan.. besar jugak giginya..huhu..

Darah yang masih mengalir di dalam mulutnya..huhu..


Alhamdulillah, hanya menanti gigi baru tumbuh nanti.. insyaAllah..

03 July 2015

Kaki Kakak Bersimen

Assalamualaikum..

Rabu lepas kakak berjumpa dengan doktor Azira, doktor rehab dia. Macam biasalah, review tentang botox 2 minggu lepas 


Kemudian setelah berbincang, doctor mencadangkan kaki Nabila di simen untuk membantu membetulkan semula kaki dia.

Masa pasang simen tu ok lagi. Balik rumah je, agaknya dia rasa berat kaki dia nak angkat, terus menangis tak henti-henti. Masa buka puasa pun tak tentu hala sebab memujuk kakak. Terpaksa tunggu ayah Nabila buka puasa dulu, then kami berdua 'mengerjakan' kaki kakak.

Serius, saya tak mampu menahan getar hati saya bila melihat kakak Nabila mengalirkan air mata. Cukuplah 4 jam saja kakak pakai.. Saya minta maaf pada abg sebab dah susahkan dia bukak semula simen tersebut..



Tak tau nak cakap apa dengan doctor. Saya risau kakak sawan sebenarnya akibat menangis yang melampau. Apa yang saya takutkan terjadi malam tadi. Kakak di serang sawan.. Ya Allah!! Saya peluk kakak.. Saya cemas. Abg juga cemas. Sampai Naufal kena marah sebab bising ganggu kakak. Kakak asyik terkejut kerana Naufal menjerit-jerit dalam bilik. Adoiii anak!!

Makanya, kena cari alternatif lain juga untuk betulkan ankle kakak. Babysitter pulak kata susah nak pakaikan AFO untuk kakak. Dia risau kakak nangis.. Hurmm.. payah betul la camni...

Ni yang rasa hati membuak-buak nak berhenti kerja pulak ni... huhu..

Kenangan kakak sekejap dengan kaki bersimen..huhu..

Hopefully pagi ni kakak baik-baik saja.. InsyaAllah..


18 June 2015

Ramadhan datang lagi & Prosedur Botox kaki Kakak Nabila

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan paling mulia iaitu Ramadhan.. Seperti biasa, rutin macam tahun-tahun lepas jugak cumanya tahun ni bertambah sibuk bila ada kelas dalam bulan puasa. Tapi minggu ni je, sebab next week dah study week.. Minggu ke 3 & ke 4 puasa dah exam...

Ok, cerita pasal kaki kakak. Semalam saya membawa Nabila ke hospital. Atas urusan prosedur botox. Kali ni suntikan diberikan pada otot untuk lembutkan ankle. Ada doctor sebut semalam, tapi saya tak ingat pulak apa nama otot tu..

Start keluar rumah babysitter semalam dia dah menangis dah. Macam tau-tau je kakak ni kena cucuk kejap lagi. Penat jugak semalam berjalan jauh menolak wheelchair kakak. Parking semua penuh..huhu

Kepenatan semalam menangis. Agaknya nak tido tapi tak selesa.. Last terlelap gak kat wheelchair sebelum kena cucuk botox..

Oh ya, lupa pulak.. Kakak Nabila baru je dapat AFO baru.. sebelum ni AFO dia tak berapa ngam sangat. Kali ini company buat AFO tu betulkan balik. So dapatlah kakak kasut baru...hehe...


Ni lah AFO kakak yang baru.. Padding biru kat kaki kanan kakak tu untuk keselesaan kakak sebenarnya. Kaki kanan kakak agak keras sikit dan lebih ketat berbanding kaki kiri. Harapnya benda alah ni mampu betulkan kaki kakak balik macam dulu..

Ok, sampai sini je.. Selamat berpuasa semua.. 



28 January 2014

Epilim, Clonazepam dan Lactul

Assalamualaikum w.b.t ..

2 minggu lepas, saya ada bercerita tentang ubat sawan Nabila yang telah diubah dos nya oleh doktor pakar Neuro di HKL. Sejak 2 minggu lepas juga, saya menampakkan sedikit demi sedikit perubahan pada tubuhnya.

Pada awalnya, memang saya tidak mahu memberikan ubat sawan kepada Nabila. Oleh kerana penyakit sawannya masih belum berkesudahan, lebih-lebih lagi menjadi lebih teruk, jadi saya ambil keputusan untuk memberikan ubat itu semula kepada Nabila. Bersama juga ubat Lactul yang perlu Nabila ambil bagi mengatasi masalah sembelitnya.

Sungguh sayu hati ini bila terpaksa memberikannya pelbagai ubat. Cukuplah sedari lahir tubuh Nabila dipenuhi ubat. Kini, masih lagi bergantung pada ubat sepenuhnya.. Tiada pilihan !! Maka, saya terpaksa teruskan juga.

Namun, bila melihatkan tubuh dan keadaan Nabila ketika ini, sepertinya saya harus mengucapkan tanda syukur. Kerna apa yang saya lihat kali ini, masalah sembelit Nabila sudah HILANG.. Setiap hari dia akan membuang. Nak kata ubat Lactul tu berkesan atau tidak, seingat saya, saya pernah memberikan sebanyak 20ml sehari bagi mengatasi masalah sembelitnya. Namun masih TAK BERJAYA. Bezanya kali ini, dos yang doktor berikan adalah HANYA 10ml sehari.

Berbalik pada kisah ubat sawannya, Epilim dan Clonazepam. Jika dulu, Nabila pernah makan Epilim sebanyak 8ml (dos paling tinggi pernah dia makan dulu - diberikan oleh doktor HSB) namun masalah sawannya tetap ada. Sebelum ini juga Nabila pernah makan Clonazepam sahaja sebanyak 8ml sehari namun, sawan tetap ada. Oleh kerana itu, doktor Neuro HKL telah modified  kuantiti ubat yang Nabila ambil kini. Pengambilan Epilim sebanyak 4 ml (dos tertinggi setakat kini) dan Clonazepam sebanyak 2.5ml telah diambil Nabila setiap hari sebanyak 2 kali. Dan alhamdulillah, jerking dan spasm Nabila juga turut hilang.

Dan harapan saya, agar sawannya pulih dan dos ubat dikurangkan atau lebih senang, terus dihentikan. Kalau nak diikutkan hati, tak nak bagi dah..tapi bila memikirkan kalutnya saya ketika Nabila diserang sawan pada hari Krismas lepas, membuatkan saya jadi fobia.

Apapun, saya hanya merancang dan cuba memberikan yang terbaik pada anak saya. Memang banyak kaedah perubatan kini, namun saya perlu memikirkan pula kos dan keadaan yang sememangnya sedikit sebanyak memberi impak kepada kami sekeluarga. Ramai yang cuba mencadangkan beberapa rawatan kepada saya, namun saya terpaksa menolak dengan baik. Terima kasih pada mereka yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anak saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..

wajah ceria anak ini pengubat hati saya di kala sedih dan pilu mengenang nasibnya akan datang..


18 October 2013

Pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak Cerebral Palsy

Assalamualaikum..

Hari ini saya ke Hospital Sungai Buloh. Sendirian bersama Nabila. Tiada adik Naufal, tiada Ayah Nabila Naufal . Menemani Nabila untuk pemeriksaan giginya..

Temujanji berlangsung jam 10 pagi. Hanya jam 10.30 pagi, baru kaki saya melangkah ke ruang parkir hospital. Kerana parkir yang penuh sarat dengan kenderaan. Sempat lagi saya berkata pada kakak nabila untuk berdoa agar mudah mendapatkan parkir. Hanya beberapa minit selepas ini, rezeki kami, dapat juga meletakkan kereta di ruangan petaknya.

Agak laju juga berjalan dek nak mengelak panas matahari jam 10 pagi. Terik. Nabila pula di dalam stroller saya tolak agak laju. Dan nampak la kelam kabut di situ. Sampai sahaja di tempat teduh, sempat seorang pakcik menegur kami.

 " Anak demam ke?"

" Tak lah pakcik, nak bawak gi check up gigi"

"owhhhh..."

Sempat lagi berborak walaupun tangan dok tercari-cari kad temujanji Nabila di dalam beg.

Datang seorang lagi pakcik. Barangkali kawan pakcik pertama tadi.

" Anak boleh makan?"

"Alhamdulillah, boleh pakcik. Tapi yang lembut-lembut jelah"

" owh.. Pakcik ada anak macam ni. tapi pakai butang kat perut...baguslah anak boleh makan guna mulut.."

Alahai... sedihnya bila pakcik tu cakap gitu tentang anak dia..

" Dulu pernah gak doktor suruh anak saya pakai..tapi saya tak nak sebab saya tengok dia boleh makan guna mulut lagi.."

"Pakcik rasa baik makan tebuk perut dari masuk guna tiub.. Takut kena jangkitan paru-paru... "

Saya hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Dan terus meminta diri untuk segera ke tingkat 2, klinik gigi kanak-kanak.

Tak sampai 5 minit, giliran Nabila di panggil Saya tahu sebab tak ramai pun patient untuk pemeriksaan gigi. Masuk sahaja ke surgeri 1, doktor yang biasa dengan Nabila. dan juga ada seorang doktor baru. Doktor baru yang banyak melakukan pembersihan gigi dan tampalan untuk Nabila.

Keadaan Nabila ketika itu? Meraung gak la marah bila orang pegang kepala dia. Dan mungkin tak selesa bila doktor cuba mengorek sisa makanan yang terlekat di dalam giginya yang dah berlubang sedikit. Saya melihat proses tampalan dari mula hingga akhir. Nampak macam ngeri tapi saya kuatkan semangat. Sebab nak gigi anak ibu pulih sepenuhnya...

Pada saya pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak Cerebral palsy memang penting. Tambah pula kes macam Nabila. Suka sangat lagakan gigi. Berbunyik-bunyik ngilu dibuatnya. Kata speech therapist Nabila, rahangnya ketat, sebab tu dia buat gitu.. Tapi memang tak elok. So kalau nampak atau dengar anak buat gitu, hentikanlah ek..

Ada yang bertanya cara bagaimana saya mendapatkan temujanji dengan peads dental. Pernah temujanji bersama doktor pediatrik, saya bertanyakan tentang masalah gigi.. Dan jawapan memang kena rujuk doktor gigi dan barulah doctor akan decide rawatan yang sesuai anak,,

ok, sampai sini je.. mengantuk nak tido..huhu.. ok, daaa... :)

kakak Bella tengah marah dan nak cool.. huhu...

24 September 2013

Kakak Nabila dan Hidrotherapy...

Assalamualaikum..

Hujung minggu yang agak sibuk sebenarnya. Dan saya cuba luangkan masa untuk mencoret disini agar entry ini tak lapuk.

Alhamdulillah, rezeki Nabila lagi. Saya berpeluang membawa Nabila ke Greatlife Bangi untuk sesi hidrotherapy nya. Mungkin ada yang belum pernah mendengar tempat ini. Actually, tempat ini dah ada beberapa cawangan baru termasuk di Kota Damansara dan Shah Alam. Nabila pernah ke Kota Damansara dan dia bersama physiotherapist di sana, iaitu Miza. Cumanya di Kota Damansara tiada hidroterapi. Makanya, saya terpaksa mencari alternatif lain untuk teruskan sesi ini.

Jika dulu di IMC, hampir setiap minggu Nabila akan ada sesi hidroterapi di sekolah. Cumanya sejak Nabila berhenti dari IMC, saya tidak lagi melalukan rutin bermain air bersamanya. Ya, disebabkan saya mengandung dan melahirkan Naufal, makanya sesi hidroterapi Nabila terhenti...

So far Alhamdulillah, di Greatlife Physiotherapy Bangi nampak tempatnya mudah untuk dicari. Luas dan mempunyai 3 tingkat. Dan kolam yang sangat besarrrrrrrr!!!

Gambar atas : Nabila ready dengan swimming suits nak masuk kolam...
Gambar bawah : Sesi hidroterapi sedang berlangsung. Kakak NANGISSSS!! sebab dah lama tak berendam + kolam sejuk sikit..hehe...

Apapun, saya sedang cuba untuk arrange balik jadual aktiviti Nabila. Cuma saya sedang mempertimbangkan untuk mencari dana atau duit lebih untuk menampung perbelanjaan Nabila. Terapi nya bukan murah. Dan saya terpaksa lakukannya setiap minggu bagi memastikan tubuh Nabila mendapat rawatan sewajarnya. 

Saya risaukan ini..

Kaki kakak susah nak dibengkokkan... :(

Jika ada yang mengikuti page Nabila di dalam facebook iaitu https://www.facebook.com/KasihkuBuatNabila , saya ada luahkan tentang kaki Nabila beberapa hari lepas...

"Lama tak update tentang Yasmin Nabilah kan. Actually saya mmg tgh bimbangkan ttg dirinya. Kurang fisioterapi buat kakinya kembali kejang keras. Nak bengkok untuk bersila pun agak payah. Saya tahu sendi sudah mulai ketat. Harap sangat dapat lakukan rutin dulu, lakukan fisioterapi sekerap mungkin. Skrg Nabila pun tak gi sekolah dah. Maka, sesi terapi setiap hari pun dah takde. Kalaulah ibu kaya, leh upah fisiotherapist dtg rumah lakukan sedikit exercise utk kakak. Ibu dah tak boleh nak keluar waktu opis macam dulu nak.. Sedih bila pikir semua ni.. Moga Allah sentiasa permudahkan jalan ibu utk kamu sayang..


Luahan hati saya seorang ibu. Mana tak gusar melihat kakinya kini semakin sukar untuk dibengkokkan. Bukan kerana saya sengaja tidak membawa Nabila ke tempat terapi.. semuanya kerana DUIT !!  Saya bukan nak minta simpati pada kalian yang membaca coretan ini, cuma mahukan jadikan tempat ini sebagai tempat saya meluah rasa tentang keadaan negara ini yang serba susah untuk mencari wang untuk menampung perbelanjaan menjaga anak istimewa. Ya, cakap saya ini bukan omongan kosong. HANYA MEREKA YANG SEKASUT DAN SEDANG MENGALAMINYA SAHAJA MENGETAHUI PERIT JERIH KEHIDUPAN KAMI LALUI. 

Saya tetap bersyukur Nabila diberi peluang untuk mengikuti kelas terapi berbanding rakan-rakan saya yang duduk di luar bandar. Cuma saya berharap peluang ini akan datang lebih lagi. Anak istimewa juga manusia yang perlukan perhatian dan jagaan yang baik. Agar mereka terus diberikan kesihatan yang baik, dan siapa tahu mungkin satu hari nanti, anak-anak ini berpeluang untuk menjadi anak yang mampu berdikari. LEBIH BERDIKARI DARI ANAK TIPIKAL DI LUAR SANA....

Pada yang ingin mencuba hidroterapi dan terapi-terapi lain, bolehlah ke tempat ini dan setkan appt sebelum datang ek...

Greatlife Physiotherapy Centre
No 61G JALAN KAJANG IMPIAN 1/11, TAMAN KAJANG IMPIAN, 43000 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR..seksyen 7


Call dulu sebelum nak datang ek.. Puan Fazilah 017-3985214 atau hotline mereka 017-2997966 . Boleh je cakap tau tempat ni dari blog Bella.. kompem kak Fazilah ni kenal..hehe...




24 July 2013

Terapi Dohsa Hau & Kerusi Aktiviti Untuk Nabila

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, rezeki anak memang tak terjangkau dek akal fikiran saya ini. Ya, saya akui, Nabila sememangnya murah rezekinya. Mungkin juga Allah permudahkan jalan saya dalam menjaga keperluan Nabila.. Syukur Alhamdulillah..

Alhamdulillah, sudah 2 kali Nabila menghadiri kelas Dohsa Hau di Malaysian Relief Agency anjuran MYCP. Banyak ilmu yang saya dapat sepanjang kelas ini diadakan. Dan dapat juga saya aplikasikan pada Nabila di rumah nanti..

Teknik rawatan ini walaupun nampak mudah, namun saya rasa, saya perlukan kesabaran yang tinggi untuk lakukannya. Ianya bukan teknik kita mengajar anak, tetapi lebih kepada meningkatkan tahap kemahuan anak dalam melakukan sesuatu. Seperti contoh, saya tidak akan mengangkat tangan Nabila untuk bersenam tetapi saya perlu memberitahu Nabila bagaimana untuk mengangkat tangan. Dan ibu pun macam pom-pom girl jugaklah. Memberitahu Nabila untuk mengangkat tangannya sendiri... :)

Oleh kerana Nabila sudah lama meninggalkan sesi terapinya, maka saya terpaksa melakukannya dari mula semula. Dan yang pasti, saya terpaksa membaiki semula kaki Nabila yang sudah mulai bengkok di sendi pergelangan kakinya.. :(

Minggu pertama sesi tersebut, kami bermula dengan sesi pengenalan. Dan saya diajar beberapa langkah untuk dilakukan di rumah..

Pengenalan dari Puan Fauziah..

Penerangan dari Puan Sariah mengenai rawatan ini..

Sesi minggu kedua oleh Arif dan Hanna.. Dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut kebolehan anak-anak itu sendiri..

Kami beramai-ramai bergambar bersama...

InsyaAllah, harapnya dapat teruskan lagi sesi sebegini.. Moga dapat manfaat dari apa yang saya pelajari dari Puan Sariah. 

Kebetulan, sabtu lepas, kami bertemu dengan Encik Syed dari Aleps sewaktu sesi Dohsa Hau berlangsung. Saya bertanyakan tentang kasut AFO untuk Nabila. Dan Isnin, saya terus bertemunya di kilang. Kebetulan rezeki Nabila dan Adriana, kami diberi pinjam sebuah kerusi aktiviti yang datangnya dari Jepun untuk kegunaan anak-anak ini. Alhamdulillah, rezeki Nabila. Kasut kasut AFO nya juga saya dapat. Mujur ada saiz yang bersesuaian dengan Nabila..

Andai tak muat lepas ni, saya harus pulangkan semula kepada Aleps. Terima kasih Encik Syed atas pemberian ini. Kalau nak beli memang tak mampu kakak oiii...

Kakak Bella dan Adriana.. Rezeki mereka.. :)

Nampak selesa kakak duduk atas kerusi ni. Sampai terlena lah dia..hehe.. Sekarang ni takdelah kakak asik baring je kan... :)

Encik Syed, yang berkemeja biru bersama kami sebelum pulang.. 

Alhamdulillah, rezeki anak kan?

p/s : kredit pic to Malaysian Relief Agency & Kak Yati Chee Ree .. Ibu tak dan nak amik pic semua..huhu

19 July 2013

Sawan dan ketakutan ibu..

Assalamualaikum..

2 hari lepas, memang kalut saya dibuatnya. Bermula pada malam Isnin lepas, atas kesilapan saya sendiri, Nabila jatuh sakit. Sungguh saya tak sangka, kesalahan saya mengangkat Nabila untuk ke bilik tidur membawa padah padanya. Tulangnya berbunyi seperti tergeliat ketika saya mendukungnya. Dan malam itu Nabila tidak dapat tidur. 

Dalam tak tidur tu, saya sempat melihatnya berulangkali . Saya fikir Nabila seperti biasa. Hanya diam membatu. Tidak menangis. Tidak merengek. Berulang kali saya angkat dan letak dia di atas katil dan buai dengan harapan dia akan terlelap. Rasanya hampir ke subuh, barulah matanya terpejam...

Dan menjelang tengahari, saya sudah nampak emosinya sedikit terganggu. Puas saya mencari punca, namun tak jumpa. Kemudian sehingga ayahnya pulang dari kerja, Nabila masih lagi tidak keruan.

Lantas, saya mesej pada kak Ija. Kononnya mahu ke Klang selepas berbuka puasa. Sudah hampir 4 minggu Nabila tidak melakukan rawatan stimulatherapy. Faktor kewangan punca saya tidak dapat melakukannya... :(

Mujur kak Ija menjawab sms saya. Terus saja kami bersiap dan meredah malam pekat menuju ke Klang. Dan setibanya di Klinik Stimulatherapy, Nabila di serang sawan lagi. Dan kali ini lebih hebat. Kebetulan sedang menunggu giliran kerana anak Jiey Mien , Rayyan sedang menjalani rawatan juga. Namun melihatkan keadaan tak terkawal, saya terpaksa memanggil Kak Ija untuk membantu saya cara bagaimana untuk memberhentikan serangan tersebut.

Kelam kabut juga kak ija datang membantu dan terus melakukan sesi rawatan. Dan sewaktu Kak Ija memegang Nabila dan setiap kali kak Ija menyentuh saraf yang bermasalah, badan Nabila tersentak. Dan saya pasti sawan itu menyerangnya lagi. Nampak jelas, kaki dan tangan Nabila mengerekot sedikit ketika serangan itu berlaku.. :(

Selesai rawatan, Nabila kembali tenang. Dan kami pulang ke rumah kerna esoknya saya terpaksa gagahkan diri untuk mengharungi sesi intensif selama 2 kali untuk memulihkan kembali tubuh Nabila. Beberapa kali Abang bertanya adakah saya mampu untuk lakukan seorang diri menjaga Nabila dan Naufal di klinik nanti? Kalau nak diikutkan hati, memang tak mampu. Faham sajalah keadaan Naufal sekarang ni. Memang tak duduk diam. Namun melihatkan keadaan Nabila, saya gagahkan juga. Saya berdoa agar apa yang saya akan lalui nanti dipermudahkan..

Alhamdulillah, urusan saya sepanjang di klinik berjalan lancar. Cuma 2-3 kali Naufal mengamuk kerana mahu tidur. Tapi bila di dukung orang lain, senyap je. Ada yang melayan, sebab tu dia tak kisah. Mujur ada kak Fiza dan anaknya. Bolehlah tolong tengokkan Naufal sementara ibu berbuka puasa dan solat.

Dan syukur Alhamdulillah, Nabila semakin pulih. Sudah menampakkan kembali senyum tawanya. Penat lelah saya semalam berbaloi bila melihat dia tersenyum sambil bermain dengan si adik. InsyaAllah, andai ada rezeki lagi, kita ke sana lagi ye kakak. Terima kasih adik Naufal kerana turut memahami keadaan ibu dan kakak. Co-pilot ibu ni sentiasa menceriakan hati ibu ketika memandu jauh. Terima kasih sayang.. :)

Setia menemani kakak.. :)

28 May 2013

Rawatan Stimulatherapy

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kesihatan anak-anak baik-baik sahaja. Baik Nabila atau Naufal, masing - masing sama naik. Kakak Nabila serasa semakin berisi tubuhnya. Otot-otot mulai kelihatan. Dan paling ketara kaki Nabila mulai lembut setiap kali saya lakukan streching.

Sejak berulang-alik dari Klang kerana membawa Nabila menjalani rawatan stimulatherapy di sana, membuatkan rutin harian saya juga sudah berubah. Malah Naufal juga seakan sudah mengerti dan biasa dengan keadaan di klinik. Perjalanan yang jauh dari Bukit Beruntung ke Klang memang menyukarkan saya membawa 2 anak kecil saya bersama. Namun, kerana azam untuk pulihkan Nabila, saya cekalkan hati.

Memang tak terjangkau dek akal fikiran saya untuk ke sana. Lebih-lebih lagi sendirian tanpa ditemani Abang. Hanya sekali sekala Abang dapat menemani saya. Selebihnya hanya kami bertiga. Dalam hati, saya turut berdoa agar perjalanan saya bersama anak-anak sentiasa selamat. Faham sajalah keadaan jalan di Klang. Dengan lori kontena, lori pasir, entah segala jenis kenderaan di atas jalanraya. Berselisih dengan kenderaan-kenderaan tersebut memang mengerikan.

Sehingga entri ini ditaip, serasa saya sudah lebih 20 kali Nabila lakukan sesi stimulatherapy itu. Ada juga kak Ija ajarkan saya beberapa teknik untuk saya buat di rumah. Dengan syarat, hanya boleh dilakukan untuk Nabila sahaja. Bukan untuk anak-anak lain. Bukan kedekut. Kerana tidak mahu aura tubuh anak orang lain masuk ke dalam tubuh kita.

Selain rawatan stimulatherapy, saya tak lakukan perkara lain. Saya ingin buat semula jadual home programme saya bersama Nabila, namun tak dapat laksanakan kerana kekangan masa. Faham sajelah klu ada budak botak Naufal ni kan. Memang tak jadi apa rumah.

Saya dah mula nampak kesan-kesan positif pada tubuh Nabila. Menangis juga tidak berlaku kerana tubuh Nabila sudah biasa dengan tekanan yang diberi oleh kak ija. Moga perubahan ini berterusan hendaknya. Amin.

P/s : gambar dibawah, Nabila semakin kerap mengangkat kepala bila diletakkan dalam posisi meniarap. Good gurl kakak Nabila!!

Alamat Pusat Rawatan Stimulatherapy (Terbaru- bermula 1 November 2013) :

No. 29 , Jalan 35/25,
Canting, Alam Impian
Shah Alam, Selangor.
No.Tel : 012-9137266 (kak Ija)
 

16 April 2013

Kini saya boleh menerima semuanya...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis disini..Ya, saya berhutang satu entry dengan kalian kan.. Tentang rawatan terbaru Nabila..

Alhamdulillah, sudah 13 kali kami ke Klang. Badan Nabila juga mulai lembut. Malah lebih mudah untuk saya melakukan streching. Terutama pada kaki kanannya yang semakin ketat..

Ok, pada mereka yang ingin mencuba rawatan ini bolehlah berhubung dengan Kak Ija.. dan boleh lihat sendiri melalui facebooknya.. Pusat Stimulatherapy Klang

Saya tak nak cerita panjang pada rawatan tersebut kerana setiap orang mempunyai cara dan kaedah pemulihan yang berlainan. Jadi, pada yang ingin mencuba boleh berhubung terus dengan kak Ija..

........................................
..................................
.......................
............
....
.

Cerita selanjutnya mengenai puteri saya. Lama benar tak bercerita tentang anak ini. Gambarnya juga sudah jarang dipaparkan...

photoshoot bersama ibu.. Adik tak abes-abes jilat tangan kakak..hihi...

Alhamdulillah, Nabila baik-baik saja. Walaupun beberapa minggu ini kurang sihat, lebih-lebih lagi serangan sawan yang sering berkunjung tiba membuatkan hati saya serba tak kena melihatkan kesihatannya yang tak menentu. Badan sedikit susut kerana kurang selera makan. Namun, saya cuba memaksanya sedikit agar perutnya tidak kosong dimasuki angin. 

Sejak 2-3 hari lepas, Nabila dilanda kemurungan yang amat sangat. Menangis usah dikira. Jika ditadah mau sebaldi air matanya.  Entah apa yang tak kena di hatinya. Puas saya memujuk. Mengharapkan dia mengerti pujukan saya itu. Namun sia-sia. Berhari-hari saya dan Abang bergelumang dengan perasaannya. Dan akhirnya saya kalah. 

Bila difikir, saya hampir lupa sebenarnya. Anak ini akan menyambut hari lahirnya tak lama saja. Esok merupakan hari lahirnya yang ke-5. Patutlah kamu meragam nak.. teringat kisah lama yek...

Ada yang bertanya pada saya tentang keadaan Nabila. Kini saya sedar, saya tidak lagi boleh terlalu mengharap atau cuba memaksa melakukan apa saja untuk Nabila. 5 tahun berlalu. Impian saya untuk melihat Nabila berjalan tak pernah padam. Malah termimpi-mimpi di malam hari. Saya tetap berdoa agar saya terus diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk menjaga Nabila. Malah pada Naufal juga saya cuba serapkan perkataan SAYANG kepada kakaknya. Andai Naufal dapat membaca coretan ibu, ketahuilah sayang ibu sangat menyayangi dirimu dan kakakmu. Akan ibu lakukan apa saja untuk kebahagiaan kamu berdua..

Menginjak ke usia 5 tahun, pelbagai dugaan dan cabaran saya lalui. Sihat, sakit, ketawa, menangis semuanya bersilih ganti daiam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah, saya kini boleh menerima semuanya. Tentang keadaan Nabila, tentang masa depannya..tentang penerimaan orang padanya. Sungguh, saya tak percaya saya boleh harungi semuanya. Saya rasakan ianya sangat berliku. Mungkin ada di luar sana yang melalui pengalaman lebih hebat lagi..tapi pada diri saya..inilah satu perkara yang sangat besar berlaku dalam hidup saya selama 30 tahun ini..

syurga kami...

Buat kakak, tiada apa yang lebih membahagiakan ibu selain melihat dirimu ketawa riang. Biarlah dirimu tak mampu untuk berdiri seperti orang lain..asalkan kamu tetap disamping ibu selama mungkin. Ibu takut sekali membayangkan andai ibu akan kehilanganmu..Moga kita terus kekal bahagia dan dirimu sentiasa dilindungi Allah S.W.T . Insyaallah..

31 March 2013

Berterapi lagi..

Assalamualaikum..Lama benar tak bersiaran. Berminggu lamanya saya tak dapat menulis apa-apa di sini. Banyak perkara yang berlaku 2-3 minggu ini..

Salah satunya Wan saya. Nenek saya sebelah mak. Kini di ICU HKL kerana masalah kencing manis yang serius. Kini ada sedikit komplikasi dari pembedahan ketumbuhan di lehernya. Syahdu melihat keadaan Wan yang terbaring lesu dan dipenuhi wayar. Lantas teringat kisah Nabila di NICU. Bunyi mesin usah kira gerunnya. Petang tadi mak saya dan Abang ke hospital. Wan kelihatan lemah dan berada dalam keadaan tidak sedar. Terbaring kaku. Sebelum ini, Wan masih sedar kehadiran kami ketika melawat, namun tadi kata mak, Wan kelihatan lemah. Parut pembedahan masih jelas kelihatan.

Dalam hati saya tetap berdoa agar Wan terus pulih. Menangis saya melihat keadaan Wan masa mula-mula menatap wajahnya. Sayu kerana orangnya dulu sangat sihat. Tak sangka Wan terlantar sebegitu rupa...

Doakan agar Wan saya lekas-lekas sembuh..Moga dia masih mampu untuk melihat lagi ahli keluarganya....

Tentang Nabila. Alhamdulillah, saya telah temui satu lagi pusat rawatan saraf untuk Nabila. Pada awalnya, saya agak sukar untuk memberi kata putus untuk bersetuju membawa Nabila ke pusat rawatan tersebut. Malah, berkira-kira juga kerana lokasinya agak jauh. Namun, saya gagahkan diri walaupun agak kepenatan membawa kereta bersama kedua putera puteri saya sendirian tanpa di temani Abang. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Setiap kali pergi, saya rasa tidaklah sesukar seperti mana yang saya bayangkan.

Cuma saya sentiasa berdoa agar Allah melindungi saya dan anak-anak dari kecelakaan sepanjang perjalanan kami. Moga saya terus melangkah untuk membawa Nabila untuk proses pemulihan. naufal juga seperti sudah faham keadaan saya dan kakaknya. Jika dulu kerap menangis diletakkan di car seat. Kali ini, sepertinya dia tahu kesusahan saya. Alhamdulillah, anak itu baik-baik saja sepanjang perjalanan.

Buat muka comel pulak....Bila lihat semula gambar ini, seperti tak percaya naufal sudah 5 bulan... :) Alhamdulillah 

Co-Pilot yang tertidur menemani ibu drive kereta. Alahai..kesiannya. Memang nampak kepenatan..

Bosan dalam kereta siap main tab ibu lagi..Ceh ceh..nak pegang sendiri..Tak bagi ibu pegangkan...
Dimana kakak?

 Ada ni hah!! Kat belakang. Perawat Nabila tak benarkan Nabila duduk di kerusi kereta (car seat baby) . Disuruhnya berbaring gini. Seb baik la seat myvi boleh extend sampai hujung seat pemandu. So selamat la cik kak ni dari jatuh.. Lapik tilam tebal-tebal. Memang syok baring kan kakak? hihi

Menunggu giliran. Si adik sebagai cheerleeder jadi tukang sorak semangat kakak...

Sentuhan si perawat. Apa nama rawatan ini? Nantikan entry berikutnya ek....

Saya sedang cuba mencari ongkos lebih untuk membawa Nabila ke sini. 3 kali seminggu, cukup besar perbelanjaannya. Sehingga semalam, Nabila sudah jalani rawatan ini sebanyak 9 kali. Alhamdulillah, Nabila menunjukkan tanda-tanda postif untuk pulih sedikit demi sedikit.

Ya ALLAH, permudahkan urusan ku untuk anak kecil ini. Mudahkan perjalanan kami ke tempat rawatan tersebut. Lindungi kami dari sebarang kecelakaan. Kau berikan rezeki melimpah ruah agar ku dapat membawa Naila ke tempat terapi.

Ok..mau lelap mata..nanti saya ceritakan lagi tentang terapi Nabila ini...






15 January 2013

Tooth Mousse - Auuuchhhh!! Gigi sudah ditampal!

Ya ampunnnnn!! Sejak cuti tanpa gaji ni hidup memang agak sibuk. Sibuk mencari duit tambahan dan mengisahkan perihal anak-anak yang semakin bijak bermain emosi. Terutama Naufal..

Entri ini di taip pun kerana saya berjaga subuh hari kerana breast yang membengkak dek pam medela fs saya buat hal! Entah kenapa payah sangat nak suck nipple. Mulalah hati ni bengang bila dah berbelanja ribuan ringgit untuk sebuah pam yang saya sendiri masih geram tak dapat nak gunakan sepenuhnya.

Takpe,cerita bab susu akan menyusul kemudian. Pahit terasa tentang pam saya,tapi bila tengok limpahan susu dalam deep freezer buat saya hati saya sesejuk peti beku itu. Hurmmmmm!!!

2 minggu lepas,Nabila ke Hospital Sungai Buloh. Untuk pemeriksaan gigi yang sebenarnya patut dihadiri pada bulan November tahun lepas. Tapi dek kerana saya dalam tempoh berpantang,ayah Nabila menukarkan tarikh tersebut kepada tahun baru 2013.

Alhamdulillah,gigi anak dara saya memang tiada masalah yang serius. Seperti saya katakan dulu,memang dah menjadi rutin wajib menggosok gigi setiap hari. Dari tak tahu menganga,kini dah pandai sua mulut bila setiap kali mandi. Tahu rutin hariannya menggosok gigi. Biarpun keadaan Nabila tidak boleh mengurus diri,saya tetap pentingkan kebersihan dirinya. Yelah,tak mahu Nabila dalam keadaan comot. Sudahlah keadaan dia begitu,bila dengan keadaan comot dan busuk sudah tentu mengundang pelbagai penyakit lagi.

Cuma kata doktor,geraham sebelah kiri dan kanan bahagian bawah sudahpun berlubang. Tak besar,namun harus ditampal bagi mengelakkan masalah jadi lebih buruk lagi. Makanya si ayah terpaksa bergelumang memegang Nabila bagi mententeramkan cik mek ni kerana dek kepantangan beliau dalam hal pegang memegang kepala ni! Ibu memang tak boleh buat apa sebab dak Naufal sedang sibuk diam memerhati keadaan si kakak yang sedang terbaring di atas kerusi bersama ayah. Heh!! Kalau kamu tahu,kompem kamu takut Naufal. Hihi

Selesai prosedur menampal,Nabila diberikan belon untuk mententeramkannya. Perghhh!!! faham sajalah Nabila kalau menangis. Memang bergegar HSB. Ayah siap sound lagi, " Kakak,kalau kamu nangis nanti orang lain takut nak masuk klinik gigi."  Betul gak ek. Kang budak-budak lain ingat doktor gigi dah pulas gigi Nabila dengan playar! Hehe..

Kami diberi satu ubat kalsium untuk disapu pada gigi Nabila sesudah membersihkan gigi di waktu malam. Agak mahal kata doktor tersebut. Lebih kurang dalam RM 70 satu tiub itu. Dan untuk permulaan,ianya adalah percuma. Katanya lagi,memang susah nak cari kat pasaran luar. Hanya di prescribe oleh doktor yang merawat sahaja.

Tak rugi jika lakukan pemeriksaan gigi seawal usia muda lagi. Sekurang-kurangnya kita tahu tahap kesihatan gigi anak kita. Jika Nabila di refer ke doktor gigi pediatrik kerana masalah suka menggesekkan gigi ketika bermain, mungkin anda boleh minta klinik kesihatan untuk rujukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tentang gigi anak. Dan saya sangat mencadangkan jika sesiapa di Kuala Lumpur,boleh terus je ke HKL. Memang servis tip top kat klinik gigi HKL.

Ok,hopefully Nabila baik-baik sahaja..InsyaAllah.

24 September 2012

Berdandan & Kembali dengan rutin dulu...

Hujung minggu saya habiskan masa bersama Nabila. Agak letih kerana ragam si kecil ini sangat menduga hati dan perasaan saya.

Mungkin kerana hanya beberapa minggu sahaja lagi Nabila bakal menerima kehadiran seorang adik. Kata mak, adik nak ambil tempat dia..tu yang banyak ragam tu. Sungguh hati saya tak keruan melihat dirinya menangis dan cuba untuk menunjukkan 'protes' kepada saya,. Ya Allah, berikan diri ini kekuatan...

Sabtu : Saya dan Abang membawanya keluar berjalan. Dengan harapan dirinya akan diam dan tidak merajuk lagi. Namun sangkaan saya salah. Tak sampai 20 minit di shopping mall (mmg ini tempat kegemaran dia..) , suaranya kedengaran lantang memekik menangis. Banyak mata yang memandang.. Dan kami terus mengangkat kaki!

Dalam hati bercampur geram. Apalah saya bersalah dalam hal ini? Nabila, ibu hanya ingin menenangkan perasaanmu. Kenapa kamu nak?

Dan sudahnya, kami hanya berhenti makan di R&R , Itupun membeli di kaunter pandu lalu dan menikmati makanan di dalam kereta :(

Lantas saya mengambil keputusan untuk memotong rambutnya...Mungkin kerana kepanasan dan rambut yang sangat panjang (pada saya) merimaskan dirinya....

Di dalam cermin baru kelihatan Nabila disebalik ayahnya. Ayah sibuk bertanya nak potong gaya macamana..

Selesai memotong rambut, terus kami pulang. Dan Nabila...

..masih lagi begini...
 
Ahad : Saya membawanya berjalan lagi. Kali ini bersama adik perempuan dan mak ke Jusco Wangsa Maju. Mujur diam dan hanya memerhati keadaan keliling...
 
Dan malamnya, saya 'berterapi' bersama Abang. Hilangkan rasa tekanan dengan menonton wayang bersama. Yelah..sok nak bersalin..tak dapek la nak tengok wayang dah..hehe...
 
cerita ini.. Agak ganazzz..Sempat pesan pada adik baby.."No..no...no..Ibu just tengok cerita ni ek dik..Jangan contohinya..hehe..Jadi judge yang baik..hehe...*terbaik la cerita nih..!*
 
Isnin : Sehingga tadi, waktu sesi fisioterapi bersama Miza..Nabila sepertinya teringat perihal rawatan 2-3 minggu lepas yang saya rasa membuatkan dirinya trauma...

Di saat ini masih lagi menangis kerana risau apa orang yang akan lakukan padanya. Serius Nabila jarang menangis bila bersama Miza... *kredit pic to Mama Put..Kebetulan jumpa Abg Lope handsome sedang fisio juga.. :)*

Emosi kian stabil. Mungkin baru teringat apa yang selalu menjadi rutin mingguan di greatlife setelah beberapa minggu tidak hadir kerana memberi laluan kepada rawatan akupuntur....

Moga diri ini terus di beri kekuatan sehingga waktu bersalin tiba untuk sesi terapi Nabila seterusnya.. Amin...

09 September 2012

Nabila dan Akupuntur...

Minggu yang agak 'hectic' untuk saya dan Nabila sepanjang bulan September ini. Dan kerana berada di rumah mak, saya tak dapat meng update aktiviti Nabila yang terbaru.

Agak lama juga untuk saya mengambil keputusan menggunakan kaedah akupuntur pada Nabila. Sejak kecil lagi, memang ada berhajat untuk ke pusat yang menjalankan kaedah akupuntur, tapi mungkin juga rezeki Nabila belum sampai tahap untuk mencuba kaedah tersebut.

Tanggal 31 Ogos 2012, sedang sibuk orang melihat perbarisan kemerdekaan, saya sibuk membawa kereta menuju ke Kajang. Dalam fikiran saya hanya satu. Mahu Nabila pulih! Dan seharusnya saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi ragam Nabila untuk berterapi...

Apabila sesi penilaian dilakukan, saya terus bersetuju untuk melakukan sesi akupuntur hari itu juga. Nabila perlu untuk menjalani sesi mengeluarkan darah kotor ..saya dah mula seriau. Lebih-lebih lagi ia mengingatkan saya bila saya dikehendaki mengambil ujian darah bagi mengesan tahap kencing manis saya. Saya kena hanya 1 jari, tapi Nabila? 10 jari tangan dan 10 jari kaki....

Sakit usah cerita. Nabila meraung sekuat hati mahu melepaskan diri. Kebetulan saya hanya seorang diri tanpa di temani Abang. Mujur ada Farid Abi Alisya tolong pegangkan Nabila ketika itu. Kalau tak, entahlah...

Disebalik kesakitan itu tusukan jarum rupanya ada yang lebih sakit lagi. Kaki kiri dan kanan digesek pada tikar dan menyebabkan luka kulit kakinya terkoyak. Saya sendiri tidak menyedari sehinggalah Ita menegur luka di kakinya. Masya-Allah.. Tak sangka Nabila boleh gesekkan kakinya di situ. dan sehingga hari ini, luka itu belum benar-benar pulih... :(

Hari kedua, Nabila mula dicucuk hampir 61 batang jarum di tubuhnya. Dimulakan dengan bahagian belakang badan dan kepala.Saya kagum melihat jari doktor yang pantas mencari point-point tertentu pada Nabila sambil menerangkan pada kami pelbagai maklumat mengenai rawatan tersebut. Jauh disudut hati saya, saya hanya mampu berdoa agar semangat Nabila kuat. Bukan mudah untuk saya dan Nabila menghadapi saat-saat ini. Dan kami perlu hadapinya lagi untuk 25 sesi seterusnya dan dilakukan setiap hari...

Kesukaran untuk saya mengambil cuti petang keluar waktu pejabat membuatkan hati saya ralat untuk meneruskan sesi ini. Seeloknya saya harus melakukannya setiap hari. Namun, Allah sekali lagi permudahkan jalan saya dimana adik lelaki saya yang ke-3, berhenti kerja kerana dek tak tahan dengan bebanan tugas. Lantas, saya mengambil keputusan untuk mengupahnya sebagai peneman saya untuk membawa Nabila ke Kajang.

Saya cuba memujuk mak. Mak bersetuju untuk menenami adik lelaki saya bila saya tidak dapat ke Kajang pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Namun, insiden pada hari Rabu, Nabila muntah dan diserang sawan selepas sesi rawatan membuat mak takut dan melarang saya meneruskan sesi tersebut. Hati saya tak keruan, apatah lagi saya hanya mampu membawa Nabila ke hospital dan pihak HKL terus menahan Nabila untuk pemerhatian. Saya tahu itu semua adalah kesan dari rawatan tersebut. Saya tidak risau kerana saya telah diberitahu awal-awal tentang simptom-simptom ini sebelum sesi rawatan dimulakan, namun tidak menyangka tubuh Nabila bertindak balas secepat itu terhadap rawatan tersebut.


Dalam hati saya yakin, Nabila sudah mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengannya. Cumanya keadaan mak dan adik-adik yang panik melihatkan Nabila, membuatkan saya bercelaru tambahan pula Abang tiada di sisi saya. Air mata saya mengalir bila saya terpaksa membuat keputusan untuk menghantar Nabila ke hospital. Saya doakan keadaan Nabila kembali pulih seperti biasa dan keesokan harinya, saya dibenarkan pulang ke rumah.

Puas memujuk mak supaya membenarkan saya meneruskan rawatan ini. Pandangan mak penting kerana saya juga mahu dia memenani adik untuk sesi rawatan tersebut. Berpuluh kali saya cuba meyakinkan dia. Dan moga pintu hati mak terbuka untuk membawa Nabila ke sana lagi...

Saya masih mempunyai baki berbelas kali rawatan. Perjuangan Nabila juga masih jauh. Bila saya melihat gambar anak-anak lain yang sudah sembuh membuatkan hati saya bertekad mahu meneruskan rawatan ini juga. 

Buat Nabila sayang, Maafkan ibu kerana terpaksa menyakiti kamu dengan melakukan segala rawatan ini. Ibu mahu kamu dapat yang terbaik dan mahu kamu maju terus ke hadapan. Doa ibu agar jalan kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah dan segala pengorbanan kita tak kira dari segi masa, duit , tenaga akan berbaloi bila ibu dapat melihat saat pertama kalinya kamu melangkahkan kaki berjalan dengan ibu dan ayah. Andai kamu dapat membaca coretan ibu, ibu teramat sayangkan kamu...

p/s : Amat mengharukan bila adik baby turut menendang di dalam perut ibu bila mendengar suara kakaknya menangis. Ya Allah..Moga kamu memahami keadaan kakakmu dan mampu untuk menjaganya bila kamu dewasa kelak...Terima kasih sayang kerana kamu memahami keadaan ibu dan kakak Nabila....


31 July 2012

Nabila @ Great Life Physiotherapy Centre...

Aduhai..bercinta betul nak menaip kat blog sekarang ni. Entah kenapa..banyak je benda nak cerita..tapi masa tak mengizinkan..

Seperti sedia maklum, Nabila tidak lagi ke IMC. Hanya berada di rumah nenek sementara menantikan ibu pulang. Dan sebagai gantinya, saya berkorban di bulan puasa keluar sebanyak 2 kali seminggu di sebelah petang bagi tuntutan membawa Nabila ke pusat terapi..

Rasanya saya dah cerita tentang kisah ini. Pada entry Demi Nabila dan Adik baby.... . Sudah 2 kali saya ke Great Life Physiotherapy Centre Kota Damansara atas tujuan terapi Nabila. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja dan banyak perkara yang saya pelajari terutama terapi baru Nabila iaitu Kinesiology Tape yang digunakan untuk menguatkan otot yang lemah serta mengurang spasticity pada Nabila.

Puan Fazilah mengatakan pada saya yang tulang belakang Nabila tidaklah bengkok seperti yang saya nyatakan padanya sebelum ini. Setelah menilai sendiri, Nabila ada potensi untuk pulih, cuma saya perlu usaha kuat kearah itu. InsyaAllah..

Dan seperi biasa..memang ditekankan soal berenang. Dr. Sham dan Puan Fazilah punya pendapat yang sama. Ya, Ibu akan cuba usahakan tentang itu. Minggu lepas, sesi renangnya saya dapat lakukan sebanyak 2 kali. Kebetulan saya bercuti dan saya tahu si kecil ini sudah menggemari air. Beberapa video saya rakam untuk kenangan. Alhamdulillah..hati saya berbunga riang bilamana melihat dirinya bermain riang di dalam kolamnya...

Berbalik pada Great Life Physiotherapy, boleh like pada facebook untuk bertanya dan mengikuti sesi terapi bersama mereka. Yuran juga amat berpatutan. Kebetulan bulan September nanti, cawangan di Kota Damansara akan bertukar ke Sungai Buloh. Malah tempatnya lebih besar dan sesi hydrotherapy juga di sediakan.. :)

Ok..lihat saja aksi Nabila. Tak sempat gambar saya ambil, kerana fokus butiran yang diperkatakan oleh Puan Fazilah dan kakitangannya. 

Kaki celup dengan bijik kacang..untuk meransang saraf
celup sebaldi kacang kat tangan pula...
Nabila senam seni....hhahahah...
Muncung mulut kena tape kat tangan, kaki dan badan...at least 5 hari tape ini akan melekat pada badan Nabila.. :)

18 July 2012

Demi Nabila..dan juga adik baby....

Bergetar suara saya bila mahu berjumpa dan bercakap dengan bos pagi tadi. Sudah beberapa hari saya pertimbangkan perkara ini. Sangat kusut bila ianya masih lagi tak terkeluar dari kerongkong ini. Cuba mencuri masa untuk berbincang dengan bos di pejabat.

Sebenarnya, saya sudah mengambil keputusan untuk menghentikan Nabila dari sekolahnya. Bukan kerana peristiwa di sekolah lama berulang, cuma beberapa sebab yang membuatkan saya terpaksa mengambil keputusan begini.

Sayang, namun ada beberapa perkara yang membataskan saya untuk terus menghantar Nabila di situ. Keadaan saya yang kini semakin 'membesar' dan perjalanan yang agak jauh membuatkan saya keletihan. Sangat tidak baik untuk adik baby. Tambahan pula kos yang saya rasakan semakin meningkat dan terasa tak tertanggung dengan perbelanjaan pergi dan balik menghantarnya ke sana. Saya masih menunggu jawapan permohonan kuaters di Jalan Duta. Sukar untuk saya terus berulang jika saya masih menetap di Rawang. Andai ada rezeki, InsyaAllah saya akan pertimbangkan untuk menghantar Nabila ke sana semula.

Tentang hal perbincangan bersama bos pagi tadi, saya mengutarakan masalah saya kepadanya. Bergetar suara sambil menahan sebak untuk menceritakan perihal keputusan saya ini. Sukar! Antara anak dan kerjaya. Kedua-duanya sama penting buat saya, walaupun dalam hati ANAK adalah perkara utama dalam hidup saya. Namun, tanpa duit, segalanya tak bermakna.. :(

Saya meminta izin pada bos saya untuk keluar 2 kali seminggu (half day) untuk membawa Nabila ke sesi terapinya. Dan kali ini, saya sendiri akan menemaninya ke pusat terapi. Kemana? Saya masih lagi belum memilih. Namun, saya sudah tahu satu tempat untuk dituju. Kemungkinan sesi terapi Nabila akan bermula pada minggu hadapan.

Dan saya juga telah menyatakan hasrat untuk mengambil cuti separuh gaji setelah selesai saya berpantang nanti. Semuanya demi adik baby dan juga kakak Nabila. Saya mahukan adik baby betul-betul kuat sebelum diserahkan kepada pengasuh. Dan pada masa yang sama saya akan tumpukan sesi terapi pada kakaknya. Niat saya pada adik baby mahu breastfeed sepenuhnya. Itu impian saya yang tak dapat saya laksanakan ketika melahirkan Nabila dulu. Hanya sempat 3 bulan! Sangat kesal kerana tidak dapat menyusukannya secara ekslusif!

Doa saya agar segala yang saya rancangkan dipermudahkan. Walaupun sukar, namun saya cuba untuk bangun demi anak-anak saya. Moga Allah sentiasa memudahkan perjalanan saya bersama insan-insan ini.

.

Kisah lain.. saya disahkan mempunyai thyroid ketika ini. Di saat saya sedang mengandung sekarang ini, tiada apa yang boleh dialkukan oleh doktor. Hanya mampu berdoa dan tidak mudah stress. Segala rawatan akan dilaksanakan sesudah saya melahirkan adik baby nanti. Doakan segalanya baik-baik sahaja ya... :)

Adik baby juga semakin meligat. Pergerakannya sudah mula kuat dan kadangkala terasa seperti berada di tulang rusuk ini. Lupa lak..Adik baby sudah mencapai 24 minggu yakni 6 bulan. So far Alhamdulillah, kesihatan saya dan adik baby baik sekali. Moga kami berdua terus kekal sihat sehingga saat kelahirannya nanti. Amin.. :)

 ~indah melihat moment ini..~

24 April 2012

Bila Nabila jumpa dentist...

Pagi tadi, kami ke Hospital Sungai Buloh lagi. Temujanji bersama Pakar Pergigian Pediatrik. Rasanya unit ni memang baru lagi kat HSB. Nampak orang renovate ruang bilik untuk unit ni tempoh hari.

Nabila di rujuk ke sana bukanlah ada masalah gigi yang serius. Cuma sebagai pemeriksaan biasa. Dan rupanya kami baru tahu bahawa gigi geraham Nabila berkemungkinan akan rosak jika tidak digosok 2 kali sehari. Selalu saya hanya berkesempatan menggosok gigi Nabila sekali sehari sahaja :(

Doktor berkata, rupanya ubat lactul yang Nabila makan setiap hari itu sebenarnya manis dan menggalakkan kerosakan gigi lebih teruk lagi. Oleh kerana itu, beliau menyarankan saya membersihkan gigi Nabila sebelum tidur. Dan juga menukar ubat gigi Nabila kepada ubat gigi yang mempunyai florida...

Betul jugak! Lama dah saya pakai ubat gigi yang tanpa florida ni. Sebab Nabila kan tak reti nak buang ubat gigi dalam mulut. Doktor kata, tak payah nak letak banyak-banyak. Sikit-sikit sudah!!!

Ok. 6 bulan akan ada temujanji lagi. Jika doktor melihatkan gigi Nabila kurang memuaskan hatinya, dia akan seal atau tampal untuk ratakan gigi supaya mudah untuk saya gosokkan gigi. Yang bagusnya seal gigi ni, mungkin bila Nabila main gigi (mengetap dan melagakan gigi sampai rasa ngilu kalau kita dengar) kurang sikitlah bunyinya. Huhu..

So, nak tak nak ibu kena gosok gigi Nabila 2 kali setiap hari. Mujur hasil usaha saya tak jemu mengajarnya menggosok gigi membuatkan Nabila menjadi biasa dengan perbuatan menggosok gigi setiap hari walaupun dulu meraung-raung tak mahu gosok. Sekarang ni, terus je bukak mulut bila berus gigi dah kat mulut! Pandai!!!

Sempat gak tanya doktor, tumbesaran gigi Nabila normal atau tidak. Alhamdulillah, katanya 20 batang gigi adalah normal untuk kanak-kanak seusia dia. So ibu kena jaga elok-elok sebab anak istimewa memang mudah mengalami kerosakan gigi. Misi lepas ni, cari ubat gigi dulu ek.. :)

santek tak gigi saya? hehe...