Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label Birthday Nabila. Show all posts
Showing posts with label Birthday Nabila. Show all posts

27 April 2015

Happy Birthday Yasmin Nabilah!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret di sini..

Kakak Nabila baru saja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 7 tahun.. Wow!! Macam tak percaya je kan kakak dah besar. Kalau ikutkan dah sekolah dah anak dara saya ni.. Dah boleh jaga adik Naufal dah. Tapi tulah, dah rezeki kakak arah lain.. Takpelah. Jadi ahli syurga lebih baik..

Tapi beberapa hari menjelang hari lahirnya, tak tau nak cakap apa. Memang dugaan sungguh. Dengan demamnya, cirit-birit sampailah infection kat area 'tut'.. rasa memang tak senang duduk ibu dibuatnya.

Sehari lepas birthday kakak memang saya ada belikan kek. Tapi ayahnya amik gambar, sekali tak de bateri pulak.. Haishhh.. Sudahnya, gambar adik dengan ayah je yang ada.. huhu.. Sian kakak..


Tengoklah adik.. Krim kat mulut.. Excited nak makan kek.. Nak potong kek kakak. Bila suruh kakak pilih kek, adik yang sibuk. Nak gambar car.. adoiiyaiii...

Harapnya dengan naik umur ini kakak bertambah matang, bertambah sihat dan jadi anak yang lebih ceria. Maafkan ibu ye kakak kalau ibu tak dapat berikan perhatian sepenuhnya pada kakak. Ibu doakan kakak sentiasa diberikan kesihatan baik dan takde penyakit pelik-pelik datang hinggap kakak..

Kakak paling comel..paling cantik dan paling baik di mata ibu..  :)


Happy Birthday Sayang...

Love,
Ibu.

06 May 2014

Kisah kami...

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog. Entry birthday Nabila tu ibu buat schedule. Lama dah tak bercerita-ceriti tentang kami sekeluarga.

Alhamdulillah, usia saya naik setingkat lagi. Walaupun sudah mencecah 3 series tapi terasa masih muda lagi youuu!! Muahaha.. Takdelah.. Bila fikir-fikir balik tak sangka sebenarnya Allah berikan saya umur sepanjang ini untuk meneruskan kehidupan di samping keluarga tersayang. Dalam hati ini sangat bersyukur, Allah berikan saya kekuatan, kesihatan yang baik demi anak-anak dan suami saya.

Bulan lepas, saya telah menerima kehadiran ahli anggota baru dalam keluarga Pak Ali. Adik saya selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Nursafiya Alisha. Alhamdulillah, baby dan mak baby pun sihat. Dan seronok hati ni usah ceritalah sebab teringin sangat nak anak perempuan. Masa dapat Naufal dulu memang teruja, tapi tak seteruja dapat anak perempuan. Sebab apa? Geram nak pakaikan baju cantik-cantik macam Kakak Nabila dulu.. Macam ni...

Comel tak kakak Nabila dulu.. Baby paling cantik yang pernah ibu jumpe di dunia ini... Muahhhh!!!

Dan ini antara gambar Nursafiya Alisha..

 Yang 1st tu masa first day kelahirannya. Muka dah macam muka mak dia.. Yang gambar kedua tu dah 2 minggu selepas lahir.. dah macam muka ayah dia pulak.. yang ke 3 ni, macam muka mak dia balik.. hahaha.. tengah cari identiti gamaknya.. Maknya baru nak merasa tak tido malam jaga anak.. hihi.. Good Luck Kanging!! Aku dah puas merasa dah semua tu.. hehe..

Ok.. Kisah rumah saya pula.. Sekarang ni, saya sudahpun berpindah ke Jalan Duta. Permohonan Kuarters saya telah pun diluluskan dan haritu, bertungkus-lumus mengemas barang-barang untuk pindah. Rumah Rawang still lagi ada, cuma masih tak fikir lagi sama ada nak sewa atau tidak. Kut plan saya, rasanya nak buat homestay je. Ok tak? Kalau ada idea nanti komen kat bawah ek. Saya tak tahu prosedur nak buat homestay ni. Kut ada rezeki kakak Nabila nak tambah pendapatan sampingan. Alhamdulillah.. :)

Cuma sekarang ni, saya masih belum duduk sepenuhnya rumah di Jalan Duta. Hanya datang pada hujung minggu. Mulai bulan hadapan, Naufal dan Nabila akan duduk bersama babysitter baru. Mudah untuk saya sebenarnya menghantar mereka. Jika stay dengan babysitter lama, susah juga untuk berulang alik ke Gombak mengambil menghantar anak-anak. Makanya, terpaksalah saya merelakan hati melepaskan anak-anak dibawah jagaan orang baru. Harapnya Naufal dan Nabila serasi dengan babysitter baru..

Trima kaseeeyyyy!! hihi...

Kisah anak kecil ini. Yasier Naufal kini disahkan penghidap Asthma. Sungguh saya tak tahan rasa hati ini bila doktor HKL sahkan Naufal dengan penyakit barunya. Kekerapan di nebulizer membuatkan Naufal dapat penyakit itu. Dan tahun ini saja sudah 2 kali Naufal dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman paru-paru.

Doktor menyarankan Naufal untuk menggunakan ubat sedut berwarna biru bagi mengatasi masalah Asthmanya. Walaupun ubatnya tak selalu digunakan, saya cuba untuk elakkan Naufal kerap menggunakan ubat sedut itu. Saya sebenarnya tak sangka Naufal akan mengikut jejak langkah pakcik dan makciknya sebagai penghidap Asthma. Dan hati saya seringkali rasa bersalah kerana tidak menjaga anak ini dengan sebaik-baiknya. Kata mak, mana nak larang bila semua benda dimasukkan ke dalam mulut. Tambahan pula keadaan rumah mak yang sering berbau asap rokok. Atok Naufal la.. huhu...

Apapun, kalian doakan anak ini sentiasa diberikan kesihatan baik. Sedih bila tengok dia kurus kering bila penyakitnya menyerang. Dan lagi sedih bila lihat Naufal sukar bernafas walaupun dalam hatinya melonjak-lonjak nak main dengan atok dan neneknya..

Dan Akhir sekali..kisah si puteri cantik ini...

Alhamdulillah, kakak sihat sentiasa. Yelah, sejak-sejak jadi kakak ni, nampak sangat kakak behave. Pandai bawak diri sebab tahu ibu memang terkejar sana-sini menguruskan semua hal terutama hal adik. Kadang-kadang bila Naufal admitted, ibu akan teringat-ingat kakak. Selalu bertanya pada ayah Nabila, apalah yang anak dara tu tengah buat kat rumah neneknya. Sedih kadang-kadang sampai menitik air mata ibu mengenangkan kamu wahai kakak.. Apakan daya ibu. kalau boleh dibelah badan ni kan senang!! 

2 minggu lepas, ibu berdebar sebenarnya. Kakak batuk-batuk sepertinya kurang sihat. Dan kemudian diikuti dengan demam. Ibu risau kakak kena jangkitan kuman macam adik. Rasanya banyak juga ubat ibu beri namun tak pulih-pulih. Lastnya, ibu dan ayah bawak kakak ke klinik di Rawang. Barulah hilang segala penyakit kakak. Ubat klinik sebelum ni memang tak lut langsung untuk kakak. Ibu ada terfikir nak bawak ke rawatan alternatif, namun bajet tak berapa cantik, ibu pendamkan saja hasrat itu. Ya, kakak sudah lama tak berterapi. Rasa bersalah penuh dalam dada ibu ini. Kakak doakan ibu dapat cari duit banyak-banyak untuk kakak. Supaya kakak terus dengan sesi terapi kakak lagi..

Apapun, terima kasih pada pembaca blog ini yang sering datang berkunjung ke sini walaupun sekarang ni saya jarang sangat dah update blog. Lagi-lagi yang nak tahu tentang Nabila. Sungguh saya cuba juga mencuri masa untuk mencoret sedikit buat tatapan semua. Dan juga mungkin ia akan menjadi coretan-coretan terindah dalam saya membesarkan Nabila dan Naufal. 

Terima kasih atas ucapan birthday Nabila. Andai Nabila dapat membaca setiap doa yang diberikan oleh semua, pasti bergenang air matanya. Saya sendiri sebak melihat ucapan doa tak putus-putus di dalam facebook saya dan Nabila. Terima kasih.. :)

17 April 2014

Selamat Ulangtahun ke-6 Yasmin Nabilah!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kakak sudah menginjak ke angka 6. Dan selama 6 tahun juga Allah pinjamkan kakak untuk ibu.. Terima kasih Allah kerana mengurniakan anak ini buat hambamu ini..

6 tahun berlalu. Jika benar kakak sihat, sudah pasti kakak sibuk di alam persekolahan. Pasti riuh mulutnya bercerita hal sekolah. Bercerita hal rakan sekelas. Dan mungkin saya juga sibuk mencari sekolah yang terbaik buat puteri ini.

Namun perancangan Allah Maha Hebat. Kakak lebih rela terlantar terbaring begitu. Ya, saya sememangnya sudah lama redha dengan ketentuanNya.

Kalau nak diikutkan hari lahir Nabila memang betullah jatuhnya pada hari khamis. Dan hari ini juga adalah hari khamis. Masih terasa sungguh di perut ini bagaimana keadaan Nabila ketika itu. Dengan rasa kontraksinya, dengan rasa resah gelisahnya.. Semuanya cukup. Kesakitan yang ibu alami sewaktu melahirkan kakak membuatkan ibu gerun untuk mengahadapinya sekali lagi tatkala adikmu lahir sayang. Andai ibu tahu, ibu rela dibelah perut ini. Biarlah ibu yang sakit, bukan dirimu yang menanggung semua ini.

Apa yang terjadi pada Nabila ada hikmahnya. Sungguh besar sekali nikmat yang Allah beri pada saya ketika itu. Adanya Nabila cukup memberikan satu erti pengorbanan tentang hidup ini. Suka duka bersama anak ini sangat mendebarkan dan ada kalanya sangat menggembirakan saya.

Biarlah apa yang berlalu terus berlalu. Yang pasti saya akan terus menjaga anak ini sebaik mungkin. Maaf kan ibu andai ibu tak dapat berikan yang terbaik untuk kakak. Adakala ibu mungkin mengabaikanmu sayang. Namun tidak sedikitpun luruh kasih ibu terhadapmu. Malah bertambah lagi. Moga kakak terus diberikan kesihatan baik dan dapat bersama-sama dengan ibu, ayah dan adik Naufal..

Selamat Hari Lahir Sayang..


Love, 
~ibu~

17 April 2013

Happy BornDay kakak Nabila..Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Nabila sudah berusia 5 tahun. Kisah lama? Tak perlulah di ulang kembali. Sedih. Bukan hari lahirnya saja saya terkenang,malah rasanya setiap kali apa yang berkaitan tentang kelahiran Nabila, pasti saya sedih.

Kakak,andai kakak dapat membaca coretan ibu atau adik Naufal tolong bacakan untuk kakak,ketahuilah setiap hari kakak dalam doa ibu. Mahu kakak sentiasa dengan ibu. Sekelumit detik pun ibu tak boleh hilang dari berfikir tentangmu. Segala-gala yang ada pada ibu semuanya berkaitan denganmu..

Kakak, ibu tidak lagi mengharapkan keajaiban. Ibu hanya mahukan anak ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang faham dengan keadaan dirinya. Tiada istilah sempurna,kerana ibu juga tidak sempurna sayang. Walaupun Allah kurniakan ibu anggota tubuh yang sihat. Ibu sentiasa berdoa agar Allah sentiasa berikan ibu kesihatan yang baik supaya ibu mampu untuk menjaga kakak sampai ibu pejam mata nanti.

Sebenarnya,jauh sudut hati ibu,ibu tak mahu pergi dahulu dari kakak. Biarlah kakak yang pergi dahulu. Kejamkah ibu berfikiran begitu? Tidak sayang. Ibu tak sanggup meninggalkan dirimu atas jagaan orang lain. Namun,bila ibu bayangkan andai ibu meratap pemergianmu, arghhhhh ibu tak sanggup!!!! Cukuplah kakak tinggal di rumah nenek dan tidur tanpa ibu. Cukup menyeksakan batin ibu. Menitis pilu air mata. Kalau ayah ada di sebelah ibu,selalu ibu tanya, "apa kakak buat skrg ni ek ayah? Kakak dah tidurkah? Dah minum susukah?" Sampai bosan ayah melihat ibu mencium bantalmu. Mencium bajumu. Aduhai anak. Perpisahan sebentar buat ibu gila meroyan!!!

Kakak, 5 tahun sudah berlalu. Sakit pening kakak ibu sudah lali untuk lalui semuanya. Malah orang kata sudah expert!!!

Doa dan harapan ibu sandarkan buat mu sayang. Moga dikau terus maju dan sihat sentiasa hendaknya. AMIN..

SELAMAT HARI LAHIR KE 5 SAYANG..PELUK CIUM IBU BUAT KAKAK NABILA TERSAYANG..

06 June 2011

Nabila & Minnie...

Semalam saya sempat mengambil gambar Nabila bersama patung Minnie. Pemberian Mama Anim & Adik Ariana... :) sempena hari lahir Nabila. Baru ada kesempatan nak ambil gambar kerana Nabila dan saya dah jadi pelarian..hehe..Sekejap kat rumah mak, sekejap kat Rawang..huhu...

~kepala Minnie lagi besar dari kepala Nabila..huhu...~


~sibuk meraba-raba kepala Minnie.."Mana ada ibu..kepala adik lagi besar lah.."~ (nasib baik tak ukur lilit...hehe...)


~Ha...part ni saya suka..Puas tau saya ajar Nabila masukkan jari dalam mulut..Last!! Dapat juga dia buat.. Tak ingat kami buat latihan apa..tapi akhirnya usaha tersebut dapat buat Nabila masukkan tangan dalam mulut. Pencapaian kecil..tapi saya bangga..Sebab saya tahu kemampuan Nabila sebelum ini..Tangan yang kaku dan hanya tahu menggaru hidung...!!!Takpe dik..Ibu tahu adik boleh!!~

02 May 2011

Majlis Hari Lahir Nabila

Sabtu lepas, majlis kecil-kecilan sempena hari lahir puteri kami yang ke 3 tahun. Walaupun pada awalnya cuaca agak tidak mengizinkan, mujur hujan tidaklah selebat selalu. Hanya renyai-renyai saja dan ramai tetamu datang ke rumah. Lebih-lebih tetamu cilik di sekitar kawasan rumah kami.

Selalu nampak anak-anak itu bermain di hadapan rumah, dan kehadiran mereka memang memeriahkan suasana. Sungguh saya seronok melihat anak-anak ini menyanyikan lagu "Happy Birthday" untuk Nabila. Dan paling saya terharu, mereka datang pada waktu malam pula dan memberikan hadiah untuk Nabila :)

Gambar yang saya letak di dalam entry ini hanyalah gambar dari kamera kami sendiri atas hasil usaha adik ipar saya , Ejah. Ada photographer profesional untuk majlis ini, namun gambar masih belum ada di tangan kami. Jadi, tunggu sahaja gambar di FB yek.. :)

~ibu dan Nabila posing sebelum majlis~

~Birthday cake si Princess~

~Nampaknya ibu dengan ayah juga la yang kena tiup lilin..~

~Nabila terkebil-kebil bila kena potong kek. Last-last tangan dia terkena krim cupcakes..hehe~

~Bila suap kek menangis pulak..Adoiyaii...~

~cheese cake hadiah dari Mak Lang~

~Nabila selepas majlis birthday party. Tersenyum tersengih di pagi Ahad..~

25 April 2011

~Majlis Hari Lahir Yasmin Nabilah~

*sticky post-untuk entry baru sila scroll ke bawah..~




Salam semua,

Kami sekeluarga ingin menjemput rakan-rakan semua ke Majlis Hari lahir Nabila yang ke 3 tahun.

Tarikh : 30 April 2011 (Sabtu)

Masa : 3.00 petang - 10.00 malam

Tempat : No. 30 Jalan Seroja 3A/3
Seksyen BS6, Bukit Sentosa
Rawang.


Jemput datang yek.. :)

p/s : Pada yang ingin peta rumah, boleh email pada saya antu_suci83@yahoo.com atau call saya di 012-6347956

18 April 2011

Birthday Girl tersenyum sepanjang hari...

Semalam, tiada apa yang kami lakukan di rumah. Kerna ayah Nabila bekerja. Jadi yang tinggal hanya kami berdua tanpa sambutan istimewa..

Cumanya, saya sibuk mengemas rumah setelah sekian lama tidak pulang ke Rawang. Habuk bukan main banyak lagi. Jangan harap lah ayah Nabila nak sapu-sapu sampah. Mengemas apatah lagi. huhu...

Tiada gambar birthday girl di hari ulangtahunnya. Saya sedang merangka-rangka untuk melakukan party di rumah kami pada hujung bulan ini. InsyaAllah..Andai ada rezeki, kami akan jemput semua.. :)

Semalam juga, Nabila nampak ceria. Asyik dengan tawanya bilamana saya sibuk mengemas sana-sini. Saya biarkan dia bermain sendirian, dan kadangkala saya terdengar hilai tawanya. Amboi..kemain lagi. Pulak tu saya dah janji dengannya untuk membeli kek dan membuat goodies pack untuk Nabila bawa ke sekolah hari ini. Dan sejurus ayah Nabila pulang dari kerja, terus kami keluar membeli barang-barang yang patut termasuk menempah kek untuk hari istimewanya nanti.

Sewaktu saya sibuk menyiapkan gooodies pack untuk kawan-kawan sekolah Nabila malam tadi, Nabila bukan main seronok. Agaknya dia tahu esok kawan-kawannya nak nyanyi lagu Birthday untuknya. Tadi pun sewaktu saya sampai ke sekolah, saya terus menyerahkan semuanya kepada staf di situ. Kata mereka, tidak mahukah saya menunggu untuk sama-sama menyambutnya. Saya tak dapat nak turut serta memandangkan saya tidak bercuti. Tak sedap pula kalau saya lama-lama di sekolahnya. Itupun sesudah saya mencium Nabila, saya terus bergegas ke pejabat. Takpe kan Nabila. Nabila nyanyi kan kawan-kawan ek..

p/s: Semalam Nabila tidur lewat. 4 pagi baru tidur. Huh! Dah besar umur tidur pun dah lewat ek.. Mana taknyer..asik ketawa mengekek jer..huhu..Nasib baik tak mengigau..hehe

17 April 2011

3 Tahun Bersamamu Nabila...

Nabila Sayang,

3 tahun bukan mudah untuk ibu lalui bersamamu sayang. Banyak yang telah kita lalui. Suka duka pahit getir ibu membesarkanmu tanpa penat dan jemu. Seringkali air mata ini mengalir keranamu. Tak kira air mata sedih atau air mata gembira.

Nabila Sayang

Tak terucap dek kata-kata bahawa ibu teramat sayang padamu. Sungguh hati ibu tak keruan pabila dirimu jatuh sakit atau saat dirimu bersedih. Dan ibu akan pastikan anak ibu ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan ceria biarpun hidup ini bukannya seperti insan-insan lain.

Nabila Sayang,

Ibu tidak pasti lama bila lagi ibu akan dapat bersamamu. Andai nyawa ibu ini tak panjang, ibu mahu anak ibu ini boleh berdikari sendiri. Mampu untuk bangun dan makan minum sendiri. Mahu anak ibu ini boleh menguruskan diri tanpa bantuan sesiapa. Ya, kita sedar sayang. Tiada siapa yang suka dirinya terbeban dengan keadaanmu. Kerna itu ibu mahu kita usaha sendiri demi diri kita.

Nabila Sayang,

Biar lelah ibu, biar bergadai harta ibu, namun ibu mahu Nabila sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Ibu mahu Nabila merasai alam persekolahan bersama rakan-rakan biarpun anak ibu ini hanya terlantar dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Ibu mahu Nabila merasai nikmat berjalan di tempat awam, membeli pakaian yang cantik, makan makanan yang sedap sama seperti anak lain. Kerna itu adalah hajat ibu. Ibu tak mahu sedikit kekurangan pada anak ibu ini.

Nabila Sayang,

Ibu tahu anak ibu telah lakukan yang terbaik. Ibu tahu kemampuan anak ibu. Ibu tahu sedaya upaya anak ibu cuba untuk bangun dan lakukan segala terapi. Ibu tahu anak ibu cuba bercakap dengan ibu biarpun ibu tak tahu apa yang diucapkan olehmu sayang. Ibu cuba memahaminya sayang.

Nabila Sayang,

Andai ibu terpaksa mendukungmu untuk sepanjang hayat ibu, ibu rela. Andai ibu terpaksa menyuapkanmu makan, ibu masih rela. Dan andai ibu terpaksa memandikanmu untuk selamanya, ibu pastinya rela jua. Kerna ibu tak pasti sampai bilakah anak ibu ini akan dipinjamkan oleh Allah. Dan ibu juga tidak pasti adakah nanti ibu masih punya kesempatan untuk lakukan semua itu untuk Nabila.Semuanya kerana kasih ibu pada Nabila yang tiada penghujungnya

Nabila Sayang,

Duniamu tidak gelap. Ibu akan sentiasa memimpin tanganmu. Ibu akan sentiasa menyokongmu. Ibu akan sentiasa menjagamu. Ibu tahu Allah telah berikan yang terbaik buat ibu. Iaitu kamu sayang. Allah pasti akan membantu kita walau kita berada dalam keadaan sulit sekalipun. Ibu yakin tentang itu. Anak ibu ini adalah anugerah terindah yang pernah terjadi dalam hidup ibu.


Selamat Hari Lahir yang ke 3 sayang. Moga pelangi nan indah akan terus menyinari hidup kita. Moga anak ibu ini terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam hidup ini. InsyaAllah..

Salam sayang buat Nabilaku,

IBU

08 May 2009

Bungkusan Hadiah dari UmmiHusna dan Auntie Ena



Assalamualaikum..Alhamdulillah..arini Nabila terima 2 bungkusan dari 2 ibu yang sangat menyayangi dia..Tak lain tak bukan..Ummi Husna (manjakusayangcollection.blogspost.com) dan dari Auntie Ena (zh-bucuk.blogspot.com)..Terima kasih bangattttt...cumelnyer bear ngan baju dan legging tu..Bungkusan kedua2 ibu ni sampai serentak..pada hari yang sama..yang dari Autie Zh-ena datang waktu tengahari dan bungkusan Ummihusna waktu petang..Mak aku mmg terperanjat la..sekali 2 pulak tuh..hehe..siap posmen tanya lagi "sapa Yasmin Nabilah?"..tanya kat mak aku ler tu..Mak aku jawab.."tu hah..baby tu"..mulutnya sambil muncung ke Nabila yang tgh dok kat rocker..hehe..glamour tul Nabila nih..
Apapun..terima kasih banyak2..buat susah2 jer Ummihusna dan Ena..siap pos2 lagi..Apapun kalau la Nabila 'sihat' mesti dia seronok giler..mesti dia sibuk gayakan legging tu dan peluk bearnya.. :)
* ibu Nabila minta maaf pada sesiapa yang kecik ati tak dijemput ke majlis ulangtahun Nabila dan Sarra..Buat kecil2 kecilan jer..Nanti klu ada jodoh dan masa..mana tau Ina dan Ita nak buat gathering atau perjumpaan ngan ibu2 yang ada di luar sana..yang menyokong anak2 kami!

04 May 2009

Sambutan Ulang Tahun Nabila dan Sarra yang pertama..

Ahad lepas (3/5/2009)..aku adakan majlis kecil-kecilan sempena menyambut kelahiran Nabila dan Sarra yang pertama..Sengaja aku dan ita adakan serentak..sebab kami berdua dah niat nak buat sama-sama sebenarnya..Dan akhirnya rancangan kami berjalan dengan lancar semalam..Alhamdulillah.. Sesudah bacaan doa selamat oleh salah seorang jiran aku..kami semua menyanyikan lagu 'hepi besday' pada dua orang kenit ni..comel sekali..dan aku jemput ramai kanak-kanak yang semuanya kanak-kanak dai flat umah mak aku ni..demi memeriahkan suasana..Dan kedua-dua anakku ini gembira sekali..
Majlis diserikan dengan kehadiran saudara mara aku dan jiran tetangga yang banyak membantu mak aku menyediakan semua juadah..hehe..mcm raya pun ada nih..Nabila yang sepatutnya demam aitu..terus sihat tgk ramai 'kawan2' nya datang..dan kawan baiknya..Sarra ada bersamanya..
Dan aku sangat2 gembira bila Jiey..mama pada Rayyan..datang majlis kami..Akhirnya kami bersua muka..Nabila dan Sarra..bukan main suka lagi bila Rayyan baring sebelah mereka..hehe..Sian juga pada Jiey dan suaminya..Suaminya baru pulang dari 'outstation' dan terus ke rumah aku..Thanks Jiey..maaflah..umah ina mmg tinggi..termengah2 naik ke umah mak ni..dan terima kasih untuk hadiahnya..hehe..bleh la Nabila berenang2 ngan kolam barunya..hehe..
Dan juga kawan aku masa belajar di Adtec dulu..Midah..juga datang bersama babynya..Aishah..dah tembam skrg..dulu masa pantang aku tgk kecik lagi..ni dah berat agaknya dlm 5 kg..kuat minum susu kata maknya...hehe..takpe nak..janji sihat...
Apapun segalanya berjalan dengan lancar..Meriah sungguh..Dan niat aku hanya satu untuk kedua-dua anakku..Moga mereka sentiasa sihat dan cepat-cepat sembuh..Dan rasanya Ita pun begitu jua..Kami cuma mengharapkan apa yang terbaik buat anak kami..Dan sekali nyawa aku di kandung badan..akan aku curahkan segala kasih sayang aku pada kedua-dua anakku ini.."Ibu sayang sangat Nabila dan Sarra..Ibu cium sket yek..muahhhhhhh...Selamat Hari Lahir Sayang.."

Nabila sedang bersiap sedia untuk besday nyer..sedang menunggu kembarnya..Sarra deboks!

Besday kek Nabila dan Sarra...yummy!


Kek dari ummisarra..sedapnya..ibu suka sangat..terima kasih acik ita..sayang plak nak makan!


"Sarra apa kabar?semalam Nabila kena balut lagi..sakit la Sarra..Cantik la Sarra pakai baju yang ibu Nabila beli..Legging yang ummi sarra beli pun cantik.Mesti orang geram tengok kita kan.." .Agaknya tu la dorang cakap2 kot..hehe..mana nak tau bahasa baby...


Ramai yang terkejut ngan 'kembar' kami..hehe..saje nak buat surprise kat makcik2 aku..semua terkagum sekejap la..hehe!

Ibu dan Ummi yang ceria!


Ready nak potong kek..hehe..!



Ian diapit oleh 2 gadis canti berbaju putih..hehe..Ian..pilih la yang mana satu..nak dua2 pun boleh jugak..Nabila pun mulala tuh..klu lelaki yang baring sebelah dia..gatai yek anak ibu ni...


Sarra yang tertido kepenatan..



Nabila pun sama tido..mmg kembar sungguh!



Nabila..dorang semua ni kenapa kerumun kat kita yek..tau la kita ni comel kan?


entah bisik apa lagi anak aku berdua ni..



Ian dengan Ummisarra..

Mama Ian dengan Sarra deboks...


Nabila dan ibu..punya la susah nak amik gambar si kecik ni..

*Gambar masa tengah potong kek tak cantik la dari kamera aku..emm..nak kena mintak kat ummisarra ni...

01 May 2009

Hadiah dari jauh..from Mama Sara..a.k.a QQ...

Assalamualaikum..emm..payah tul nak guna internet lately nih..pasal berebut ngan adik ..sibuk sgt ngan awek dia..!

Apapun...entry kali ini aku nak bercerita tentang seseorang..Salah seorang rakan alam maya aku..QQ..atau sebenarnya Siti Hajar..

QQ..sori tau..sebenarnya hadiah QQ dah lama dah sampai..adik ina tak bukak pintu masa posmen datang umah..plak tu ina kena tunggu 2 ari untuk amik kat pejabat pos..ni baru ada kesempatan nak masukkan dalam blog..apapun..Nabila mmg suka patung tu..ala-ala lembut..hehe..jauhnya hadiah ni datang tau..dari Melaka..terima kasih sgt2..Tak sangka sebenarnya..Pasal tetiba jer kan..Masa mula2 amik kat pejabat pos tu QQ tak tulis pun nick name dia kat kotak..pelik gak..rasanya takde kawan nama Siti Hajar..tapi ckp gak la kat pakcik posmen tuh..takpe..janji nama aku ada kat kotak tuh..Aku kelam kabut gak time tuh pasal kuar time rehat..pejabat pos tu jauh dari opis..so amik masa 1/2 jam gak nak sampai..Adventure sungguh!

Dan sampai jer kat opis terus bukak kotak..hehe..anak patung yang comey..geram lak ibu tgk..selongkar punya selongkar..jumpa kad..rupanya dari QQ..hehe..tersenyum sorang2 kat dlm kete..haha...


Inilah patung 'bear bear' yang Mama Sara bagi..comey kan..lembut..!

"Nabila nak kasi nama apa yek?leh picit tak hidung tu.Awak ni lembutlah.."Nabila dok cakap2 ngan bear tuh...

*terima kasih banyak2 QQ... :)

24 April 2009

Hadiah dari Acik Shima @ cmba...







Assalamualaikum..seperti tajuk di atas..petang tadi lepas balik kerja..tergerak hati aku untuk melihat peti pos..Dan tak di sangka2 ada satu envelope berlipat dalam peti surat..dan di lihat nama pengirim dan penerima..tertulis nama mama mia @ Acik shima @ cmba yang beri...Thanks shima..comel tul baju nih..geram lak..nasib baik ibu yang tak muat..klu tak ibu yang pakai...ahaks! (muat ker..badan dah gedabak nih..haha!)


Apapun hadiah ni sempena besday Nabila yang PERTAMA...Comel tul..tak sabar nak suruh Nabila pakai nanti.. :)

20 April 2009

Kenduri Doa Selamat Sempena Kelahiran yang Pertama!

Assalamualaikum..Maaf kerana entry kali ini agak lewat sedikit.Semalam baru tiba dari Ipoh,masih terasa lagi penatnya.Pagi sabtu pula aku bawa Nabila ke rumah Kak Raw.Dan ngamuknya hanya tuhan sahaja yang tahu.Nabila menangis sepanjang jalan dari Behrang hingga ke Tol Jelapang.Aku terpaksa kuatkan hati, demi anakku.

Tentang kakinya yang biru selepas Kak Raw balut 2 minggu lepas,ada kami suarakan pada kak Raw.Rupanya itu mmg perkara normal.Dan Nabila menangis di sebabkan kebas.Marah pada aku bila aku menyentuh ibu jari kakinya.Seperti kita juga,Nabila mempunyai deria rasa yang kuat.Dan derianya lebih kuat dari kita yang normal.Itulah keistimewaan Nabila!

Berbalik pada kisah majlis kenduri doa selamat..pada mulanya aku hanya bercadang untuk makan sekeluarga.Kerana ibu mertuaku kini tidak lagi duduk di Ipoh.Hanya balik bila hujung minggu sahaja.Aku tak mahu menyusahkannya.Namun mak mertuaku bersetuju.Dan akhirnya majlis dilakukan juga.

Dan Nabila pada waktu itu,sangat-sangat baik apabila doa dibacakan.Selalunya anakku tidak mahu duduk diam.Tapi duduk dengan ayahnya dan doa dibacakan,Nabila seolah-olah mahu 'Amin'kan.Ya! Anak ibu dah pandai sekarang ni.

Dan sewaktu tetamu makan,Nabila langsung tidak menangis.Alhamdulillah.Dia tau yang orang semua datang ke rumah Opahnya semata-mata untuk mendoakan kesejahteraannya.Nabila seakan pandai membawa diri ketika di majlis.Dan aku sempat mengambil beberapa keping gambar bersama Nabila memotong kek.Aku tak sempat menempah kek,jadi aku dan abg beli kek'ready made' sahaja. Cukuplah sebagai syarat untuk Nabila merasa memotong kek pada hari lahirnya yang pertama.Comel sekali gambar itu...!

Dan pada kawan-kawan yang telah mengucapkan selamat pada Nabila,kami sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak-banyak.Kerana doa-doa dan semangat yang kalian berikan, kami terasa kami bukan keseorangan.Dan ia menjadi pembakar semangat kami berdua untuk mencari ikhtiar untuk memulihkan Nabila.Terima kasih kerana memberi dorongan dan petunjuk dan aku rasa semakin ramai sahabat-sahabat istimewa aku walaupun kita semua berada di alam siber.Terima kasih sekali lagi atas doa kalian dan hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan yang telah kawan-kawan berikan kepada kami.

*layan lah yek gambar-gambar semasa majlis itu diadakan... :)





Baru pas mandi.Lega pasal balik dari umah Kak Raw tak mandi-mandi.Asyik sgt dengan tidonyer!









Jiran tetangga yang sudi menjayakan majlis Doa Selamat Nabila

Makcik Zul a.k.a Mak Yang a.k.a kakak mak mertua aku yang bertungkus lumus memasak ayam masak merah

"Saper punya besday nih angkat tangan?"..Ayat tu mmg aku ckp betul2 tau..bila aku suh Nabila angkat tangan, dia angkat..haha! bijak betul!

Antara kawan-kawan abg yang dtg.Yang baju belang-belang merah tu abg ckp siap dtg dari Rawang lagi..huhu..jauh tuh..semata2 dtg untuk besday Nabila..terima kasih Pakcik..(tak tau nama dia sapa)

Muka besday girl yang ceria

Nilah kek nya.Simple jer pasal tak tempah pun.Beli ready made jer..apapun kek ni mmg sedap.aku mmg suka kek nih!Sori yek Nabila..Nabila tak leh makan lagi..nanti dah leh makan baru ibu bagi!

Kuikui..Eksyen lagi nak potong kek..tapi nampak cam real jer dia potong.tak tau aku dok pegang badan ngan control tangan Nabila..Silap2 leh tersembam muka ke kek tuh..haha!

Ni lak kek lagi satu..napa beli? pasal takut tak cukup.dan satu lagi sebab pasal besday aku nak dekat..haha!pow ayah Bila! yang ni pun sedap gak..perisa coffee..mcm ala2 secret recipe!

Aksi memanjat badan ayah yang sedang tido..Abaikan gambar ayah Nabila tak pakai baju tuh.comel tul Nabila..!Gambar ni diambil ari ahad pagi..ayah Nabila ngantuk..ibu suruh bangun,tapi liat nak bangun!Almaklumlah semalam sehari tak dapat tido!

Aksi bermanja-manjaan dengan ibu..lentok la konon!