Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label keretaku. Show all posts
Showing posts with label keretaku. Show all posts

18 March 2012

Pulang ke rumah..Aktiviti Bella bermula semula..

Assalamualaikum semua.. Puas dapat menaip entry melalui komputer. Sebelum ini hanya melalui email dan tablet. Memang tak puas. Gambar pun tak boleh attach..

Alhamdulillah, saya kembali ke teratak kami semula. Saya dan Nabila. Seronok bila dapat kembali ke rumah walaupun keadaan rumah agak tunggang-langgang. Muahaha!! Faham sajalah kalau orang lelaki berada di rumah. Kelam-kabut Abang mengemas bila mengetahui saya akan pulang pada malam Jumaat lepas.

Saya tak berani nak kerap turun naik tangga lagi. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidur beralaskan tilam nipis di ruang tamu. At least, malam saya tidak turun naik tangga untuk membancuh susu Nabila.

Sebelum bercerita tentang aktiviti Nabila..ku 'hadiah' kan gambar ini...

Huwaaa.. keretaku mencium Kelisa...Budak tu teragak-agak nak kuar simpang.. Padahal org dah bagi jalan suruh melintas. Nah amik ko ku cium bontot kereta itu..!! Cis!!


Ok.. Cerita tentang Bella pulak yek.. :)

Seminggu ni, Nabila memang banyak ragam. Mak kata ragam orang nak dapat adik. Huh! Dah besar pun meragam lagi ke dik oii..

Terfikir, adakah dia merindui masa-masa terapinya..? Yelah.. Nabila sudah biasa dirinya diuli oleh saya. Bermain dan ketawa. Bila ibu kena rest, so aktiviti pun tak dapat dibuat. Nenek Bella memang tak pandai nak buat terapi semua. Setakat duduk kat kerusi, apalah sangat thrill nya.. :)

So, tadi, saya gagahkan diri. Walaupun loya dan pening muncul kembali, tapi saya niat dalam hati agar permudahkan jalan saya untuk Nabila. Alhamdulillah.. Dapat juga saya lakukan beberapa aktiviti. Cumanya tak sehebat selalu. 

Asik-asik tunduk..huhu..positioning chair.. Lama tul tak guna..Kaki kena sendal dengan bantal..pasal tak sampai..hehe..

Comel tak saya..hehe..

Moga terus diberi kekuatan demi Nabila. Amin...

20 June 2011

Cuak!!

Pernah tak kalian cuak bila orang berhenti rapat sangat dengan belakang kereta kita bila waktu jalan sesak...? Mesti ada kan...

Itulah yang saya rasa tadi sewaktu bawa kereta untuk pulang ke rumah. Bayangkan sajalah, dari simpang flyover depan Kolam Air Panas Selayang tu, sampai ke Kg. Melayu depan Tesco tu jalan sesak ya amat. Kalau berjalan takpe lah juga..Ni jalan slow macam siputttt!!!

Tambah pula belakang saya sebuah lori kecil. Entah kenapa bengong sangat (marah tahap gaban dah ni+cuak ya amat), boleh pula dia berhenti rapat dengan kereta saya. Kalau tercium macamana? Nak bayar ke?

Hati saya berdebar. Entah kenapa saya takut sangat. Walhal bukanlah baru dapat lesen kereta pun. Pengalaman bawa kereta kat KL ni memang boleh tahan la lamanya..tapi bila berhadapan dengan perkara tadi, saya naik cuak. Yelah..terbayang pula insiden kereta saya 'dicium' sebuah kereta Waja beberapa bulan lepas. Marah betul saya ketika itu. Baru pakai beberapa bulan kereta sudah kena 'cium'.Mau tak geram..huhu...

Dan hati saya memang rasa berdebar. Saya rasa takut setiap kali lori itu berhenti rapat dengan saya. Serius..rasa berpeluh badan ni. Dan akhirnya, saya terpaksa menggunakan lane kecemasan. Pada awalnya nak berhenti. Tapi bila melihatkan tiada tempat yang sesuai untuk berhenti, saya nekad untuk teruskan perjalanan. Saya ikut sebuah kereta Kenari yang 'tak+makan+saman' sebab potong line kecemasan. Marah penunggang motorsikal sebab guna laluan mereka. Dalam hati saya minta ampun pada mereka. Yelah saya tiada pilihan.

Kenapa pula tak nak guna lane kanan?

Huh..usah harap la nak masuk potong line orang..makin himpit, makin mereka rapat tak bagi jalan... :(

Bila dah jauh dari lori, saya rasa lega sedikit. Saya terus-terus berdoa agar perjalanan saya dan Nabila selamat. Hati saya memang tak sedap tadi. Sebab firasat hati saya memang kuat. Pernah dulu, saya kemalangan dilanggar motor (motor tu langgar kereta saya..bukan saya yang langgar ok!!) sewaktu selepas menghantar Nabila ke sekolah. Sebelum kemalangan itu, hati saya memang tak sedap. Berdebar je. Muka rasa panas. Dan last, betul sangkaan saya. Memang ada yang bakal terjadi pada saya hari itu..

~hancus kereta masa ni. Kelu tak terkata rasa. Mamat motor tu patah tangan. Nasib baik dia tau dia yang salah. Motor dia sikit pun tak rosak. Patah side mirror je. Tapi nasib baik dia bayar separuh gantirugi kereta saya. Kira settle secara baik..~

Lama saya tersangkut dengan jalan sesak tadi. Bayangkan 2 jam perjalanan dari Gombak ke Bukit Sentosa. Mak aiii..macam balik kampung..!! Nabila mula-mula nak merengek. Saya pujuk dia, tanya tentang sekolah. Nabila marah bila cerita tentang sekolah. Saya pegang tangannya. Nabila genggam jari saya dan cakar tangan saya. Kemudian, saya berlakon..konon-konon sakit. Hehehe..apa reaksi Nabila?

Elok-elok dia nak menangis, terus diam. Ceh..pandai nak main rupanya. Hurm..bagus-bagus..!!

Tapi memang benarlah..saya cuak tadi. Kalau saya tak bertindak tukar laluan, pasti saya macam cacing kepanasan dalam kereta.. Cuma saya kesal tindakan saya tadi memang tindakan kurang bijak sikit la. Huhu... :(

04 May 2011

Ibu Nabila berlanggar dengan motorcar!!

Huhu..semalam, cuaca agak sejuk. Baru lepas hujan. Saya baru lepas pulang dari Wangsa Walk. Hanya seorang diri. Dan hala tujuan saya adalah pulang ke rumah mak.

Saya melewati jalan di hadapan masjid besar di Seksyen 2 Wangsa Maju. Traffic light sedang merah. Dan faham sajalah di situ. Kawasan menuruni bukit. Sedang menunggu lampu hijau menyala, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman. Dan kereta saya bergerak sedikit ke hadapan.

Argghhh sudah!!! Sapa pulak yang langgar nih!!

Saya lihat dari cermin belakang. Nampak kereta belakang sangat rapat dan cuba mengundur ke belakang semula. Adoiiii!! Habis kereta aku!!!

Pada awalnya saya cuak gak. Agak lama untuk saya ambil keputusan untuk keluar dari kereta.

Yelah, sekarang ni macam-macam hal. Nak samun la, nak rompak la. Huh, macam-macam taktik. Saya lihat dari cermin sisi. Mana orang kereta belakang ni? Tak keluar pulak!

Saya terus mencapai telefon. Terus menelefon Abang. Kalau jadi apa-apa at least Abang ada dengar suara saya. Dengan bacaan bismillah, saya keluar dari kereta. Dan kemudian, barulah nampak pemandu yang melanggar kereta saya.

Proton Waja. No. Plate WJ..... Dan pemandunya lelaki cina. Muda lagi. Nampak macam budak pun ada. Terus saja dia minta maaf pada saya. Nampak muka dia panik.

"Sori la kak..Tak sengaja..Saya cepat-cepat tarik handbrake tadi".

"Aiiyaa..abis kereta saya" . Saya check reverse sensor saya sebelah kiri pecah. Dan sedikit calar.
Saya mintak RM 100. Dia kata tak boleh. Kalau nak RM 100 gak terus gi balai. Saya kata ok. Apahal pula saya nak takut. Bukan saya yang langgar dia!

Lastnya kawan dia pujuk. Tak payah gi balai. Dia nak bagi RM 10. Saya cakap..

" Hello kawan..ini kereta baru. I baru pakai 3 bulan. U sedap-sedap dah langgar kereta I. Ingat langgar plastik ke? "

Kereta dah banyak kat belakang. Tengok drama kami. Last-last saya malas nak bertekak. Ambil RM 20 kat tangan dia, dan pergi. Menyesal pulak tak mintak RM 50. Tapi tengok muka masing-masing dah pucat. Kesian la pulak. Agaknya tu je yang ada kat tangan. Entahlah.. Dah nasib. Terima ajelah. Yang kenanya kereta saya lah. Tak pasal-pasal kena ganti reverse sensor. Tak nampak teruk, tapi tak syok la kereta baru pakai dah kena langgar. Adoiiii!!

Tadi, saya dok perhati kereta belakang saya. Tak suka orang berhenti rapat-rapat. Huhu.. Sangat risau dan berhati-hati. Jangan saya pulak yang sondol kereta orang!

p/s : rasa nak tampal je kat cermin belakang.. "Jangan Rapat Dengan Kereta Aku!! Ko langgar Ko Bayar!"..huhu...

22 May 2010

ACCIDENT!

Maaf..entry yang sudah lapuk sebenarnya. Sejak Selasa lepas, aku berada di rumah mak. Rumah mak pula tiada line internet. Jadi aku terpaksa menunggu hingga ke hari ini untuk menulis sesuatu di dalam blog ini.

Sungguh tak sangka , kejadian pagi Rabu itu membuat aku sedikit takut untuk berhadapan dengan penunggang motorsikal. Sememangnya bahaya. Jika kita sebagai pemandu kereta tidak salah ketika kejadian, kita tetap akan dipersalahkan kerana melanggar mereka. Begitulah kejadian yang berlaku pada aku pagi Rabu itu.

Sememangnya sedia maklum Jalan Ampang sememangnya sesak di waktu pagi. Semua orang seakan berlumba-lumba mahu ke tempat kerja. Aku tidak terkecuali dengan situasi itu. Cuma pagi itu aku dapat rasakan sesuatu akan berlaku pada aku. Cuma aku masih tetap meneruskan perjalanan dengan penuh debaran untuk ke tempat kerja.

Selesai menghantar Nabila ke Tasputra, aku terus keluar menuju ke jalan utama. Namun..aku tidaklah seperti terkejar-kejar masa ketika itu. Sebab aku tahu sememangnya aku sudah lambat ketika itu. Aku biarkan saja masa itu.. dan tak mahu apa-apa perkara yang tak baik berlaku pada aku.

Sampai saja di simpang..ada kereta yang baik hati telah memberi ruang pada aku untuk melintas. Aku masih ingat kereta itu..Proton Waja berwarna biru. Sangat baik hati. Aku mengangkat tangan untuk mengucapkan terima kasih padanya. Aku berhenti dan menjenguk kepala ke hadapan sedikit untuk melihat samaada ada motor atau tidak. Lihat saja seperti tiada motor atau kenderaan lain, aku menekan sedikit pedal minyak..tiba-tiba datang sebuah motor..terus melanggar kereta aku. Tergamam.. Dan aku terus menepuk dahi. Aduiii..kenapa mesti dia langgar nih..?!

Dan aku terus keluar mendapatkannya. Bertanyakan sama ada ok atau tidak. Dan aku lihat lelaki itu memegang tangannya. Mengaduh sakit. Dan dia menyuruh aku melihat kereta. Aku sememangnya tidak melihat langsung kereta aku. Yang aku nampak hanya lelaki itu saja ketika itu.

Dan apabila aku toleh melihat kereta aku..Ya Allah..Aku ingatkan sikit saja kerosakannya. Rupanya teruk. Sedangkan aku dapat rasakan lelaki itu tidaklah terlalu kuat dentuman motorsikalnya melanggar kereta aku. Dan enjin kereta masih lagi berbunyi. Alhamdulillah..hanya bumper dan lampu sebelah kanan saja yang pecah. Dan lelaki itu mahu mengangkat motornya. Kesian pula, lantas aku terus memanggil beberapa orang untuk membantu lelaki itu mengangkat motornya. Dan aku pula..terpaksa ketepikan kereta terlebih dahulu untuk memberi laluan pada orang lain.

Terketar-ketar kaki dan tangan aku menelefon ayah dan abg untuk memaklumkan kejadian ini. Dan juga menelefon pejabat yang mengatakan aku kemalangan pagi itu. Sementara menantikan ayah untuk datang, aku berbual dengan lelaki itu.

Nasib baik juga dia tak menyalahkan aku. Dia juga mengaku salahnya. Dia juga sebenarnya tidak pernah melalui jalan itu. Hanya mahu melihat sama ada jalan itu sesak atau tidak..dan tidak menyangka kejadian seumpama itu berlaku padanya.

Dia sememangnya sudah nampak kereta aku. Cuma kemungkinan brek tak berfungsi dan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melanggar aku. Sungguh risaunya dia pada kereta. Aku hanya menyatakan bahaya tangannya lebih penting dari kereta. Aku tak kisahkan sangat kereta aku sebab sememangnya kereta ini sudah banyak kali accident. Dan akhirnya kami tidak bercadang untuk melaporkan perkara ni kepada pihak polis.

Rasanya lelaki itu sudahpun keluar dari hospital. Ada juga aku sms dengannya bertanyakan keadaannya. Sebenarnya bersimpati padanya. Tapi apakan daya, motornya ok, kereta aku pula yang teruk. Dan yang pasti aku akan mengmbil jalan lain untuk menghantar Nabila ke Tasputra. Tidak lagi melalui simpang itu lagi!

Bahana dilanggar motor. Motor ok..kete ni yang teruk..huhu..! nasib baik tiada kematian..kalaulah ada kematian..mampus..mmg tak bawak langsung la kot lepas ni.

p/s : Ada kata aku ni tak serik. Huh..Dah serik dah.. Ingat aku ni suka sangat ke nak bawak laju2..eleh..kalau takde lesen lagi bleh la cakap..sok klu ko dah pegang streng..huh..ko pun mcm aku gak..'bezit' tak hengat punya..!

19 November 2009

Kancilku rosak!

Sabtu lepas..aku dan abg pulang ke rumah mertua aku di Ipoh. Tujuannya satu..Nak amik kereta abg.Kereta ayah mertua yang eksiden aituh dah pun ok semula. Pada mulanya aku takdelah terasa nak amik sangat kereta abg tu. Sebab Kancil aku masih lagi ok..

Namun..aku dah mula mengesan kerosakan kereta itu. Sehari sebelum kami ke Hot Spring..Aku drive seperti biasa untuk pulang dari tempat kerja. Dan tengah-tengah bawak tu..(rasanya kat area Selayang..) tiba-tiba gear 5 dia seakan kembali ke gear neutral..dan mula bunyi macam tak masuk gear betul-betul..Aduh..Penyakit apa pulak kereta nih..!

Aku terus menelefon abg. Bertanyakan masalah kereta..Dan abg pernah kata yang gear box kereta tu bakal di tukar..hurm..tahlah aku pun bukan pandai benar bab kereta nih..Memang 'fail'. Tau bawak jer..hehe..

Dan jawapan yang abg beri tu buat aku tak senang hati..Dah la Nabila mengamuk time tu dalam kereta..kebetulan kawan aku tumpang kereta aku..Pulak mereka-mereka ni bleh dok usik Nabila yang tgh nak tido tu..Apa lagi..anak dara aku nih PANTANG orang kacau dia tido..meraung sakan la..tah berapa kali tah aku berenti kat Templer tu sebab nak tenteramkan dia..huhu..

Berbalik pada kereta yang tengah rosak tu..hurm..nak tak nak aku kena bawak jugak kereta tu..Mulalah main eksperimen ngan kereta ni..Rupanya nak elak dari gear tu tendang semula ke gear N , terpaksa la aku pegang je kepala gear tu bila masuk gear 5..huwaaaa! tak pernah di buat orang..!

Bahaya gak bila bawak kereta camni..Tapi takde pilihan..nak repair duit pulak..dah la tak gaji lagi..sadis betul..sudahnya..layankan aje kereta kancil sampai kereta ayah mertua aku siap..

Dan Jumaat lepas..nampak dah NAZAK betul kereta tu..Dah berbunyi lain macam..tu yang sabtu tu aku ajak abg balik kampung..amik gak Iswara abg tu..huhu..nak wat camner..aku mmg tak suka pakai Iswara tu..Dah la stereng kecik..berat lak tu..hehe..demi isteri tersayang..terus abg tukar tayar baru dan tukar stereng baru (walaupun tak power stereng :( ! ) Jadiklah..dari takde kereta nak gi keje..susah pulak..huhu..

Sekarang ni tgh nak serasikan diri bawak Iswara tu..Tapi 2 hari ni..nampak mcm best jer..(hahaha..ketawa jahat)..leh bawak lelaju..huhu..boleh ker? alah bawak kancil pun dah macam pelesit..(huhu..nak bangga diri ker..Tak insaf-insaf lagi..padahal selalu dok tgk gambar orang eksiden kat dalam blog sapa tah)..

Apapun doakan aku dan Nabila selamat pergi dan balik sepanjang ulang alik nih..AMIN.. :)