Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 November 2017

Temujanji dengan pakar Orthopedik


Assalamualaikum,

Kisah ni lama dah tersimpan dalam draft blog ni. Tak berkesempatan nak mencoret di sini..

Kami ke HKL pada 3 Oktober atas urusan surat ini.. Nabila di rujuk ke pakar ortopedik atas sebab masalah kakinya yang sukar untuk dibetulkan dan di tegakkan (buku lali yang membengkok dan tapak kaki tak boleh lurus) 

Lama juga menunggu pakar nya. Rupanya jururawat tersalah beri tarikh temujanji. Namun begitu, kami dirujuk juga bagi meminta pandangan berhubung surat ini. 

Dalam hati saya hanya Allah sahaja yang tahu.. Harapan agar doktor tidak melaksanakan pembedahan pada kaki kakak. Saya tahu ianya bukan satu jalan penyelesaian pada kami bagi mengatasi masalah kaki kakak untuk berdiri dan menapak. Malah 'goal' yang mahu doktor sungai buloh capai memang sukar dilaksanakan pada kakak. 

Kata doktor, kakak 'severe'.. dalam erti kata lain, jika diteruskan juga pembedahan akan menyakitkan kakak. Malah hasilnya belum pasti akan memberansangkan. Jauh di sudut hati saya, saya tahu ianya bukan menjadi harapan saya juga untuk melihat kakak berjalan. Saya sudah tahu keupayaan Nabila. dan saya redha...

Maka, bermula semula sesi fisioterapi kakak. Harapnya, saya masih ada peluang untuk bawa kakak semula ke pusat terapi bagi membantu memulihkan badan kakak. Walaupun bukan pulih sepenuhnya, asalkan kakak selesa tanpa rasa sakit di mana-mana anggota.. 

Doakan kakak sentiasa sihat ye.. 



Tak sanggup nak menatap surat ni lama-lama :(

Konvokesyen UMCCed

Assalamualaikum,

Lamanya tak bersiaran kan..Alhamdulillah, ada kesempatan untuk saya menulis lagi..

28 November lepas, hari yang dinantikan saya.. Alhamdulillah.. selesai perjuangan saya di UMCCed. Walaupun tak dapat pelajar terbaik dan cemerlang, takpelah.. janji selesai juga 2 tahun pengajian di situ..

Pastinya saya akan merindui kawan-kawan kelas UFA 115 nanti...






Moga ada peluang untuk sambung lagi.. InsyaAllah.. :)