Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

21 February 2020

Welcome 2020.. Kisah Kasihku Buat Nabila

Assalamualaikum..

Maaf la lama menyepi.. memang tak sempat nak jengah blog.. Tambah pula masuk tahun 2020 ni.. banyak agenda dan perkara yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga.

Anakanda Yasmin Nabilah masih sihat. Alhamdulillah tahun ni usianya mencecah 12 tahun..

Dah boleh buat IC dah..hehehe..

Dan paling penting UPSR dan UPSRA.. hanya angan-angan ibu jelah kan nak tengok kakak ambil exam besar tahun ni.. Takpelah kakak, exam tu susah.. kakak duduk rumah pun ok dah. Asalkan kakak sihat dan happy..

Untuk kakak, moga kakak terus dalam lindungan Allah swt selalu. Berada dalam kesihatan yang baik dan Allah sentiasa permudahkan urusan ibu dan ayah dalam menguruskan kakak..

Makin kakak besar, cabarannya pasti akan bertambah bukan? Ye.. terutama bab nak menguruskan kakak.

Sehingga kini tiada pengasuh pengganti untuk kakak. Kami pun dah membiasakan diri menjaga kakak sendiri di rumah dengan bantuan adik ipar dan ayahnya jika bekerja malam. Memang lah susah hati, tapi apakan daya.. Tunggu lah 3 tahun lagi.. Ada rezeki, ibu pencen.. Yeeehhhhhhaaaaa...

Untuk tahun 2020 ni, ada beberapa perkara berlaku dalam hidup kami. Antaranya...

1. Ibu telah mendaftar semula sebagai pelajar di Universiti Utara Malaysia. Dalam bidang Pengurusan Awam. Entah kenapa beria benar nak sambung belajar lagi walhal dah tau apa pengakhirannya nanti. Takpelah, kejar impian yang tak kesampaian dulu lepas SPM. Walaupun rasa berat sangat nak sambung belajar, tapi cuba jelah kan.. kayuh pelan-pelan kut-kut sampai destinasinya... Alhamdulillah 1st class pada pertengahan Januari lalu. Cuma yang tak best, saya tak dapat nak transfer kredit sebab jam kredit tak cukup. Aduhai.. nak tak nak adalah beberapa subjek yang terpaksa saya ambil semula untuk degree ni. Lama gak nak habis ni. Pengajian dalam 4 1/2 tahun.. So bertabah lah ye..

2. Bad news di awal tahun aritu. Hasil ketulan thyroid yang telah dibuang tempohari menyatakan ada kanser rupanya.. Follicullar Thyroid Carcinoma.. itulah diagnosis pada kertas laporan makmal tempohari. Bila tau diri ada kanser, rasa gelap sekejap dunia. Yelah, takut kan.. sebab sakit yang tak dijangka ada dalam badan ni. Tapi ramai yang beri sokongan. Keluarga, rakan semualah yang cuba menguatkan semangat saya. Tambah bila tengok Nabila, lagilah rasa sayu. InsyaAllah 2 Mac ini saya akan melakukan prosedur yang dinamakan Radioactive Iodine (RAI). Dikuarantin selama 5 hari di wad kanser di HKL. Dan tambah 3 hari lagi kuarantin di rumah. Tapi saya tak bercadang untuk kuarantin di rumah dengan anak-anak. Saya akan bermalam di tempat lain dan menghabiskan sisa-sisa kuarantin yang ada (berbaki 3 hari selepas keluar wad). Nak kuarantin kat rumah boleh. Tapi boleh ke anak-anak terutama si Yaseera menengok ibu dok diam dalam bilik tak layan dia? kompem la tak kan.. so, saya terpaksa ambil pendekatan lain untuk jauhkan diri dengan mereka semua. Doakan saya ye. Harap tiada lagi sel kanser yang aktif dalam badan ni. Teruk tau, sebab saya kena pantang makan semua dalam tempoh 1 bulan. Letih nak control tak boleh makan seafood dan semua yang berunsurkan susu. Mana tahan woooo...huhuhu..

3. Alhamdullillah, satu berita gembira untuk saya dan suami. Akhirnya kami dapat juga tahu punca terjadinya kejadian kakak menjadi kanak-kanak CP. Ya, sememangnya kami tidak mengetahui punca mengapa kakak menjadi anak CP. Kami hanya diberitahu oleh doktor yang kakak hanya lemas masa dilahirkan. Kurang oksigen. Namun puncanya, hospital tak bagitau pulak.. Memang sedih waktu tu, tapi kami ni redha dengan apa yang telah terjadi. Tapi dalam keadaan redha, jauh sudut hati meronta-ronta nak tau kenapa kakak jadi begini. Dan akhirnya kami dapat juga jawapannya.

Apapun yang berlaku pada tahun ini harapnya lebih baik banding tahun sebelumnya. Moga saya juga terus kuat, tambah pulak tahun ni umur sudahpun menginjak ke usia 37 tahun. Dulu selalu berangan, tahun 2020 berapakah umur saya ketika itu. Bila dikira sendiri.. umur 37 tahun, saya membayangkan kehidupan saya di saat umur 37 tahun. Adakah baik? atau sebaliknya. Apapun, setelah melaluinya tahun ini, rupanya Allah dah pinjamkan umur saya selama 37 tahun untuk menikmati hidup bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah..Cuma kesihatan agak membimbangkan, namun saya cuba untuk tidak berfikir lanjut berkenaan hal kanser itu. Asalkan saya positif dan melakukan rawatan yang sewajarnya, InsyaAllah, niat untuk membesarkan Nabila mungkin akan tercapai..

Ok, sampai sini dulu.. InsyaAllah ada kesempatan saya akan menulis lagi.. Bye...


31 May 2019

Alhamdulullah.. rezeki anak-anak..

Assalamualaikum semua.

Maaf lama tak mencoret hal kami di sini. Agak busy di tambah berita gembira datang, memang tak sempat nak jenguk ke sini.. 

Ingat entry last saya. Status bertukar ke Lantikan Tetap sebagai Penolong Pegawai Tadbir. Alhamdulillah, 2 April lalu dapat surat pelantikan dari SPA. Memang tak jangka sebenarnya. Bila dapat surat, hati berbelah bahagi sebenarnya. Buntu memikirkan mana nak hantar kakak lepas ni. Sudah pasti saya tidak dapat membawanya lagi ke pejabat. 


30 April 2019, saya ke JAKIM kerana sesi taklimat dan lapor diri dibuat di sana. Berdebar usah ceritalah kerana petang selepas selesai taklimat, penyerahan surat penempatan pula. Dan kami diarah untuk lapor diri di Kementerian masing-masing pada 2 Mei 2019. 

Bukak je surat memang takut sangat. Saya bukak pelahan-lahan, dan mata terpaku melihat nama kementerian pada surat tersebut. Sungguh tak sangka saya kembali ke Kementerian lama. Mungkin hasil dari surat yang saya berikan kepada JPA tempohari. Cuma saya tak berharap kerana tiada balasan dari pihak JPA berhubung rayuan saya untuk kembali ke Jabatan lama. 

2 Mei saya ke MOTAC untuk lapor diri. 3 kekosongan di Kuala Lumpur iaitu JKKN, IB dan Arkib. Saya menyatakan masalah saya kepada pihak HR yang mana saya mahu kembali ke Arkib kerana mudah menguruskan kakak. Kalau ikutkan memang tak boleh dah sebab saya kat Arkib dah 10 tahun.. Tapi disebabkan kakak, saya dapat kembali ke jabatan lama. 

Kalau ikutkan saya mahu berpindah ke Jabatan lain. Sebab ingin merasa environment baru. Tapi kerana kakak, saya pendamkan dulu hasrat tersebut. Mungkin setelah selesai pencarian pengasuh untuk kakak. 

Apapun, alhamdulillah, saya kembali ke Unit saya dan buat tugas-tugas yang lebih mencabar. Apapun moga segala urusan mencari rezeki dipermudahkan dan bertambah lagi pengalaman kerja saya dalam jawatan baru pula.. 

Ok, jumpa lagi di next entry ya..

Bye!!

26 February 2019

Berdebar...

Assalamualaikum semua,

Just a short story today.. :)

Entry sebelum ini saya ada cerita tentang status permohonan jawatan saya dalam SPA kan..

Beberapa minggu lepas, statusnya dah berubah..


Kata calon-calon simpanan lain, status lantikan tetap ni dah confirm dapat. Tapi tengah dalam urusan menanti surat panggilan pula..

Makanya, menunggulah lagi..

Dalam pada yang sama, berharap tidak dapat penempatan yang jauh dari rumah dan mudah untuk saya uruskan Nabila jika berlaku kecemasan.

Tolong doakan saya ye. Agar dipermudahkan segala urusan penempatan dan dapat bekerja dengan orang-orang yang baik-baik dan memahami masalah saya.. Aamiin..

Ok, jumpe lagi.. bye!!

05 June 2018

Nabila bersiaran lagi...

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, kami sihat-sihat saja. Kakak Nabila pun sihat alhamdulillah..

Lama tak cerita tentang Nabila kan? Tadi scroll gambar Nabila kat handphone.. rupanya lama tak amik gambar kakak.. last amik gambar masa gi jalan-jalan Melaka aritu..




Sejak dah naik umur 10 tahun ni, ada masa susah untuk saya uruskan Nabila. Tambah-tambah lagi bila nak mandi atau dia membuang ke.. nak angkat tu satu hal, nak ampung lagi badan kakak. Sedia maklum kaki kakak memang tak boleh nak jejak lantai langsung atau berdiri. Terpaksa panggil ayahnya tolong sama angkat Nabila. 

Kesihatan kakak juga baik-baik saja setahun dua ni. Takde admitted kat mana-mana hospital atau penyakit yang pelik-pelik berlaku. Sawan juga terkawal. Kes tak tido malam pun jarang-jarang dah berlaku. Harapnya berterusan la ye kakak. Tak mau sakit-sakit tau.. Pening ibu nanti.. 

Oh ya.. last entry aituh lupa nak share gambar kek kakak. Ada video skali kami nyanyikan lagu besday untuk kakak, tapi malu pulak nak upload kat sini..hehehe.. 


Cantikkan.. suka pulak tengok colour kek tu.. hehe..

Ok, harapnya tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang menyinggah ke Blog Kasihku Buat Nabila. Tak sampai 10 hari je lagi nak raya.. Tak sabar nak bagi kakak pakai baju yang saya jahit..

Ok, sampai sini dulu, moga ketemu lagi kita insyaAllah..


06 July 2015

Subhanallah... Cantiknya kakak....

Assalamualaikum,

Last week saya jalan-jalan mencari tudung untuk raya. Saya memang tak pandai sangat nak beli tudung.. Yelah, fikir janji selesa dan mudah dipakai sudah cukup untuk saya. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, rasanya macam tak sempat nak bercantik-cantik macam dulu..hehe..

Saya terjumpa satu tudung kecik untuk Nabila. Kata si penjual tu, sesuai untuk anak berusia 3-4 tahun. Dia menunjukkan contoh tudung pada kepala patung itu. Tanya si penjual, berapa usia Nabila. Saya menjawab ringkas " 7 Tahun.." . Katanya mungkin kakak tak muat sebab saiznya kecil.

Saya cuba membayangkan kakak.. Rasanya muat. Yelah kakak kan microcephaly. Saiz kepalanya yang kecik memang sesuai dengan tudung anak berumur bawah lagi dari dia. Saya membelek sebentar dan terus ambil keputusan untuk beli. 

Balik saja ambil anak-anak dari babysitter, terus pakaikan kakak tudung yang saya beli tadi. Hasilnya..


Sungguh saya kagum dengan ciptaan Allah.. Cantik, bersih muka kakak bila memakai tudung. Bila saya post gambar dalam facebook, begitu ramai yang komen dan like gambar ini. Rata-rata semuanya suka melihat anak ini bertudung..Alhamdulillah.. 

Dan saya berfikir lama bila menatap gambar ini..

"Kenapa Allah beri kakak dalam keadaan ini? Kakak anak yang cantik. Jika sihat, pastinya anak ini nampak lebih cantik lagi.." Memang tak baik bila hati saya terdetik begitu.

Terus saya meraup muka saya. Astaghfirullahaladzim.. Begitu jauh fikiran saya tentang keadaan kakak. Mempersoal kerja Allah.. Terus saya buang jauh-jauh perasaan itu..

Kakak, Ibu tahu Allah dah beri yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, ibu yakin Allah sayangkan kakak, sayangkan ibu ayah dan adik Naufal. Allah beri kakak kepada ibu ada sebabnya. Ye, kalau cantik begitu mungkin lebih sukar untuk ibu menjaga kakak jika kakak sihat. Maka Allah jadikan kakak begini. Dan mungkin mahu orang lain juga menyayangi kakak (ramai sangat sayang kat kakak ni..hehe) seperti mana ibu sayang kakak..

Ok.. tak mau sedih-sedih.. Nah saya belanja lagi gambar kakak masa ambil gambar ini.. Kakak sikit pun tak berdecit bila disuruh diam mengambil gambar. Siap senyum sengih lagi sebab ibu puji dia cantikk.... 



Melayan saja kehendak ibu ye kakak..hehe..

ok sampai sini dulu..daaa :)

15 May 2014

Rezeki Kakak Nabila..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis di sini lagi. Sabtu last week Ibu, Kakak, Ayah dan Adik dapat jemputan khas sempena Hari Ibu di PWTC. Anjuran IKIM.FM. Kak Raja Rohaisham yang menjemput saya sebenarnya. Dan rezeki ini juga dirasai oleh Alisya Ummi Ita dan Habib Ibu Zura. Sebenarnya memang tak sangka kami antara tetamu khas yang dijemput. Segan rasa bila ada mata-mata memerhati kami tatkala saya menyorong Kakak Nabila masuk ke dewan.

Untuk pertama kalinya ibu melihat artis, Hafiz Hamidun di hadapan mata saya. Dan dia datang pada saya dan bertanya beberapa soalan. Kaget sekejap saya dibuatnya. Nabila pula mujur diam ketika itu.Sebelum tu menangis sewaktu seseorang (tak ingat sapa nama) sedang bacakan sajak Hari Ibu. Dan ketika itu, kakak Nabila menangis beria-ia.. Konon-konon sedih sangat sajak tu. tapi memang sedih pun.. Dok cover je jangan menangis depan orang..huhu..

Masa ni DJ-DJ radio IKIM tengah buat gimik sempena hari Ibu..

Nombor meja kami.. Jemputan Khas -Ibu Anak Istimewa...

Ayah dan Adik.. tumpang tuah kakak.. Alhamdulillah...

Terima kasih kakak Nabila.. Rezeki kami wahai anak.. Alhamdulillah..

Pencetus Ummah Rahmat . Comey je orangnya.. Sejuk mata memandang. Harpnya Naufal akan jadi sepertinya..hehe..

Taraaa.. Hafiz Hamidun. Tengah nyanyi dari album zikir terapi dia.. sejuk je rasa dewan.. :) Rasa nak lolap pun ado.. hahaha.. sebab zikir dia memang saya slalu pasang untuk budak2 ni dengar sebelum tido.. :)

 Adik Naufal macam-macam gaya dibuatnya.. Siap baring2 atas karpet lagi.. adoiyaiii anak..

Paling tak disangka, rupanya ada sedikit sumbangan dan IKIM untuk kali berlima family.. Opss lupa.. Keluarga yang turut sama hadir juga ialah Encik Hasan Suyut, Ayah kepada Atiq Wazif dan juga tuan punya badan yang menjemput, Kak Sham, Abang Fendi dan Annur. Terharu rasa bila menerima sumbangan ini. Ketar gak lutut nak amik sumbangan di atas pentas..

Dan akhir sekali, bergambar kenangan bersama semua yang terlibat. Seronok.. 

Terima kasih pada Kak Sham kerana beri peluang ini. Memang tak terpikir langsung nak hadir ke majlis begini. Tambahan pulak harga tempahan meja makan ni mencecah ratusan ringgit...

Kenangan takkan saya lupakan buat selamanya.. :) Alhamdulillah...

07 July 2012

Bila usaha mula menampakkan hasil..

Dulu saya pernah saya menangis kerana kecewa Nabila menangis setiap kali mandi. Entah kenapa takut benar dia dengan air. Walhal, kalau nak diikutkan saya mandikan Nabila penuh cermat. Sikit pun tak bagi lemas. Apatah lagi sabun atau shampoo kena pada mata. Sangat fobia anak ini....

Namun sejak 2 minggu ini, saya mula perasan keadaan dirinya nan satu ini. Sebelum ni memang dah perasan dah bila mandi dah tak menangis macam dulu. Tapi yang saya maksudkan kali ini adalah sesi hydrotherapy nya di rumah.

Sejak berada di IMC, hampir setiap minggu Nabila akan berenang. Kelas renangnya akan diadakan pada hari Selasa. Pernah juga saya tinggalkan kamera untuk cikgu sekolahnya mengambil video ketika dia menjalani sesi hydrotherapy nya. Nampak Nabila diam ketika mandi. Agaknya tenang bila ada cikgu yang memegang tubuhnya dan menggerakkan anggota badan yang stiff . *video tah mana tah saya letak..huhu..*

Dan bila Dr. Sham menggalakan sesi hydrotherapy untuk Nabila, saya keluarkan semula pool bagak neh!!

muka cuak je bila ditinggalkan berenang sendirian...

Mula-mula kompem nangis. Mulut bising sebab takut dengan air. Sedia maklum saja mata Nabila yang mempunyai masalah, makanya, saya cuba untuk tenang dan sabar dengan kerenah Nabila yang saya rasakan mencabar. Lagi-lagi saya terpaksa hilangkan sifat takutnya pada air. Bukan mudah tau!!

Bila pool bagak neh saya susah nak pakai..saya beli pool kecik nih kat Jakarta aritu...

kenalah pegang budak kecik ni sebab tak pandai guna pelampung. Pakai je mesti tenggelam ke depan..huhu..

Memang payah bila rumah takde pool. Lagi-lagi space rumah yang agak sempit. Tu pun mujur rumah kami rumah teres. Kalau rumah flat, memang tak dapat nak buat hydrotherapy la gamaknya! Kadang-kadang naik jeles plak tengok kawan-kawan yang ada pool kat rumah sendiri.. Sampai pernah saya dan abang terfikir nak korbankan ruang belakang yang kononnya nak besarkan untuk ruang dapur, jadikan swimming pool buat Nabila. Last, rasa membazir plak!

Tapi bila melihatkan ini....

..hati saya berbunga riang. Bila melihatkan dirinya tidak lagi takut dengan air. 

Ni video 2 minggu lepas. Kalau nak diikutkan hari ni pun saya lakukan lagi sesi ni di rumah. Cumanya video tak dapat saya ambil kerana saya keseorangan ketika ini. Risaukan Nabila mandi. Hari ini nampak agresif sikit. Kaki memang tak payah suruh digerakkan macam dulu. Pandai je kuis-kuis sendiri dan enjoy dalam air. Banyak kali jugak tertelan air . Tapi nampak minah ni cool je, jadi saya tenang..hehe...

Ya, mungkin Nabila sudah besar. Sudah tau erti bosan dan mahu bermain. Bila adik Ra'id dan adik Irfan datang siap panjat atas badan dia, Nabila sengih je. Tak heran dah..janji budak-budak tu main dengan dia. Mungkin juga memang patut Nabila perlukan adik sekarang ni. Alhamdulillah, sikit saja masa lagi, Nabila pasti dapat bermain dengan adiknya.. :) Amin....

Alhamdulillah atas perkembangan ini. Moga Nabila terus membesar dengan sihat..Amin.. :)


17 June 2012

Dimana Nabila...?

Salam semua... Lama benar tak update! Serius, memang takde kesempatan nak berblog menulis tentang Nabila..Kadang-kadang tu ada je benda nak tulis, tapi entah jari jemari ni malas betul..hehe...

Alhamdulillah, adik baby sudah berusia 20 minggu yakni sudah 5 bulan. Hanya menanti 20 minggu saja lagi untuk keluar melihat ibu, ayah dan kakak Bella. Keadaan saya? Pinggang yang sering sakit dek selalu mendukung kakaknya dan ibu semakin kuat makan. Entah kenapa sentiasa lapar. Berat pun naik mendadak tak ingat ni. Adoiyyaiii..kompem kena marah dengan nurse!

Activity Nabila berjalan seperti biasa. Cuma sesi terapinya tak seperti dulu. Saya hanya buat mana yang termampu. Selesai buat satu sesi, mulalah pinggang ni sakit. Kadang-kadang kesian kat dia sebab merengek panggil ibu ajak main. Aduhai nak..kalaulah boleh dibelah badan ni..mesti ibu lakukan aktiviti dengan kamu...

Saya sedang berusaha mencari sekolah lain untuk Nabila. Keadaan yang jauh ke Subang membuatkan keadaan kewangan kami semakin menghimpit. tambahan pula keadaan saya yang tak berapa mengizinkan membuatkan hati saya sedang berbelah bagi untuk meneruskan persekolahan Nabila di situ. Doakan urusan saya dipermudahkan ye kawan-kawan...

Actually, entry ni saje je nak suruh kawan-kawan cari Nabila kat mana...Cubalah tengok keadaan dia ni....

hehe..kolam bola... :)

Teringat dulu masa kat hospital..Takut benar dia dengan kolam ni..Sekarang siap senyum dalam kolam ni. tak takut dah.. Tadi tah berapa kali tenggelam di lautan bola.. puas ibu cari. takdelah dia menjerit kelemasan..hehe...

Aktiviti pun tak banyak buat..sempat gak la lepas letak kat kolam bola..letak pulak kat kolam air..hehe..


Muka senyum sengih je hari ni. Agaknya dengan cuaca panas, seronok pulak dia berendam. Siap kepala tegak tadi. Saya dan Abang menjerit seronok tengok Nabila main hari ni. Sebab tak sangka pulak dia main kuis-kuis kaki ala-ala terapi dalam air. Selalu statik je bila letak dalam kolam. Bila tengok..rupanya saya sedar, anak ini sudah semakin bijak. Sempat tadi ambil video, tapi tak sempat nak upload..Nantilah saya tunjuk yek..

Ok..mahu ke rumah mak selepas ni. Sibuk dengan persiapan kenduri perkahwinan adik saya yang bakal menjelang lagi 2 minggu. Pada semua, jangan jemu untuk singgah di sini.. Sorry tak update tak bermakna kami sekeluarga tak sihat. Kami baik-baik saja.. :) Cuma masa tak mengizinkan diri untuk mencoret untuk tatapan kalian.. :)

02 June 2012

Bila si kakak dalam mood baik...

Sejak kebelakangan ni, nampak Nabila sangat behave..!! Nak bawak pergi mana-mana pun senang. Tak banyak ragam. Tido pun senang. Letak je atas katil..padam lampu terus tidur. Malah saya ingat lagi, sewaktu tayar kereta pancit di Subang tempohari, anak ini sangat baik. Agaknya tahu ibu dia resah menantikan ayahnya datang untuk tukarkan tayar kereta. Sedikit pun tak berdecit suara. Malah sambung tidur di dalam kereta sementara menantikan kedatangan ayahnya.

~Kami tersadai disini....~

Begitu juga sewaktu kesesakan di highway Isnin lepas. Kemalangan yang meragut satu nyawa, dan melibatkan kayu-kayan di atas lori bersepah di atas jalan. Semua lorong di tutup dan kami tersadai di jalanan hampir 3 jam. Mujur anak ini tak menangis dan hanya melihat keadaan keliling sahaja.

 ~hanya merenung ibu yang resah sebab terperangkap dalam kesesakan. Nasib baik tak mintak susu..hehe..~

Tidur malamnya juga lena. Tidak lagi bangun tengah malam mengganggu ibu. Malah berjaga on time untuk mintak susu. Selalunya mesti jam 5 pagi. Sebab dia tahu lepas tu mesti mandi dan bersiap untuk ke sekolah.. :)

~bila di pandang, rupanya anak yang saya kendong ini sudah nampak dirinya semakin matang..~

Terima kasih sayang kerana memahami ibu. Keadaan ibu dan adik baby yang memerlukan rehat secukupnya membuatkan kamu faham dengan keadaan ibu ketika ini.Moga kamu terus menjadi kakak yang baik untuk adik baby nanti. Amin.. Ibu sayang Nabila sangat-sangat... :)

17 April 2012

4 tahun dikau bersama ibu...

Alhamdulillah.. Nabila masih bersama saya. 4 tahun satu masa yang panjang bagi saya dalam membesarkannya. Pelbagai perkara telah kami lalui bersama..Alhamdulillah, saya masih teguh berdiri demi Nabila.

Hari ini, Nabila sudah menginjak ke usia 4. Wajar di ruang mata saya kini sedang teringat kisah saat saya melahirkannya. Serasa saya tak nampu untuk lupakan kenangan ini. Mungkin sampai saya memejamkan mata ini....

 Budak tembam berdua masa 1st celebrate besday bersama.. Alisya & Nabila.. Memang sama.. :)

 Masa kat rumah opah kat Ipoh. Excited tgk dia pegang pisau..hehe..

Kek santek hadiah Ummi Alisya..

Kenangan masa majlis hari lahir pertama Nabila memang tak dapat dilupakan. Sampaikan ada anak jiran kat rumah mak tanya, "Bila mak Nabila nak buat birthday party lagi?".. Ceh..Budak-budak pun suka sebab dapat door gift.. :)


Birthday ke 2 tahun..

Ibu tak buat apa pun..just keluar berjalan dengan ayah. Takpelah, bajet pun tak berapa ada ketika tu.. Jadi celebrate bertiga jelah..hehe... Dapat belikan mainan untuk Nabila pun dah kira ok.. :)


Birthday ke-3 tahun..Majlis kecil-kecilan di rumah kami.. :)

Masuk 3 tahun, buat la sedikit majlis. Simple dan cukup bermakna. Kerana untuk pertama kalinya buat di rumah kami. 

Bila lihat semua, tak sangka, anak sekecil ini sudahpun seperti anak dara. Kata mak, kalau sihat, confirm  dah suruh buat macam-macam. Hehe.. itupun "kalau..."

Entahlah, dalam hati saya terus berdoa agar anak ini terus diberi kesihatan yang baik. Dan moga kehadiran adiknya nanti mampu mengubah kehidupan kami agar lebih ceria lagi. Kehadiran Nabila memang dah ceria..cuma mahu lebih lagi.. :) Moga saya terus kuat melangkah bersama si kecil ini...

terus dan terus melangkah lagi... :)

Selamat Ulangtahun Yang Ke-4 Sayang. Ibu doakan Nabila terus dipinjamkan untuk ibu, diberikan kesihatan yang baik dan mampu untuk berdikari suatu hari nanti. InsyaAllah.. Doa ibu sentiasa mengiringi perjalananmu. Moga Allah sentias permudahkan jalan untuk kita berdua nanti.. Amin...

07 February 2012

Memberi dan menerima...

Entry ini bukanlah berkisar hati saya.. :)

.

Berkisar tentang sesi pembelajaran Nabila sepanjang hari berada di rumah.. :)

.

Sedia maklum, Nabila masih belum menguasai skill memegang dan memberi sesuatu kepada orang lain. Ya, faktor besar yang menyumbang kegagalan Nabila untuk bermain adalah masalah matanya. :(

Namun, sejak sebulan lebih ini, saya banyak lakukan perkara ini di rumah. Ianya telah di ajar oleh Dr.Sham sendiri. Bahan-bahan untuk stimulasi pelbagai bentuk telah saya sediakan. Alhamdulillah, kata orang mata buta tak semestinya hatinya buta bukan..? Ya, hati Nabila 'celik' . Puas berminggu-minggu saya mengajar Nabila menggenggam dan memberikan barang yang dipegang kepada saya, nampak sedikit perubahan positifnya.. :) Syukur.

Namun, perjalanan masih jauh. Bila melihat sedikit perubahan ini mebuatkan hati saya berbunga riang. Sekurang-kurangnya, Nabila masih punya harapan.

Sedikit video yang saya ambil sewaktu Nabila bermain :) Tersenyum sendiri saya melihat video ini.. :)


Biarpun sedikit perkembangan ini, buat saya gembira. Ya, bukan mudah untuk saya melatih Nabila. Doakan perjalanan kami terus dipermudahkan..InsyaAllah..

22 January 2012

Usaha dan terus usaha lagi...

Ya...Sejak seminggu ini saya nampak banyak perubahan pada Nabila. Mungkin hasil usaha saya sedikit sebanyak membantu Nabila..

Alhamdulillah, saya semakin yakin dengan langkah saya kini. Biarpun kini saya sudah tidak lagi ke Kak Raw setiap minggu, saya habiskan masa saya dengan Dr. Sham pula. Jika tidak ke Dr. Sham, saya akan banyak habiskan masa di rumah saja.

Jika dulu, asal hujung minggu je, saya pasti akan bawa Nabila berjalan. Namun kini, saya rasa malas. Saya mahu berada di rumah dan lakukan sebanyak mungkin stimulasi buat Nabila. Entahlah..Kenapa hati ini malas benar untuk keluar berjalan. Lagipun, kalau keluar berjalan, aliran duit juga keluar..hehe..So better duduk rumah dan buat sehabis mungkin sesi terapi Nabila.

Saya banyak lakukan aktiviti bola. Untuk menguatkan kepala dan juga pinggangnya. Alhamdulillah, semalam, bila kami ke sesi terapi bersama Dr. Sham, Nabila tak menangis. Hanya merengek kecil. Ya, saya tahu. Nabila kini sudah biasa dengan aktiviti lasak yang dilakukan di rumah. Kalau setakat hayun bola laju-laju, Nabila dah tak heran dah!! hehe...

Alhamdulillah..rasa berbaloi dengan pilihan saya kini. Rasa lebih berbaloi-baloi lagi bila saya nampak Nabila mula mengesot menggunakan incline tracknya. Dalam hati saya, tak silap untuk memilih menggunakan kaedah glenn doman.

InsyaAllah, andai saya usaha lebih kuat lagi,pasti akan banyak lagi perubahan selepas ini. Yang penting terus usaha dan usaha lagi.. :)

Incline track in da' house!!! yeah..Harus ku letak target untuk Nabila tahun ini...

18 December 2011

Seleranya bertambah... :)

Ya..saya agak happy sejak dua menjak ni. Saya perasan Nabila semakin kuat makan dan minum susu... :)

Dulu saya memang susah hati. Makannya hanya sedikit. Ya, setiap hari saya beri Nabila makan sebanyak 3 kali. Di waktu pagi saya berikan biskut yang di patah-patah kecil sebanyak 4 keping. Selalunya biskut Tiger lah (kunun-kunun nak kuat cam tiger...hehe). Biskut dicicah bersama air minum pagi. Dan selalunya mesti habis 4 keping tu kalau makan dengan saya. Kalau kat sekolah tak pasti pulak....

Tengahari dalam jam 1-2 petang saya akan berikan Nabila makan lagi. Kadang-kadang terlewat sampai jam 3 petang. Tapi waktu petang macam ni Nabila memang tak makan banyak. Selalu semangkuk tu payah sangat nak habis. Kadang-kadang hanya 2-3 suap je. Kenyang lagi kut. Yelah..lepas breakfast, Nabila mesti ambil susu at least 2 kali.Manalah tak kenyang dik....

Jam 5-6 petang, saya akan suapkan nasi sekali lagi. Sebelum itu saya selang selikan dengan susu juga. Kadang-kadang saya sengaja lajakkan sehingga jam 7 malam. Nak bagi Nabila betul-betul lapar. Barulah dia makan banyak. Dan kemudian selepas itu, bermain dan bermain sampai letih. Mintak susu dan terus tidur.. :)

Bila setiap hari begini, saya nampak Nabila sudah tahu rutinnya. Anak Brain-Injured ni kalau di ajar perkara yang sama setiap hari, sure dah di setkan dalam mind dia. Contoh macam Nabila. Setiap pagi sebelum mandi, saya akan gosok giginya dahulu. Secara automatik dia akan buka mulutnya untuk digosokkan. Comel bukan? hehe... Dulu bukan main susah nak suruh buka mulut. Sekarang dah tahu gosok gigi tu dah jadi rutin harian sebelum mandi pagi.. :)

Macam makan jugak, Nabila memang susah nak makan nasi tanpa blend. Bila dah diajar sejak umur 2 tahun, Nabila boleh terima, walaupun pada waktu itu, setiap kali makan, mesti dia akan menangis. Betul kata mak, nak tak nak mesti kena ajar Nabila makan nasi. Kalau tak, sampai bila-bila pun Nabila takkan boleh makan nasi sendiri.

Semua yang saya lakukan bukanlah terus menerus saya dapat. Bertahun lamanya saya mengajar Nabila itu dan ini. Ya..BERTAHUN..!! Bukan mudah. Lebih-lebih lagi anak HIE Stage 3. Dengan masalah matanya lagi..Saya terus berusaha selagi daya saya. Semua untuk si kecil ini. Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan puteri hati saya dan bertanya khabar mengenai perkembangan Nabila.. :)

01 November 2011

Nak tengok buku aktiviti Nabila? meh sini.. :)

Sepanjang hari saya stress. Dengan bebanan kerja plus ada plak yang 'kondem' saya hari ini, membuatkan hati saya sakitttttt!!

Tapi kan...Ada sesuatu yang telah menyejukkan hati saya.. Dalam hati saya berbunga riang. Tak sabar nak tunjuk kat semua orang. Selalu dapat tengok je anak orang lain buat semua ni. Tapi kali ini saya lihat sendiri hasil tangan Nabila.. Alhamdulillah..bergenang air mata ini menatapnya...

 
Cover depan fail progress Nabila

 Mrs. Sunny said " She is physically and mentally delayed as well as her speech. Her legs are nit in right formation yet, but she can stand with support now. her legs is slowly developed and can support her body when she stand. She is able to look up when called her name. Her understanding is slowly developed. She smiles and give eye contact when we communicate with her. She is well behaved girl and cooperates during exercise. She cries only when she is hungry or something uncomfortable. She needs more exercise for legs and hand coordination". - ibu suka... :)






  Hasil tangan Nabila..Siapa cakap Nabila tak boleh buat.. Biarpun teacher pegang tangan Nabila sambil melukis, tapi aktiviti ni kalau dibuat selalu, pasti Nabila boleh buat kan.. :) Lepas ni, ibu pun nak belikan colour pencil la untuk Nabila. Dulu ibu ingat mustahil kalau nak beli, tapi bila tengok semua ni, ibu dah mula yakin dnegan kamu dik. Nanti kita buat banyak-banyak aktiviti macam ni yek sayang.. :)

Aktiviti sepanjang tahun 2011. Semuanya best-best belaka.. :)

Serius, saya sangat gembira bila Nabila bersekolah di IMC. Bila melihatkan aktiviti yang dia lakukan, saya yakin saya berada pilihan yang betul. Biarlah susah untuk saya dan Nabila berulang pagi dan petang dari Rawang ke USJ setiap hari, namun bila memikirkan semua ini, saya gembira. 

Moga Nabila dan anak-anak lain mendapat segalanya yang terbaik di IMC. Amin.. :)

16 October 2011

Terkenang kisah dulu...

Tadi, saya melihat wajah Baby Sofea, bidadari hati Mazni Sahabudin di dalam pool. Pool nya begini..

Kalau ada yang minat boleh ke website ni.. :) Mambobaby

Comel je baby Sofea dok dalam pool tuh. Putih melepak. Kaki siap gerak-gerak dalam pool. Bijak betul. Sikit pun air mata tak keluar. Kata Mama Mazni, nak test sama ada Sofea boleh main atau tidak dalam pool ni. Hurm..bila tengok Baby Sofea rileks je dalam pool tu . Apa lagi Mama Mazni, beli jgn tak beli..hehehe..

Bila tengok semua ni, saya teringat kisah Nabila. Rasanya saya pernah buat entry tentang kisah Nabila yang takutkan air. Tak ingat pula entry yang mana. Malas nak review!!

Sekarang ni, sejak di IMC, dan every week ada hydrotherapy (kalau hujan kelas hydro dibatalkan..) Nabila dah ok kalau celup dalam air. Kalau dulu, jangan kan kolam renang, dalam bilik air pun macam berperang...hehe.. Menangis takutkan air. Padahal mandi air panas.

Kelas hydrotherapy Nabila setiap hari Selasa. Teringin nak ambil video bila dia berenang. Nak tinggalkan kamera kat teacher dia, tapi kamera adik pakai pulak.huhu.. Pernah tengok video dari kamera Ummi Alisya, seronok pulak tengok Nabila berendam. Nampak macam ok je..hehe..

Dulu pernah ada kolam ni...

Tinggal kenangan jelah kolam nih..dah bocor..huhu

Tapi tengoklah aksi Nabila....

Muka sememeh jer..huhu...

owh..rupanya nak suruh ayah pakai pelampung gak..hahaha!!!

Hurm..sekali jelah guna pool ni..Last nak kemas, bocor pulak..huhu.. tak tau camner nak tampal balik. Bocor sikit je..

Bila tengok Baby Sofea main dalam pool tadi, macam nak beli pulak pool  tu.hehe..Tapi sure kena bebel dengan ayah Nabila kalau nak beli nih.Huhu.... Nasib baik kat school memang dah ada hydrotherapy. Kalau tak, memang dah sambar satu. Tapi kat sekolah, sekolah punya hal la kan.. Ni kat rumah.. apa salahnya..? Ayah Nabila..jom gi Toy's R Us!

Tadi borak-borak dengan mak pun, dia perasan Nabila sekarang mandi dah tak menangis dah. Kalau tak suara dia lah yang dengar menangis kat tingkat 4 tuh. Huh! Kuat kan. Dekat parking pun dah boleh dengar suara Nabila.

Alhamdulillah. Kini Nabila dah tak menangis lagi bila mandi. Berkat doa semua dan usaha tak putus-putus demi Nabila.. :) Syukur.. :)

21 September 2011

Alhamdulillah, dia kembali tersenyum...

Syukur Alhamdulillah. Saya sangat gembira. Pulang dari kerja tadi, tak sabar rasanya menatap si kecil. Sepanjang hari menanti panggilan dari mak atau adik tentang Nabila. Bila pintu rumah dibuka, saya lihat si kecil ini sedang makan nasi bersama neneknya. Dan kata mak, Nabila sangat baik hari ini.

Alhamdulillah..Bila saya dukungnya, terasa tubuhnya berat. Hehe..3-4 hari menangis, namun bab makan memang laju. Mana taknya, bila menangis pun saya suapkan makan juga. Takut perutnya kosong. Rupanya ada hikmah di sebalik semua ini.Berat badannya naik.. :)

Saya fikir semua yang berlaku ini pasti ada sebabnya. Bila saya fikir kembali, ada bagusnya Nabila menangis. Bila menangis jantung akan mengepam laju darah yang membawa oksigen terus ke otak. Sebab itu Kak Raw pernah berkata pada saya, "Biarkan dia menangis. Menangis tu bagus untuk otaknya. Semua itu oksigen.."

Ya, fikir positif saja. Cuma sepanjang kejadian ini, saya banyak berfikir tentang Nabila. Tentang dirinya. Rasa insaf menyelubungi diri bila melihat anak ini. Melihat kembali segala apa yang saya buat sepanjang tempoh dugaan ini. Segalanya untuk Nabila. Segala yang saya dan Abang korbankan untuk benih kasih kami ini.

Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan Nabila. Amat terharu kerana ramai di luar sana yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anak ini. Tak kira melalui blog, facebook atau pun bertanya khabar melalui telefon. Serasa saya, andai Nabila tahu, pastinya dia juga turut mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakannya. Moga segalanya kembali seperti sediakala..InsyaAllah..Amin... :)

~Nabila & neneknya..mengulit bersama..seronok la tu dok celah ketiak nenek..hehe~

24 February 2011

Nabila berubah?

Seminggu sudah saya memerhatikan Nabila. Serius. Saya nampak Nabila berbeza. Sangat berbeza jika dibandingkan minggu lepas.

Siri tangisan Nabila juga telah berakhir sejak Ahad lepas. Saya sudah jarang mendengar tangisan Nabila. Eh..bukan jarang, tapi langsung tak dengar. Adakah Nabila sudah bosan untuk menangis?

Yang ada hanya senyuman terukir diwajahnya. Bangun tidur senyum, pandang ibu senyum, minum susu senyum, makan nasi senyum. Segala-galanya senyum!!

Bukanlah tidak bersyukur dengan apa yang telah terjadi kepada Nabila.  Saya sangat-sangat gembira dengan kelakuannya ini. Alhamdulillah. Namun, hati ini tertanya-tanya. Adakah Nabila sedang menuju ke arah kematangan? Saya tahu ramai yang pernah berkata kepada saya, " Mungkin sampai satu tahap nanti, Nabila tidak akan menangis seperti sekarang ini..."

Jika benar, Alhamdulillah. Nampak benar anak dara saya sudah dewasa. Jika dulu tangisannya mengundang gundah gulana kepada saya dan Abg, kini saya rasakan Nabila begitu senang untuk menjaganya.

Saya berkata pada mak.. " Mak perasan tak adik macam dulu balik..masa dia baby dulu. Jarang menangis, tak banyak ragam.."

Mak bersetuju dengan saya. Mungkin adik sedang mengalami fasa perubahan dalam dirinya. Mungkin adik menangis kerana mahu besar. Ya, mungkin juga..!!

Selang sebulan setengah lagi hari lahirnya akan tiba. Dan saya dapat rasakan anak ini mahu meneroka lebih dari apa yang dia dapat sebelum ini. InsyaAllah..Ibu akan cuba usahakan. Ibu akan pimpin tangan adik dan kita berjalan bersama-sama. Susah senang kita lalui ye sayang.. InsyaAllah...

~Moga keceriaan kekal diwajah anak ini..Amin..~

21 February 2011

Nabila saya sudah kembali..!! Alhamdulillah... :)

Ya, balik saja dari pejabat, saya nampak Nabila sedang duduk di dalam Bumbo. Dan bila saya memanggil namanya di muka pintu, dia memandang tepat ke arah saya.Wah!! Anak ibu dah ok dah.. :) Pagi tadi cukup buat ibu risau!

Bermain dengannya membuatkan hati saya lega. Saya nampak Nabila senyum, dan apabila digeletek, dia ketawa. Ya Allah.. Nabila dah kembali.. :) Saya sangat rindukan tawanya!

Dan dirinya sangat baik. Tiada lagi tangisan. Dan senyuman menghiasi bibirnya. Tak sabar untuk pulang ke rumah. Kerana saya telah membelikan sesuatu untuknya semalam. Dan semalam tak sempat untuk bermain. Nabila tidur awal .

Sampai saja, saya terus membuka flash card yang baru saya beli semalam. Dan saya nampak Nabila memandang ke arah flash card tu sambil tersenyum. Aduhai anak! Adakah kamu sudah memahaminya.. ?

~Antara flash card yang saya beli dan buat sendiri..hurm..tak banyak koleksinya..~

Dan sempat saya melakukan pelbagai aktiviti dengan Nabila. Serius..mood Nabila sangat baik sekali. Saya banyak melakukan rangsangan motor halusnya..

~Nabila kena banyak praktis main ni..Chain linkers~

Saya dapat tahu dari blog rakan-rakan, membeli barang-barang ini di Summit USJ. Semalam, selepas kami ke KLCC, kami terus ke Subang Jaya. Pada awalnya kami makan terlebih dahulu di MacD. Nabila mengamuk sakan di sana. Lantas, kami makan selaju yang boleh (sampai saya bisik kat Abg, kata kami makan dah macam ular..main telan tak kunyah..hehe..)

Jumpa saja kedai, saya melangkah masuk, Nabila terus diam. Dan saya mencari permainan yang sesuai untuk Nabila. Hurm..kedai yang agak bagus..dan saya seperti rambang mata. Cuma saya harus pilih mengikut kesesuian Nabila. Cuma 2 permainan terpaksa menunggu stok lain. Sudah habis! 
~Chain linkers dengan puzzle je saya beli. Tambah dengan flash card. Puzzle tu sebenarnya nak beli yang lain. Nak beli yang jenis shape punya..tapi dah habis. Hurm..jadi beli jelah yang ni..hehe.Yang kayu kayan tu bukan ek..tu beli dah lama dah..~
Abg tanya, saya ada janji dengan Nabila nak beli barang mainan dia ke? Sampai tak kasi chance ayah dan ibu nak makan dulu. Menangis dalam Mall .Tapi bila sampai kedai, terus-terus diam kat kedai tuh!
Saya kata tak..tapi tak taulah kalau Nabila tahu niat hati saya..

Hehe.....

Nampak tadi, Nabila bermain atas bola, seronok bukan main lagi. Siap angkat-angkat kepala lagi. Selalu kalau nak main..mesti saja mulutnya bising. Ni entah apa hanginnya..baik sangat..!! Saya pun tak nak lepaskan peluang ni. Lama benar Nabila berehat. Kali ni nak pulun Nabila habis-habisan.. :)

 ~saya yang dah baik..~

Alhamdulillah..Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan Nabila :)