Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label Nabila berdandan. Show all posts
Showing posts with label Nabila berdandan. Show all posts

06 July 2015

Subhanallah... Cantiknya kakak....

Assalamualaikum,

Last week saya jalan-jalan mencari tudung untuk raya. Saya memang tak pandai sangat nak beli tudung.. Yelah, fikir janji selesa dan mudah dipakai sudah cukup untuk saya. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, rasanya macam tak sempat nak bercantik-cantik macam dulu..hehe..

Saya terjumpa satu tudung kecik untuk Nabila. Kata si penjual tu, sesuai untuk anak berusia 3-4 tahun. Dia menunjukkan contoh tudung pada kepala patung itu. Tanya si penjual, berapa usia Nabila. Saya menjawab ringkas " 7 Tahun.." . Katanya mungkin kakak tak muat sebab saiznya kecil.

Saya cuba membayangkan kakak.. Rasanya muat. Yelah kakak kan microcephaly. Saiz kepalanya yang kecik memang sesuai dengan tudung anak berumur bawah lagi dari dia. Saya membelek sebentar dan terus ambil keputusan untuk beli. 

Balik saja ambil anak-anak dari babysitter, terus pakaikan kakak tudung yang saya beli tadi. Hasilnya..


Sungguh saya kagum dengan ciptaan Allah.. Cantik, bersih muka kakak bila memakai tudung. Bila saya post gambar dalam facebook, begitu ramai yang komen dan like gambar ini. Rata-rata semuanya suka melihat anak ini bertudung..Alhamdulillah.. 

Dan saya berfikir lama bila menatap gambar ini..

"Kenapa Allah beri kakak dalam keadaan ini? Kakak anak yang cantik. Jika sihat, pastinya anak ini nampak lebih cantik lagi.." Memang tak baik bila hati saya terdetik begitu.

Terus saya meraup muka saya. Astaghfirullahaladzim.. Begitu jauh fikiran saya tentang keadaan kakak. Mempersoal kerja Allah.. Terus saya buang jauh-jauh perasaan itu..

Kakak, Ibu tahu Allah dah beri yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, ibu yakin Allah sayangkan kakak, sayangkan ibu ayah dan adik Naufal. Allah beri kakak kepada ibu ada sebabnya. Ye, kalau cantik begitu mungkin lebih sukar untuk ibu menjaga kakak jika kakak sihat. Maka Allah jadikan kakak begini. Dan mungkin mahu orang lain juga menyayangi kakak (ramai sangat sayang kat kakak ni..hehe) seperti mana ibu sayang kakak..

Ok.. tak mau sedih-sedih.. Nah saya belanja lagi gambar kakak masa ambil gambar ini.. Kakak sikit pun tak berdecit bila disuruh diam mengambil gambar. Siap senyum sengih lagi sebab ibu puji dia cantikk.... 



Melayan saja kehendak ibu ye kakak..hehe..

ok sampai sini dulu..daaa :)

07 July 2013

Demam dek rambut nan panjang..

Assalamualaikum..

Sekejap je dah masuk bulan Julai kan.. Aduhai..Tak lama je lagi nak masuk office semula. Cuti setahun memang tak rasa apa...

Minggu ni agak kalut sebenarnya. Tiba-tiba Abang diserang sakit mata Khamis lepas. Dan kelam kabut juga saya membawa lari Nabila dan Naufal ke rumah mak kerana takut mereka dijangkiti. Kesian Abang, terpaksa bersendirian di rumah..

Sampai saja di rumah mak, Nabila seperti tidak keruan. Sebenarnya sejak Selasa lepas, Nabila mula buat perangai. Rupanya badan tak sihat. Saya nampak rambutnya juga sudah mulai panjang. Dan tekad saya, sampai rumah mak, saya perlu bawa dia ke kedai gunting rambut.

Berjalan sendirian dengan Nabila ke kedai gunting rambut kegemaran kami memang agak payah. Tambahan pula jika ada Naufal sekali. Sudahnya, Naufal ditinggalkan bersama mak, dan saya sendirian membawa Nabila ke klinik dan kedai gunting rambut.

Hasilnya?


Sudah dipotong rambutnya... Tak pernah Nabila berambut panjang. Teringin juga, tapi bila kenangkan part dia tak sihat sebab rambut panjang buat saya fikir berkali-kali untuk menyimpan. Takpelah kakak, ibu dulu masa sekolah rambut pendek je pun, Takde masalah...hehehe...

Apapun doaku buat Abang agar lekas sembuh. Tak sanggup nak duduk rumah mak lama-lama.. Susah hati kalau rumah Rawang ditinggal lama-lama...hehe..

24 September 2012

Berdandan & Kembali dengan rutin dulu...

Hujung minggu saya habiskan masa bersama Nabila. Agak letih kerana ragam si kecil ini sangat menduga hati dan perasaan saya.

Mungkin kerana hanya beberapa minggu sahaja lagi Nabila bakal menerima kehadiran seorang adik. Kata mak, adik nak ambil tempat dia..tu yang banyak ragam tu. Sungguh hati saya tak keruan melihat dirinya menangis dan cuba untuk menunjukkan 'protes' kepada saya,. Ya Allah, berikan diri ini kekuatan...

Sabtu : Saya dan Abang membawanya keluar berjalan. Dengan harapan dirinya akan diam dan tidak merajuk lagi. Namun sangkaan saya salah. Tak sampai 20 minit di shopping mall (mmg ini tempat kegemaran dia..) , suaranya kedengaran lantang memekik menangis. Banyak mata yang memandang.. Dan kami terus mengangkat kaki!

Dalam hati bercampur geram. Apalah saya bersalah dalam hal ini? Nabila, ibu hanya ingin menenangkan perasaanmu. Kenapa kamu nak?

Dan sudahnya, kami hanya berhenti makan di R&R , Itupun membeli di kaunter pandu lalu dan menikmati makanan di dalam kereta :(

Lantas saya mengambil keputusan untuk memotong rambutnya...Mungkin kerana kepanasan dan rambut yang sangat panjang (pada saya) merimaskan dirinya....

Di dalam cermin baru kelihatan Nabila disebalik ayahnya. Ayah sibuk bertanya nak potong gaya macamana..

Selesai memotong rambut, terus kami pulang. Dan Nabila...

..masih lagi begini...
 
Ahad : Saya membawanya berjalan lagi. Kali ini bersama adik perempuan dan mak ke Jusco Wangsa Maju. Mujur diam dan hanya memerhati keadaan keliling...
 
Dan malamnya, saya 'berterapi' bersama Abang. Hilangkan rasa tekanan dengan menonton wayang bersama. Yelah..sok nak bersalin..tak dapek la nak tengok wayang dah..hehe...
 
cerita ini.. Agak ganazzz..Sempat pesan pada adik baby.."No..no...no..Ibu just tengok cerita ni ek dik..Jangan contohinya..hehe..Jadi judge yang baik..hehe...*terbaik la cerita nih..!*
 
Isnin : Sehingga tadi, waktu sesi fisioterapi bersama Miza..Nabila sepertinya teringat perihal rawatan 2-3 minggu lepas yang saya rasa membuatkan dirinya trauma...

Di saat ini masih lagi menangis kerana risau apa orang yang akan lakukan padanya. Serius Nabila jarang menangis bila bersama Miza... *kredit pic to Mama Put..Kebetulan jumpa Abg Lope handsome sedang fisio juga.. :)*

Emosi kian stabil. Mungkin baru teringat apa yang selalu menjadi rutin mingguan di greatlife setelah beberapa minggu tidak hadir kerana memberi laluan kepada rawatan akupuntur....

Moga diri ini terus di beri kekuatan sehingga waktu bersalin tiba untuk sesi terapi Nabila seterusnya.. Amin...

22 May 2012

Badan yang semakin berat...

Maaf kerana lama tak update blog. Nak kata busy tu takdelah sangat cuma mood untuk menulis takde. Alhamdulillah kami berempat dalam keadaan sihat... :)

Alhamdulillah, Sabtu lepas, genap 16 minggu adik baby dalam rahim ini. Walaupun haritu agak kecoh sedikit ibu kena cirit birit dan muntah-muntah kerana keracunan makanan, namun Alhamdulillah tak jejas kesihatan adik baby. Saya dimasukkan ke wad pemerhatian di Emergency Hospital Sungai Buloh. Masuk air sebotol kemudaian dibenarkan balik. Dalam masa yang sama, gastrik menyerang kerana perut yang kosong akibat kesan keracunan makanan itu. Serius..rasa serik nak makan nasik..hehe...

Bila melihatkan perut ini, agak risau sebenarnya. Nampak lebih besar dari saiz sepatutnya. Kalau nak diikutkan perut ni takdelah menonjol sangat jika ikut umurnya. Tapi memang nampak ketara sampaikan kawan pun tegur nampak perut saya agak besar.


Tapi rasanya perut ni memang tebal lah. Tambah dengan isi lemak dulu..hehe.. tu nampak besar tu..Takpelah..janji adik baby sihat.. :)

Bila semakin besar, badan pun dah semakin berat. Nak angkat Nabila pun terasa penatnya. Drive jauh-jauh pun dah mula lelah. Nabila pun dah kerap skip sekolahnya sekarang. Asyik ibu tak larat nak bawak dia ke sekolah. Rela hantar Nabila ke rumah neneknya dan naik tingkat 4 dari hantar dia ke sekolah. Maafkan ibu yek sayang. Sian kat adik baby.

Next week check up lagi..Dan mungkin akan request untuk pemeriksaan lanjut bersama pakar. So, nantikan saja apa kata doktor... :) Doakan kami sihat2 sahaja.. :) Amin...

Cerita lain...

Nabila dan sesi potong rambut.. Puas ibu tobek rambutnya..hehe...
 
Sebelum dipotong...

Gambar dari Abi Farid..Sewaktu di sekolah pagi tadi.. Senyum sengih..dan berambut pendek.. :)

15 July 2011

Nabila berfesyen baru lagi...

Tak sempat nak amik gambar.. Tapi kalau tengok sure kesian kat Nabila..huhu..

Semalam Nabila tidak ke sekolah. Gara-gara demam dan ibu yang tak nampak jalan (spek tertinggal kat PNM..tak boleh nak drive malam dan subuh) makanya semalam adalah hari Nabila bersama neneknya.

Alhamdulillah, pagi ini nampak Nabila kembali sihat. Itupun berulang kali makan ubat dan selsemanya sudah nampak kurang berbanding kelmarin.

Semalam, kata mak dia geram tengok rambut Nabila. Nampak sudah mengembang sedikit. Tak silap saya, saya baru sahaja memotong sedikit rambutnya pada bulan lepas. Dan cepat benar rambut itu tumbuh kembali..

Zaassssssss... habis rambut Nabila dikerjakan neneknya. Hurm..kalau betul potongnya takpe..ni habis senget benget dikerjakan mak saya. Bila saya balik saja, habis tengok belakang rambutnya senget. Dan nampak ada yang panjang dan ada yang pendek. Aduhai..kesiannya si kecil ni. Kalau Nabila boleh cakap..sure dia kata.. "Nenek tak cantiklah!!"

Adoii..hilang kecomelan Nabila. Dan sudahnya, saya terus menyuruh adik lelaki saya membeli gunting rambut (yang khas untuk menipiskan rambut) di kedai. Dan jam 8 malam, rambut Nabila dikerjakan lagi oleh saya dan adik lelaki saya.

Takpelah..Nak buat camner. Habis semalam nenek Nabila kena bebel dengan saya semalam. Kata saya, mak yang tak sabar-sabar. Tunggulah anak-anak balik rumah dulu, baru potong. Huhu..Tapi biasalah mak saya. Sure pertahankan dirinya..hehe..Katanya cucunya panas. Nak tunggu saya, entah bilalah dapat potong. Sibuk je memanjang.. :(

p/s : bercakap tentang sibuk..ya, saya memang tengah sangat-sangat sibuk sekarang ni. Saya mahu cepat-cepat selesaikan kelas menjahit saya. Barang-barang kraf hasil tangan saya pun belum dapat buat stok baru. Ada 2 tempahan menanti ni. Nak kejar jahit baju kurung mak dan adik yang sibuk dah suruh saya jahit. Ini pun dah start jual baju-baju baby..hurm..rasa tak menang tangan pulak. Ni ada rasa nak hired assistant la..huhu..

11 June 2011

Style baru...

Semalam, saya berfikir panjang. Apakah patut saya lakukan ini? Kerana sudah lama saya impikan..namun bila memikirkan semuanya demi si kecil ini, saya mengalah..

Dan akhirnya, rambut Nabila telah saya potong. Sebenarnya, saya berniat untuk menyimpan panjang dan pastinya rambut Nabila boleh diikat cantik menjelang raya nanti. Sungguh..kali ini saya mahu Nabila memiliki rambut yang panjang. Rambut ala-ala ikal membuatkan saya cuba menahan hati dari memotongnya.

Namun, bila melihatkan keadaan semalam, Nabila kelihatan kembali dengan amukannya, membuatkan saya terfikir semula impian saya itu. Saya rasakan Nabila persis ayahnya. Yang agak rimas berambut panjang, dan juga sering sakit kepala bila rambut mulai kembang.

Dan saya tekad, saya mengambil gunting dan mula memotong sedikit demi sedikit. Laungan Nabila? Usah cakaplah!! Menangis kerimasan. Dan akhirnya saya berjaya juga. Tetapi terlebih pendek pula.. :(

~ muka garang!! Marah le tuh.. ~

Huh..macamana nak jadi model sepit ibu nih dik oiiiii!!!!!

14 May 2011

Ala-ala serabut gitu...!!

Bukan serabut apa pun..

Cuma....

~Rambutnya yang sudah terlalu panjang. Nak potong sayang.. !!~

Huhu..Memang sayang rambut anak dara ni. Asyik dengan fesyen rambut pendek, teringin pula nak biarkan rambutnya panjang. Tapi kesian, setiap kali nak sikat, sure kena hati-hati..Sebab Nabila ni rambutnya ikal..Macam ayah dia!! Tapi kalau bela panjang sure cantikkan. Ala-ala ikal gitu.. :)

~sabar ek ibu..rambut Nabila nanti sure boleh ikat punya..muah untuk bebear ummi..~

:)


p/s: makan bubur ayam + sayur bayam. Sedap tapi makan sikit jer. Agaknya tak 'buang' lagi. Tu pasal tak lalu nak makan..huhu..

14 February 2011

Akhirnya berhenti juga!

Alhamdulillah..beberapa hari kami 'berperang sesama sendiri'. Akhirnya Nabila berhenti juga..

Berhenti apa?

Apa lagi..Menangis lah!!!

Huhu..Sedih memang sedih bila melihat sang anak merintih sayu. Mujur mak dan ayah mertua datang ke rumah Sabtu lepas. Opah Nabila dah susah hati bila menelefon Abg, katanya Nabila menangis tak henti-henti.

~Opah dan Atuk dah nak balik dah...~

Dan Sabtu, saya memujuk Nabila...

" Dik, adik janganlah menangis. Ok, Ibu promise..esok ibu bawak adik gi KLCC ek. Kita jalan-jalan kat sana.."

Tapi pujukan itu sedikit pun tak memberikan ketenangan buat Nabila. Dan saya makin runsing. Dan tiba-tiba saya teringatkan kak Yusnita..

Pada mereka yang ingat, Kak Yusnita merupakan salah seorang pengamal perubatan Darusyifa. Dan Kak Yusnita banyak membantu saya dalam bab-bab hal Nabila selain Kak Raw. Mujur juga Kak Yusnita takde hal malam sabtu itu. Terus saja dia membalas mesej, katanya akan datang selepas waktu Maghrib.

Dan harapan saya, mahu Kak Yusnita membantu dalam hal Nabila kali ini. Dan soalan pertama yang keluar dari mulutnya sesudah memegang Nabila..

" Dia ada jatuh ke?"

Entahlah..saya tak pasti. Sepanjang menjaganya, tak pernah pula Nabila jatuh. Tak tahu pula kalau-kalau keadaan Nabila di sekolah.Huhu...

Dan kata kak Yusnita lagi, dia mahu Nabila memotong rambut. Takut panas katanya. Saya baru saja menyimpan hasrat untuk memanjangkan rambut Nabila. Dan ayah Nabila menyampuk. Takut Nabila seperti dirinya. Tak boleh berambut panjang sedikit. Akan sakit kepala jika membela rambut panjang..

Aduhai...andai benar..tak berpeluang la ibu nak merasa mengikat rambut Nabila cantik-cantik. Kalau nak lepas gian pun ibu kenalah beli patung Barbie kalau nak main sikat-sikat rambut..huhu...

Dan sesudah kedua ibu dan ayah mertua saya pulang, terus kami ke kedai gunting rambut. Sesi pemotongan di mulakan. Dan Nabila seolah-olah mengerti rambutnya bakal digunting. meronta-ronta mahu melepaskan diri..Adoiii adik!!!

Selesai menggunting, Nabila saya bawa pulang ke rumah mak. Mandikan dan berehat sebentar sementara menantikan cuaca redup untuk ke KLCC. Dan cadangan kami adalah untuk menaiki train ke sana...

Wow, lama betul tak naik train . Putra LRT pun dah lain. Huhu...

~ibu bisik kat Nabila..Nabila cam Halle Berry..hehe~

Nabila senyap ketika berada di dalam train. Agaknya pelik..rasanya selalu dia akan menaiki kereta, dan kali ini mukanya sedikit berkerut. Saya dapat rasakan Nabila cuba mengecam bunyi bising keretapi tersebut.. Matanya meliar melihat orang-orang asing di sekelilingnya.. :)

Dan rasanya hajat Nabila sudah sampai untuk ke KLCC..Dan aku mahu mood Nabila kembali seperti dulu. Senyum dan ketawa bila bermain dengannya.


p/s: Tadi kat sekolah, ada org call..kata Nabila menangis lagi..Mak aii..pening la ibu dik..susah hati Nabila masih lagi menangis bila dipujuk berulang kali oleh staff. Hari Sabtu lepas..mak, ayah dan adik-adik menjerit kesukaan melihat Nabila angkat punggung dan tangannya mengesot ke hadapan sebanyak 3 kali.. Seronok bila lihat Nabila cuba menunjukkan perubahan untuk dirinya. Alhamdulillah..Dan malam tadi sempat tgk Nabila senyum tadi. Yeah..Nabila sudah kembali.

14 March 2010

Gedangsa & Rambut Baru!

Semalam aku ke Gedangsa lagi. Kali ini lewat sedikit. Sebab sudah 4 minggu berturut-turut kami telah keluar rumah membelah angin sejuk untuk sesi mandi air masjid. Dan sesi itu sudahpun tamat. Dan ada niat lain yang menyebabkan kami lewat keluar untuk ke rumah Kak Raw.

Sebenarnya sudah berjanji dengan Ayu untuk menemaninya ke rumah Kak Raw semalam. Memandangkan kali pertama..kami bertemu di exit tol Behrang. Dan sampai saja Ayu, kami terus memulakan perjalanan.

Alhamdulillah..Perjalanan dengan cuaca yang baik dan tidak sukar dan tiada halangan. Nabila tidur sepanjang perjalanan. Mengantuk barangkali dek kerna tidur lewat pada hari Jumaat itu.

Sampai saja..terus Kak Raw menyapa kami. Ingatkan kami tak datang. Aku hanya tersenyum tersengih.

Aku check nombor giliran kami. Rupanya..selang sorang saja lagi..giliran Nabila. Tapi melihatkan ada 2 family ni datang lebih lama dari aku, jadi aku mengambil keputusan untuk memberikan giliran aku kepada mereka. Tak sampai hati pula..baru datang sudah tiba giliran. Tak mengapalah..tunggu sekejap.

Salah seorang dari mereka, baru sahaja memulakan rawatan dengan Kak Raw. Kisahnya sama seperti aku. Cubaan normal..kemudian vakum dan akhirnya c-sear. Dan yang samanya kami adalah anaknya lahir selang sebulan je dengan Nabila. Ramai juga ahli keluarganya datang. Tak sempat nak berbual panjang. Aku dapat lihat ahli keluarga melihat Nabila dari jauh. Dan mereka juga bertanya adakah aku baru juga seperti mereka. Aku hanya tersenyum dan mengatakan tidak. Dan juga menyatakan sudah setahun aku bersama ngan Kak Raw. Keluarga itu tinggal di Putra jaya. Ramai sungguh sekarang ni yang berasal dari Putrajaya.. :)

Dan keadaan di rumah Kak Raw aku lihat ramai orang baru petang itu. Nasib baik juga la orang tak ramai..Hanya 5 orang anak saja yang ada. Jadi keadaaan agak tenang dan selesa..

Selepas giliran yang tinggal kat putrajaya tu aku terus memberikan giliran aku kepada Ayu dahulu. Biar Kak Raw lihat Alanna dulu. Macam-macam Ayu tanyakan pada Kak Raw. Alanna nampak baik saja..Masa nak berdiri pun tak nangis. Bagus.. :)

Selesai..kami terus berpisah untuk pulang. Dan malamnya agak bosan..aku bercadang untuk menonton wayang bersama abg. Tapi entah kenapa..seperti malas pun ada. Dan terus kami menuju ke rumah mak di Gombak. Kata Abg, sudah lama dia tidak pulang ke Gombak.

................................................. :)

Sempat juga sebelum aku bergerak menuju ke Gedangsa, aku tobekkan rambut Nabila. Hish macam kejam pulak.. Tak lah.. Aku potong rambut Nabila. Tebal dan sudah panjang. Rimas pulak aku tengok. Mulanya Nabila diam..Tapi bila rambut ada yang sudah mengenai mata dan mulut..mulalah menangis si kecil tu. Dan sudahnya rambut depan aku terpotong pendek dek kerna Nabila yang tak mahu duduk diam. Huhu.. nasib kamulah Nabila oiii..

nilah dia gambar si tecit tonet nih berwajah baru..

Terpendek sgt la pulak..huhu

06 January 2010

Style baru!

Hari ini, balik kerja saja..aku terus bawak Nabila naik ke bilik. Siapkan air panas untuk mandi..sebab cuaca agak sejuk petang tadi. Dan Nabila pula..seronok main di katil sementara menunggu aku untuk mandikannya.

Dibelek-belek rambut Nabila..sememangnya sangatlah panjang (bagi aku)..Rimas dengan keadaan rambut Nabila yang sudah 'mencucuk' mata.. aku mulakan operasi menggunting rambut Nabila.

Mulanya aku dapat rasakan agak sukar sebab aku memang sedia maklum Nabila memang pantang orang pegang kepala dia.Huh..! Ibu pedulik apa.. Yang penting mata Ibu tak sakit dan Nabila pun selesa. Memang nampak la sejak kebelakangan
ni, Nabila cuba tolak rambut menggunakan tangan..sambil-sambil menggaru hidung..(cewah..macam Nabila pandai jer tolak rambut kebelakang).

Dan aksi pun bermula. Aku letakkan Nabila dalam kerusi comelnya..dan potong di bahagian belakang. Huh..Nabila dah mula merengek dan mula melentik-lentikkan badannya.Adoiii..tercucuk pulak mata tuh dengan gunting..huhu..(heh..mana ada..aku hati-hati tau!)


Tapi aksi Nabila memang tak duduk diam. Sadis betul..lihat saja rambut Nabila..abis 'tobek-tobek' aku kerjakan dek kerna Nabila yang tak duduk diam..Dah gunting separuh..takkan nak berenti pulak. Nak tak nak terpaksa di teruskan sehingga abis. Merengek-rengek..last nya abis jugak aku guntingkan rambut itu..huhu..

Selesai je..bawak gi mandi..dan selepas itu, barulah nampak Nabila tersenyum. Huh! legalah tuh..hehe..Sori yek Nabila. Ibu bukan tak mau potong..tapi bila bawak gi kedai..dorang mesti potong pendek sangat. Dah cam lelaki dah anak ibu.. Tu yang ibu tak mau tuh..

tak nampak ketara sangat aku potong. tapi janji 'pandangan' Nabila clear..(abaikan gambar yang tak clear tuh)


Huh!Serabai..huhu..(abaikan katil yang tak berapa nak kemas)

08 October 2009

Nabila Dan Rambut Baru..

Tengahari tadi, aku terima panggilan telefon dari adik aku, Ain. Katanya ada wanita cina datang rumah. Dan wanita cina tu dah buat sesuatu pada Nabila.

Aku pelik. Pastu Ain ketawa dalam telefon. Rupanya wanita cina tu datang dari rumah ke rumah..tanya nak potong rambut ke idak. Dan mak pula tak tanya aku dulu. Cadangnya aku nak simpan sket rambut Nabila tu. Kasi panjang sket. Tapi mata orang tua..bukan suka serabut serabai ni.. Abis la kepala Nabila. Rambut yang disimpang bakal di buang..huhu..

Tengahari aku balik..Sebab hari ini ada appointment dengan Puan Siti, bahagian fisioterapi. Terkejut beruk aku tgk rambut Nabila. Pendek yang amat..dan kepala Nabila nampak kecik je..huhu..Mak..sian kat cucu mak ni..Napa mak potong pendek sangat..huhu..Baru je yong nak bagi Nabila ni comel cam bb gurl sket..dah cam bb boy plak..huhu..

Dah tu..takkan nak meraung plak kan..terima jelah..Plak tu bising mulut mak bercerita kata Nabila baik sangat masa potong rambut. Tak macam kat Cheeky Monkey aituh..hehe..pandai pulak tukang gunting tu amik hati Nabila..diam plak tu bila orang pegang kepala dia..hehe..

Adik aku plak tak amik gambar dia masa dia kena potong rambut..ni ada sket gambar sesduah potong rambut..huhuhu..

huwaaaa..Nabila dah berambut pendek balik..huhu..nampak kepala nan kenit tuh..


p/s : aku gi balik Fisio..walaupun tak bawa kesan pada Nabila..aku gi jugak..Nanti doc kat Pediatrik marah pulak kalau jarang pegi..huhu..

16 August 2009

Besday Abg,Potong Rambut,Projek Selesai dan Gedangsa..

Wah..panjang benar tajuk entry kali ini. Aku masukkan 4 cerita sekaligus.Sememangnya aku kekangan masa untuk update blog beberapa hari ini ;)


BESDAY ABG....

Entry lepas aku ada sebut tentang besday abg.. Dan malam itu..aku keluar dengan abg..tanpa membawa Nabila. Cadangnya nak mencari gula..konon-kononnya..hehe..tapi almaklumlah..memang agak teruk jugak krisis gula kali ini..Tak jumpe gula..kami ke Pizza Hut di Wangsa Maju..berdekatan dengan Carrefour Wangsa Maju.Cadangnya..hanya makan-makan biasa sahaja.Tapi sebelum tu aku lupa nak cerita..yang kami keluar menaiki motor sahaja.Saja nak rasa romantik dengan abg..hehehe..Tapi takde makne jugak romantiknya..Motor ayah semput..motor tua..hehe..stail lembap giler..huhu..

Dan tiba di Pizza..kami order ini..


huh..kenyang giler..tak hengat dunia... :)

Dan kebetulan tiba-tiba..staff kat Pizza tu pasang lagu birthday..Kitaorg terkejut lah..nak tau gak sapa punya besday sama ngan abg..abis semua customer pandang-pandang..mcm kitaorg gak..tercari-cari sapa punya besday..hehe..dan lastnyer aku ckp..

"Abg..abg anggap je la lagu ni untuk abg..hehehe.."

Abg dok senyum senyum..aku pulak dah tak boleh nak teruskan makan..sebab rasa cam kelakar je..tergelak-gelak aku bila dengar lagu besday ni..diulang berkali-kali pulak tu dalam versi B.M dan B.I..hehe..Dan yang pasti sampai kitaorg bayar bil pun ..masih jugak tak tau sapa punye besday sebenarnya.. :)



POTONG RAMBUT

Petang Jumaat, Aku dan adik aku, Yazid..mengerjakan rambut Nabila. Last potong aritu kat cheeky monkey. Dan rasanya..sama sahaja jika aku potong di rumah. Geram melihat rambut Nabila yang mula membusut dan mengembang..aku menyuruh Yazid mengambil gunting yang bergerigi..untuk menipiskan rambut. Nabila ni kalau diikutkan memang tak sesuai potong rambut pendek. Sebab akan menampakkan kepalanya yang kecil. Tapi apakan daya..ibu dia dah naik rimas tgk rambut dia..maka kami berdua mula melakukan operasi tersebut sebelum Nabila mandi petang.

Aku dudukkan Nabila di Bumbonya sebab senang sket nak control. Mulanya dia diam sahaja..Tapi sekejap je. Nabila ni pantang orang pegang kepala dia..mulalah terpekik-pekik..huhu..Kami hanya menggunting bahagian depan yang semakin mencucuk mata Nabila..dan bahagian belakang yang semakin kerinting. Nasib baik lah adik aku nih pandai juga dia menggunting..hurmm..nampak senget sket..tapi jadilah..dari kembang jer rambut tu. Aku rasa pun Nabila juga rimas dengan rambutnya..huhu

*auntie..comel tak saya? :)

PROJEK SELESAI..

Apa yang selesai? hurmm..benda ni lah..

Dan kata atuknya..benda ni akan diubahsuai lagi..kata nak letak besi untuk lekatkan belt itu..supaya nampak teguh..dan semalam dah tunjuk kat Kak Raw.. dia kata boleh berdiri..tapi jangan lama..letak dalam 10 minit je. Dan kak Raw tak kisah klu aku tak buat pun benda ni..dia lebih prefer klu aku slalu golek2 kan Nabila..cam buat golek balak..hurmm..dulu buat..skrg nih dah jarang..kena buat balik.. :)


Apapun..harap ia berguna nanti..kalau sesapa nak dtg umah mak..nak guna papan ni..silalah..leh gak jumpe2 bloggers yang lain.. :)





GEDANGSA


Semalam aku ke Gedangsa lagi..Tidak keseorangan..tetapi bersama sorang yang amat istimewa..Selalu wajahnya aku lihat di dalam blog sahaja..Tapi kali ini..aku dapat melihat secara live..sapa tuh..?jeng..jeng..jeng..berikan tepukan buat Idris bersama Put dan Abahnya. :)

Sebenarnya dah lama dah Put bercadang untuk membawa Idris ke Gedangsa. Disebabkan Put baru sahaja berpindah..dan banyak urusan yang perlu diselesaikan..dia terpaksa menunda keinginan untuk membawa Idris ke Pusat Rawatan Kak Raw. Dan kebetulan juga..Ummi Nabila..Ita dan Sarra juga ada sekali. Seronok dapat berjumpa sesama rakan blog yang lain..

Melihatkan Idris..aku sangat teruja melihat pergerakannya yang aktif. Aku juga mahukan Nabila seperti Idris..suka bergolek-golek..dan aktif..Dan wajahnya sangat mulus..Handsome tau..geram je aku tengok..bleh buat menantu :)

Aku dapat rasakan semalam masa berlalu agak lama. Entah kenapa padahal ketika itu tak ramai pun yang datang. Kasihan melihat Idris yang kepanasan di rumah Kak Raw..sehinggakan Put dan suaminya terpaksa membawa Idris ke masjid dan duduk di dalam kereta. Aku sendiri pun terasa bahangnya duduk di rumah Kak Raw.. Dan juga bahang dalam hati ..hehe..

Cuma ada insiden yang kurang enak berlaku semasa rawatan Kak Raw berlangsung. Aku hanya mendiamkan diri dan berfikiran positif..walaupun pada masa yang sama terpaksa menahan hati untuk marah. Buat Put dan Ita..Ina minta maaf..klu muka Ina time tu kelat mcm cuka..hahaha!geram kan kita tgk..huhu..

Dan berharap..kami bertiga dapat teruskan lagi rawatan. Nabila pula..menangis sepanjang jalan. Tak tahan rasanya melihat tangisannya Namun memikirkan penat lelah aku menunggu giliran..apa salah klu aku kuatkan semangat sedikit..semuanya untuk Nabila juga kan.. :)

Dan terapi Nabila berakhir jam 6.30 petang..selesai bandage dibuka..beri nabila makan..dan mandikan..lega rasanya bila bandage itu dibuka. Alhamdulillah..berkat sabar..Nabila dapat juga complete kan terapinya selama 4 jam..satu pencapaian yang baik..hehehe.


23 June 2009

Nabila Ke Cheeky Monkey..

Assalamualaikum..emm..dari smlm lagi aku cba nak buat entry ni..Tapi apsal tah..tak leh nak upload gambar..huhu..ni baru berjaya..hehe...

Ahad lepas aku dan abg ke Great Eastern Mall..Cadangnya nak ke Cheeky Monkey..gunting sket rambut Nabila yang dah sedia panjang..ni hah gambar rambut dia sebelum digunting..


Berpusing-pusing gak la kami kat dlm shopping complex tuh..Hampir-hampir sahaja kami nak balik sebab tak jumpa kedai tuh..Yelah kitaorg mmg tak penah menjejakkan kaki ke situ..tah camner nak gi makan kat Chicken Rice..terus abg menjerit.Terkejut aku..Rupanya dia nampak kedai tuh..aduh..Nasib baik tak lemah semangat. Apa lagi..kitaorg turun balik dan terus ke kedai tuh..potong punya potong..hasilnya..nilah..


Nabila masih lagi belum pandai nak duduk kat kerusi tuh..Rasa cam tak selamat lak..Nak tak nak..aku terpaksa la duduk dengan Nabila sekali..Nabila mula2 diam jer..Dah lama sket baru dia cam paham la org nak gunting rambut dia..apa lagi..terpekik la..huhu..Nasib baik Cina tu pro..hehe..kalau tak..abis Nabila..


Comel tak saya auntie?Nampak pendek dan kemas..hehe..

15 June 2009

Rambut yang semakin panjang..dan kisah semalam..

Assalamualaikum..aku mulakan entry arini dengan kisah semalam..

Kelmarin Nabila demam..dan semalam Nabila sudah kembali pulih seperti sedia kala..Alhamdulillah..Demamnya kebah pada jam 3 pagi..huhu..Sebab apa aku perasan jam 3 pagi? Pasal Nabila dah terbangun masa tu dah tersenyum sengih kat aku..hehe..Amboi anak dara nih..masa malam sabtu tu..abis aku dan abg dah takde idea nak pujuk dia camner..merengek tak ingat..Dah ok..dia senyum-senyum sengih..Ayah Nabila pulak dah tido tak 'hengat' dunia..huhu..dan aku pula..terpaksa berjaga sebab Nabila pun berjaga pasal nak main-main dengan aku..Puas aku pujuk dia tido balik tapi malangnya..mata dia tak ngantuk-ngantuk. Aku sampai dah terlentok dok buai Nabila dalam 'rocker' dia..dan akhirnya Nabila melelapkan matanya pada jam 5 pagi..huuuuhhh...alangkah sedapnya badan bila dapat berbaring di atas katil bila Nabila dah tido..

Dan semalam (Ahad)..aku bersiap untuk balik ke Gombak semula..Malasnya..betul..sebab seronok lagi duduk rumah sendiri banding umah mak sendiri..walaupun itu umah mak kita..tapi bila dah kawin ni..rasa dah tak seronok nak duduk umah mak..yelah kalau dipikirkan dah kawin-kawin dok umah mak lagi..apa ke halnye..huhu..Nak wat camner..Harap-harap dapat 'direalisasikan' secepat yang mungkin..Nabila kena la cepat-cepat pandai..Nanti leh kita balik umah kita balik..

Sebelum balik ke Gombak..Abg ajak aku ke KFC kat Rawang..hehe..Nabila kalau jalan memang suka..lagi-lagi dok dalam kete..hehe..ni ada sket gambar dia..



Tgk la Nabila yang tersengih..muka pun ceria jer kalau gi jenjalan..hehe..Ayah dia cakap..sapa yang ajar anak gi jalan-jalan..hehe..teringat masa mula-mula kuar ngan Nabila dan Ayah dia.Masa tu Nabila genap 2 bulan..Tempat pertama Nabila 'merayap' adalah di OU..One Utama..hehe..Bukan Nabila yang nak jalan sgt..Tapi ibu dia yang dah tahap bosan yang amat dok kat umah..hehe..merengek-rengek kat ayah Nabila suh bawak kitaorg gi jenjalan..


Dan kisah hari ini..aku nak cerita tentang kisah rambut Nabila.. perghhh.. rambut yang sangat-sangat-sangat-sangat.. (brapa banyak sangat la).. LEBAT..huhu..kalau orang lain nak sangat rambut anak dia lebat..tapi aku dah mula rimas dengan rambut Nabila..Tadi aku ada mesej kat Jiey (mama Ian), tanya kat mana Cheeky Monkey tuh..hehe..Rupanya kat Great Eastern Mall (mokcik tak ingat..)

Ayah Nabila ada cakap suh potong sendiri..Mana la aku pandai..lagi-lagi pulak si Nabila nih tak suka orang pegang-pegang kepala dia..Pegang gunting pun 'terkial-kial'..mana la nak potong rambut anak..Pastu abis 'bertobek-tobek' aku kerjakan rambut Nabila..hehe..Tu pun kalau ayah Nabila nak bawak la kita orang gi kedai tu..

Nenek Nabila pulak suh potong guna 'mesin ketam'..ahhhh...tak nak mokcik..tak nomel la anak aku..kang jadik cam baby boy lak..huhu..Kalau ada sesapa nak bagitau cara nak gunting rambut anak..boleh la komen..mokcik dah blur dah ni..geram jer tengok rambut Nabila yang dah mula kusut masai nih...!



*sangat-sangat lebat..geram mokcik tengok..tapi mengenangkan ramai yang puji rambut Nabila yang lebat nih..termasuk doktor yang rawat Nabila masa sabtu lepas..emm..sayang gak nak potong rambut dia yang cantik ni..Dulu aku masa kecik-kecik dulu..takde rambut pun..ikut ayah Nabila agaknya rambut si Nabila tumbuh dengan lebatnya..(macam ujan lak)

17 March 2009

Rambut Nabila dah kontot!

Memang tiada aktiviti di waktu petang jadi saya bersama Nabila duduk-duduk ambil angin di hadapan rumah. Saya membelek-belek rambut yang sudah semakin panjang.

Pada awalnya saya memang ingin menyimpan rambut di bahagian depan. Tapi bila saya tengok ianya sudah mencucuk mata, makanya saya mengambil keputusan untuk memotong rambutnya itu.

Dan saya pun memulakan operasi (ceh..macam nak benteras apa je!) memotong rambut Nabila. Saya tak sempat untuk mengambil gambar. Mana nak pegang kamera, mana lagi nak pegang gunting. Dan hasilnya...Taraaaa....

~Nabila ni menganga-nganga..kang masuk lalat!~

Tengoklah. Budak lasak kaki dah terjuntai. Sudah mahu jatuh dah ni..bahaya betul Nabila nih.! Tengoklah rambut saya, bertobek-tobek ibu kerjakan saya..hehe..sori yek nak..kamu tuh yang tak reti dok diam..kan dah senget benget..hehe..nanti ibu repair la yek..~

~Takut jatuh, ibu letak Nabila kat tilam. Baru nampak Nabila senyum-senyum. Nak main golek-golek rupanya! Huh, terkangkang..apa la anak dara ibu nih...!~

16 January 2009

Nabila berwajah baru..

Saya mahu menunjukkan gambar Nabila yang terbaru. :)

2 minggu lepas, saya memotong rambut Nabila. Rambutnya di area dahi sudah panjang. Sepertinya rambut-rambut itu mahu mencucuk mata Nabila. Dan apalagi, saya dengan adik saya, Din melakukan operasi rambut Nabila.

Hasilnya..
Rambut Nabila tinggi rendah..hehe. Senget-benget saya kerjakan. Cuma di dalam gambar ini tidak jelas sangat.
Oleh kerana saya ingin membawa Nabila berjalan-jalan, dan takut pula orang berkata tentang rambut Nabila, saya memotong rambut Nabila sekali lagi. Sebelum ini saya menuruh adik saya memegang kepala Nabila, namun kali ini saya membiarkan Nabila tidur terlebih dahulu. Jika saya biarkannya berjaga, nanti Nabila mengamuk lagi.Agaknya Nabila fikir saya mahu melakukan sesuatu kepadanya.
Dan hasilnya...


~Comel tak Nabila? Rambut ala-ala anak cina, anak patung pun ada..hehe. Sayang Nabila..~