Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label luahan hatiku. Show all posts
Showing posts with label luahan hatiku. Show all posts

06 May 2020

Salam Ramadhan & Tentang Pembedahan Kaki Nabila..

Assalamualaikum wbt..

Salam 13 Ramadhan semua.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan tahun ini. Cuma Ramadhan kali ini lain sedikit banding tahun-tahun sebelumnya.. Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan jadi aktiviti ramadhan banyak berlangsung di rumah je.

Kalau dulu kat office, siap ada tadarus, ceramah, berbuka puasa dan macam-macam lagi lah. Tapi tahun ni memang takde la merasa nak berbuka puasa di luar. Apapun rasanya ada baiknya juga. Saya banyak memasak di rumah. Dan waktu persiapan tu lebih rileks dan santai. Sebab tak kerja kan.. So takde terkejar-kejar balik rumah untuk memasak.

Awal ramadhan aritu sempat juga sambut hari kelahiran saya yang ke 37. Dulu selalu fikir, tahun 2020 saya berusia 37 tahun. Siapakah saya ketika itu. Now dah sampai waktunya.. saya tersenyum sendiri bila ingat apa sedang saya lalui sekarang. Alhamdulillah, segalanya baik-baik sahaja dan urusan dipermudahkan.

Dalam beberapa hari ini, saya terfikir tentang pembedahan kaki kakak. Pada asalnya, memang tak nak buat. Sebab tahu sakitnya selepas pembedahan tu. Tambah pulak saya memang tak sanggup nak hadap keadaan selepas operation. Tahu kakak confirm akan tantrum. Tambah pulak tak selesa dengan keadaan kaki bersimen.

Oh ya lupa.. ni nama istilah prosedur yang kakak kena lalui nanti..


Entah kenapa, saya fikir balik, saya perlu buat keputusan muktamad tentang kaki kakak. Sebab sebelum ini, keputusan tentang pembedahan ni selalu berubah-ubah. Dan kelmarin, saya nekad. Saya perlu tetapkan pendirian saya. 

Saya ada bertanya pada rakan berkenaan keadaan anaknya yang telah lalui prosedur ini. Setelah istikharah, saya rasa saya tak patut teruskan prosedur ini pada kakak. Saya kena terima hakikat bahawa prosedur ini tidak membawa kebaikan sepenuhnya pada kakak. Malah saya rasa ia akan menyakitkan kakak lagi. Cukuplah sekarang ni pun dia dah sakit. Takkan saya nak tambah lagi kesakitannya?

Kalian doakan Nabila ye. Moga dia sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Dan dalam lindungan Allah swt.. Doakan urusan saya dipermudahkan dan saya tidak mengalami kesukaran menjaga kakak. Aamiin.. 

Ok, belanja jap muka kakak latest..


Bye.. 



21 February 2020

Welcome 2020.. Kisah Kasihku Buat Nabila

Assalamualaikum..

Maaf la lama menyepi.. memang tak sempat nak jengah blog.. Tambah pula masuk tahun 2020 ni.. banyak agenda dan perkara yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga.

Anakanda Yasmin Nabilah masih sihat. Alhamdulillah tahun ni usianya mencecah 12 tahun..

Dah boleh buat IC dah..hehehe..

Dan paling penting UPSR dan UPSRA.. hanya angan-angan ibu jelah kan nak tengok kakak ambil exam besar tahun ni.. Takpelah kakak, exam tu susah.. kakak duduk rumah pun ok dah. Asalkan kakak sihat dan happy..

Untuk kakak, moga kakak terus dalam lindungan Allah swt selalu. Berada dalam kesihatan yang baik dan Allah sentiasa permudahkan urusan ibu dan ayah dalam menguruskan kakak..

Makin kakak besar, cabarannya pasti akan bertambah bukan? Ye.. terutama bab nak menguruskan kakak.

Sehingga kini tiada pengasuh pengganti untuk kakak. Kami pun dah membiasakan diri menjaga kakak sendiri di rumah dengan bantuan adik ipar dan ayahnya jika bekerja malam. Memang lah susah hati, tapi apakan daya.. Tunggu lah 3 tahun lagi.. Ada rezeki, ibu pencen.. Yeeehhhhhhaaaaa...

Untuk tahun 2020 ni, ada beberapa perkara berlaku dalam hidup kami. Antaranya...

1. Ibu telah mendaftar semula sebagai pelajar di Universiti Utara Malaysia. Dalam bidang Pengurusan Awam. Entah kenapa beria benar nak sambung belajar lagi walhal dah tau apa pengakhirannya nanti. Takpelah, kejar impian yang tak kesampaian dulu lepas SPM. Walaupun rasa berat sangat nak sambung belajar, tapi cuba jelah kan.. kayuh pelan-pelan kut-kut sampai destinasinya... Alhamdulillah 1st class pada pertengahan Januari lalu. Cuma yang tak best, saya tak dapat nak transfer kredit sebab jam kredit tak cukup. Aduhai.. nak tak nak adalah beberapa subjek yang terpaksa saya ambil semula untuk degree ni. Lama gak nak habis ni. Pengajian dalam 4 1/2 tahun.. So bertabah lah ye..

2. Bad news di awal tahun aritu. Hasil ketulan thyroid yang telah dibuang tempohari menyatakan ada kanser rupanya.. Follicullar Thyroid Carcinoma.. itulah diagnosis pada kertas laporan makmal tempohari. Bila tau diri ada kanser, rasa gelap sekejap dunia. Yelah, takut kan.. sebab sakit yang tak dijangka ada dalam badan ni. Tapi ramai yang beri sokongan. Keluarga, rakan semualah yang cuba menguatkan semangat saya. Tambah bila tengok Nabila, lagilah rasa sayu. InsyaAllah 2 Mac ini saya akan melakukan prosedur yang dinamakan Radioactive Iodine (RAI). Dikuarantin selama 5 hari di wad kanser di HKL. Dan tambah 3 hari lagi kuarantin di rumah. Tapi saya tak bercadang untuk kuarantin di rumah dengan anak-anak. Saya akan bermalam di tempat lain dan menghabiskan sisa-sisa kuarantin yang ada (berbaki 3 hari selepas keluar wad). Nak kuarantin kat rumah boleh. Tapi boleh ke anak-anak terutama si Yaseera menengok ibu dok diam dalam bilik tak layan dia? kompem la tak kan.. so, saya terpaksa ambil pendekatan lain untuk jauhkan diri dengan mereka semua. Doakan saya ye. Harap tiada lagi sel kanser yang aktif dalam badan ni. Teruk tau, sebab saya kena pantang makan semua dalam tempoh 1 bulan. Letih nak control tak boleh makan seafood dan semua yang berunsurkan susu. Mana tahan woooo...huhuhu..

3. Alhamdullillah, satu berita gembira untuk saya dan suami. Akhirnya kami dapat juga tahu punca terjadinya kejadian kakak menjadi kanak-kanak CP. Ya, sememangnya kami tidak mengetahui punca mengapa kakak menjadi anak CP. Kami hanya diberitahu oleh doktor yang kakak hanya lemas masa dilahirkan. Kurang oksigen. Namun puncanya, hospital tak bagitau pulak.. Memang sedih waktu tu, tapi kami ni redha dengan apa yang telah terjadi. Tapi dalam keadaan redha, jauh sudut hati meronta-ronta nak tau kenapa kakak jadi begini. Dan akhirnya kami dapat juga jawapannya.

Apapun yang berlaku pada tahun ini harapnya lebih baik banding tahun sebelumnya. Moga saya juga terus kuat, tambah pulak tahun ni umur sudahpun menginjak ke usia 37 tahun. Dulu selalu berangan, tahun 2020 berapakah umur saya ketika itu. Bila dikira sendiri.. umur 37 tahun, saya membayangkan kehidupan saya di saat umur 37 tahun. Adakah baik? atau sebaliknya. Apapun, setelah melaluinya tahun ini, rupanya Allah dah pinjamkan umur saya selama 37 tahun untuk menikmati hidup bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah..Cuma kesihatan agak membimbangkan, namun saya cuba untuk tidak berfikir lanjut berkenaan hal kanser itu. Asalkan saya positif dan melakukan rawatan yang sewajarnya, InsyaAllah, niat untuk membesarkan Nabila mungkin akan tercapai..

Ok, sampai sini dulu.. InsyaAllah ada kesempatan saya akan menulis lagi.. Bye...


30 January 2019

Tiada lagi Pengasuh...

Assalamualaikum semua..

Ada lagi ke yang baca blog Nabila ni? Bersawang dah sini..

Sori lama tak menulis. Sibuk dengan kerja, anak-anak.. macam-macam lagi..

Khabar Nabila? Alhamdulillah sihat je dia..

tengah merenung nasib.. sebelum tu kena marah dengan ibu.. menangis tah hapa nak tah..susu makan semua dah bagi waktu ni.. :(

Sebenarnya sejak 1 Ogos 2018 lalu, kakak dah jadi salah seorang warga Arkib.. Pengasuh sebelum ni kurang sihat. Kena Breast Cancer.. so offically kakak dah takde sapa nak jaga dia.. 

Puas gak mencari pengasuh lain.. tapi macam susah je dorang nak accept kakak..Yelah faham, kakak bukan macam anak lain. Anak istimewa, sapalah yang berani nak jaga kan?

Rasa dah bergelen air mata ibu ni menangis sebab hal ni. Akal ni dah pikir macam-macam.. nak berhentilah.. nak cuti lah.. Tapi dalam keadaan sekarang ni, berhenti atau cuti bukanlah satu benda yang mudah untuk diputuskan. Saya memang merancang untuk pencen pada umur 40 nanti. Napa 40? Yelah sebab dah syarat JPA camtu. Tambah pulak, saya belum genap 10 tahun berkhidmat. InsyaAllah patutnya 24 Mac nanti genap 10 tahun dah.. tapi sebab saya pernah ambil Cuti Menjaga Anak, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji.. makanya, kenalah tambah beberapa ratus hari lagi untuk cukupkan 10 tahun perkhidmatan. 

Kalau keje swasta, dah lama cabut tau...huhuhu..sayang sebab nilah.. pencen sok balik-balik dapat kat budak atas tu dengan adik-adik dia.. so nak tak nak terpaksalah saya hadap semua ni..

Makanya sekarang ini, berangkutlah kakak ke office bila ayahnya kena shift siang..huhu..

Baru-baru ini saya dikhabarkan pula tentang ini.. 


Tak pasti lagi dapat ke tidak, tapi dengan khabar nak pakai ramai tahun ini.. Kalau dapat, maka berpening la kepala saya nak cari pengasuh lagi.. :(

Hanya mampu berdoa, moga Allah permudahkan urusan saya.. dan moga saya dapat jawatan tersebut sebelum berpencen nanti.. Aamiin...

26 January 2018

Temujanji Pertama 2018: Jabatan Rehab

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat menjejakkan kaki ke tahun 2018. Tapi awal bulan anak-anak tak berapa nak sihat, terutama kakak Yasmin Nabilah. Seminggu lepas meragam. Entah apa salahnya, saya tak pasti.. Puas kelek badan kakak, tapi tak tau apa punca kakak menangis sepanjang masa.

Sampai satu tahap, dalam hujan, saya dan suami membawa Nabila keluar menaiki kereta. Dengan harapan dia seronok naik kereta berjalan-jalan. Tapi silap.. memang menangis jugak. Sudahnya, ke rumah mak, baru ok sikit. Tapi sikit jelah.. Esoknya, baru ok. Mau gak senyum-senyum.

16 Jun lepas, temujanji pertama kakak untuk tahun 2018 di Hospital Sungai Buloh. Jumpa dengan doktor rehabnya. Kebetulan yang mengambil kes Nabila ialah Doktor Akmal. Saya berikan padanya hasil laporan dari Hospital Kuala Lumpur.. rujuk entry ini . Doktor memang dah jangka HKL memang tolak permohonan untuk membuat pembedahan pada kaki Nabila. Jadi, surat itu disimpan sebagai rekod dan dia bertanyakan pada saya masalah-masalah lain berkaitan Nabila.

Saya membawa wheelchairnya bersama. Untuk pengetahuan semua, wheelchair Nabila memang dah 3 tahun dia pakai. Maka faham sajalah condition wheelchair yang makin terus (tayar dan pecah, skru asyik tercabut-cabut) . Doktor mencadangkan agar saya membuat permohonan wheelchair baru. Dan kebetulan juga syarikat pembekal wheelchair kakak ada sama.

Saya request pada doktor Akmal, yang saya tak nak company ni supply wheelchair Nabila. Tapi datang sorang lagi doktor kata, tak boleh pulak.. Sebab dan masuk perolehan lah, dalam kontrak lah..

Serius saya geram. Sebab pengalaman saya dengan company ni memang sangat tidak memuaskan hati saya. Doktor-doktor tu memanggil wakil syarikat. Saya bertanyakan wheelchair lain yang bersesuaian. Tapi, menurut wakil company itu, beliau boleh bagi wheelchair jenis 'tilt space' yang pada saya tidak membantu langsung parents yang ada anak special untuk guna wheelchair ini.

Napa saya kata begitu??

Sudahlah berat, nak kena tanggal-tanggal kalau nak masuk dalam kereta. Makan Space bonet kereta dan berat. Serius saya menyampah dengan wakil tersebut yang seboleh-bolehnya nak saya datang ke kedainya untuk try wheelchair yang ada. Dalam hati memang geram sangat.. Tapi waktu tu, mujur waras lagi. kalau tak, mau bertempik kat situ jugak..huhuhu..

Bukan apa, banyak bersepah wheelchair kat luar sana. Sudahlah mahal, harganya boleh disamakan dengan wheelchair yang saya jumpa lebih baik dan senang untuk parents gunakan dan selesa untuk anak.

Kalau ikutkan hati, mau je beli sendiri. Tapi mengenangkan duit pun tak berapa nak ada, maka terpaksa gak lah memohon bantuan.

Bertabahlah kakak.. macam-macam hal sekarang ni.. suka sangat ambil kesempatan pada ibu bapa yang ada anak istimewa ni.. Harga kemain mahal, padahal bendanya takde lah semahal mana pun..

Sorry, just luahan hati saya di awal tahun 2018. harapnya ada benda baik untuk kakak pada tahun ini, InsyaAllah..

Ok, sampai sini dulu.. Nanti jumpa lagi di next entry.. Bye!!

21 May 2015

Tetiba rasa nak nangis pulakkkk!!

Assalamualaikum,

Aikkk..pesal nak nangis kan?? Ibu Nabila ni memang sensitif klu bab cerita pasal Nabila. huhu.. Sapa tak sayang anak oiiii...

Tadi, kat office ada ceramah tentang Hari Ibu. Memang best sebab Puspanita Arkib jemput Encik Abil Fikri, alah yang jaga wife dia terlantar sebab brain damage tu. Dia sebagai penceramah jemputan. Untuk pertama kalinya saya berjumpa secara live kerana sebelum ni, hanya tahu kisah dia melalui blog dan mulut-mulut orang yang bercerita tentang kisah dia.

Bila melihatkan dia menjaga wife dia, terbayang-bayang aku pada Nabila. Ye, walaupun kes wife dia agak berbeza dengan Nabila, tapi condition Arwah Kak Gee dan Nabila lebih kurang samalah.. Brain Damage. 

Bila melihatkan kesungguhan Encik Abil ni, terfikir saya untuk berhenti kerja. Atau pencen awal. Memang itu hasrat saya memandangkan Nabila bukan makin mengecil.. membesar dan membesar bagai anak dara. Lately ni pun, kakak macam tak berapa ceria. Diam je, dan kerap nak tido awal. Penat agaknya kat rumah ummi. Yelah, rumah orang. Mana nak selesa banding rumah sendiri.

Hishh, kalaulah ada kekuatan alangkah baiknya saya berhenti. Kesian pada abang kerana terpaksa mencari rezeki sendirian. Dengan bebanan hutang, memang tak mampu Abang menanggung seorang diri. Ye, rezeki tu Allah tentukan tapi kena usaha gak kan. Kut saya boleh bisnes sendiri. Menjahit barangkali....

Bila cerita tentang kakak Nabila di dewan tadi, tetiba suara ni macam tersekat-sekat pulak. Nak mention kakak anak istimewa pun rasa sedih. Nampak nau ibu Nabila ni tak kuat. hurmmmm...

Dan tadi, selesai majlis, saya beli senaskah buku Encik Abil ni. Kut boleh bagi motivasi pulak pada saya nanti. Ada masa hati ini rapuh gak. Bila kenang kakak Nabila, mulalah mata ini berair..huhu. 


Belum habis baca lagi.. baru suku muka surat. Tapi saya tak nak menangis walaupun pada awalnya ada lah ayat-ayat yang buat saya sebak. huhu.. 

Ok, sampai sini je.. nanti sambung lagi ek...




08 May 2015

Melihat kakak...

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan cerita, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Adik Aiman Haziq yang meninggal pagi tadi. Haziq merupakan anak kepada salah seorang sahabat sekasut saya, Kak Siti Suhaila Samian. Haziq dan Nabila sebaya dan seorang kanak-kanak Cerebral Palsy. Sedih pagi ini kerana Haziq meninggal dalam keadaan yang mengejutkan kami semua keluarga anak istimewa. 

Anak syurga..datang dan pergi.. Moga kalian bergembira di taman syurga sana. Menantikan ayah dan ibu mu..

Sungguh hati rasa sedih.. Lepas satu satu anak syurga pergi meninggalkan kami semua. Walaupun Nabila masih disisi saya, melihat anak lain sama seperti anak sendiri. Keadaan kakak sama seperti mereka. Perlukan bantuan untuk makan, minum, mandi, main. Mereka perlukan kasih sayang juga...

Semalam, sewaktu saya mandikan kakak, saya terfikir. Bagaimanakah keadaan anak ini apabila besar kelak. Kakak Nabila cuba berpaling ke belakang, agaknya merasai tangan saya menyapu sabun di badan dan kepalanya. Badannya yang bergerak-gerak agak sukar untuk saya kawal. Manakan tidak, tangan kanan memegang gayung, tangan kiri memegang badannya. Banyak kali juga kakak terduduk di lantai (saya dudukkan dia di bangku kecil) kerana saya terlepas dari pegangan badan Nabila. 

Hati saya berbisik, andai anak ini terus membesar, berikan saya kekuatan untuk menguruskannya. Berikan saya sedikit tenaga untuk mendukung Nabila nanti.

Malam tadi kakak enggan tidur. Sepanjang malam hinggalah ke subuh. Entah apa yang digelisahkan saya tak pasti. Namun dia hanya senyap diam membisu. Hanya sesekali tangan, badannya bergerak bermain. Adakah petanda kakak tahu sahabatnya bakal pergi  nanti? Wallahualam...

Melihat kakak saya jadi takut untuk kehilangan dia..

Namun begitu, Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat saya..

Setiap orang pasti akan rasa kehilangan.. 

Dan andai kita berpisah nanti, kasih ibu pada kakak takkan hilang buat selamanya..




27 March 2015

Kisah sedih anak syurga..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih berada dalam keadaan sihat. Nabila dan Naufal juga sihat. Ayah mereka juga sihat :)

Tadi, entah kenapa hati saya tersentuh. Membaca coretan seseorang yang hanya saya kenali dalam dunia Facebook. Kenal pun bila kisahnya di share oleh rakan-rakan saya kerana waktu itu dia tahu dia bakal kehilangan anak bongsunya. Pedih hati usah cerita.

Dan tadi, saya membuka balik wall nya. Kerana dia bercerita tentang keadaan kubur anaknya yang tumbuh pokok yang amat cantik bunga dan daunnya. Segar. Dan saya mulai membayangi andai saya ditempatnya. Pedih bila orang kesayangan sudah berada di dalam alam lain. Terbayang wajah Nabila dan Naufal ketika itu. Dan hampir saja saya menitiskan air mata...

Tuhan, walaupun aku belum pernah merasai kehilangan, namun melihatkan orang kelilingku pernah merasainya, aku berasa takut. Adakah aku mampu nanti ditinggalkan atau meninggalkan mereka yang tersayang nanti...

Anak wanita itu sakit. Diceritakan dalam kisahnya, anak itu sihat berlari, namun disorong ke bilik pembedahan, anak dia kaku. Tiada lagi senyuman.. tiada lagi gelak ketawa.. tiada lagi tangisan. Hanya diam membisu dan dipenuhi dengan wayar yang berselirat.

Andai diberi peluang, jika tahu keadaan itu akan berlaku, mungkin si ibu takkan menyerahkan anaknya di meja pembedahan. Allah lebih sayangkan dia.. Segalanya telah ditakdirkan olehNya.

Ya Allah, berikan ketabahan kepada semua ibu-ibu yang pernah kehilangan anak ini. Ubati kerinduan mereka. Gantikanlah dengan berita gembira. Anak-anak ini menanti mereka disyurga nanti. Seperti mana nanti Nabila akan menanti saya di syurga.

Kakak, ibu berdoa agar kakak sentiasa dilindungi oleh Allah swt. Dipanjangkan umur kakak agar ibu dapat memeluk kakak setiap hari. Seperti semalam, kakak seakan lena dan selesa dalam dakapan ibu. Doakan ibu sihat selalu supaya ibu dapat berbakti dan menjagamu kakak..

Al-fatihah buat semua bidadari syurga yang telah pergi...kasih sayang ibu kalian hingga ke syurga nanti...

=(


24 February 2014

Realiti kisah anak istimewa

Assalamualaikum..

Cerita yang bakal saya coretkan kali ini bukan ingin meraih simpati sesiapa. Ianya realiti yang pernah saya lihat dalam kehidupan ini..

Anak istimewa, siapa yang mahu anak mereka menjadi insan istimewa. Mereka juga manusia. Ingin dimanja, dibelai dan diberi kasih sayang sepenuhnya. Bukan itu sahaja mereka perlukan perhatian kerana mereka tidak mampu untuk lakukan perkara sepertimana insan normal yang lain buat sehari-hari.

Bila kehidupan mereka tidak diingini oleh orang sekeliling, mulalah kisah sedih menjelma. Lagi-lagi mereka dibuang oleh ahli keluarga sendiri. Apakah mereka mampu bersuara? Sudah tentu tidak. Bayangkan jika ianya terjadi pada anda. Pasti menyedihkan kan?

Saya tak dapat membayangkan andai Nabila merasai semua itu. Mungkin sekarang perkara itu agak mustahil kerana Nabila masih mempunyai saya. Andai saya dijemput Tuhan? Adakah Nabila akan mendapat kasih sayang sama seperti yang saya curahkan padanya?

Saya melihat sendiri seorang anak dibuang oleh ayahnya. Dan anak itu telah kehilangan ibu sewaktu dirinya dilahirkan. Seorang ayah yang tak mampu untuk manjaga anaknya (konon-kononlah tu pada dasarnya..walhal sememangnya tak dapat menerima hakikat anaknya seorang anak istimewa). Dimanakah perasaan kasih seorang ayah, sanggup memberikan anak itu kepada insan lain untuk menjaganya. Dan kini insan itu telah pergi buat selama-lamanya..

Apa hal pula dengan anak istimewa itu? Apa untung nasibnya kini? Dia punya adik beradik yang lain namun tiada seorang pun datang menjengah. Begitu juga dengan si ayah. Tidak ada sedikit rasa simpati dan kasih untuk melihat anaknya.

Pada saya, "Esok kau jawablah dengan Allah di sana nanti.."

Dulu saya tak mengerti perasaan anak istimewa ini. Hadirnya Nabila memberi seribu rahmat buat saya. Kerana Nabila sifat ihsan kasih sayang wujud dalam diri ini. Dan sepertinya memahami keadaan anak-anak istimewa lain. Begitu juga hati seoang ibu bapa istimewa. Hati mereka rapuh.. Namun dalam kerapuhan itu terselit sedikit kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Anak diumpamakan seperti bidadari dari langit. Ya begitu juga perasaan saya terhadap Nabila.

Pernah saya terfikir tentang keadaan Nabila selepas ketiadaan saya nanti. Ada kala saya terfikir untuk mahu Nabila pergi dahulu dari saya. Tapi tak sampai seminit, air mata bergenang. Saya tak mampu untuk membayangkan perasaan bila saat itu datang. Bagaimana keadaan saya tanpa Nabila? Kejamkah saya untuk berfikir sedemikian? Kerana takut Nabila kurang kasih sayang dan tiada siapa yang mahu menjaganya dan kerana itu saya mahu dia pergi dulu? Terukkah saya sebagai seorang ibu berfikir begitu? Cuba letakkan diri anda pada kasut saya. Adakah anada akan fikir perkara yang sama?

Saya pernah rasa kehilangan. Walaupu cuma anak orang lain. Sahabat paling rapat dengan kami. Kehilangan anak itu sepertinya pedih luka dalam hati ini. Walaupun anak itu bukan darah daging saya. Namun ianya sudah saya anggap seperti anak sendiri.

Andai Nabila pergi, saya tak pasti akan kuatkah saya ketika itu. Anak yang sentiasa dalam dukungan saya. Makan, minum, mandi, duduk, baring, tidur semuanya dia atas pangkuan saya. Susah untuk saya bayangkan. Dan kemudian saya berhenti untuk berfikir. Tak mahu berfikir lagi tentang itu. Takut!!

Jika ada yang membaca coretan ini, ketahuilah saat tikanya anak itu di istilahkan anak istimewa, mereka sememangnya istimewa di mata kita semua. Layanan yang diberikan haruslah setimpal dengan gelarannya '"Istimewa". Mereka istimewa di dunia, dan istimewa di syurga juga.

Buat anakku Yasmin Nabilah, ketahuilah ibu dan ayah bersyukur dengan kehadiranmu banyak mengajar kami erti hidup yang sebenar...

Air mata saya dan suami berguguran bila mengetahui anak ini adalah anak cerebral palsy... Moga dirinya sentiasa dilindungi Allah s.w.t ..

09 July 2013

Anakku Microcephaly..

Assalamualaikum..

Esok dah mula berpuasa. Alhamdulillah.. Selamat mengerjakan ibadah puasa pada semua yang membaca coretan ini..

Kenapa tajuk saya ni? Tentang microcephaly?

Pada yang tak tahu apa itu microcephaly, meh saya jelaskan. Tapi takdelah keluar perkataan sains bagai.. Apa yang saya faham, kepala bersaiz kecil. Atau lebih tepat lagi saiznya tak mengikut umur yang sepatutnya. Itu yang saya faham dan lihat pada Nabila sekarang..

Akibat dari kekurangan oksigen ketika proses kelahiran, saiz kepala Nabila mengecut dan tak membesar pada hari ke 7 kelahirannya. Ada nurse di NICU bertanya kepada saya ketika sedang mengukur saiz kepala Nabila. Katanya pelik kepala Nabila tak membesar. Saya pulak, takdelah nak gi tanya itu ini. Hanya mendiamkan diri, Yelah, masa tu memang saya tak tau apa-apa. Tambahan pulak masa tu tak pakai handphone canggih-manggih untuk google apa yang terjadi pada Nabila waktu tu.

Bila saya tengok rekod dan surat discharge Nabila, ditulis "HIE STAGE 3 WITH MICROCEPHALY" Serius, saya pelik kut. Start masuk keje, puas saya google tentang penyakit Nabila. Dan waktu itu memang takde blog cam saya tulis ni cerita pasal anak CEREBRAL PALSY. Kalau ada pun tak banyak. Tapi tu pun tak cerita kondisi anak secara terang-terangan.

Memang kalau nak diikutkan saiz kepala Nabila sekarang ni seperti bayi berumur 4-5 bulan. Or maybe lagi kecik lagi. Badannya yang panjang kini memang menampakkan lagi masalah dirinya. Jika dulu masa bayi, memang tak nampak sangat. Dah besar ni, baru nampak jelas sifat-sifat sebagai anak CEREBRAL PALSY.

Kalau di pegang kepalanya, saya memang suka cubit kulit belakang kepalanya.  Serius, terasa macam cubit kulit pada tangan. Lembut dan lembik sedikit. Cuba kalian cubit tangan kalian. Tarik kulit tangan tu. Boleh tarik kan? Macam tulah saya rasa kulit kepala Nabila..

Sedih, memang sedih. Setiap kali melihat dan memegang kepalanya, saya sebak. Air mata bergenang. Kerana itulah anggota tubuh yang paling penting saya rasa. Dan di situ juga saraf matanya berada. Memang tiada pertumbuhan positif untuk bahagian tersebut.

Bila melihatkan keadaannya, saya bersyukur kerana Allah masih memberikan sesuatu yang baik untuk selindungkan kepalanya nan kecik. RAMBUT YANG SANGAT LEBAT. Ya, itulah yang buat saya bersyukur sangat. Bila rambut tebal, memang tak nampak sangat kepalanya yang kecik. Cuma bila saya terpaksa mengambil keputusan untuk memotong rambutnya, saya sedih dan kasihan pada Nabila. Tapi apa boleh buat. Takkan tak potong pulak. Tak kemas!!

Nampak tak kepala dia kecik...?

Ok..ni saya jumpa artikel tentang anak microcephaly. Diambil dari website ini

Microcephaly is a neurological condition that occurs because a child’s developing brain doesn’t grow properly. This causes the disease’s most obvious physical symptom: a head size that is much smaller than normal.

Because the brain does not grow at a normal pace, the skull doesn’t, either. Many (but not all) children with microcephaly also experience cognitive delays and neurological problems as a result.
  • Microcephaly is often (but not always) congenital, meaning it is already present at birth.
  • Other times, a child is born with a normal brain and skull, but then his brain fails to develop properly during his infancy.
  • A traumatic brain injury or infection can also lead to microcephaly.
  • Microcephaly is relatively rare, affecting about 25,000 children in the U.S. each year.
Some children with microcephaly have normal intelligence and experience no particular difficulty with schoolwork, physical activity, relationships or any other aspect of their lives. However, many children with the disease – especially those with more severe cases – face:
  • mild to significant learning disabilities
  • impaired motor functions
  • difficulty with movement and balance
  • speech delays
They can also have other medical problems, like:
Although it’s not possible to restore a child’s brain and skull to normal size and appearance, treatment for microcephaly can make a significant difference in helping him with any medical, neurological and emotional symptoms he might be facing. 

Causes 

What causes microcephaly?
There are a number of possible causes:
  • Most of the time, it happens because of an inherited defect in a gene that interferes with the brain’s maturing and growing.
     
  • There is evidence that, in some cases, microcephaly is caused by something that affects the mother during pregnancy. These factors can include:
  • substance abuse
  • inadequate nutrition
  • untreated phenylketonuria (PKU)
  • exposure to certain viruses – especially chickenpoxrubella (German measles) or cytomegalovirus
  • exposure to toxic chemicals
     
  • A baby can also be born healthy, but then acquire microcephaly because of:
  • brain injury
  • lack of oxygen to the brain
  • an infection in the brain
     
  • Finally, microcephaly can be related to another disorder, such as:
  • Down syndrome and other chromosomal disorders
  • certain neurometabolic disorder

Signs and symptoms

What are the symptoms of microcephaly?
The main symptom of microcephaly is a head size that is much smaller than normal for the child’s age and gender.

Other symptoms can vary widely from child to child. They might include:
  • failure to thrive
  • poor appetite/feeding
  • unusually high-pitched crying
  • spasticity (involuntary muscle contractions)
Not every child with microcephaly will display noticeable symptoms beyond a small head size. You should always seek a diagnosis from a qualified medical professional.

Nabila kena sebab lack of oxygen.. Tu pasal la sel kat kepala dah mati kebanyakannya. Saiz kepala pun tak membesar...

Apapun, biar macamana pun kakak, ibu akan cuba usahakan juga untuk kakak.. kecik pun keciklah..janji kakak sihat... :)

08 June 2013

Mahu kasih itu sampai syurga..

Semalam, entah kenapa saya sebak. Sewaktu menyuap Nabila makan. Terfikir sampai bilakah Nabila akan terlantar begini. Adakah selamanya?

Sungguh saya sedih.. Kerana pernah dalam impian saya sewaktu mengandungkan Nabila, saya mahukan dia menjadi anak yang sihat. Cerdik pandai. Mungkin tika ni saya sedang sibuk dengan kerenahnya untuk ke pra sekolah. Andai benar Nabila sihat..

Namun, saya tak ralat. Saya sudahpun melalui fasa Nabila 'bersekolah' . Walaupun 'sekolah' itu tidak mengajarnya ABC namun saya yakin sekolah itu telah mengajar Nabila banyak perkara. Terima kasih Tasputra dan IMC kerana telah mendidik Nabila dalam segala segi.

Semalam entah kenapa saya berkata begini pada Nabila..

"kakak, ibu tahu kenapa kakak pilih keadaan begini. Kakak tahu dunia ni kotor, penuh dengan dosa. Kakak tak suka. Dan kakak sanggup pilih jalan kesusahan di dunia semata-mata untuk ke syurga. KAKAK JANGAN LUPA MASUK SYURGA AJAK IBU YEK. AYAH DENGAN ADIK NAUFAL SEKALI..JANGAN LUPA TAU.."

Dan saat itu, air mata bercucuran.. Sedih bila saya ungkap ayat itu.

Dan saya rasa terlalu ramai kini anak-anak kecil menjadi ahli syurga..jika dulu tak ramai anak-anak istimewa yang saya kenal. Namun kebelakangan ini bilangannya semakin bertambah. Satu persatu ibu ayah yang terpilih ini saya kenal.

Kita sekasut. Moga kita sentiasa kuat demi anak kita. Berjuang sehabis daya demi mereka. Insyaallah..

20 May 2013

Anugerah tak ternilai.. Yasmin Nabilah

Sejak Nabila dilahirkan sehingga kini, rupanya saya telah bertemu ramai orang. Bermacam ragam, bermacam rupa. Kelahiran Nabila merupakan satu rahmat buat saya rupanya. Bukan kesedihan hati. Bila difikirkan kembali, andai Nabila tidak dilahirkan begini, mungkin saya tidak menulis di sini. Dan mungkin juga anda semua tidak membaca coretan saya.

Tak pernah terjangkau dek akal fikiran, saya akan bertemu ramai rakan. Lebih-lebih lagi senasib. Malah, ada di antara rakan semasa saya belajar dan sekolah dulu kembali menghubungi saya kerana ingin mengetahui lanjut tentang Nabila. Perasaan saya? Syukur kerana tali silaturrahim rupanya tak terputus. Hadirnya Nabila sebagai penyambung silaturrahim persahabatan kami.

Begitu juga dengan rakan-rakan senasib. Sungguh saya katakan, saya bukanlah seorang yang ramah di zaman sekolah. Atau sewaktu sebelum saya melahirkan Nabila. Namun, kehadirannya merubah segalanya. Merubah Noina dari A ke B . Totally different!! Saya lebih menghargai orang yang sentiasa memberi sokongan pada saya dan Nabila.

Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh orang yang positif. Saya tak perlukan bantuan wang ringgit. Cukup sekadar mendoakan kesihatan saya agar dapat terus menjaga amanah Allah ini. Dan turut mendoakan Nabila agar terus kekal sihat hendaknya.

Serius saya katakan agaknya sudah beratus anak-anak istimewa saya jumpa. Atau mungkin sudah mencecah ribuan anak istimewa saya jumpa. Bukan setakat di Kuala Lumpur, malah merata seluruh pelusuk tanah air. Dan tak lupa juga di negara jiran. Rata-rata mereka mengenali Nabila melalui penulisan ini. Tiada apa yang saya bantu, hanya sekadar memberi pendedahan dan pengalaman saya dalam membesarkan Nabila.

Saya tahu, sulit untuk ibu bapa yang baru sahaja mengetahui anak mereka tidak sama seperti kanak-kanak lain. Saya sendiri pernah melalui perasaan itu. Malah ketika itu saya hanya keseorangan. Tanpa bantuan dari laman web atau blog-blog tentang penceritaan anak istimewa. Dan dari situ saya mula menulis tentang anak kecil ini. Tentang perjuangannya. Walaupun tak sehebat anak-anak istimewa lain, tapi dalam hati saya,Nabila tetap pejuang hebat. Berjuang demi hidupnya bersama keluarga.

Pada mereka yang sekasut dengan saya, memang kadangkala kita akan rebah. Tak salah kita rebah, namun cepat-cepatlah bangkit demi anak kita. Walaupun pencapaian ada pasang surutnya disebabkan masalah kesihatan yang sering mengganggu, teruskan usaha lagi.

Dulu saya akan sedih bila tahu perkembangan Nabila turun dan naik. Sangat tak konsisten. Apatah lagi bila kekerapan penyakit sawannya sering muncul. Penat bilamana Nabila sudah mencapai sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan, namun dek serangan tersebut, Nabila kembali zero. Penat belum habis, sudah kena mulakan semula.

Buat mereka yang baru bergelar ibu bapa anak istimewa, percayalah.. Setiap yang berlaku pasti ada rahmatnya. Saya kini sedang merasai nikmat bergelar ibu pada anak istimewa. Sedang menikmati jalan penuh cabaran demi membesarkan anak ini. Moga kekuatan terus berpihak pada saya. Saya tahu, anda juga insan terpilih oleh Allah untuk menjaga amanatnya. Hargailah anak ini. Sesungguhnya, pasti ada hikmah disebaliknya. Insyaallah..

P/s : gambar suatu ketika dulu, Nabila hampir boleh menyebut perkataan ibu dan nenek. Hampir mampu untuk mengimbang badan untuk duduk..

16 April 2013

Kini saya boleh menerima semuanya...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis disini..Ya, saya berhutang satu entry dengan kalian kan.. Tentang rawatan terbaru Nabila..

Alhamdulillah, sudah 13 kali kami ke Klang. Badan Nabila juga mulai lembut. Malah lebih mudah untuk saya melakukan streching. Terutama pada kaki kanannya yang semakin ketat..

Ok, pada mereka yang ingin mencuba rawatan ini bolehlah berhubung dengan Kak Ija.. dan boleh lihat sendiri melalui facebooknya.. Pusat Stimulatherapy Klang

Saya tak nak cerita panjang pada rawatan tersebut kerana setiap orang mempunyai cara dan kaedah pemulihan yang berlainan. Jadi, pada yang ingin mencuba boleh berhubung terus dengan kak Ija..

........................................
..................................
.......................
............
....
.

Cerita selanjutnya mengenai puteri saya. Lama benar tak bercerita tentang anak ini. Gambarnya juga sudah jarang dipaparkan...

photoshoot bersama ibu.. Adik tak abes-abes jilat tangan kakak..hihi...

Alhamdulillah, Nabila baik-baik saja. Walaupun beberapa minggu ini kurang sihat, lebih-lebih lagi serangan sawan yang sering berkunjung tiba membuatkan hati saya serba tak kena melihatkan kesihatannya yang tak menentu. Badan sedikit susut kerana kurang selera makan. Namun, saya cuba memaksanya sedikit agar perutnya tidak kosong dimasuki angin. 

Sejak 2-3 hari lepas, Nabila dilanda kemurungan yang amat sangat. Menangis usah dikira. Jika ditadah mau sebaldi air matanya.  Entah apa yang tak kena di hatinya. Puas saya memujuk. Mengharapkan dia mengerti pujukan saya itu. Namun sia-sia. Berhari-hari saya dan Abang bergelumang dengan perasaannya. Dan akhirnya saya kalah. 

Bila difikir, saya hampir lupa sebenarnya. Anak ini akan menyambut hari lahirnya tak lama saja. Esok merupakan hari lahirnya yang ke-5. Patutlah kamu meragam nak.. teringat kisah lama yek...

Ada yang bertanya pada saya tentang keadaan Nabila. Kini saya sedar, saya tidak lagi boleh terlalu mengharap atau cuba memaksa melakukan apa saja untuk Nabila. 5 tahun berlalu. Impian saya untuk melihat Nabila berjalan tak pernah padam. Malah termimpi-mimpi di malam hari. Saya tetap berdoa agar saya terus diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk menjaga Nabila. Malah pada Naufal juga saya cuba serapkan perkataan SAYANG kepada kakaknya. Andai Naufal dapat membaca coretan ibu, ketahuilah sayang ibu sangat menyayangi dirimu dan kakakmu. Akan ibu lakukan apa saja untuk kebahagiaan kamu berdua..

Menginjak ke usia 5 tahun, pelbagai dugaan dan cabaran saya lalui. Sihat, sakit, ketawa, menangis semuanya bersilih ganti daiam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah, saya kini boleh menerima semuanya. Tentang keadaan Nabila, tentang masa depannya..tentang penerimaan orang padanya. Sungguh, saya tak percaya saya boleh harungi semuanya. Saya rasakan ianya sangat berliku. Mungkin ada di luar sana yang melalui pengalaman lebih hebat lagi..tapi pada diri saya..inilah satu perkara yang sangat besar berlaku dalam hidup saya selama 30 tahun ini..

syurga kami...

Buat kakak, tiada apa yang lebih membahagiakan ibu selain melihat dirimu ketawa riang. Biarlah dirimu tak mampu untuk berdiri seperti orang lain..asalkan kamu tetap disamping ibu selama mungkin. Ibu takut sekali membayangkan andai ibu akan kehilanganmu..Moga kita terus kekal bahagia dan dirimu sentiasa dilindungi Allah S.W.T . Insyaallah..

01 February 2013

Bila jiwa berbagi dua...

Entry terakhir saya menceritakan saya telah pulang semula ke Rawang. Kononnya ingin berdikari dan mahu menguruskan Nabila dan Naufal secara sendirian. Namun, ianya tidaklah semudah yang disangkakan. Mempunyai anak tipikal dan istimewa membuatkan ianya menjadi satu cabaran berliku buat saya menguruskan kedua putera puteri saya.

Alah..orang lain elok je..siap anak berdedai lagi..takde masalah punnnnnn!!!!

Owh!! Lupa nak bagitau! Saya ni memang jenis tak sampai hati bila tengok anak-anak kecil menangis. Mulalah hati tak keruan dan tensi! TEKANAN YA AMAT ok!! Hati ni tak boleh melihat yang sorang melalak minta didukung dipegang dan sorang lagi cam dah terbiar takde mak ayah dah...huhu...

budak yang buat hati ibu tak keruan....

Sungguh! Hanya mampu bertahan selama 2 hari tanpa bantuan Abang. Laungan tangisannya bergema di segenap ruang yang ada. Malah mungkin sampai ke rumah jiran-jiran. Pantang saya baringkannya dan meninggalkannya sendirian. Pasti meraung!

Dan si kakaklah paling kesian. Hanya diam di sudut tepi memandang sepi. Berdiam diri melihat ibu kalut menyiapkan segala keperluan. Makan, minum, mandi, bermain, mengemas, membasuh dan sebagainya..Dan bila melihatkan keadaan ini, hati saya sayu. Dan mulalah juga teringat rumah mak. Sampai tercium-cium bau haruman rumah mak..Rinduuuuuuu

Serupa orang gila saya, akhirnya Isnin petang, saya mengambil keputusan untuk kembali semula ke Gombak. Atas keizinan Abang juga yang kesian melihat saya kelam kabut menguruskan anak-anak. Dan beg pakaian dikemaskan kembali, terus bergerak ke rumah mak.

Janji saya, saya akan kembali bila Abang bekerja shift malam. Kerana di waktu siangnya dia ada di rumah. Saya tak mahu rumah terabai seperti dulu. Abang juga perlu perhatian. Andai badan boleh dipisah tiga.... Mahu je pinjam kuasa 3 boboboi..hihi...

Dan hari ini, Nabila pula diserang selsema. Sewaktu menaip entry ini, dia di sebelah saya sedang bersin. Risau pula kalau-kalau Naufal berjangkit sama. Lama juga Nabila tak demam selsema. Last saya ingat sewaktu saya melahirkan Naufal dulu. Itu paling teruk. Dan kemudian langsung tiada. Sihat hendaknya. Hati saya tak keruan kembali. Terasa banyak kahak Nabila kali ini. Harapnya Naufal tak berjangkit sama...

Kata saya, Nabila dah jadi big sister. So, jangan kamok-kamok lagi yek. 

25 January 2013

Sudah kembali ke sarang.....

Genap 3 bulan minggu lepas Naufal lahir ke dunia. Alhamdulillah, keletahnya semakin bijak, sudah mula berbunyi...riuh bila melihat orang bercakap dengannya. Seolah-olah cuba menyatakan sesuatu..

Melihatkan itu, teringat dahulu Nabila pernah melakukan perkara yang sama. Tak silap ketika dia berusia setahun dua dulu. Riuh sekali bunyinya. Namun kini, agak senyap. Hanya senyum dan ketawa saja yang kedengaran. Sedih bila melihatkan perkembangan Nabila yang kadangkala jatuh menjunam...

Sudah beberapa kali juga saya membawa kereta sendirian bersama Naufal. Dan paling saya tak keruan bila melihat Naufal memandang tepat kearah saya ketika saya membawa kereta. Sungguh tajam dan mendalam pandangannya. Kata saya pada Naufal "silap-silap ibu langgar lubang dik tengok renungan kamu". hihi.....

Nikmat bila melihat sang anak melihat diri ini. Sedih tetap berkunjung tiba bila mengenangkan si kakak. Agaknya bilalah Nabila akan memandang saya begitu. Ya Allah, perkenankan doaku agar Nabila mampu untuk melihat dengan baik, terutama aku yang telah melahirkannya. Agar dirinya dapat melihat siapa yang telah melahirkannya ke dunia ini...

Dan kini, saya sudah kembali ke Rawang. Bersama abang dan anak-anak sendirian. Tanpa emak yang sentiasa membantu saya dalam menguruskan Nabila dan Naufal. Sebak hati saya bila melihat emak mencium Naufal. Sungguh saya sangat berterima kasih pada mak. Bergenang air mata saya melihat emak, tapi saya larikan mata saya. Tak mahu emak nampak saya menangis. Pasti emak kesunyian tak mendengar suara cucu-cucunya lagi..

Bila mengemas barang tadi, saya mencium haruman baju yang dicuci di rumah mak. Dan tiba-tiba saya rindu. Lantas saya berfikir, mampukah saya menguruskan kedua-dua anak saya ini sendirian? Mungkin mudah andai Nabila sihat, namun bila kedua-duanya memerlukan saya membuatkan saya serba tak kena dan cuba memberikan yang terbaik buat kedua putera puteri saya.

Buat emak, terima kasih kerana menjaga Ayong, Nabila dan Naufal sepanjang berada di Gombak. Sungguh saya hargai jasa mak membantu saya sepanjang tempoh berpantang. Emak doakan anak mak ini kuat dalam mengharung kehidupan terutama dalam membesarkan Nabila....

Tepat jam 2 pagi, saya menaip entry ini. Saya menyudahkan kerja-kerja mengemas barang-barang yang dibawa dari Gombak. Rupanya banyak betul barang saya. Patutlah penuh sendat rumah mak dengan barang-barang kami anak beranak.

Esok, saya akan ke Hospital Sungai Buloh atas pemeriksaan tiriod saya yang dikesan semasa mengandungkan Naufal dulu. Risau, namun saya tak mahu berfikir lanjut tentangnya. Hanya menanti apa kata doktor dan apa yang perlu saya lakukan... Doakan yang terbaik buat saya yek..

02 November 2012

Resah hati ibu..Sendu di hati Nabila..

Sudah hampir 10 hari Naufal jaundice.. Dan dalam 10 hari juga hati ibu risau..Bermacam cara dan kaedah saya lakukan. Minum susu kambinglah, air kuninglah, makan anggurlah, mandi daun kucai..macam-macam petua saya cuba, tapi jaundice naufal tetap diangka yang sama.

Walaupun sudah turun sedikit, tapi angkanya masih 200++ . Dan sebenarnya, saya sudah tidak berani untuk melakukan pelbagai perkara lagi. Breastfeeding? Usah cakaplah. sekerap mungkin saya bagi. Sejam ke sejam setengah, pasti Naufal bangun untuk menyusu. Tak perlu tunggu saya mengejutkannya.

Susu saya pula? Banyak..dan saya siap minum susu, horlick dan makan sayuran untuk menambahkan susu badan saya. Benda yang berkaitan dnegan lada hitam, halia atau jamu-jamu ubat-ubatan memang saya tolak ke tepi. Tak makan..semata-mata kerana Naufal. Mujur badan takdelah sakit sangat, cuma saya terasa sakit di bahagian tulang punggung dan pinggang.. :(

Tadi ke klinik, dan doktor klinik kesihatan menyarankan saya ke HKL untuk pemeriksaan lanjut. Hurm..maybe ambil darah lagi dan tengok apa yang patut pada Naufal. Dalam waktu-waktu berpantang ini, rasanya tak sanggup turun naik rumah mak. Cukup letih merasainya sewaktu Nabila dilahirkan dulu, rupanya kelahiran Naufal juga saya terpaksa laluinya sekali lagi. Berpantang serupa tak pantang!

Moga semuanya baik-baik saja untuk Naufal..Amin..

.

Malam tadi, syahdu saya rasakan. Melihatkan kakak Nabila..

Malam jam 3 pagi, Nabila terjaga. Saya tersedar ketika itu dan melihat dirinya resah. Pasti mahu susu..bisik hati saya. Lantas saya bangun dan terus menyiapkan susu untuk Nabila.

Minumnya agak perlahan dan kadangkala matanya terlelap. Mengantuk barangkali.. Dan tiba-tiba sang adik bergerak-gerak. Juga minta disusui.. Saya paling resah saat ini bila kedua-dua anak minta perhatian dari saya. Sedih bila terpaksa menyatakan ini..

"Nabila minum cepat yek..adik nak susu pulak.."

Dan saat saya melafazkan ayat itu, Nabila berhenti minum. Dan sepertinya tahu saya harus segera bergerak ke arah adiknya.

"Nabila nak lagi tak? Meh minum cepat..."

..dan Nabila tidak mahu meneruskan penyusuan. Hanya diam dan tanda isyarat dia mahu berbaring semula di tilam. Saya meletakkan Nabila kembali dari pangkuan saya, dan bergegas menuju ke katil untuk mecapai Naufal. Mata saya tak lepas memandang Nabila. Dan saya lihat Nabila hanya diam membisu. pandangannya kosong..

Dalam hati sebak bila memandang susu yang diminum. Hanya sedikit! Saya turun ke tilam semula sambil memangku Naufal. Saya cuba menyusukan Naufal dan tangan kiri saya mencapai botol susu Nabila untuk disuapkan ke mulutnya. Namun mulut Nabila hanya terkunci diam. Saya cuba memujuknya, namun tiada sebarang respon..

Sedih usah cerita. Saya tahu Nabila cuba untuk mengalah demi adik. Tapi dirinya juga perlukan perhatian. Faham saja dilema hati saya ketika itu. Kedua-duanya anak saya. Air mata ini mengalir..dan terus mengadu pada Abang. Akhirnya, Nabila terlelap tidur di buaian tanpa menyambung minum susunya tadi...

Pagi..Bila abang sampai ke rumah mak, katanya sedih bila membaca BBM saya semalam. Sedih melihatkan Nabila. Apa saja pilihan yang saya ada. Kesian kamu nak!!

Abang bercakap dengan Naufal .. "Adik, kesian kakak semalam, tak minum susu..Kita patutnya mengalah dengan kakak. Bila kita tolong kakak kita dapat pahala. Adik jangan ragam-ragam lagi yek.."

Sebak bila Abang mengeluarkan ayat-ayat tersebut. Ya, setiap apa yang saya dan abang lakukan untuk Nabila, semuanya ganjaran 'di sana' kelak. Dalam hati tak mahu Nabila terasa di abaikan. Bila ada saja masa terluang, adiknya tidur, saya akan cepat-cepat berlari ke arah Nabila. Memeluk dan menciumnya. Dan tak putus-putus kata "ibu sayang Nabila.." . Saya tak mahu kerana Naufal, Nabila terasa di sisihkan. Andai Naufal dapat mebaca coretan ibu nanti..fahamilah sayang, kedua-dua anak ibu, ibu paling sayang. Ini saja harta yang ibu ada. Dan moga Naufal mengerti perasaan dan pengorbanan ibu pada kakakmu..

 kakak dalam pelukan ibu..

Di hari Jumaat ini..air mata ibu menitis lagi...jauh disudut hati ingin mahu kedua-duanya puas merasai kasih-sayang ibu kepada kalian berdua. Moga Allah sentiasa permudahkan jalan ibu buat anak-anak ibu tersayang... Amin...




29 October 2012

Kelahiran yang dinanti : Yasier Naufal (part 2)

18 Oktober 2012 (Khamis)

Pagi sesudah bangun, saya termenung di katil. Melihatkan gelagat nurse yang mundar-mandir membacakan laporan pertukaran shift. Saya mendengar perbualan mereka. Dan hari ini, saya akan melakukan ultrasound neck untuk melihat keadaan thyriod saya.

Jam 9, saya ditolak menggunakan wheel chair oleh nurse untuk ke tempat x-ray. Sekali lagi kenangan menjengah. Melihat ruang MRI dan katil dimana Nabila ditempatkan untuk melakukan ujian MRI nya. Sedih bila mengingatkan apa yang telah berlaku dulu. Teringat Nabila 'pengsan' akibat penangan 3 dos ubat tido diberikan padanya. Dan terbayang saat saya duduk di sisi Nabila di dalam bilik 'mesin terowong' itu. Tubuh kecil itu sudah merasai pelbagai perkara yang tak terjangkau dek akal saya. Dan saat itu, saya bangga dengan Nabila. Semangatnya nan kuat untuk terus hidup bersama ibu dan ayah...

Saya ditolak ke ruang menunggu yang mempunyai TV. Mata menatap televisyen , namun hati saya lebih tertarik dengan gelagat orang keliling saya. Ada juga orang awam yang memandang saya yang sedang berbaju hospital berwarna pink. Saya hanya mendiamkan diri di situ dan mendoakan keputusan thyroid saya tidak menjejaskan kesihatan saya..

Nama dipanggil, dan saya ditolak ke satu bilik. Dan di situ, pakar ultrasound sedia menanti saya. Sesudah baring, beliau menunjukkan gambaran besar thyroid saya dan menasihatkan saya untuk melakukan surgery sesudah saya bersalin nanti.

Selesai ultrasound, saya pulang semula ke wad. Dan sebaik saja saya pulang, rakan di hadapan katil saya, ditolak masuk ke bilik pembedahan bagi elective c-sear. Anak songsang. Dan akak tu memang teruja untuk menyambut kelahiran kali ini kerana mahukan anak perempuan. Bila melihatkan akak tu berpakaian lengkap untuk ke OT membuatkan hati saya kecut. Mampukah saya untuk laluinya esok..?

Tengahari dan petang, saya dikunjungi oleh mak mertua dan adik ipar saya. Berbual sehingga selesai waktu melawat. Dan malamnya, sepi kerana saya keseorangan. 3 katil di kanan dan hadapan saya kosong tiada penghuni. Akak yang menjalani pembedahan pagi tadi telah dipindahkan ke wad 6C kerana komplikasi pembedahan. Dan hampir malam, seorang kakitangan HSB duduk di katil akak tersebut kerana pembedahan elective c-sear bersama saya esok pagi.

Kami berbual kosong dan tengah malamnya, jam 12.30 pagi nurse mengejutkan saya untuk memasukkan air. Dan saya dikehendaki berpuasa sehinggalah tiba waktu pembedahan nanti..

....bersambung..

15 October 2012

Debaran menantikan esok..

Sebelum itu layankan saja gambar ini...

 Tidur..baru lepas kena marah dengan ibu.. :(

 Sampai begini gaya tidurnya..Sayu..:( menitik air mata melihat wajah mulus ini...

Maafkan ibu sayang..Sejak dua menjak ini ibu lihat amarahmu kian menjadi-jadi. Pantang lambat tuntutanmu ibu tunaikan, pasti amukan menggila kamu sampai. Aduhai anak.. :(

Entah kenapa ringan benar tangan ibu malam tadi. Mungkin kesabaran ibu sudah di tahap puncak. Bila kamu tidur, kesal bila mengenangkan apa yang telah ibu lakukan padamu.. Lantas, jari ibu terus mengadu pada ayahmu. Dan saat itu, air mata ibu mengalir.... :(

Maafkan ibu sayang.... :(

Kisah semalam....

.

Kisah hari ini....

Temujanji bersama doktor klinik Ibu dan Anak Bukit Sentosa. Untuk kesekian kalinya, dan kali ini dapat berjumpa dengan doktor. Last appointment, doktor takde. Nak review tentang result BSP saya..

Kata doktor, tunggu saja appointment bersama pakar dari Hospital Sungai Buloh esok. Sama ada perlu lagi untuk melakukan BSP lagi atau tidak. Dan sejak semalam, hati ini semakin berdebar. Begitu ramai rakan-rakan bertanyakan tarikh adik baby a.k.a baby YN akan keluar. Yup.. Baby YN.. Seperti kakaknya Yasmin Nabilah..nama adiknya juga telah saya pilih... :)

Dan dalam hati..serasa mahu baby YN keluar dalam minggu ini juga. Walaupun dalam hati kecut mengenangkan prosedur yang bakal saya lalui iaitu PEMBEDAHAN... namun ini sajalah cara dan jalan terbaik buat saya dan Baby YN.

Doakan yang terbaik buat saya esok. Gundah hati ini sama seperti mengambil exam haritu. Tak senang duduk saya dibuatnya. Dan yang pasti, saya meminjam kekuatan Abang untuk berhadapan doktor esok... Moga segalanya baik-baik saja dan terbaik buat saya dan Baby YN.. Amin...


17 September 2012

Antara Kakak dan Adik..

Antara kakak dan adik..
Dua-dua ibu sayang..
Dua-dua ibu cinta..
Mungkin ibu tidak boleh terus berkeras lagi..
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..
Doa ibu agar kedua anak ibu sihat dan mampu menjaga sesama sendiri kelak..
Maafkan ibu kakak..
terpaksa memutuskannya untuk kebaikan semua..
Maafkan ibu adik..
kerana ibu juga teramat menyayangimu..dan ibu perlukan kamu demi kakakmu..
Maafkan ibu, ayah ..
Kerana diri ini begitu lemah di hadapanmu..

Ya Allah..permudahkan jalan ibu..
Kuatkan semangat ibu..
Agar kaki ini terus melangkah...

25 August 2012

Sampainya hati mereka...

Semalam, 2 kejadian saya lihat menerusi anak mata ini. Sesungguhnya pada saya sangat meruntun hati dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada saya sekarang ini...

Kejadian pertama :

Saya pulang ke rumah Rawang bersama Nabila sesudah pulang dari kerja. Rindu pada Nabila kerana terpaksa meninggalkan si kecil ini pada neneknya kerana check up adik baby pada hari khamis. Sungguh sunyi rumah bila tidak mendengar suara rengekannya.

Sedang memandu menuju bulatan Batu Caves, mata ini terpandang sepasang suami isteri sedang menunggang motorsikal. Bila kereta saya merapati pasangan tersebut, ternampak tangan kecil di celah kedua mereka. Lantas saya memandang langit dan melihat hujan rintik di cermin kereta saya. Ya Allah, kesian sungguh anak itu. Meredah hujan bersama ibu dan ayah menuju ke Kepong. Serasa mahu berhenti dan menghantar anak dan isterinya ke tempat destinasi. Kemana mereka selepas itu, saya tak pasti, namun apa yang saya pandang..anak itu masih kecil..serasa saya sebesar Amar, dua pupu Nabila. Kira-kira dalam 5-6 bulan..

Jauh disudut hati saya, bersyukur kerana Allah permudahkan rezeki saya untuk membeli kereta dan memberi kepandaian pada saya untuk memandu sendiri tanpa mengharapkan si suami untuk ke mana-mana. Serius saya katakan, wanita kini terutama isteri, harus pandai untuk membawa kereta. Entah tak tahu nasib kita kelak, andai suami dijemput pergi, bagaimana keadaan kita untuk teruskan kehidupan dan menguruskan anak-anak?Seharusnya wanita kini perlu pandai serba serbi...

Doa saya agar anak itu tidak sakit dek terkena air hujan dan moga perjalanan mereka selamat hendaknya.. Amin...

Kejadian kedua :

Saya bersama Abang dan Nabila ke pasaraya berdekatan rumah kerana ingin membeli sedikit barang keperluan dapur. Bila sampai, Abang terus meletakkan kenderaan paling hujung sekali di lot tempat letak kereta. Saya keluar dan Abang sedang menguruskan Nabila di tempat duduk belakang.

Sedang menunggu, saya memandang kereta yang diletakkan bersebelahan kereta kami. Dalam cahaya samar, saya terpandang sesuatu di tempat duduk hadapan. Saya lihat anak kecil, serasa saya seusia Nabila sedang duduk di dalam car seat. Dalam hati ini berdetik..Adakah anak ini keseorangan? Saya cuba meneliti di dalam kereta tersebut. Sah, anak itu ditinggalkan sendirian.  Danj tiba-tiba bunyi pintu kereta Abang berdentum, dan membuatkan anak itu terperanjat. Saya amati lagi keadaan anak itu. Dengan kepalanya bersandar di car seat, dan tangan menggenggam, saya pasti anak itu adalah kanak-kanak istimewa. Mata ini tidak salah memandang.

Saya bercakap pada Abang mengenai anak itu. Bertanya adakah tingkapnya terbuka untuk pengaliran udara. Kata Abang, buka pun adalah sebesar jari kelingking untuk masuk ke dalam kereta. Sangat kecil. Dan saya lihat anak itu seperti kepanasan.

Berbaju melayu biru muda, saya yakin anak itu anak berbangsa melayu. Saya hanya mampu memandang simpati pada anak ini. Abang mengajak saya lekas-lekas membeli barang. Doa saya agar ibu bapanya lekas-lekas pulang dari membeli barang.

Selesai membeli, saya keluar. Mata saya memandang tepat ke arah tempat letak kereta kami. Memastikan kereta Proton Saga itu sudah berlalu pergi. Sangkaan saya meleset. Rupanya, masih lagi di situ. Aduhai..Berapa lama ibu dan ayah anak itu pergi membeli barang? Dan saya tak tahu dari jam berapa anak itu berada di situ. Dalam hati meronta mahu membuka pintu kereta itu. Kata Abang, pastinya berkunci dari dalam. Saya memandang sayu tatkala kereta kami berlalu pergi. Abang lekas-lekas beredar kerana tidak mahu bahang kereta kami masuk ke dalam kereta ibu bapa anak itu. Tak semena-mena, air mata saya mengalir. Marah betul Abang melihat tindakan ibu bapa tersebut. Tak terluah kata dari bibir saya. Hanya menangis mengenangkan nasib anak itu. Doa saya agar anak itu baik-baik saja di dalam kereta.

Sungguh hati saya geram. Sesusah mana anak itu dibawa, harus di bawa bersama. Jangan fikir malu, jangan fikir susah. Allah sentiasa bersama kita. Saya yakin tentang itu. Sudah beberapa kali saya ke pasaraya berkenaan bersama Nabila tanpa ditemani Abang. Saya akui agak sukar, namun saya tiada pilihan. Saya pasti akan meletakkan Nabila di dalam stroller dan menolaknya perlahan menggunakan tangan kanan, dan tangan kiri memegang bakul. Tak sampai rasa hati saya meninggalkan Nabila di dalam kereta keseorangan.

Moga ibu dan ayah anak itu sedar dengan tindakan yang boleh membahayakan anak mereka... :(

19 June 2012

Mata melihat..akal berbicara..

Ahad lepas, saya ke rumah mak. Kerana kami sekeluarga memanggil jiran-jiran untuk 'berkampung' - alah..bincang untuk gotong-royong kahwin...

Memang nampak meriah,namun pada saya agak kurang selesa. Banyak mata yang memandang Nabila. Faham sajalah bila mata dah melihat..faham saja apa yang difikirkan oleh orang yang memandang Nabila.

Bukan saya tak boleh terima semua ini, cuma tak suka mata yang memandang Nabila seperti simpati dengan keadaan sang puteri ini. Ya, saya tahu tak dapat diluahkan dengan kata-kata bila melihat keadaan Nabila..namun apakan daya saya. Takkan nak sorok Nabila bawah tudung periok pulak kan..hehe....

Dalam hati saya cuba memahami. Ramai yang mengusap pipi mulus Nabila. Dan memuji Nabila nampak aktif jika dibandingkan keadaan sebelum ini. Saya cuba memujuk hati agar membiarkan saja apa tanggapan mereka terhadap Nabila dan saya. Yang penting, saya tahu apa yang saya lalui bersama Nabila. Ya, mungkin saya jarang sekali membawa Nabila ke majlis-majlis di rumah mak. Sebab itu saya sepertinya tidak biasa dengan keadaan makcik-makcik flat rumah mak ni..

~melihatkan dirinya, apa sajalah yang dimengertikan oleh anak kecil ini. Moga kita terus kuat ye sayang hidup di muka bumi Allah ini.. InsyaAllah....~