Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label terima kasih.. Show all posts
Showing posts with label terima kasih.. Show all posts

15 May 2014

Rezeki Kakak Nabila..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis di sini lagi. Sabtu last week Ibu, Kakak, Ayah dan Adik dapat jemputan khas sempena Hari Ibu di PWTC. Anjuran IKIM.FM. Kak Raja Rohaisham yang menjemput saya sebenarnya. Dan rezeki ini juga dirasai oleh Alisya Ummi Ita dan Habib Ibu Zura. Sebenarnya memang tak sangka kami antara tetamu khas yang dijemput. Segan rasa bila ada mata-mata memerhati kami tatkala saya menyorong Kakak Nabila masuk ke dewan.

Untuk pertama kalinya ibu melihat artis, Hafiz Hamidun di hadapan mata saya. Dan dia datang pada saya dan bertanya beberapa soalan. Kaget sekejap saya dibuatnya. Nabila pula mujur diam ketika itu.Sebelum tu menangis sewaktu seseorang (tak ingat sapa nama) sedang bacakan sajak Hari Ibu. Dan ketika itu, kakak Nabila menangis beria-ia.. Konon-konon sedih sangat sajak tu. tapi memang sedih pun.. Dok cover je jangan menangis depan orang..huhu..

Masa ni DJ-DJ radio IKIM tengah buat gimik sempena hari Ibu..

Nombor meja kami.. Jemputan Khas -Ibu Anak Istimewa...

Ayah dan Adik.. tumpang tuah kakak.. Alhamdulillah...

Terima kasih kakak Nabila.. Rezeki kami wahai anak.. Alhamdulillah..

Pencetus Ummah Rahmat . Comey je orangnya.. Sejuk mata memandang. Harpnya Naufal akan jadi sepertinya..hehe..

Taraaa.. Hafiz Hamidun. Tengah nyanyi dari album zikir terapi dia.. sejuk je rasa dewan.. :) Rasa nak lolap pun ado.. hahaha.. sebab zikir dia memang saya slalu pasang untuk budak2 ni dengar sebelum tido.. :)

 Adik Naufal macam-macam gaya dibuatnya.. Siap baring2 atas karpet lagi.. adoiyaiii anak..

Paling tak disangka, rupanya ada sedikit sumbangan dan IKIM untuk kali berlima family.. Opss lupa.. Keluarga yang turut sama hadir juga ialah Encik Hasan Suyut, Ayah kepada Atiq Wazif dan juga tuan punya badan yang menjemput, Kak Sham, Abang Fendi dan Annur. Terharu rasa bila menerima sumbangan ini. Ketar gak lutut nak amik sumbangan di atas pentas..

Dan akhir sekali, bergambar kenangan bersama semua yang terlibat. Seronok.. 

Terima kasih pada Kak Sham kerana beri peluang ini. Memang tak terpikir langsung nak hadir ke majlis begini. Tambahan pulak harga tempahan meja makan ni mencecah ratusan ringgit...

Kenangan takkan saya lupakan buat selamanya.. :) Alhamdulillah...

22 April 2012

Alhamdulillah..sudah sampai corner chair..

:: ibu bagi saya sebekas getah untuk main : sensory play ::

:: Tetiba dengar ibu panggil.."Nabila!! . (tah mana tah mata tu dok mencari suara ibu) ::

:: alamak! bekas getah saya jatuh. Aiyyokkkk!! ::

 :: Sebenarnya saya nak amik getah tu..yeayyy dapat pun! ::

:: haaa..boleh pun saya keluarkan getah tu dari bekas...::

*yang tak bestnya..mata tu tah mana-mana tah pandang. Takpelah dik..ibu faham kebolehan kamu. Janji tangan still function untuk merasa benda....*

Alhamdulillah, corner chair yang saya nantikan seminggu lepas, sudah berada di tangan. Terima kasih pada kak Azlina dari Helping Hands membantu membawakan kerusi ini dari Kuching ke KL. Dan terima kasih juga pada Zura ibu Habib mengambil kerusi ini dari tadika kak Nina.. :)

Dan paling tak lupa..terima kasih pada Morni kerana telah membayar kerusi ini untuk Nabila. Katanya sempena hadiah hari lahir Nabila. Beruntung sungguh si kecil ini. Moga Allah sentiasa murahan rezeki Morni sekeluarga.  Amin.. InsyaAllah.. :) *mood terharu sebab tak pernah bersua muka, namun hatinya mulia sanggup mengeluarkan duit untuk si kecil ini*

18 January 2012

Aquatherapy Nabila @ home

Sebenarnya, banyak saja perkara yang ingin saya luahkan di sini. Entry lepas pun, entry tahun 2011 sepatutnya. Serius..Saya agak sibuk kebelakangan ini dan rasa seperti tak cukup 24 jam. Terkejar ke sana sini membuatkan rasa penat. Bukan hari biasa sibuk bekerja..malah hari cuti juga.

Entry kali ini masih berkisar tentang perihal sesi terapi Nabila. Beberapa minggu lepas, saya membuka semula pool yang kami beli suatu ketika dulu..

~gambar lama..Ayah dengan Bella...Tengok tarikh pun tau tu gambar lama.. :) ~

Kali ini saya pula yang bersama Nabila. Saya memang tak berani nak tinggalkan dia seorang. Tambahan pula kolam besar..Apa ada hal kalau saya mandi bersamanya... :)

Cik Bella yang takut-takut..hehe..

Mana saya? Adalah..kat tepi sudut kolam sambil tengok Nabila sendirian..Bila tengok serba tak kena..saya datang..Tapi banyaknya dia duduk bersama saya..hehe...

Ok..habis cerita tentang renang... 

Next week kami akan ke Jakarta. Bercuti rehat di sana. Bukanlah banyak duit pun..Hanya temankan adik membeli barang persiapan perkahwinannya pada bulan Jun nanti. Alang-alang, nak dedahkan Nabila juga. Dan inilah pengalaman kami membawa Nabila menaiki kapal terbang. Cuak rasa... 

2-3 minggu lepas, sibuk saya menyiapkan pasportnya.. Dan paling suka gambar ini...


Sempat lagi senyum sengih di hadapan kamera. Susah betul nak ambil gambarnya. Adik saya komen..kenapa lah saya pakaikan Nabila dengan baju tanpa lengan. Alamak, manalah nak perasan. Plus baru balik sekolah time ni. Tak sempat nak tukar baju semua bagai..hehe...

Apapun..inilah update saya yang tak seberapa ni. Kalau ikutkan memang tak dapat nak menghadap blog (ketika entry ini ditaip). Kebetulan Cik Bella tengah tido kepenatan balik sekolah. So, saya curi masa sekejap jalan-jalan kat blog kawan-kawan.. :) Pada yang tak jemu singgah sini..terima kasih yek sudi datang membaca di sini.. :)


26 October 2011

Terima kasih...

Entry khas buat mereka yang banyak menyumbang pelbagai perkara untuk Nabila... :)

Sebenarnya saya teringat kepada beberapa insan yang banyak membantu saya dan Abang dalam membesarkan Nabila. Tak kira dari segi kewangan , peralatan permainan, malahan kata-kata semangat serta doa.

Sesungguhnya di sana masih ada insan yang baik dan masih sudi menerima Nabila seadanya. Saya sangat-sangat berterima kasih pada mereka ini.

Jauh di sudut hati saya, saya terharu dengan pemberian kalian.Walaupun ada yang sudah tidak lagi bertanya khabar, namun dalam hati saya, saya terus sentiasa ingat akan mereka ini. Walaupun pemberian itu kecil nilainya, saya menerimanya dengan seikhlas hati saya. Jujur saya katakan, andai Nabila tahu akan perkara ini, pastinya mulutnya bertanyakan insan-insan mulia yang sudi memberinya pelbagai jua bentuk pemberian ikhlas buatnya.

Doa kami buat mereka, agar kehidupan mereka terus bertambah baik dan dimurahkan rezeki sentiasa. Moga Allah permudahkan jalan mereka sepertimana Allah permudahkan jalan saya untuk Nabila. Terima kasih dari saya dan Nabila untuk semua....

p/s : Moga insan-insan ini membaca entry ini. Sungguh hati saya ingin mengetahui berita terkini perkembangan mereka.......

21 February 2011

Nabila saya sudah kembali..!! Alhamdulillah... :)

Ya, balik saja dari pejabat, saya nampak Nabila sedang duduk di dalam Bumbo. Dan bila saya memanggil namanya di muka pintu, dia memandang tepat ke arah saya.Wah!! Anak ibu dah ok dah.. :) Pagi tadi cukup buat ibu risau!

Bermain dengannya membuatkan hati saya lega. Saya nampak Nabila senyum, dan apabila digeletek, dia ketawa. Ya Allah.. Nabila dah kembali.. :) Saya sangat rindukan tawanya!

Dan dirinya sangat baik. Tiada lagi tangisan. Dan senyuman menghiasi bibirnya. Tak sabar untuk pulang ke rumah. Kerana saya telah membelikan sesuatu untuknya semalam. Dan semalam tak sempat untuk bermain. Nabila tidur awal .

Sampai saja, saya terus membuka flash card yang baru saya beli semalam. Dan saya nampak Nabila memandang ke arah flash card tu sambil tersenyum. Aduhai anak! Adakah kamu sudah memahaminya.. ?

~Antara flash card yang saya beli dan buat sendiri..hurm..tak banyak koleksinya..~

Dan sempat saya melakukan pelbagai aktiviti dengan Nabila. Serius..mood Nabila sangat baik sekali. Saya banyak melakukan rangsangan motor halusnya..

~Nabila kena banyak praktis main ni..Chain linkers~

Saya dapat tahu dari blog rakan-rakan, membeli barang-barang ini di Summit USJ. Semalam, selepas kami ke KLCC, kami terus ke Subang Jaya. Pada awalnya kami makan terlebih dahulu di MacD. Nabila mengamuk sakan di sana. Lantas, kami makan selaju yang boleh (sampai saya bisik kat Abg, kata kami makan dah macam ular..main telan tak kunyah..hehe..)

Jumpa saja kedai, saya melangkah masuk, Nabila terus diam. Dan saya mencari permainan yang sesuai untuk Nabila. Hurm..kedai yang agak bagus..dan saya seperti rambang mata. Cuma saya harus pilih mengikut kesesuian Nabila. Cuma 2 permainan terpaksa menunggu stok lain. Sudah habis! 
~Chain linkers dengan puzzle je saya beli. Tambah dengan flash card. Puzzle tu sebenarnya nak beli yang lain. Nak beli yang jenis shape punya..tapi dah habis. Hurm..jadi beli jelah yang ni..hehe.Yang kayu kayan tu bukan ek..tu beli dah lama dah..~
Abg tanya, saya ada janji dengan Nabila nak beli barang mainan dia ke? Sampai tak kasi chance ayah dan ibu nak makan dulu. Menangis dalam Mall .Tapi bila sampai kedai, terus-terus diam kat kedai tuh!
Saya kata tak..tapi tak taulah kalau Nabila tahu niat hati saya..

Hehe.....

Nampak tadi, Nabila bermain atas bola, seronok bukan main lagi. Siap angkat-angkat kepala lagi. Selalu kalau nak main..mesti saja mulutnya bising. Ni entah apa hanginnya..baik sangat..!! Saya pun tak nak lepaskan peluang ni. Lama benar Nabila berehat. Kali ni nak pulun Nabila habis-habisan.. :)

 ~saya yang dah baik..~

Alhamdulillah..Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan Nabila :)

15 February 2011

Berubah!

~Ni sticky post...Kalau nak baca entry baru yang lain..sila scroll ke bawah ek..~

Officially..Nama blog ini sudah berubah dari ..

"Buat Anakku Yasmin Nabilah"
kepada
"Kasihku buat Nabila"

Tiada apa yang berubah sangat pun..cuma mahu perubahan nama je..Nama Nabila tetap ada pada nama blog kan.. :)

Rupanya tahun ini merupakan tahun ke 3 saya menulis di sini. Dan segala perjalanan bersama anak ini telah saya tulis di sini. Bila di baca semula, rupanya kami telah jauh melangkah. Tak sangka, dulunya Nabila penuh dengan wayar yang berselirat..kini anak ini terus membesar di hadapan saya.

Terima kasih atas sokongan dan doa kalian pada blog ini. Tak terucap dek kata-kata kerana terharu dengan kata-kata semangat dan doa yang telah kalian berikan pada kami sekeluarga.


~Terima kasih semua~

19 November 2010

Berdebar...

Sepanjang minggu ini kekalutan menguasai diri. Cuti sehari ketika AidilAdha yang lalu sepertinya tidak membawa erti yang besar kepadaku. Namun aku tetap bersyukur dipanjangkan umur dan diberi peluang sekali lagi untuk merayakan Hari Raya AidilAdha bersama keluarga.
Aku ada menyatakan tentang rasa gusarku terhadap kursus Montessori yang bakal diadakan esok. Gusar kerana tidak dapat menimba ilmu di sana. Namun, aku bersyukur, Allah telah memberi jalan kepadaku. Terima kasih tak terhingga kepada Mamanurin kerana sanggup membiayai aku untuk kursus ini. Ya Allah, tak terhingga ucapan syukur ini kepadaMu. Yang telah memberikan laluan ini kepadaku. Dan kepada Mamanurin juga, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mama kepada Nabila. Sungguh aku rasa terharu dengan kemuliaan hati wanita ini. Walaupun kami tak pernah bersua, hanya mendengar suara melalui telefon, cukup menggambarkan hati ini sayang pada Mamanurin. Terima kasih mama atas support dan semangat yang diberikan kepada diri ini. Ina sentiasa mendoakan agar apa yang mama hajati tercapai...Amin.
Dan harapnya , aku mendapat ilmu agar dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Doakan segalanya berjalan lancar dan niat untuk aku berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain tercapai. Amin....
Untuk Nabila, tiada apa yang ibu harapkan selain mendapatkan ilmu itu untukmu sayang. InsyaAllah, ibu akan cuba apa saja yang terbaik buatmu.

02 August 2010

Yeah... bilik sudah bertukar!


Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan bilik untuk Nabila. Bukan apa..bilik ini akan menjadi tempat Nabila untuk bermain dan melakukan terapi di situ. Selama ini aku hanya melakukannya di ruang tamu. Kerap kali juga kaki ini tersepak mainan Nabila. Dan nampak ruang tamu kami agak tidak teratur dek kerna barang mainan Nabila.

Tak kisahlah andai bilik ini digunakan. Dan yang pastinya rumah aku kini tiada lagi guest room. Rumah kecil..lagipun jarang benar yang menumpang tidur. Kebanyakan yang datang semuanya mahu tidur di ruang tamu. Sejuk kerna ada air cond. Di bilik sememangnya panas...!

Apapun..aku mahu manfaatkan sepenuhnya bilik ini. Ingin memasukkan TV sekali untuk memudahkan aku menayangkan video-video education untuk Nabila. Bila difikirkan..melihatkan barang-barang banyak ini..perlbagai perkara yang boleh kulakukan dengan Nabila. Kini ku nampak apa yang boleh Nabila bermain.Selama ini..apa saja mainan di depan mata.. ku sambar. Sudahnya ada saja mainan yang tak dapat dimain oleh Nabila.

Kebanyakan mainan adalah sumbangan dari orang-orang tertentu. Dan aku sangat berterima kasih pada mereka. Semuanya jauh-jauh belaka. Dan pastinya aku amat berterima kasih pada seorang insan ini. Dia telah banyak membantu aku. Jauh beribu batu dari Malaysia. Namun hati luhurnya buat aku tersentuh. Tak terbalas jasanya kepada kami sekeluarga. Moga segala dipermudahkan untukmu wahai sahabatku.

Untuk yang lain..andai berkunjung ke rumah kami..bolehlah menggunakan bilik ini untuk anak kalian. Terutama anak yang senasib dengan Nabila. Akan dimanfaatkan untuk semua anak-anak ini. :)InsyaAllah andai di murahkan rezeki Nabila, akan bertambah lagi alat-alat terapi untuk Nabila.

14 July 2010

Akhirnya mendaftar di PDK juga...

Atas nasihat kawan-kawan tempohari..akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghantar Nabila ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Dan tempat yang aku pilih hanya berdekatan dengan rumah mak.Iaitu PDK di Gombak Setia. Dan aku telahpun selamat mendaftar Nabila disitu tadi. Hanya pergi berseorangan dengan perasaan berdebar. Nasib baik pekerja di situ peramah. Alhamdulillah..sekali lagi jalan yang ku lalui dipermudahkan..:)

Aku tahu..agak terlambat juga aku bertindak. Namun..lagi terlambat jika aku langsung tak lakukan apa-apa. Aku akan ke PDK sekerap yang mungkin. Atau sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Tentang Tasputra? Aku akan cuba ke Tasputra Jumaat ini. Akan aku serahkan surat permohonan pengurangan bayaran kepada Puan Grace. Harap ada sedikit harapan melalui surat ini. Aku sayang meninggalkan Tasputra. Sungguh sayang rasanya hasil usaha aku 3 bulan lepas untuk memasukkan Nabila mati di tengah jalan. Aku harap pihak di sana faham dengan situasi aku sekarang ini.

Tiada apa yang aku mampu luahkan selain dari mengucapkan syukur kepada Allah. Ada jalan untukku dalam membesarkan Nabila. Kepada semua pembaca setia blog Nabila, terima kasih diucapkan atas kata-kata semangat kalian. Tak terbalas segala jasa yang kalian berikan dalam membantu kami untuk membesarkan Nabila. Walaupun kecil..sangat berharga buat kami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. TERIMA KASIH.. :)

10 June 2010

Rezeki..rezeki..

Petang tadi, rumah mak dikunjungi posmen. Satu bungkusan yang datangnya dari Papa Aicha.. :)

Meriahkan patung-patung ini.. :) Tak sangka sekotak Papa Aicha bagi kat Nabila..

Encik Mahathir @ Papa Aicha ada mesej pada aku minggu lepas..Niat mahu memberikan sesuatu untuk Nabila . Terima kasih banyak-banyak. Tak sangka Nabila dapat banyak patung ..hehe..Untung betul Nabila..Rupanya di luar masih ramai yang sayang padanya walaupun tak pernah bersua muka.. Terharu betul rasa.. :)

Papa Aicha ni ada kedai tau..Jual permainan secara bundle.. klu sesiapa nak singgah membeli..silalah ke blog dia yek.. :) ni link dia.. (promote sket yek Papa Aicha..)..

Rezeki masa di Teluk Senagin pun banyak gak..Hurm..happy giler..sebab dapat hadiah banyak..Hadiah gathering plus ngan hadiah birthday Nabila dan aku.. :)  ( Patutnya dimasukkan masa entry Teluk Senangin aritu..tapi..tah terlupa pulak..hehe)

Banyak kan..semua rezeki Nabila.. Alhamdulillah.. :)

p/s : Betul kata mak..rezeki anak istimewa ni murah betul..Tak pernah rasa susah sejak Nabila lahir ke dunia ini. Ada saja jalan Allah berikan buat kami sekeluarga dalam membesarkan Nabila. Syukur.. Alhamdulillah.. :)

02 December 2009

Kali akhir ini..

Hari ini Nabila ada appointment dengan Puan Sally. Seperti biasa, dia menyapa kami tatkala kaki melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.

Nabila pula kelihatan ceria hari ini. Tiada suara tangisan kedengaran. happy sangat dan buat semua exercise dengan baik.Puan Sally dok puji2 Nabila..Kata Nabila baik..tak nangis2..hehe..Tapi mmg iya pun. Nabila klu dengan Puan Sally, dia diam..Puan Sally kan lembut orangnya.

Dan Nabila kini sudah mula menggunakan tangan kanannya untuk posisi merangkak. Cuma tangan kiri yang masih agak 'kaku' . Puan Sally mengakui semua itu. Ada juga perubahan walaupun sedikit.. :)

Berbual ngan Puan Sally dan tiba-tiba katanya, tahun depan dia tak lagi bekerja di Rehab lagi. Dan tidak lagi memegang anak2 kecil seperti Nabila. Dia akan bertukar dengan Puan Rokiah pada tahun depan. Duduk di wad katanya. Aku bertanya adakah dia suka dengan pertukaran itu? Katanya dia dah mula sayang di sini. Aduhai..sedih rasa hati. Walaupun sekejap Nabila mendapat 'sentuhan' dari dia, aku dapat rasakan Nabila dan Puan Sally serasi. Lihat sahaja sejak mula dia melakukan rawatan bersama Puan Sally. Jarang benar menangis jika di bandingkan dengan rawatan Fisioterapinya. Dan hari ini merupakan hari terakhir Nabila bersama Puan Sally.

Dia akan mula bercuti pada 10hb. Pulang ke kampung untuk menyambut Krismas di sana. Sempat juga kami bergurau dan menyanyikan lagu 'Merry Christmas' untuk dia..hehe

Buat Puan Sally..Terima kasih atas segala nasihat yang diberikan. Harap dapat lagi sentuhan Puan Sally tahun 2011 nanti.Hurm..tapi takkan Nabila asyik kat kelas yang sama kan? Nabila kena la 'grad' ke kelas yang berikutnya..Takkan sampai besar nak duduk kat situ.Sedih rasa.. Dah selesa..kena tukar orang lain pulak.. :(

Ni lah gambar-gambar terakhir Nabila bersama Puan Sally..next appointment 14 Januari..hehe..saja lambat..malas nak awal2..huhu..

Nabila budak paling baik hari ini..hehe..diam jer..buat ajer apa yang Puan Sally suruh..hehe. Bagus..bagus! Puan Sally pesan kat Nabila..nanti Nabila kena move class tau..kena gi class kat sebelah..blajar ABC pulak..Nanti klu dah pandai jalan..klu jumpe Puan Sally kenala tegur yek nak..! Terima kaceh Puan Sally..!

..............................................................................................................................................................


Dah 2 hari dah Nabila start belajar tidur di katil sendiri. Akhirnya bukak jugak katil Nabila ni. Ibu ngan ayah dah makin sempit klu tido ngan Nabila..hehe..Ibu risau je Nabila terhimpit dengan ayah..Ayah klu tido mmg tak sedar..! huhu..ruang bilik semakin sempit..puas la adjust barang2 dlm bilik nih..

simple jer katilnya..tak tau nak letak apa..hurm..mainan? nantilah..Untuk keselamatan..baik di tutup segala lubang yang ada..huhu..Nabila lasak..mau kaki termasuk kat celah-celah 'bedah' tu!

20 July 2009

Kepada semua followers..

Assalamualaikum..Entry ini khas buat semua followers blog Yasmin Nabilah. Sedar tak sedar dah hampir setengah tahun aku ber'blog' dan mencurahkan segala pengalaman aku dalam menjaga Nabila. Buat mereka yang ikuti blog ini..aku ucapkan terima kasih. Sebab tanpa kalian, aku juga tidak dapat mengutip pengalaman dan segala pendapat yang telah kalian berikan untuk aku menjaga anak seistimewa Nabila. Tak terbalas rasanya jasa kalian yang telah memberi semangat pada aku dan abg untuk meneruskan hidup dan berusaha untuk memulihkan Nabila. Bagi aku sokongan kawan-kawan amat penting. Walaupun kawan-kawan dari alam maya yang aku sendiri tidak pernah kenal dan bersua muka.

Aku dapat banyak 'feedback' dari apa yang aku tulis. Bagi aku hanya 1 sahaja niat di hati ini. Untuk membantu dan mendapatkan maklumat serta menjalinkan silaturrahim sesama mereka yang punya nasib yang sama seperti aku. Bukanlah populariti yang dicari, aku cuma mengharapkan segala apa yang aku curah walau tidak sebanyak mana inputnya, dapat beri manfaat pada ibu bapa di luar sana. Aku dan Abg juga bukanlah insan yang 'perfect'. Bukan insan yang telah berjaya merawat Cerebral Palsy. Bagi aku bukan mudah untuk mendekati kejayaan. Kesungguhan dan berkat kesabaran serta dorongan keluarga dan kawan-kawan lah yang telah buat kami sekeluarga bangkit.

Namun, apa yang dicoretkan disini tidaklah sebanyak mana. Ini sekadar pengalaman aku sahaja. Aku mengharapkan ada lagi insan-insan yang sudi bercerita tentang anak mereka..tentang pengalaman mereka dalam mendidik anak-anak istimewa. Bukan niat untuk membuka pekung di dada..Niatlah untuk membantu sesama insan di kalangan kita yang mungkin tidak bernasib baik seperti orang lain. Blog Nabila ini sendiri di inspirasikan melalui penulisan Kak Amalina. Ya, Kak Amalina lah blog yang pertama sekali aku buka. Blog yang bernama All About Nurul Afiqah.. Cuma aku ketika itu menjadi silent readernya sahaja. Dan kemudian aku cuba ingin berkongsi maklumat aku tentang Nabila, sama seperti apa yang telah di buat oleh Kak Amalina. Cerita yang sama iaitu Cerebral Palsy.

Pada semua, terima lah hadiah tidak seberapa dari Nabila buat semua..



Dan aku telah menerima satu poems dari Zalina iaitu qasehaina.blogspot.com. Poems ini dicipta oleh ibubapa yang punya anak austime di JB dan telah di ubahsuai oleh Dr. Alina. Zalina memberikan poems ini kepada saya kerna poems ini banyak memberi kekuatan mental kepadanya. Dan ia telah berikan poems ini kepada saya melalui email tadi . Terima kasih Zarina..:)

I`m sending u a special child to cherish in my name,
For u to love with all ur heart n teach her juz the same,
For she is not like other babies, nor will ever be,
But u can love her just the same n take care her 4 Me,
She may not hear. see or run or learn as other do,
but she'll be yours and she will take her guidance all from u,
The road is hard, she'll break ur heart,
You'll cry a million tears
But I promise when she smiles at you,
the pain will dissapear,
I know you'll cry "why she, why us" but I needed the teachers true,
And that is why we care and trust i've selected you,
so please don't turn ur back on her, although she may be slow,
if you'll accept her as she is, together u will grow,
she needs to learn the skills of life,
for that i've chosen u,
and with ur love to guide her
i'll know u see her through
don't try to see the future, i promise that to none,
just live each other all it's worth
and enjoy my special one

11 April 2009

Kasih nenek dan opah pada cucunya..



Assalamualaikum..entry kali ni aku tak de benda nak cerita sebenarnya..sekadar menunjukkan gambar kedua org tua aku..yang atas sekali tu gambar mak aku dan gambar kedua iala gambar mak mertua aku..dan org yang paling beruntung sekali ialah Nabila..Sebab apa? Dua2 Nenek dan Opah dia syg benar kat dia..yelah Nabila kan satu2 nya cucu dlm kedua2 keluarga aku dan abg.dan pulak Nabila dah mcm ni..kasih tu amatla berlebih2..hehe..jgn manja sgt sudah..kang tak jadik org...!

Apapun aku ingin mengucapkan terima kasih yang teramat sgt pada kedua2 insan ini..mereka sanggup berhabis-habisan menjaga Nabila..Kalau takde kedua-dua mak aku..dah tentu aku pun jadi bingung gak nak jaga Nabila..sebab pada mereka la aku jadikan sebagai perujuk..lagi2 Nabila mmg perlukan perhatian lebih..Terima kasih mak..sebab sudi menerima Nabila seadanya..dan Nabila pun dan semakin menunjukkan sifat2 yang positif.. dengan kasih sayang telah kalian berikan padanya!