Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

25 June 2013

Menguruskan anak istimewa : Makan

Assalamualaikum...

Entry kali ini pula berkaitan dengan cara Nabila makan. Ramai ibu bapa yang mempunyai anak istimewa mengadu sukar untuk memberikan anak mereka makan. Terutama yang mempunyai masalah menelan.

Nabila suatu ketika dulu pernah menghadiri terapi pertuturan atau speech therapy untuk sesi swallowing. Orang fikir pergi  Speech Therapy untuk belajar bertutur namun tidak pada Nabila. Dia belajar untuk menelan makanan dengan urutan beserta urutan yang perlu saya lakukan untuk merangsang saraf menelannya.

Pernah dulu saya give up, tension kerana masalah menelan Nabila yang serius. Salah satunya adalah menangis ketika makan. Sehinggakan saya dah tak sanggup melihat Nabila menderita kerana susah memberikannya makanan. Saya tahu dia agak fobia apatah lagi benda yang dia sendiri tak pasti apakah yang disuap oleh saya ke dalam mulutnya. Apa yang dia tahu hanyalah menangis, menangis dan menangis. Mak saya sendiri yang menjaganya beberapa kali give up dengan tindakan Nabila. Susah untuknya sebagai orang tua yang tiada pengalaman dalam membesarkan anak istimewa..

Masih ingatkan kalian Nabila pernah dihantar ke Tasputra? Ya, dari situlah Nabila pandai untuk makan dan mengunyah sendiri makanannya. Umur berapa baru berhenti menangis masa makan? 2 tahun ok..2 tahun saya melayan kerenah makannya itu. Sabar tak sabar jelah saya dengan kelakuannya sepanjang 2 tahun tersebut.

Banyak lagi kisah Nabila tentang makan yang pernah saya ceritakan dulu.. semuanya ada dalam label MAKAN . Boleh tengok dan baca apa yang pernah saya coretkan dahulu..

Kini Nabila makan di pangkuan saya. Pernah saya belikan feeder seat untuknya.. Alah..yang ni...


..tapi sayangnya Nabila pernah terjatuh kerana seat ini talinya sudah rosak... :( Terus dah tak pakai dah..huhu...

Berat dan kadang-kadang memang lenguh badan pegang Nabila masa makan. Namun, apakan daya saya. Nabila tak boleh makan terlalu rendah posisinya atau tak boleh tinggi sangat posisinya. Proses menelannya memang mengambil masa untuk pulih. Makanya saya harus rajin untuk stimulasi dan bersabar lagi...

Mungkin saya perlu memohon bantuan perolehan kerusi feeder seat baru untuk Nabila. Mungkin melalui JPA barangkali. Tengoklah jika ada kesempatan untuk saya apply ke JPA nanti..

Harganya mencecah ribuan ringgit. So terpaksa telan air liur dulu kalau nak beli..huhu...

Sian kakak Nabila. InsyaAllah, andai ada rezeki kita, ibu pasti belikan kerusi ini untuk kakak.. Doakan rezeki kita murah ek kakak...Amin..

18 December 2011

Seleranya bertambah... :)

Ya..saya agak happy sejak dua menjak ni. Saya perasan Nabila semakin kuat makan dan minum susu... :)

Dulu saya memang susah hati. Makannya hanya sedikit. Ya, setiap hari saya beri Nabila makan sebanyak 3 kali. Di waktu pagi saya berikan biskut yang di patah-patah kecil sebanyak 4 keping. Selalunya biskut Tiger lah (kunun-kunun nak kuat cam tiger...hehe). Biskut dicicah bersama air minum pagi. Dan selalunya mesti habis 4 keping tu kalau makan dengan saya. Kalau kat sekolah tak pasti pulak....

Tengahari dalam jam 1-2 petang saya akan berikan Nabila makan lagi. Kadang-kadang terlewat sampai jam 3 petang. Tapi waktu petang macam ni Nabila memang tak makan banyak. Selalu semangkuk tu payah sangat nak habis. Kadang-kadang hanya 2-3 suap je. Kenyang lagi kut. Yelah..lepas breakfast, Nabila mesti ambil susu at least 2 kali.Manalah tak kenyang dik....

Jam 5-6 petang, saya akan suapkan nasi sekali lagi. Sebelum itu saya selang selikan dengan susu juga. Kadang-kadang saya sengaja lajakkan sehingga jam 7 malam. Nak bagi Nabila betul-betul lapar. Barulah dia makan banyak. Dan kemudian selepas itu, bermain dan bermain sampai letih. Mintak susu dan terus tidur.. :)

Bila setiap hari begini, saya nampak Nabila sudah tahu rutinnya. Anak Brain-Injured ni kalau di ajar perkara yang sama setiap hari, sure dah di setkan dalam mind dia. Contoh macam Nabila. Setiap pagi sebelum mandi, saya akan gosok giginya dahulu. Secara automatik dia akan buka mulutnya untuk digosokkan. Comel bukan? hehe... Dulu bukan main susah nak suruh buka mulut. Sekarang dah tahu gosok gigi tu dah jadi rutin harian sebelum mandi pagi.. :)

Macam makan jugak, Nabila memang susah nak makan nasi tanpa blend. Bila dah diajar sejak umur 2 tahun, Nabila boleh terima, walaupun pada waktu itu, setiap kali makan, mesti dia akan menangis. Betul kata mak, nak tak nak mesti kena ajar Nabila makan nasi. Kalau tak, sampai bila-bila pun Nabila takkan boleh makan nasi sendiri.

Semua yang saya lakukan bukanlah terus menerus saya dapat. Bertahun lamanya saya mengajar Nabila itu dan ini. Ya..BERTAHUN..!! Bukan mudah. Lebih-lebih lagi anak HIE Stage 3. Dengan masalah matanya lagi..Saya terus berusaha selagi daya saya. Semua untuk si kecil ini. Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan puteri hati saya dan bertanya khabar mengenai perkembangan Nabila.. :)

17 August 2011

Ibu 'menyogok' Nabila

Huh..hari yang membosankan sebenarnya. Cik Abang kerja.. dan kami hanya berada di dalam rumah sepanjang hari. Melayan si kecil Cik Bella. Nak duduk depan rumah main buai pun tak boleh . Pasal ada orang Indon kat depan rumah tengah renovate laman kami. Bosan..Sangat bosan..huhu...

Huhu..Apa kes menyogok si Cik Bella nih..?

Takdelah..Tadi masa makan, macam biasalah..payah benar si Bella ni nak buka mulutnya. Huh!! Macam ada intan emas dalam mulutnya. Karang tak bagi makan nanti, kata ibu dera anak pula. Perut lapar. Tapi tak mahu makan. Padahal menu sedap je..Sup Ayam..!! Ibu pula yang naik terliur...Haishhhhh!!

Puas la memujuk. Sudahnya saya petik la dua nama ni. Adik Ra'id nya dan Alisya. Huh.. Bila ibu cakap..

"Adik Ra'id..Adik Ra'id mamam ni... Sedapnyer...." Siap buat mulut berdecap-decip lagi. Hehehe.. Yang si Bella ni terpinga-pinga la bila dengar saya sebut nama Adik Ra'id nya. Tercari-cari la konon.. Hahaha..

"Ok..Adik Ra'id mamam ni...Tengok Kak Min tak nak makan ni..Adik Ra'id makan..sedap...!!"

Si Bella ni barulah nak buka mulut. Itupun ciput je.. Huh!! Tekan sikit sudu..dapat pun masuk ke dalam mulutnya.. :)

Lepas tu, sogok lagi.. Kali ni nama Alisya pulak..

"Alisya..Alisya mamam ni.. Sedap ibu suap.."

Muahahaha..Bella terus buka mulut. Heheh..Pastu tersengeh-sengeh dengar nama Alisya..Huh!! Nama pun kembar..Rindulah tu..Padahal baru je jumpa Ahad lepas..

Huh! Bukan mudah tau. Lebih-lebih lagi Nabila yang memang cerewet bab makan ni. Nak yang sedap je. Saya baru perasan. Rupanya Nabila memang suka kicap. Huh! Sebijik ayahnya. Kalau saya memang tak suka kicap. Entah. Takde rasa originalnya kalau tambah kicap. Hehe..

~Muka masam je..Tapi perut sudah kenyang..Nak lelap lah tuh..hehe..~

p/s: Alhamdulillah..Demam Nabila sudah kebah. Pagi tadi Nabila menangis. Macam 'cik **wan' dia datang. Saya teringat kata-kata Kak Yusnita yang urut Nabila dulu. Dia kata kalau 'cik **wan' datang, cari  sehelai rambut yang tegak mencacak. Lepas tu cabut. Saya cuba pagi tadi. Nampak ada satu rambut yang tegak mencacak. Saya cuba cabut. Lepas cabut tu dia diam. Terus ok.. Hurm..Tak pasti ianya ok ke tidak..Cuma saya cuba je. Alhamdulillah..Nabila nampak better dari sebelumnya..



19 July 2011

Tukar kepada lain?

Saya membaca entry Jiey yang ini. Dan banyak menceritakan tentang khasiat susu yang di minum oleh Rayyan.

Pernah dulu saya berkira-kira untuk menukar susu Nabila. Susu sekarang? Rasanya antara susu termahal kot kat Malaysia. Tapi mahal pun tak guna bila berat badan Nabila tak naik-naik. Kata doktor itu adalah susu terbaik untuk anak lebih-lebih lagi untuk anak seperti Nabila.

Ini bukanlah masalah kewangan yang ingin saya ceritakan. Ini lebih berkisar tentang kesihatan Nabila. Saya tak kisah duit keluar banyak mana janji Nabila benar-benar sihat dan dapat cukup nutrien yang diperlukan dalam badan.

Bila saya utarakan masalah ini kepada doktor peads, mereka memarahi saya. Sepertinya mereka mahu saya meneruskan susu jenama Pediasure kepada Nabila. Semuanya kerana berat badan.

Ya, dengan berat sebanyak 8 kg..dan umur 3 tahun, sah-sahlah doktor bising kenapa Nabila tak naik beratnya. Habis tu, apa lagi yang harus saya buat? Nabila bukan tak makan nasi. Makan tau! 3 kali lagi kalau kat rumah. Tapi kat sekolah rasanya 2 kali kut. Tapi kira tetap 3 kali jugak lah sebab saya akan bagi makan lagi selepas pulang dari sekolah.

Saya memikirkan untuk menukarkan susu kerana Nabila kini kerap sangat demam dan selsema. Hampir setiap bulan pasti akan demam. Nampak sangat antibodi tak berapa nak kuat... :(

Ada cadangan tak susu khas untuk antibodi ni? serius blur. Kalau ok..boleh syorkan pada Abang untuk dipertimbangkan penukaran susu Nabila.

p/s: pediasure pun buat Nabila sembelit gak nih..huhu..

14 May 2011

Ala-ala serabut gitu...!!

Bukan serabut apa pun..

Cuma....

~Rambutnya yang sudah terlalu panjang. Nak potong sayang.. !!~

Huhu..Memang sayang rambut anak dara ni. Asyik dengan fesyen rambut pendek, teringin pula nak biarkan rambutnya panjang. Tapi kesian, setiap kali nak sikat, sure kena hati-hati..Sebab Nabila ni rambutnya ikal..Macam ayah dia!! Tapi kalau bela panjang sure cantikkan. Ala-ala ikal gitu.. :)

~sabar ek ibu..rambut Nabila nanti sure boleh ikat punya..muah untuk bebear ummi..~

:)


p/s: makan bubur ayam + sayur bayam. Sedap tapi makan sikit jer. Agaknya tak 'buang' lagi. Tu pasal tak lalu nak makan..huhu..

04 March 2011

Rindu..air mata mengiringi perjalanan ini..

Semalam, sebelum berangkat ke Cherating, saya berbual dengan Abg. Berkisar hal Nabila.

Saya meluah rasa hati saya pada Abg mengenai sekolah Nabila. Kami berbincang, dan cuba mencari penyelesaian kepada hal sekolah Nabila.

Sebenarnya, saya agak kecewa. Kelmarin, saban waktu saya mencari maklumat mengenai sekolah lain. Dan hasilnya tidaklah seperti yang saya jangkakan.

Dan kata Abg, dia hanya menurut kemahuanku. Dan cuma, ada beberapa perkara tidak dipersetujuinya. Abg tahu saya melakukannya kerana memikirkan mahu yang terbaik buat Nabila. Cuma Abg risau andai ianya berlebih dari kemampuan kami.

Ya, saya tahu batas-batasnya. Entah kenapa air mata saya mudah benar mengalir semalam. Saya memandang sayu wajah Nabila sedang lena di dalam kereta. Maafkan ibu adik, Ibu bukanlah ingin menunjukkan rasa hati ibu pada adik. Namun semalam, hati ibu rapuh sangat bila mengenangkan dirimu.

Dan semalam juga, Nabila bertemu janji dengan pakar dietetik. Kata dietician tersebut, bilangan skop susu Nabila perlu ditambah. Sebenarnya dietician tu pelik, kenapa kami mengurangkan skop susu Nabila. Kami tidak mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Rupanya baru saya ingat. Saya mengurangkannya kerana risaukan badannya yang tidak boleh menerima susu tersebut. Dan sekarang, selepas pulang esok dari Cherating, saya akan cuban menukarkan menu untuk Nabila.

Semuanya perlu di tambah dengan Carborie. Dan juga MCT oil. Makanan seperti bubur nasi untuk Nabila juga perlu saya letakkan Carborie dan minyak zaitun. Seperti biasa juga, roti yang selalu Nabila makan, Butterscotch dari Gardenia adalah merupakan pilihan jenis roti yang tepat untuk anak-anak seperti Nabila. Hurm..standard la budak suka manis. Bagi aiskrim sundae coklat Mac D pun dah pandai demand. Nak yang coklat je.. Siap mulut tu bercepak-cepuk bila dapat rasa coklat tu..hehe..

Dan malam tadi, saya menelefon rumah mak. Mahu mendengar suara si kecil ini. Bila gangang bertukar tangan, saya mendengar suara Nabila..

"Buuuuu...uuuuuuu...huuuuuuu"

Ya Allah, rasa nak menitis air mata ni bila mendengar suara halusnya. Nabila pasti mencari saya sekarang ini. Saya tahu itu! Serasanya mahu balik ke KL malam itu juga.

Takpe..esok ibu balik yek dik..Ibu dah rindu sangat kat adik.. :)

23 December 2010

Kini dia tidak menangis lagi...

Andai ada yang perasan pada sebelah kanan dibahagian 'Label' aku meletakkan label Makan di situ. Sebenarnya sudah lama aku menceritakan tentang cara makan Nabila yang tak sudah-sudah 'sukar' untuknya berbanding dengan anak-anak yang lain.

Dan Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini , cara makannya semakin menyenangkan. Malah, lebih baik berbanding dulu. Jika dulu, waktu makan Nabila keadaannya seperti 'berperang' , namun kini tidak lagi.

Caranya? Hanya dengan kaedah 'SABAR'...

Sebenarnya, aku bukanlah dikategorikan sebagai seorang yang sabar. Sememangnya dulu apabila tiba waktu memberi makan pada Nabila, aku lebih stress berbanding si kecil ini. Dirinya yang sukar untuk menelan dan terlalu memilih makanan menyebabkan aku fed up dengan situasi itu. Malah pernah juga aku kecewa dan berhenti berharap pada Nabila untuk mampu makan semua makanan seperti anak-anak normal yang lain.

Dan aku marah andai ada ibu yang tak suka memberi anak makan bila anak sudah pandai meminta itu dan ini. Bagiku, tak salah bila anak itu ingin merasa dan berpadananlah kuantitinya. Biarlah anak itu tahu rasa dan tekstur makanan itu. Dan bersyukurlah anak sudah pandai meminta makanan, dibandingkan Nabila yang masih belum mengerti apa maksud makanan...

Berbalik pada Nabila, aku sangat-sangat bersyukur bila lihat perubahan ini dalam dirinya. Jika dulu, aku sangat risau bila Nabila menangis ketika makan. Risau andai makanan itu masuk ke dalam paru-parunya. Namun, jika tak diberi makan, apa kesudahannya? Sudah pasti Nabila tidak dapat menguatkan otot mulutnya untuk mengunyah. Malah tiada tenaga untuk melakukan aktiviti seperti fisio dan OT..

Kata mak, dia kini sangat seronok bila memberi Nabila makan. Apa yang diberi semuanya dihabiskan. Dan diselang-seli bersama susu. Terasa badan Nabila semakin berat. Tadi, sewaktu mengangkat Nabila untuk naik ke rumah mak, aku terasa sangat lelah. Aku dapat rasakan tubuhnya semakin berisi.

Cuma satu saja yang masih mengganggu aku. Nabila masih lagi dengan sembelitnya. Lactul sudah sepertinya tidak berfungsi lagi. Kesian Nabila.... :(

Moga perubahan ini kekal dan bertambah baik lagi..Amin.. :)

p/s : Kawan-kawan..Plz vote Nabila.. saja nak test masuk contest ni. Manalah tau ada pulak rezeki si kecil ni..

Klik saja link ini.. http://www.facebook.com/babymanjafansclub#!/photo.php?fbid=179959292023898&set=a.179959028690591.44880.152878094732018

dan kemudian klik 'LIKE' pada gambar Nabila.. :) . Terima kasih.. :)

14 October 2010

Snoezelen Room, Botox & Berat Badan Nabila

Salam semua..Entry yang agak memboringkan sebenarnya..Namun aku sangat teruja siang tadi. Dan mahu menceritakan di dalam blog ini.

Tadi Nabila ke PDK. Dan pastinya setiap hari khamis dia akan ke sana bersamaku. Dan kali ini sesi terapi yang lebih istimewa.

Di PDK, satu bilik yang dikenali dengan bilik Snoezelon telah pun siap dibina. Agak teruja dan sepertinya Nabila langkah kaki kanan pabila mendaftar di situ. Kerna tak perlu menunggu lama untuk menyiapkan bilik ini.

Apa itu Snoezelon Room?

Pada mereka yang ada anak istimewa..pastinya pernah memasuki bilik terapi ini. Dan pada yang tidak mengetahui..aku ambil sedikit maksudnya.. :)

"Snoezelen or controlled multisensory stimulation is used for people with mental disabilities, and involves exposing them to a soothing and stimulating environment, the "snoezelen room". These rooms are specially designed to deliver stimuli to various senses, using lighting effects, color, sounds, music, scents, etc. The combination of different materials on a wall may be explored using tactile senses, and the floor may be adjusted to stimulate the sense of balance."

Dan ini gambaran mengenai bilik ini..

Cantik bukan? Ini bukanlah gambar di PDK..cuma ihsan dari En.Google je. Nantilah..ada masa aku akan ambil gambar Nabila di dalam bilik ini.

Dan aku sebenarnya sudah lama mahu Nabila masuk ke bilik seperti ini. Bagus untuk matanya. Untuk permulaan, Nabila sepertinya tidak fokus kerna dia dikehendaki melakukan sesi fizikal bersama Kak Fadilah. Hurm..Nabila seperti biasalah..Klu exercise mestinya akan menangis..!!

Apapun..harapnya bilik ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Kerna di Sungai Buloh, mereka tidak membinanya. Jadi, tak kisahlah klu Sungai Buloh tak nak bina pun.. At least Nabila merasa gak kat tempat lain..(huh..geram apsal la dorang tak buat bilik tu kat hospital..huhu)

Sambil-sambil Nabila di'kerjakan' oleh Kak Fadilah, sekali lagi aku ditegur tentang kaki Nabila. Sebenarnya aku agak bimbang dengan kaki Nabila. Sebab setiap orang yang memegang Nabila, pastinya akan menegur anggota badannya yang satu ini. Sentiasa tegang. Dan Kak Fadilah ada bertanyakan tentang suntikan botox pada Nabila.

Bukan aku tak pernah tanya pada Sungai Buloh. Minggu lepas, aku ada bertanya pada Puan Zu sama ada perlukah Nabila si suntik botox atau tidak. Aku bertanya kerana sebenarnya aku rimas. Sebab mungkin sangkaan mereka aku tak buat streching kaki Nabila. Sedangkan perkara itulah yang aku buat setiap hari. Bukan sekali..3-4 kali dalam sehari.

Mungkin juga tak cukup. Dan splint, setiap kali pakai, sememangnya tiada makna kerana kaki Nabila pastinya akan menegang semula. Dan sudah diikat kuatpun dia masih lagi menegangkan kakinya. Apa yang perlu aku buat? Buntu memikirkannya. Tapi bila ditanya, kata mereka, Nabila masih lagi belum sampai tahap disuntik Botox. Sedangkan sedari awal inilah yang patut dilakukan.

Aku pun sebenarnya tak nak Nabila di suntik itu dan ini. Selagi boleh aku akan cuba melakukan exercise untuk Nabila. Mungkin benar kata Puan Zu. Nabila belum sampai tahap kena menggunakan botox untuk kakinya.

Apapun, usaha dan usaha lagi kearah itu.. :)

Dan tadi..aku berbual dengan mak..tentang berat badan nabila. Rasanya sudah banyak kali entry tentang berat badannya. Namun kali ini agak mengusik jiwa. (Hurm...tak mo sedih-sedih..tapi nak cerita gak..!!)

Sebenarnya aku dan mak risau melihatkan Nabila yang makan hanya dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Memang sedikit. Jarang benar dia menghabiskan makannya.

Namun kata-kata ini keluar dari hati nuraniku...

"Agaknya mak, adik tak nak makan sebab dia kesian kat Ayong kot. Dia kesian kat ibu dia yang kena dukung dia ke sana ke mari. Yelah kalau berat, mesti Ayong penat..mesti Ayong tak larat nak dukung dia. Dia pun faham kot camner nak bawak dirinya. Tak nak susahkan ibu dia"

Sebenarnya hatiku sayu bila berkata begitu pada mak. Dan mak pula hanya mendiamkan diri. Dan aku sambung lagi..

"Takpelah mak, janji adik sihat. Kalau makan banyak pun asyik sakit je tak guna jugak kan. Ayong pun dah malas nak pikir pasal berat badan adik. Janji adik sihat.."

Ya, benar. Janji Nabila sihat.Bagiku tak mengapa andai kuantiti makanan yang dimakan sedikit..Janji dia makan juga dan dapat merasa tekstur-tekstur makanan itu. Dan tadi, salah seorang ibu yang membawa anaknya ke PDK juga berkata padaku..

"Dulupun dia tak nak makan gak masa sebaya Nabila..Tapi dah besar-besar ni..dia dah faham..Kadang-kadang bila kita makan..dia pun pandai buat isyarat nak makan juga.."

Tak mengapalah adik..Ibu akan sabar menanti masa itu nanti..


29 September 2010

Kalaulah adik suka makan macam-macam..kan bagus....!!

Tadi aku dan Nabila ke hospital lagi. Temujanji bersama Puan Anida untuk speech therapy nya. Agak lewat kami sampai. Lewat setengah jam. Rupanya Puan Anida sudah menunggu kami di kaunter pendaftaran.Bila giliran dipanggil..terus menuju ke bilik no. 9 dan terus minta maaf atas kelewatan kami.

Dan pembelajaran hari ini, Nabila di kehendaki makan jelly di hadapan Puan Anida. Jarang benar aku memberikan makanan ini kerana setiap kali aku memberikannya, sudah pasti Nabila akan mengeluarkannya semula dari mulutnya. Agaknya licin..dan sepertinya tidak pandai mengawal jelly di dalam mulutnya. Padaku, untuk budak normal..sudah pasti sekelip mata sahaja dihabiskan semangkuk jelly. Untuk Nabila..sesuap pun susah. Hurm..entahlah..!!

Sememangnya payah benar untuk anak ini makan. Lagi-lagi makanan yang bukan menjadi kegemarannya. Yang ku tahu hanya satu..Whipped potato..dari KFC..yang tu mmg pantang..sebekas kecil tu boleh habis dia sorang.Hurm..adik..adik...

Dan tadi..aku ingatkan Puan Anida saja-saja nak ckp makan jelly..Rupanya dia bawak jelly betul-betul dan suapkan ke mulut Nabila. Dan si kecik ni pulak..pandai benar berlakon..Depan Puan Anida makan pulak..sikit pun tak terkeluar. Aku pulak terkagum seketika..hehe.. Konon-konon macam Nabila dah pandai la makan jelly..

Balik saja dari hospital,terus sahaja aku singgah ke Grand Union. Supermarket yang paling dekat dengan rumah aku. Hurm..mata ni mulalah mencari jelly dan yogurt untuk Nabila. Dan juga sempat menyambar Nestum yang sudah habis bekalannya. Agak penat juga mendukung si kecil ini yang sedang tidur kepenatan. Juruwang di situ siap tegur lagi..melihatkan Nabila yang nyenyak tidur di bahu aku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Sampai rumah..Nabila terjaga. Tekak ni pun dah teringin nak makan yogurt jadi aku buka yogurt dulu untuk Nabila. Mula-mula makan macam elok je..dah lama-lama tu tekak naik loya..hehe..

Tadi test makan jelly pulak. Pun sama gak.Terkeluar dari mulut dan mulalah nak menangis. Sudahnya..aku jugak yang habiskan..huhu

Bercerita tentang jelly..teringat aku masa kecil-kecil dahulu. Kata mak..aku suka benar dengan jelly. Tak sampai sehari jelly di dalam peti ais aku habiskan..laju je aku bukak tutup peti ais untuk makan. Sampai mak pun naik pening melihat kerenah aku.

Sehinggalah satu hari, seperti biasa mak membelikan jelly untuk aku. Kali ini mak meletakkan jelly itu di sebelah sotong kurita( ala sotong besar tuh). Aku panggil sotong kurita..hehe..

Nak dijadikan cerita..mak pelik kenapa jelly tu tak habis-habis. Yelah..selalunya aku bukak tutup peti ais tuh..tapi kali ni macam tak jalan. Dan akhirnya mak dapat mengagak kenapa jelly tu tak habis. Rupanya aku takutkan sotong di dalam peti ais tuh..hehe..

Apapun..Hati ini teringin nak dengar Nabila kata.."Ibu..Bella nak makan ni..!". Owh kalau itulah yang keluar dari mulut anakku..Alangkah indahnya.. :) Seronok melihat ibu melayan si anak makan..Senang je anak buka mulut dan makan. Dan aku..masih belum dapat merasai nikmat melayan Nabila makan. Bilakah masa itu akan tiba agaknya?

10 September 2009

Speech Therapy..

Semalam,untuk kali keduanya, Nabila ada temujanji dengan Klinik ENT. Sebelum ini Nabila pernah ke situ bagi pemeriksaan pendengarannya. Dan kali ini kami ke situ lagi untuk terapi pertuturan dan bahasa. Tapi bukanlah untuk mengajar Nabila bercakap lagi, tetapi tentang masalah menelan air liur dan makanan.

Masalah menelan Nabila bukanlah serius seperti yang digambarkan. Sememangnya anak Cerebral Palsy memang punya masalah yang satu ini. Namun, teruk atau tidak bergantung pada anak itu. Bagi Nabila, menelan air liur agak susah baginya. Kata Puan Anida tadi, Nabila yang sentiasa menunduk menyebabkan air liurnya yang sentiasa melelah keluar. Walaupun ketika baring ia tidak meleleh, ia juga boleh menyebabkan Nabila tersedak akibat penelanan air liur yang kurang baik. Ia memang merisaukan aku kerana air liur jika tidak di telan betul akan menyebabkan masuk ke dalam paru-paru. Nanti timbul pula sakit yang lain..Nauzubillah..

Tiada apa aktiviti yang dilakukan hari ini. Cuma sesi bersoal jawab dan bertanya pendapat. Masalah Nabila ialah ketika hendak memasukkan makanan ke dalam mulut. Bagi Nabila, ia merupakan satum 'penyeksaan' baginya untuk membenarkan makanan masuk ke mulutnya. Agak sukar bagi aku dan mak, apabila memberi Nabila makan. Dengan tangisannya sahaja, sudah cukup buat kami resah dan hanya mampu beri sedikit sahaja makanan pada Nabila. Selebihnya, hanya menangis dan marah..

Cadangan Puan Anida, letakkan madu atau apa sahaja makanan di sekeliling bibirnya. Biarkan sahaja dan lihat respon darinya. Dan satu lagi, Puan Anida menyuruh aku rajin-rajin mengurut bibir dan pipi Nabila. Katanya otot mulut mungkin lemah, maka elok di urut di bahagian-bahagian tersebut. Tak lupa juga, tukar sudu yang digunakan untuk menyuap Nabila. Aku menggunakan sudu plastik, cadangan Puan Anida menyuruh kami menggunakan sudu besi untuk menyaup makan Nabila..huhu

Dan katanya, Nabila ada 2 kemungkinan jadi sedemikian rupa. Sama ada dia trauma dengan 'birth history' nya atau dia 'over sensitive' . Kedua-duanya hanya kemungkinan. Namun, apa yang perlu aku lakukann, hanya usaha seperti yang telah di sarankan oleh Puan Anida.

Dan 'next visit' nanti , dia menyuruh kami membawa makanan yang selalu di makan oleh Nabila. Mungkin nak lihat cara aku memberi Nabila makan. Dan semua akan dilakukan selepas raya nanti.. :)

p/s : semua appointment dengan OCC dan Fisio ditanggunhkan sementara waktu. Sebab rasa macam tak larat nak gi terapi bulan-bulan puasa pulak tu. Dan sala satu sebab adalah H1N1. Takut pulak rasanya ...

06 August 2009

Tak nak minum susu..

Sejak akhir-akhir ini, Nabila kerap demam. Dua minggu lepas, belum kebah demamnya, belum hilang selsemanya, Nabila diserang demam lagi. Dan kali ini agak teruk. Sampai serak suara Nabila. Sudah jadi ala-ala penyanyi Ella..Bezanya..Ella menyanyi dan Nabila menangis..hehehe!

Dan sudah 4 hari Nabila kurang minum susu. Aku bancuh seperti biasa..180ml..selalunya habis diminum..Tapi kali ini tidak. Hendak minum pun aku paksa. Masih tak habis jugak. Dan akhirnya terpaksa di buang sahaja susu itu.

Kenapa anakku sayang..? Ibu dapat rasa yang tekak Nabila perit. Pedih..Tapi apakan daya..kamu mesti minum juga sayang..

Risau..rasa tak keruan di buatnya. Dan tadi, aku bancuhkan susu perisa coklat pula. Mana tau dia mahu minum pula. Silap! Nabila masih juga tak mahu minum..malah di digigitnya puting botol sambil menunjukkan tanda protes.Aduhai..Sudahnya..Nabila tertidur..Dan susu itu sekejap lagi akan aku buang dan basuh kembali botolnya.

Apa yang perlu aku buat sekarang ini? Aku lihat demamnya sudah tiada.Selsema juga. Batuk pun sudah berkurangan. Sekali dua sahaja. Itupun sebab tersedak air liur sendiri. Rasa ingin ke klinik sekali lagi. Minggu depan appointment dengan pediatrik. Pasti doktor akan bertanya lagi tentang berat badan Nabila. Kalau berterusan begini..beratnya pasti susut. Tengok sahajalah demam 4 hari lepas. Susut badannya.Terasa ringan benar pabila aku mendukung Nabila.Demam membuatkan dia hilang selera makan dan minum susu.

Jika tengahari esok masih berterusan, aku akan bawa dia ke klinik. Sebab besok aku ada appointment dengan Puan Sally..iaitu OCC. Harap-harapnya mood Nabila untuk minum susu akan kembali pulih seperti sediakala esok..Amin..

11 July 2009

Nabila makin kurus..

Assalamualaikum..hurmm..ramai dah tegur nih..Nabila makin kurus..dan bila aku dukung dia..Nabila makin panjang..Tak tau nak buat camner lagi..Nabila memang tak suka makan..Susu pun kurang..Tapi satu jer yang makin baik..Sembelit dia dah berkurangan..jarang sekali dia b***k keras dah..Alhamdulillah..

Apa yang perlu aku lakukan? Nak paksa ke? Sian pulak..mengunyah mmg ok..Bab nak masuk makanan dlm mulut mmg payah..mcm entry lepas-lepas..aku cerita tentang susahnya Nabila nak makan..

hurmmm...apa mokcik nak buat nih...?

*kurus yang menampakkan tulang temulang Nabila..huhu..berat masih 7 kg lagi.. :(

04 June 2009

Nabila dan Makan..

Assalamualaikum..Tadi jam 8 mlm tadi..seperti biasa aku berikan Nabila makan nasi..menu hari ini..bubur nasi dan sup ayam..emm..ada kentang skali..sedap..

Alhamdulillah..sejak Nabila buat rawatan kat Gedangsa..Nabila dah mahu makan bubur.Dulu Nabila langsung tak boleh menelan.Hatta Nestum yang lembut pun susah dia nak makan.Aku terpaksa masukkan ke dalam botol dan buat secair yang boleh..Kasihan Nabila.Pernah aku bertanya pada Ita,tentang keadaan Sarra ketika makan.Sungguh..aku cemburu bila Sarra boleh makan bubur pada waktu itu.Atas tunjuk ajar Ita, aku buatkan juga bubur untuk Nabila.Mulanya Nabila menolak..dan akhirnya dia makan juga.Itu pun dalam kuantiti yang sedikit.

Nabila mempunyai masalah untuk menelan.Doktor kata kanak-kanak Cerebral Palsy memang susah untuk menelan kerana otot menelannya lemah.Sedih aku mendengar kata-kata Doktor..dan aku mula risau dengan berat badan Nabila yang semakin susut dan tak naik sejak umur dia 6 bulan.Kebetulan dia semakin lasak..Dan bermacam susu aku cuba..dan kebetulan gak..Nabila sembelit..Aduh..kasihan Nabila..dah la susah nak makan..lepas tu sembelit pulak..Dan perkara ini berterusan sehingga Nabila berusia 11 bulan.

Bila aku dah mula lakukan rawatan dengan Kak Raw..kesannya aku dah nampak.Nabila dah boleh menelan bubur tanpa di blender.Bagi aku itu satu perkembangan yang baik untuk Nabila.Dan sehingga kini..Bubur Nabila tak perlu di blender lagi..Dan Nabila dah 'demand' tentang makan.Jika buburnya tak sedap..dia akan menangis..dan Nabila juga suka benda yang manis..hehe..tak leh slalu ye nak..nanti rosak gigi!

Cuma Nabila masih lagi tak pandai membuka mulut ketika makan.Adakah dia tidak nampak dengan makanannya?Atau dia tak suka makan sebenarnya..Menurut mak aku dulu..aku pun jenis susah nak makan.Tak suka makan..suka susu aje..Abg pun sama..mak mertua aku cerita..abg pun kurang makan..emm..susah gak mcm ni..Nabila memamg tak buka mulut..dan dia rapatkan giginya..huhu..pastu pandai paling muka tu ke arah lain bila aku letakkan sudu di bibirnya..kadang-kadang terpaksa menunggu masa yang lama untuk dia membuka mulut..kena main2 dulu..dia gelak2 dan buka mulut.cepat2 aku suapkan buburnya..huhu..sangat mencabar Nabila ni..Mungkin dia tak suka sebab dia fikir aku nak lemaskan dia..Deria Nabila sangat tajam bila dia tahu ada orang di sekelilingnya lakukan sesuatu pada dia..terutama dibahagian kepala..

Kadang-kadang bila aku bawa Nabila makan di luar..Aku hanya mampu memandang sahaja bila ada pasangan yang membawa anak mereka dan anak mereka duduk di kerusi makan kanak-kanak sambil mengetuk2 meja..Sedangkan Nabila hanya terbaring di stroller..Agaknya..bilalah Nabila akan bertindak demikian? Tak sabar rasanya untuk aku melayan kerenah Nabila nanti..

Apapun..aku gembira sangat..walaupun Nabila tidak makan seperti anak2 yang lain (dalam kuantiti yang banyak, mudah di beri makan)..tapi aku gembira sebab Nabila dah peroleh satu lagi perkara yang penting dalam hidup dia.Iaitu makan. Mak aku selalu berpesan.."Kita kena ajar dia juga..walaupun dia tak mampu untuk lakukan.Kita tak boleh biarkan.Kasihan Nabila.Dia perlu makan seperti kanak-kanak yang lain".

Benar..Kanak-kanak CP ini perlu harus dilatih selalu dan kerap..Aku beryukur kerna mempunyai mak yang selalu membantu aku dalam menjaga Nabila.Terima kasih mak..!

12 April 2009

Nabila dan Ubat...

Assalamualaikum..semalam..aku ada kat umah..tak kemana2..sebab abg keje..jadi aku cadang duduk kat umah jer..dan arini lak..aku ke Rawang..dengan ayah dan abg..nak siapkan umah baru kami..tah bila dapat pindah pun aku tak pasti..dan arini kerja aku mengecat 'grill' dan pintu pagar depan..huh..penat betul..tangan ni sampai naik kecut..asyik dok cuci ngan minyak tanah jer..melekat2 cat kat tgn nih..baju nih tak usah cerita lah..comot ya amat! Dan tadi dah selesai mengecat..ayah pun dah 'setting' kan paip..nak kasi elok lagi..dan rasanya dah boleh kot nak pindah hujung bulan nih..tapi brg2 ada yang tak kemas lagi..huhu..penatnya!

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal umah baru..atau aku terkena cat..mcm tajuk kat atas..ubat..emm..entry lepas aku ada cerita yang aku ke peadiatrik untuk 'check up' Nabila yang ke-4 (siap ingat brapa kali lagih)..dan doktor dah bekalkan ubat lembutkan najis dan Multivitamin untuk Nabila..dan aku dah mula bagi Nabila makan sejak 4 ari lepas..

Nak dijadikan cerita mmg mujarab betul ubat tuh..penangan dia ..perghh..tak ingat..tapi sebelum nih aku penah bagi kat Nabila ubat nih..tapi tak berkesan..Rupanya kuantiti dia tak mencukupi..bila aku bagi 5ml pada waktu mlm jer..esoknya mmg berkesan..masa mula2 aku bagi..2 ari gak dia tak 'membuang'..emm..aku mula la pikir negatif..emmm.."tak jadi la ubat nih"..bila ari Jumaat petang tuh..huh..bukan main banyak betul Nabila punya 'n***s'.. Nasib baik Nabila tak nangis..sebab semuanya dlm keadaan lembut ajer..tapi yang aku x tahan..punyalah banyak..huhu..sampai dah nak terkeluar dari pampers nyer..kira senang ati la aku..Nabila dah membuang..klu tak mak ai..seksanya..asyik dok ckp ngan perut Nabila suh kuarkan 'n***s' tuh..siap buat dialog dengan Nabila...
"Nabila..tak moh la simpan 't**k' tu sayang..sakit encik perut nih..dah beso dah perut Bila nih"Sambil2 tu aku dok usap2 la perut Nabila.huhu..sian anak aku!

Dan esoknya (ari semalam, sabtu) pagi2 Nabila dah membuang..kebetulan lak dia dah 'membuang' waktu pagi masa tgh mkn..aku tak perasan sebenarnya bila dia 'membuang'..Patutlah anak ibu tak moh mkn..rupanya pampers dan sarat dah ngan 'n***s'..sori yek nak..ibu ingat kamu kencing jer..tak sangka lak 'encik n***s' dah kuar..Apa lagi terus bawak Nabila gi mandi lah..lepas dah selesai semuanya barulah Nabila tersenyum..

Dan kes itu tak berhenti di situ saja..

Petang kat umah..aku siap amik2 gambar lagi dgn Nabila..tapi tak sempat upload..pasal abg dah bawak kamera ke Rawang..ada masa nanti aku upload..ada gambar comel yang aku nak tunjuk pada semua kengkawan!..hehe..

Malam..perut Nabila naik kembung..asyik minum air jer..dia nak minum air kosong..sampai naik kembung..aku bagi nestum tak moh lak dia mkn..rupanya dah tak sedap perut..dan mcm biasa aku bagi Nabila Multivitamin dan Ubat lembut najis..huhu..jenuh nakbagi mkn ubat si Nabila nih..penakut ubat..menjerit2 tak moh..agaknya dengan keadaan perut yang tak sedap..aku pun bagilah sekali ubat kembung..dan terus aku tidokan Nabila..ayah Nabila pun balik..tgk2 anak dah ngamuk2 nak tido.. kul 4 pagi..nabila bangun..aku ingat apa..aku bagi susu..huhu tak moh dia..minum pun sket jer..pastu tukar pampers..skali..hah..amik kau..'t**k selambak..hahaha!..aku tak bajet la Nabila akan 'membuang waktu mcm nih..tapi nak buat camner..nak kuar bukan leh tahan2..hehe..dan lepas dah tukar tu aku nak tidokan Nabila..sekali lagi Nabila buat ragam..rupanya..'t**k kuar lagi..kali ni..mmg banyak..siap ada yang ketul besar lagi....tapi semua dlm keadaan lembut..nasib baik..klu tak mampus nak teran kasi kuar gak nih..sian anak ibu..lepas tuh baru dia dapat tido dgn tenang..tapi tak nak atas katill..nak kat rocker..bila dah tido..aku angkat dia ke atas katil..bukan apa..sian dia tido kat situ..suka sgt tido kat rocker tuh..tak paham betul ibu nih dengan kerenah si Nabila nih..

Apapun..ubat tuh mmg berkesan pada Nabila..dan doktor suruh aku bagi secara berterusan..lagipun ubat tuh tak beri 'side effect' pada dia..cuma nak lembutkan jer..apapun..penyelesaian pada sistem perkumuhan Nabila nampaknya ada jalan penyelesaian..hehe..

* sori yek..pasal cerita benda2 nih kat sesapa yang baca..haha...

08 April 2009

Hasil dari Appointment arinih di peadiatrik!

Assalamualaikum..hari nih aku ke Peadiatrik Sg.Buloh..dan aku, abg danNabila bertolak dari umah jam 8.45 pg..padahal appointment pukul 9 nih..emm.. lambat lagi..sampai di hospital abg terus amik giliran..dan yang pastinya mesti giliran kitaorg dlm kul 11 gak..ramai gak org masa tuh..masa abg tgh tunggu giliran untuk amik kad biru tu balik..Nabila ngamuk sakan..sebab apa? huhu..nak tido..penatnya memujuk dia..serba tak kena aku di buatnya..dan akhirnya aku peluk mcm org nak dodoi bb..barulah Nabila diam..

Sampai kat klinik..tunggu giliran lagi..dan akhirnya Nabila tertido dalam pelukan aku..pastu aku letakkan dia kat dlm stroller..abg kuar gi kafe..cari apa2 benda untuk dimakan...Nabila nih tido mmg tak lama..emm..ada la dlm 20 minit dah terbangun..bila dah celik aku terus tolak Nabila ke bilik menyusu..emm..nak bagi makan..aku lupa nak bawak botol susu yang kecek tu..botol susu yang aku dah khas kan untuk Nabila makan nestum..penyudahnya..nasib baik ada bekas nasik goreng yang abg tadi..aku pakai la bekas tu untuk nestum Nabila..mulanya dia tak moh mkn..lastnya..makan gak..agaknya dah lapo kot..yelah selalu pukul 9 dah mkn dah..ni kul 11 lum mkn2 lagi..hehe..

Elok ajer aku selesai bagi Nabila mkn giliran Nabila dah sampai..aku masuk bilik no.3..aku tak ingat apa nama doc tu tapi yang pasti setiap kali ke peadiatrik mesti dapat doc yang lain..dan permulaan bicaranya tentang berat badan Nabila..tanya aku berapa kali aku bagi dia mkn..apa yang dia mkn..berapa kerap minum susu..berapa banyak kuantiti susu tuh..dan aku bagitau semuanya..tak nak berselindung..mmg Nabila tak kuat mkn..dan yang pasti MEMILIH!...nak yang sedap kat tekak dia..rasa pelik sket jer..meraung2 tak moh..

Aku cerita tentang Nabila sembelit..dan dia galakkan Nabila mkn sayur dan buah-buahan..yang tu mmg aku dah tau..dan seperti biasa aku anggukkan jer la kepala nih..dan doktor bagi ubat untuk lembutkan najis..tapi kali nih dengan kuantiti yang banyak..sebab doktor kat klinik pesan bagi 2ml jer..tapi sehari dalam 3 kali..doktor kat Sg.buloh nih..suh aku bagi ubat tuh tiap2 hari dalam kuantiti 5ml setiap malam..bagi sekali jer waktu nak tido..dan bila abis amik lagi ubat2 tuh...tak lupa gak doktor bagi supplement..hehe..pasalnya berat tak naik.kawan2 bayangkan berat Nabila 7 kg jer!emm...aku nih dah blur dah tak tau nak naikkan berat Nabila camner lagi..rasanya mcm dah bagi mkn banyak dah..bubur la..nestum la..biskut la..tapi tak naik2 gak..huhu..dan ubat tu gak..kena makan tiap2 ari..doc ckp jumpa lagi dlm masa 4 bulan mesti badan dia naik punya..emm..harap2 lah..

Dan doctor pesan kat aku suh tukar susu..Guna Pediasure..aku tanya balik kat dia.ok ker?yelah..kang tukar2 kang..budak nih dah la sembelit..pening gak aku..dia kata takpe..mmg susu tu untuk naikkan berat badan..emm..klu kawan2 yang baca entry nih nak komen susu Pediasure leh gak..pasal tak tau la keberkesanan dia..tolong yek!..

Dan lupa..doktor ada ckp..budak2 cerebral palsy nih mmg kuat sembelit..SEBAB APA..?EMM..SEBABNYA BUDAK2 CP NI KURANG BERGERAK..KLU BUDAK NORMAL..DIAORG KAN BERGERAK..MEMANJAT..BERJALAN..MERANGKAK..DAN SEBAB BUDAK2 CP TAK LEH BUAT BENDA2 CAMTUH..MAKANYA MEREKA2 NIH KERAP SEMBELIT..EMM..ENTAHLAH..DOKTOR YANG CAKAP..MUNGKIN ADA BENARNYA!

Dan akhirnya aku dapat gak tgk gambar otak Nabila..last visit kat pediatrik dulu doc tuh tak tunjuk langsung camner result MRI tuh..aku ngan abg mmg tak puas ati masa tuh..Nasib baik doktor yang ni bagitau dan siap tunjuk sekali gambar dia..dan kali ni aku mmg sedih..sedih part dlm brain dia (yang blah blakang) mmg dah rosak selnya..kedua2 belah..kiri dan kanan..masa doktor bagitau tuh aku mmg dah bersedia..tak nak nangis2..tapi hati ibu..mana aku dapat tahan sedih bila anak aku mcm nih..kerosakan otak dia nampak teruk..dah ada sedikit ruang dan ruang itu dah diisi dengan air..tapi air tu tak effect apa2..yang pastinya akibat dari kerosakan otak tuh dah effect pada mata Nabila..sebab tuh Nabila masih lagi tak nampak objek aku.dan aku sedih sgt mgkin Nabila sebenarnya tak nampak aku ngan abg..Doktor kata sebab mata dia juling bukanlah sebab 'Lazy eyes'..tapi mungkin sebab otak Nabila yang tak boleh nak control bebola mata dia..Ya Allah..aku tak tau nak ckp apa..tapi yang pasti aku dan abg tenang jer dengar penerangan doktor tuh..Ya, aku mmg dah bersedia dengan semua nih!

Doktor tuh ada kata lagi pada aku ngan abg..yang ibu bapa yang dapat anak2 mcm nih mmg kuat..kata2 tuh meluncur pada mulut doktor tuh pasalnya dia tgk aku ngan abg nampak rileks jer..yelah..takkan nak meraung2 kat bilik dia lak..dan dia SEBAGAI DOKTOR CINA pun kata.."HANYA ORG YANG MAMPU SAJA BOLEH LALUI DUGAAN NIH"..

Dan last sekali perkara yang kitaorg bincangkan ialah tentang lendir pada kerongkong Nabila..aku suh doktor tuh check kat bahagian peparu dia..mana tau ada efffect ker..dan Alhamdulillah..peparu ok..doktor kata mgkin sebab budak2 CP nih susah nak control kahak dan air liur.. tu yang buat Nabila selalu tersedak air liur atau bila tido mcm ada kahak jer dlm kerongkong dia..tapi pandai dah Nabila..bila tersedak jer cepat2 aku ajar dia buat 'ehemmmmm...' hehe..ikut lak tuh..yelah..dah besar dah anak dara aku nih..dah nak setahun dah..dia pun nak buat benda2 yang budak setahun buat..cuma daya tak daya jer nak buat..sian anak ibu..

Ramai gak doktor lain kuar masuk bilik doktor cina tuh..sebabnya aku dok bincang ngan doktor cina tuh lama sgt..dan doktor2 yang lain terpaksa amik kad pesakit lain yang sepatutnya doktor cina tuh attend..hehe..apa salahnya kan?aku dah la dapat jumpa pakar paediatrik tuh 4 bulan skali..emm..lama tuh..mcm2 nak tanya..

Dan bila aku, abg dan Nabila kuar..mcm2 perkara yang berkecamuk dlm otak aku nih..klu la aku dapat beri otak aku sikit kat Nabila..atau aku dapat gantikan otak aku dengan otak Nabila..aku sanggup!Dan masa on the way aku nak balik keje tadi..tgh2 drive tuh..aku terpikir..KLU LAH AKU DAPAT ULANG BALIK MASA DULU..MASA NABILA NAK DI LAHIRKAN..ALANGKAH BAIKNYA..DAN AKU TAKKAN SURUH DOKTOR VAKUM NABILA..DAN AKU AKAN PAKSA DOKTOR UNTUK OPERATEKAN AKU CEPAT..TANPA LALUI KELAHIRAN NORMAL!

Pastinya setiap kali aku ke peadiatrik..aku akan lihat anak2 org lain yang sihat dan normal ketawa riang..sedangkan anak aku..masih lagi terbaring di stroller..tu perkara yang paling menyedihkan dan aku tak mampu nak mengalirkan air mata ni lagi..!

09 March 2009

Nabila belajar makan bubur semalam!

Nabila masih lagi dalm pembelajaran untuk makan bubur dengan cara yang betul. Eh apa ni!. Selama ini Nabila makan tak betul ke caranya?

Nak kata tak betul tu mungkin ya. Mana taknya Nabila makan terus telan, tak kunyah. Hanya kadangkala sahaja Nabila mengunyah.

Semalam saya terasa seperti mahu buat bubur untuk Nabila.Mahu dia belajar untuk merasai tekstur makanan lain.

~Yang paling kanan puri carrot..yang tengah puri kentang dan yang hujung puri pisang..hehe..byk la pulak..~

~bubur nasi..saya masak ditambah kismis sikit. Tapi kismis saya dah keluarkan. (saya ikut dari resepi salah sorang blogger..tak ingat la siapa..tapi thanks ye..tak terpikir idea ni)~

~masa ni belum makan lagi tau..menangis pula..lapar kot..hehe..ibu ni lambat betul!~

~Bersedia untuk makan! Saya beri Nabila makan di rocker chair kerana Nabila tak boleh nak duduk tegak lagi. Kalau duduk mesti senget badan dia. Tak mengapalah dik, janji selesa, tak tercekik~

Saya campurkan semua benda-benda tadi.

~Menangis kerana saya baru lepas tukarkan baju dia~


~Emm..tak habis pun!~


~berposing selepas makan! (huh..gemuknya ibu..)

p/s: lupa nak cerita..Nabila selama ini saya beri makan Nestle Gandum dan Ikan Bilis (stage 3). Makanan lain dia belum pandai lagi untuk kunyah.. :(

20 January 2009

Cubaan makan nasi...Perkenalan bersama Ita & Sarra

Saya ingin mengucapkan terima kepada Putra Mama dan Ami sebab sudi baca blog ini. Apapun saya sebenarnya bukanlah tujuan untuk membuka pekung di dada, mintak simpati pada orang tentang Nabila. Cuma ingin berkongsi pengalaman tentang kehidupan kami tentang anak seistimewa Yasmin Nabilah..

Minggu lepas saya berkenalan dengan seorang kawan baru. Namanya Ita dan anaknya serupa seperti Nabila. Kebetulan pula hari lahir Sarra hanya selang beberapa hari dengan hari lahir Nabila. Comel sungguh bila saya melihat gambar Sarra. Mungkin Allah mahu menduga hati kami. Mahu melihat kesabaran kami dalam mendapat anak istimewa.

Alhamdulillah. Dengan pertemuan ini, Saya dapat kongsi pengalaman saya dengan Ita dari segi penjagaan dan sebagainya. Sedia maklum, saya pada awalnya mengalami kesukaran menjaga Nabila. Tetapi semuanya terjawab bila saya mengenali Ita. Rupa-rupanya anak kami serupa. Kedua-duanya suka menangis.

Ita memberitahu saya mengenai cara makan Nabila. Kerana Nabila, sukar untuk diberi makan. Dan bila diberi makan pastinya Nabila menangis. Seolah-olah Nabila tidak memahami mengapa mesti makan.

Sekarang ini saya hanya memberikan Nestum sahaja kerana Nabila masih belum boleh untuk mengunyah lagi. Cuma kadang-kadang kunyah. Kadang-kadang Nabila terus telan saja makanan yang diberi. Itupun dalam keadaan menangis. Saya takut Nabila tersedak.Saya ada bertanya kepada Ita tentang cara makan Sarra. Katanya, Sarra sekarang sudah bagus jika di beri makan. Bestnya!! Alangkah baiknya andai Nabila juga sama seperti Sarra. Kerana itu saya cuba nak bagi Nabila makan apa jua jenis. Biar Nabila lekas besar.. :)

Apapun, resepi yang Ita bagi semalam,Alhamdulillah.Nabila cuba untuk makan. Cuma mungkin Nabila masih terkejut dan menangis. Saya mencuba lagi sehingga Nabila benar-benar ok. Jika tidak, sampai bila pun Nabila tidak tahu yang dia sepatutnya sudah boleh makan. Seperti yang doktor katakan tempohari, otak Nabila masih tidak tahu fungsi-fungsi anggota badan yang lain. Jadi setiap hari saya dikehendaki mengajar Nabila seiap hari supaya Nabila sentiasa ingat setiap perkara yang dia patut lakukan.. InsyaAllah..