Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

31 March 2013

Berterapi lagi..

Assalamualaikum..Lama benar tak bersiaran. Berminggu lamanya saya tak dapat menulis apa-apa di sini. Banyak perkara yang berlaku 2-3 minggu ini..

Salah satunya Wan saya. Nenek saya sebelah mak. Kini di ICU HKL kerana masalah kencing manis yang serius. Kini ada sedikit komplikasi dari pembedahan ketumbuhan di lehernya. Syahdu melihat keadaan Wan yang terbaring lesu dan dipenuhi wayar. Lantas teringat kisah Nabila di NICU. Bunyi mesin usah kira gerunnya. Petang tadi mak saya dan Abang ke hospital. Wan kelihatan lemah dan berada dalam keadaan tidak sedar. Terbaring kaku. Sebelum ini, Wan masih sedar kehadiran kami ketika melawat, namun tadi kata mak, Wan kelihatan lemah. Parut pembedahan masih jelas kelihatan.

Dalam hati saya tetap berdoa agar Wan terus pulih. Menangis saya melihat keadaan Wan masa mula-mula menatap wajahnya. Sayu kerana orangnya dulu sangat sihat. Tak sangka Wan terlantar sebegitu rupa...

Doakan agar Wan saya lekas-lekas sembuh..Moga dia masih mampu untuk melihat lagi ahli keluarganya....

Tentang Nabila. Alhamdulillah, saya telah temui satu lagi pusat rawatan saraf untuk Nabila. Pada awalnya, saya agak sukar untuk memberi kata putus untuk bersetuju membawa Nabila ke pusat rawatan tersebut. Malah, berkira-kira juga kerana lokasinya agak jauh. Namun, saya gagahkan diri walaupun agak kepenatan membawa kereta bersama kedua putera puteri saya sendirian tanpa di temani Abang. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Setiap kali pergi, saya rasa tidaklah sesukar seperti mana yang saya bayangkan.

Cuma saya sentiasa berdoa agar Allah melindungi saya dan anak-anak dari kecelakaan sepanjang perjalanan kami. Moga saya terus melangkah untuk membawa Nabila untuk proses pemulihan. naufal juga seperti sudah faham keadaan saya dan kakaknya. Jika dulu kerap menangis diletakkan di car seat. Kali ini, sepertinya dia tahu kesusahan saya. Alhamdulillah, anak itu baik-baik saja sepanjang perjalanan.

Buat muka comel pulak....Bila lihat semula gambar ini, seperti tak percaya naufal sudah 5 bulan... :) Alhamdulillah 

Co-Pilot yang tertidur menemani ibu drive kereta. Alahai..kesiannya. Memang nampak kepenatan..

Bosan dalam kereta siap main tab ibu lagi..Ceh ceh..nak pegang sendiri..Tak bagi ibu pegangkan...
Dimana kakak?

 Ada ni hah!! Kat belakang. Perawat Nabila tak benarkan Nabila duduk di kerusi kereta (car seat baby) . Disuruhnya berbaring gini. Seb baik la seat myvi boleh extend sampai hujung seat pemandu. So selamat la cik kak ni dari jatuh.. Lapik tilam tebal-tebal. Memang syok baring kan kakak? hihi

Menunggu giliran. Si adik sebagai cheerleeder jadi tukang sorak semangat kakak...

Sentuhan si perawat. Apa nama rawatan ini? Nantikan entry berikutnya ek....

Saya sedang cuba mencari ongkos lebih untuk membawa Nabila ke sini. 3 kali seminggu, cukup besar perbelanjaannya. Sehingga semalam, Nabila sudah jalani rawatan ini sebanyak 9 kali. Alhamdulillah, Nabila menunjukkan tanda-tanda postif untuk pulih sedikit demi sedikit.

Ya ALLAH, permudahkan urusan ku untuk anak kecil ini. Mudahkan perjalanan kami ke tempat rawatan tersebut. Lindungi kami dari sebarang kecelakaan. Kau berikan rezeki melimpah ruah agar ku dapat membawa Naila ke tempat terapi.

Ok..mau lelap mata..nanti saya ceritakan lagi tentang terapi Nabila ini...






04 March 2013

Sibuk memasak pulakkkkk

Assalamualaikum.. Lamanya saya cuba mencari masa untuk menaip baris-baris ayat dalam blog ini. Sungguh..duduk rumah lagi sibuk kut. Ni belum lagi ditambah dengan masa saya membawa Nabila ke terapi....

Sejak cuti tanpa gaji, saya cuba mencari duit tambahan dengan cara berniaga kecil-kecilan. Benarlah kata mak, peritnya rasa tiada wang poket. Bila lagi melihat pakaian Naufal semakin sendat dan padat. Bila tengok dalam akaun duit paras-paras dahi, saya hanya mampu memandang saja baju-baju cantik. Jika dulu Nabila puas bergaya, namun Naufal hanya pakai apa yang ada saja. Sedih bukan..?

Dengan cuti tanpa gaji ini telah membuka mata saya. Saya masih perlu bekerja untuk membantu Abang menampung kehidupan kami anak-beranak. Serius saya katakan, memang tak cukup jika hanya Abang saja yang bekerja. Lagi-lagi saya sudah terbiasa membeli barangan dengan duit saya sendiri. Lagi terasa peritnya bila terpaksa menyekat segala perbelanjaan dan cuba berjimat-cermat..

Dan saya setiap hari berfikir apa yang perlu saya buat agar setiap hari ada 'income' masuk. Saya cua untuk berniaga online, namun berapa sangatlah yang saya dapat. Dan akhirnya, saya berjinak-jinak di dapur.

Bermula dengan ini..

Takoyaki...

Saya amat menggemari makanan ini. Kononnya saya beli kualinya untuk suka-suka dan makan sendiri. Namun bila mak mencadangkan agar saya menjual takoyaki ini, saya terfikir ada baiknya saya mencuba. Kut-kut ada yang suka...

Bermula di kilang Abang, kini dan merebak sikit-sikit di kalangan kawan-kawan. Saya boleh hantar area rumah mak di Gombak atau Sentul.. Atau tunggu saja di rumah. Namun, saya masih mencuba lagi untuk menyedapkan lagi takoyaki saya..

Kemudian, saya buat ini..

Apa ni? Kek batik....

Kek batik saya dah mulakan sebelum saya menjual Takoyaki, tapi sebab bendanya manis..so saya jarang buat di kilang. Yelah, bukan semua orang suka makan benda-benda manis..

Sebelah kiri..puding roti..

So far puding roti memang dapat sambutan. Mulanya nak buat dengan sos vanila, tapi adasahabat saya kata puding saya tanpa sos pun dah sedap..so tak yah sos vanila tu dah.. Makanya saya tak buatlah.. Gambar yang atas tu saya siap sedia nak hantar ke Bangunan Kementerian Dalam Negeri , Jalan Duta.

Apapun, saya cuba yang terbaik.. dulu saya memang tak suka memasak. Sekarang ni dah ok sikit..hihi..

Ok, kalau nak order bolehlah pm kat facebook saya atau email je kat saya yek...ok.. daaa... :)