Assalamualaikum..
Maaf, lama sungguh meninggalkan rumah ini. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kami anak beranak sepanjang bulan ini. Bagi mereka yang menjadi rakan dalam facebook, pastinya sudah tahu apa yang terjadi pada kami semua... Pada yang belum..meh saya cerita..
Last entri berkenaan serangan sawan Nabila yang sangat mengejutkan saya. Sungguh itulah penghujung tahun yang saya rasakan penutup dugaan kami 2013. Memang banyak perkara yang berlaku sehinggakan tak termampu pula untuk dicoretkan di sini. Sebab kenangan pahit itu biarlah berkubur begitu sahaja. Dan semoga ianya menjadikan diri kami lebih TABAH !!
Permulaan di tahun baru 2014 menyaksikan sebanyak 3 kali saya dan Abang berkejaran ke hospital. Gara-gara kesihatan anak-anak kami yang kurang baik. Sungguh hati saya tak mampu untuk melihat kesakitan anak-anak dek penangan demam selsema batuk yang berpanjangan.
Bermula pada 2 Januari Naufal dimasukkan ke wad KK1 kerana masalah Bronchopneumonia. Nafas Naufal sangat laju ketika saya membawanya ke wad kecemasan. Dan Naufal di letakkan gas oksigen kerana bacaannya 'kurang cantik' .
Malam itu, Naufal tak lena. Sekejap-sekejap menangis sehinggakan saya sendiri letih melihatnya menangis kerana tidak selesa. Tak mampu untuk saya lakukan apa-apa melainkan hanya breastfeeding!! Dengan harapan susu saya akan mengurangkan kesakitan dan serangan kuman bertubi-tubi dalam paru-parunya...
Wajah adik sebelum dimasukkan ke hospital. Dan ketika ini, Naufal masih belum sihat walaupun dah diberikan nebulizer..
Hati ini bagai di carik-carik bilamana anak yang riang ini terlantar terbaring diam di atas katil hospital...
Naufal yang tidak seperti selalu. Tiada senyuman. Tiada gelak tawanya. Hanya terbaring lesu di sisi saya...
5 hari berkampung di hospital. Dan hari ke 3, saya pula dijangkiti demam selsema batuk. Saya cuba menelan paracetamol yang dibawa oleh Abang kerna mahu lebih kuat untuk menjaga Naufal di wad. Mujur malam itu, Naufal baik-baik sahaja. Hanya tidur dan minum susu sahaja.
5 hari berselang, kami dibenarkan pulang. Dan ketika itu Naufal kelihatan baik sekali. Sudah mampu untuk berjalan sendiri dan merengek mahu main di taman. Perasaan saya ketika itu? Teramat lega bila saya dapat melihat dia senyum bermain di hadapan mata saya.
Pulang ke rumah dan hanya selang sehari, Naufal cirit-birit pula. 4 hari saya menunggu di rumah dan ke klinik mengambil ubat untuk Naufal, namun tidak berjaya. Dan pada hari Sabtu 12 Januari (sepatutnya kami ke Pulau Pangkor atas unrusan hari keluarga anjuran rakan-rakan se 'kilang' Abang - trip cancelled- hanya ayah Naufal je pegi sbb dia urusetia..huhu) saya membawa Naufal ke Hospital Kuala Lumpur sekali lagi kerana Naufal kelihatan tidak bermaya akibat cirit-birit yang melampau.
Dapat je katil kat wad, lena tido setelah dimasukkan air.
Dan di situ, hampir 2 hari juga saya berkampung... :(
Bila doctor sahkan Naufal boleh keluar wad pada keesokan harinya, mak saya menelefon dan menyatakan Nabila muntah-muntah sehingga menampakkan sedikit darah ketika muntah. Dan Abang ketika itu baru sahaja pulang dari Pulau Pangkor, bergegas ke hospital dan kemudian balik rumah untuk membawa Nabila ke hospital pula. Kesian Abang ketika itu...
Kakak Nabila di tahan di Wad KK2 pulak. Tak dapat satu wad sebab kakak Nabila juga pernah dimasukkan ke wad KK2 kerana sawannya itu. Alhamdulillah, rupanya ada hikmah kakak masuk wad. Doktor review semula ubat sawannya dan memberikan kuantiti yang betul. Ubat epilim syrup sebanyak 2 ml dan kemudian dinaikkan sedikit demi sedikit. Manakala ubat clonazepam diturunkan dos nya dari 4ml ke 2.5ml
Bila kedua-duanya masuk hospital serentak, kalut juga saya dan Abang dibuatnya. Dan hari 3 Naufal di hospital, saya terus mohon pada doktor untuk discharge kerana khuatir keadaan dalam bilik itu yang semenangnya banyak kuman. Naufal sudah mula menunjukkan tanda-tanda selsemanya kembali..
Moment paling syahdu adalah bilamana Nabila rupanya menantikan saya untuk diberikan susu dan makan. Nabila dijaga oleh ayahnya kerana Naufal mahukan saya untuk menyusu. Sungguh jika diberi pilihan, mahu sahaja dibelah badan ini agar saya dapat menjaga kedua-dua anak saya.
4 hari Nabila di hospital, akhirnya keluar juga. Nabila juga disahkan brochopneumonia namun tidaklah seteruk Naufal yang perlu di neb setiap 4 jam sekali. Nabila di jangkiti kuman pun mungkin kerana sewaktu Naufal sakit, mereka berdua baring bersama. Dan Nabila juga ada melawat Naufal di wad. Saya sepatutnya melarang Nabila ke hospital, namun kerinduan pada anak ini tak terhitung banyaknya. Padahnya, Nabila juga di syaki brochopneumonia...
Selesai keluar hospital, anak-anak ini masih belum pulih sepenuhnya. Naufal masih batuk dan sudah 2 kali saya membawanya ke klinik. Risau bertapak kembali dalam hati saya kerana khuatir Naufal dijangkiti kuman lagi.
Siapa yang mahu anak sakit? Semua tak mahu kan? Pastinya!! Namun saya mengharapkan agar semua ini berlaku ada hikmahnya. Agar saya lebih berhati-hati dan sentiasa memastikan kedua beradik ini berada dalam kesihatan yang baik.
Dua beradik nak gaduh..hihi.
p/s: Kuarters telah berjaya di perolehi, namun kerana sibuknya saya di wad ketika itu, rumah kuarters saya dinaiki air dan meranapkan lantai parkir 2 bilik saya. Sudahnya, masih belum ada jalan bila untuk saya pindah ke Jalan Duta... :(