Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

27 March 2015

Kisah sedih anak syurga..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih berada dalam keadaan sihat. Nabila dan Naufal juga sihat. Ayah mereka juga sihat :)

Tadi, entah kenapa hati saya tersentuh. Membaca coretan seseorang yang hanya saya kenali dalam dunia Facebook. Kenal pun bila kisahnya di share oleh rakan-rakan saya kerana waktu itu dia tahu dia bakal kehilangan anak bongsunya. Pedih hati usah cerita.

Dan tadi, saya membuka balik wall nya. Kerana dia bercerita tentang keadaan kubur anaknya yang tumbuh pokok yang amat cantik bunga dan daunnya. Segar. Dan saya mulai membayangi andai saya ditempatnya. Pedih bila orang kesayangan sudah berada di dalam alam lain. Terbayang wajah Nabila dan Naufal ketika itu. Dan hampir saja saya menitiskan air mata...

Tuhan, walaupun aku belum pernah merasai kehilangan, namun melihatkan orang kelilingku pernah merasainya, aku berasa takut. Adakah aku mampu nanti ditinggalkan atau meninggalkan mereka yang tersayang nanti...

Anak wanita itu sakit. Diceritakan dalam kisahnya, anak itu sihat berlari, namun disorong ke bilik pembedahan, anak dia kaku. Tiada lagi senyuman.. tiada lagi gelak ketawa.. tiada lagi tangisan. Hanya diam membisu dan dipenuhi dengan wayar yang berselirat.

Andai diberi peluang, jika tahu keadaan itu akan berlaku, mungkin si ibu takkan menyerahkan anaknya di meja pembedahan. Allah lebih sayangkan dia.. Segalanya telah ditakdirkan olehNya.

Ya Allah, berikan ketabahan kepada semua ibu-ibu yang pernah kehilangan anak ini. Ubati kerinduan mereka. Gantikanlah dengan berita gembira. Anak-anak ini menanti mereka disyurga nanti. Seperti mana nanti Nabila akan menanti saya di syurga.

Kakak, ibu berdoa agar kakak sentiasa dilindungi oleh Allah swt. Dipanjangkan umur kakak agar ibu dapat memeluk kakak setiap hari. Seperti semalam, kakak seakan lena dan selesa dalam dakapan ibu. Doakan ibu sihat selalu supaya ibu dapat berbakti dan menjagamu kakak..

Al-fatihah buat semua bidadari syurga yang telah pergi...kasih sayang ibu kalian hingga ke syurga nanti...

=(


11 March 2015

Cerita Ceriti Ceritu.... AFO,Corset untuk Spine Kakak dan Ibu masuk sekolah balik..

Assalamualaikum..

Alahai ibu Nabila ni.. memang tak dan meng 'update' hal anak dara sorang tu. Serius tersangat la busy macam lebah di dalam sarang...tajuk panjang kan.. Haaa..rangkum sekali boleh? hihihi

Alhamdulillah, kakak Nabila sihat-sihat saja. Sebulan yang lepas, kakak menjalani prosedur botox di hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah, prosedur yang tidak menyakitkan. Saya buat keputusan untuk buat prosedur tersebut kerana mahu memudahkan Nabila memakai ini...

AFO kakak.. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga tempah benda alah ni. Mujur juga boleh mohon melalui JPA. Yelah dah kojo kerajaan, gunakanlah sebaiknya kemudahan yang ada.. :)

Pada awalnya memang ketat sikit la kakak nak pakai. Yelah, kaki dah bengkok dipaksa masuk dengan benda palsu ni..mau tak sakit kan.. Tapi guna jelah sebaiknya.. Harap ianya dapat membantu kakak nanti..

Saya ada tempah satu lagi benda baru untuk Nabila. Kali ini menggunakan duit sendiri untuk beli peralatan ni. KORSET..

Mujur kak Maimon bantu saya untuk tempah benda ni. Jauh tau.. Kat Jakarta.. Kat Malaysia memang takde sebab susah nak cari corset sebegini. Benda alah ni nak support tulang belakang kakak.. Yolah, tak nak bagi senget...huhu..

Ok, kisah ketiga.. Apa yang menyebabkan ibu Nabila ni busy bebenauu!!

Saya telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pelajaran saya. Ok, sebelum ni memang saya ada Diploma Pengajar Vokasional dari CIAST Shah Alam. Tapi dengan diploma tu saya susah sangat nak survive untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Latihan Vokasional J29. Serius.. saya dah pernah pegi interview dia. Rupanya, JPA hold dulu diploma holder dari CIAST untuk diserap dalam jawatan tersebut (ni yang saya tau dari sumber org SPA. Tah ye tah idakkkk)

Makanya, saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang berlainan. Yelah sekarang ni saya keje kerani cabuk je.. Penat tau amik exam KPSL untuk naik N27 baru ni. Alih-laih sebab diploma saya tu, saya tak ditempatkan dimana-mana jabatan pun. Erti kata lain, tak naik pangkatlah...

So, saya dan adik saya ain, memilih UMCCed sebagai tempat untuk kami menimba ilmu lagi. Adik saya pula Degree holder dalam bidang Pengurusan Hotel di UiTM dulu. Ingatkan dia boleh nak transfer credit la. Skali orang UMCCed kata tak boleh sebab dah sebab melebihi 5 tahun pengajian, so terpaksalah dia belajar semula dari bawah.

Memang awalnya nak ambil degree terus. Nak apply kat USM atau UUM. Tapi tak jadi sebab takut tak boleh nak bawak. Kena start balik dari bawah perlahan-lahan. Takpelah.. Diploma saya ni hanya 2 tahun saja pengajiannya. Dipendekkan kerana ada pengalaman dalam bidang berkaitan melebihi 3 tahun. So saya dan adik memilih Diploma Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) . Kira berkait gak la dalam bidang kerja kami sekarang.

Kelas setiap hari Ahad jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Penat memang penat. Tapi gagahkan jugaklah sebab nak sangat belajar kan.. Amek kawww..hahahaha..

Harapnya cepat-cepat konvo dan lulus dengan cemerlangnya. Mungkin kalau ada rezeki lagi, bolehlah sambung degree pulak lepas ni.. InsyaAllah. 

Doakan saya supaya segalanya dipermudahkan untuk saya ye.. Terima kasih semua..

Ok, sampai sini dulu coretan. Ada masa saya update lagi ye.. Byeee!!