Assalamualaikum,
Maaf lama tak menjengah disini.. Ada beberapa komen bertanya tentang Nabila di sini, tapi saya tak berkesempatan untuk melihatnya.. Maaf ye.. maybe boleh emel kat saya nanti.. Boleh tukar nombor telefon dan nak tanya apa-apalah tentang Nabila..
Hurm.. so far Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik. Kehidupan kami sekeluarga Alhamdulillah juga baik-baik sahaja. Sentiasa dipermudahkan urusan kakak Nabila dan kisah belajar saya.
Ohh ya.. Lupa nak coret kat sini.. Alhamdulillah, Nabila dan Naufal bakal mendapat adik mungkin awal bulan Jun atau pertengahan Mei. Tak sure tarikh lagi sebab kalau nak diikutkan due date adik baby adalah pada 5.6.2016 . Tapi memandangkan saya bakal di c-sear lagi, makanya tarikh mungkin akan awal sedikit.
Cuak memang cuak. Lagi-lagi saya tak menjangkakan yang saya akan menimang cahaya mata yang ketiga. Sungguh sebab saya pernah katakan pada suami bahawa dalam masa 2 tahun pengajian saya, saya tak dapat nak beri komitmen tentang anak ketiga.. Namun perancangan Allah hebat kan.. Rezeki nak diberi, saya terima dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmahnya... Sebab kalau nak tunggu saya bersedia, entah bilalah agaknya.. Trauma c-sear tak boleh nak cakap lagi..
So now, adik baby sudah mencecah usia 17 minggu. So far Alhamdulillah, kesihatan saya baik sekali. Alahan tu tetap ada, tapi yang paling saya risau adalah pendarahan. Sebab mengandungkan Nabila dan Naufal memang bleeding tu terjadi di awal pregnancy. Tapi dengan adik baby ni, Allah permudahkan saya. Tiada pendarahan, malah saya bertenaga untuk menguruskan Nabila dan Naufal. Cuma di awal kandungan tu, saya mengalami alahan agak teruk berbanding ketika mengandungkan Nabila dan Naufal. Sekarang dah masuk trimester 2.. semuanya baik-baik saja. Moga adik baby kuat semangat, pergi kelas dengan ibu dan sihat sehingga besar nanti..
Kawan-kawan semua, doakan saya dan adik baby ye..
Hurm, sekarang ni baru je selesai semester ke 2. Ahad lepas baru saja mengharungi exam bagi paper Management Information System dan Organizational Behaviour.. Ohh sangat mencabar kedua-dua paper ini. Dengan assignment yang agak tough, tambah pulak MIS kena ingat terms IT ni, OB pula dengan lecturer yang agak cerewet, makanya, bertambah struggle saya menghadap kedua-dua paper ini. Bila dan selesai.. lega rasanya. Terus adik saya kata nak berjalan-jalan rehatkan otak di Melaka.
Kebetulan awal tahun hari tu, kami sekeluarga berjalan di Melaka memang tak seronok langsung sebab keadaan hotel yang amat teruk sekali. Maka, saya book hotel yang agak mahal sikit, biar mak dan ayah selesa. Hilang sikit rasa bersalah sebab tak dapat nak bagi yang terbaik untuk mak dan ayah. Tapi yang tak bestnya, suami tak dapat pergi pulak. Keje katanya..huhu.. Yelah amik hari Ahad-Isnin, memang tak dapatlah dia nak pegi. Kata pun cuti dah habis.. Aduhh sedih rasa..
masa ni dalam kereta tengah tunggu kereta adik kat belakang..
Apartment 3 bilik 2 bilik air.. mmg best la..
Hall agak luas gak..
Abaikanlah adik yang tak berbaju tu.. Lapar ler tuh...
Bilik kitorg betul-betul menghadap pool.. besar giler pool
Kakak terus landing atas katil..hihi
Master bedroom
bilik satu lagi
Kebetulan ada performance silap mata dan main api..huhu.. Abis badan bau minyak tanah..
Baru lepas dinner kat hotel.. Tak keluar pun.. lepak dalam hotel je..
Ni baru lepas breakfast.. Siap-siap nak terjun tiruk kat pool
Ibu kakak dan Adik
Adik dengan kakak lepas mandi..
So far ok la Bayou Lagoon ni.. Total semua dalamRM700++ including tiket masuk lagoon dia, pastu apartment 3 bilik, dinner dan breakfast skali.. Berbaloi la...
Balik je dari Melaka, mak mertua saya datang dari Ipoh. Baru lepas melawat biras saya yang baru melahirkan anak perempuannya.. Opah dah rindu, lawat pula 2 cucunya ni...
Kemudian, bawak kakak dan adik jalan-jalan dalam mall je.. Takut kakak penat sebenarnya. Adik pun macam bosan je kan.. So bagi chance la adik seronok-seronok time ibu cuti seminggu ni..
Ingatkan tak pandai main.. rupanya dah pandai dah.. Rasa kejap je dah besar adik Naufal ni..
Kemain lagi main pasir.. seronok sangat sampai tak nak balik.. huhu...
Ok, itu saja cerita penutup untuk tahun 2015. Alhamdulillah, tahun yang penuh dengan cabaran dan kami berjaya laluinya dengan penuh sabar dan tabah demi kakak.. Harapnya tahun depan lebih ceria lagi dengan kehadiran adik baby pula.. dan mungkin juga tamatnya pengajian saya nanti.. InsyaAllah..
Selamat Tahun Baru semua..
Bye..