Assalamualaikum
semua..
Alhamdulillah, selesai
sudah pengajian saya bulan Februari tempohari. Dan semalam, saya telahpun
mendapat keputusan baik dalam Kertas Kajian saya. Ni lah keputusannya…
Alhamdulillah.. Dapat Anugerah Pengarah untuk kali ke 3.. Kalau dapat 4 kali (semua sem dapat..bestnya..huhu)
Rasa berbaloi melihat
keputusan ini. Faham jelah bila nak buat Research Paper, banyak kali salah,
banyak kali redo.. Bersekang mata, bertanya sana sini..nak edar questionnaire
lagi.. collect data..mau nak menangis rasa. Tapi bila dapat result ni, lega dah
rasanya..Alhamdulillah.
Semalam pun tunjuk kat
Encik Zul keputusan semalam, senyum je tengok result bini..hehehe..Malam, saya
request nak sate.. maka dicarinya sate untuk isteri tersayang..hahahaha..
Ok, saya nak cerita
pengalaman saya belajar di UMCCed. Pada awalnya, memang tak terfikir nak
sambung diploma. Yang saya survey hanyalah pengajian untuk degree. Tapi, nak
sambung degree 4 tahun (rata-rata university lah). Kemudian ada yang kena
datang main campus macam USM atau UUM. Nak sambung UiTM lagilah malas sebab
jauh. UKM takdelah course yang saya nak.. Jadi, dok mencari-mencari, ternampak
sorang sahabat saya, kak Eli yang dulunya kerja KTM sama-sama dengan saya. Dia baru selesai semester 1 masa saya
mula-mula daftar ke UMCCed. Tanyalah macam-macam dia. Kemudian saya bincang
dengan adik saya, Ain.. dia pun tak buat apa masa tu sebab tengah menganggur
baru lepas berhenti kerja. Jadi, dia pun setuju nak datang UM untuk dengar
taklimat tentang kursus yang ditawarkan di UMCCed.
So kami berdua decide
untuk ambil course Pentadbiran dan Operasi memandangkan subjek yang akan dipelajari oleh
kami memang kena sangat dengan bidang pekerjaan kami sekarang ni. Malah course
Pentadbiran dan Operasi ni lebih meluas dan pelbagai bidang boleh masuk dengan
diploma ni, berbanding HR, Kaunseling, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan
lain-lain. Jadi, saya selesai
melengkapkan permohonan dan hantar semula kepada pihak pengurusan UMCCed. Dan
kemudian, tunggulah emel yang menyatakan permohonan melanjutkan pelajaran di
sini berjaya atau tidak.
Alhamdulillah, tak
lama lepas tu permohonan kami berdua berjaya. Syarat untuk masuk pun agak ketat
juga, tapi alhamdulillah, saya berjaya untuk melepasi syarat-syarat tersebut. Kemudian, kami perlu
hadir sehari sebelum bermulanya kuliah iaitu sesi pengenalan. Dalam sesi ini,
penggunaan emel, tatacara penggunaan perpustakaan UM (dapat masuk library UM
tau.. buku banyak giler sana..mmg syok..). Kemudian kami diberi taklimat
tentang cara melaksanakan tugasan (assignment), cara buat cover assignment yang
standard, buat rujukan (guna APA style) dan macam-macam lah.
Pengajian di UMCCed
ini adalah selama 2 tahun. Setiap semester akan ada 4 subjek dan setiap semester akan dibahagi kepada 2 bahagian (part)..Faham tak
saya terangkan nih.. ok camni…
Katakan semester 1..
subjek bagi sem 1 adalah..
Pengenalan kepada Pengurusan
(core course) & Thinking and
Communication Skill (compulsory couse) – dikira semester 1 part 1..
Kelas akan bermula
setiap Ahad.. Dari jam 9.00 pagi sampai 6.00 petang. Macam saya dulu, kelas
Pengenalan kepada Pengurusan ( Sir Fakir..sangat berpengalaman dan berdedikasi)
bermula jam 9.00 pagi sampai 1 petang. Kemudian, rehat 1 jam. Jam 2 petang mula
pulak kelas Thinking and Communication Skill (Dr. Saroja) sampai jam 6.00
petang. Selalu minggu pertama tu, lecturer akan brief terus tentang assignment,
dan masa tu jugaklah otak semua mula membengkak nak pikir buat assignment dan
pembahagian kumpulan.
Pejalanan pembelajaran satu-satu subjek tu akan makan masa
6 minggu untuk selesai. Minggu ke 6 tu selalunya pelajar akan buat presentation
dan hantar assignment. So far saya tak pernah terbabas lagi hantar assignment
ikut dateline.. Dan jangan haraplah korang akan terlepas untuk presentation
walaupun presentation dalam group, sebab markah presentation juga diambil kira
untuk tambah markah korang masa time exam nanti.. Kiranya, 40% marks tu dikira
berdasarkan assignment dan presentation manakala 60% pula adalah dari exam
korang.,. campur-campur.. dapatlah 100%.. Kalau korang tak buat presentation
dan assignment, alamatnya teruklah markah korang time exam.. silap-silap kena
repeat sebab dapat C- kena repeat paper tau..huhu..
Lepas minggu ke 6
selesai, kiranya dan hantar assignment dan presentation, UMCCed akan bagi rehat
seminggu (kira cuti study week) and following week nya, terus exam. Exam bukan
tempat cikai-cikai tau.. Kalau nak merasa masuk Dewan Peperiksaan UM yang besar
gedabak tu, masuklah UMCCed..hehehe.. Dan jangan haraplah korang nak bawak
notak kecik ke, toyol ke, sebab kalau kantoi tak pepasal kena suspend 1 sem.. Kawan kelas saya dah kena dah.. malu
wei..huhu..
Lepas dah abis exam,
korang akan diberi cuti 1 minggu, then lepas tu continue pula Sem 1 Part 2..
Masa ni Sem 1 part 2 ni saya kena subjek Marketing dan subjek Research Methodology… Belajar 6 minggu, pastu antar assignment, buat presentation, cuti
study week dan exam..Benda ni berterusan sampailah korang abis semester 4
nanti..huhu..
Kalau nak tau lebih
lanjut subjek apa yang korang belajar, boleh gi website ni…
Untuk kertas kajian,
lain pula gayanya.. Pelajar akan diberi guideline oleh pensyarah selama 6
minggu. Kemudian, selepas 6 minggu, pelajar baru boleh mula buat kajian. Kena
hantar hasil penulisan kepada pensyarah untuk semakan. Tempoh rasanya dalam 2
bulan gak diberi masa untuk siapkan research tersebut.
Kemudian, tarikh
penghantaran tesis akan diberitahu melalui coordinator dan pensyarah. Kemudian,
tarikh pembentangan juga dikeluarkan dan pelajar dikehendaki bersedia dengan
slide presentation untuk dinilai. Lepas dah selesai presentation, pensyarah
akan bagitau apa yang perlu dibetulkan, kemudian kena buat hardcover.. Alah,
yang kulit keras tu.. bersama sekeping CD yang telah di burn dan dimasukkan
tesis kita dalam CD tu untuk simpanan pengurusan UMCCed. Rasanya, tak silap
saya, kalau tesis itu mendapat markah baik, tesis tersebut akan diletakkan di
Library Utama UM untuk dijadikan rujukan pelajar-pelajar junior korang..
bestnya…hehehe..
Pandang saya tentang
UMCCed??
Saya berbangga menjadi
sebahagian pelajar UM.. hehe.. Memang tough masa belajar, tapi
pensyarah-pensyarah UMCCed ni semuanya berpengalaman, rata-rata mereka adalah
pensyarah dari UM sendiri dan memang dikira sangat berpengalaman dalam bidang
masing-masing. Mereka juga tak lokek ilmu, tambah pulak kita ni part time
student, memang pensyarah akan bantu jika kita ada masalah berkaitan subjek
yang kita belajar.
Bayangkanlah, saya
sempat mengandung dan bersalin masa dalam pengajian, dan alhamdulillah,
keputusan peperiksaan saya juga baik. Dengan keadaan Nabila yang ada masanya
sakit, dengan Naufal lagi pun kerap masuk hospital, tapi semangat nak belajar
tu menebal.. kawan-kawan kelas UFA 115 juga baik-baik.. Alhamdulilah..
So pada yang ingin
menyambung pelajaran di sini, sangat dialu-alukan. Entry ni pun bukan UMCCed
bayar kat saya tau.. heheh.. Saya tulis berdasarkan apa yang saya alami selama
2 tahun pengajian saya di UMCced..
Ok, sampai jumpe lagi
di next entry..hehehe..bye!!