Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

29 December 2017

Selamat Tinggal 2017

Assalamualaikum..

Selang 2 hari je lagi nak masuk tahun 2018. Pejam celik pejam celik masa berlalu dengan pantas. Dan genap 9 tahun jugak saya menulis di sini.. Walaupun sekarang ni dah kurang menulis tentang Nabila, tapi saya cuba juga isi cerita dalam ni agar menjadi kenangan pada saya nanti.

Alhamdulillah, tahun ini baik-baik saja untuk saya. Walaupun cabaran nya takdelah sehebat orang lain, tapi kalau difikirkan tak sangka saya sampai juga ke akhir pengajian saya. Dan selamat konvo untuk kali ke 2..hehehe..

Kisah anak-anak pulak, Nabila makin membesar. 9 tahun terlantar bukan mudah untuk dia.. malah bukan mudah juga untuk saya menguruskan dia. Jauh disudut hati saya, berharap saya dapat uruskan dia semampu dan sekuat yang boleh. Mengharapkan Allah berikan kekuatan saya untuk uruskan dia dan permudahkan segala urusan saya.

Kakak dah makin besar.. makin cantik.. tapi kurus..huhu

kaki kakak luka asik bergesel dengan permukaan lantai.. macam-macam lah.. sedar2 je dah berdarah.. 

Kaki bengkok...huhu

sengih je baru lepas balik dari hospital

jalan-jalan kat lost world.. seb baik diam je..hehe

Adik tido menghimpit kat katil kakak.

Naufal pulak tahun depan masuk 6 tahun. Alhamdulillah dapat ke Pra tahun depan. Tak tahulah macamana gaya dia kan.. Tapi kenangkan dia, rasa sekejap benar masa berlalu.. dah besar dah anak ibu.. ibu pun dah tua..hahahaha

Ni kes betulkan gigi depan dia.. tumbuh tajam lepas kami decide nak cabut gigi dia yang dah tersompek ke depan..hahah.. tapi nampak pelik sikit la.. doktor tambah simen je.. tunggu sampai gigi tu cabut la kut baru tumbuh gigi kekal..

sibuk main dengan adiknya.. 

Moga terus membesar menjadi anak yang soleh dan dipermudahkan pembelajaran di sekolah baru nanti..



Ini budak kecik ni macam-macam perangai dia buat.. seb baik bongsu dik..boleh la ibu nak layan..hehehe. badan kecik je.. tapi kalau mengamuk, garang cam rimau.. sebijik pulak perangai cam saya..hahahaha.. 

Tahun depan dah 2 tahun dah.. kejap je.. moga membesar dengan sihat ye nak..

last bercuti dengan family.. next year buat lagi jalan-jalan..hehehe..

Ok, bye semua.. InsyaAllah kita jumpe di tahun 2018 ye.. Ampunkan salah silap saya jika ada coretan saya menggangu emosi kalian ke, atau tersilap kata ke..maafkan saya ye.. InsyaAllah, ada masa saya menulis lagi di tahun depan.. 

Bye!!!


06 December 2017

Selesai Perjuangan Tahun Pertama Naufal di Tadika

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tamat sudah sesi pembelajaran Naufal di tadikanya tahun ini. Teringat masa awal-awal masuk sekolah dulu.. seminggu gak saya nak pujuk dia ke sekolah. Asal nak gerak gi tempat keje je, dia menangis.. kemudian, nampak kawan-kawan nangis, dia pun menangis lagi.. 

Bila seminggu lepas tu, ayahnya hantar pula.. elok pulak masuk ke kelas sendiri. Geram pulak sebab bila time kita, kemain lagi mengada-ngada.. ni dengan ayah nya.. elok pulak jalan sendiri..

Macam-macam aktiviti dia kat sekolah.. teringat hari sukannya.. saya tak dapat nak ikut sebab susah nak bawak si kakak kan.. Sampai masuk 2 acara lah. Katanya ada budak tak nak lari.. so cikgu suruh Naufal ganti.. Ikut lah nak, janji menang.. Dapatlah 2 medal untuk dibawa balik..



Makan mengcangkung.. aiihhhhh

acara apalah dia masuk ni sampai bertopeng-topeng ni..

baru nak bertolak.. excited pertama kali naik bas sekolah..

pagi-pagi dah beratur nak naik bas..

isi perut dulu sebelum nak start sukan..


Kemudian, dengan aktiviti lawatannya ke Farm in The City dan Perpustakaan Negara pula. Kemain excited dia dapat naik bas sekolah. Sampai skrg asal lalu ke highway Mex, mesti dia ingat jalan nak ke Farm In The City tu. Hebat betul ingatan dia..

Bila dah ramai-ramai camni.. dah tak cam dah anak sendiri yang mana satu..hahaha


Takut-takut je nak bagi makan kura-kura tu..


Dia mmg pantang tengok kat tempat ni.. suka sangat main ikan tu..

Lepas settle kat Farm In The City, gi singgah makan KFC pulak..

Pastu pegi Perpustakaan Negara Pulak..
tah hapa dia tanya cikgu dia tah...



ready nak balik dah...


Ni pulak aktiviti masa sambutan hari raya.. tak tau nak masak apa.. bekalkan sandwich je untuk anak-anak...



Alhamdulillah.. selesai dah perjuangan dia di tadika.. Tahun depan sekolah baru pula.. bagi rasa suasana sekolah sebenar kan.. hehehe.. 

ok.. layankan saja gambar-gambar konvokesyen dia pada 24 November lepas.



Kejap je dah besar anak ibu.. Moga terus cemerlang lagi ye nak..Aamiin..

Bergambar kenangan dengan cikgu-cikgu yang mengajar naufal. Dari kanan ; Cikgu Nani (yang hantar Naufal hari-hari ke rumah babysitter, Cikgu Su (guru kelas dia), Cikgu Yati (ketua guru), Cikgu Faizah (cikgu yang gantikan sementara sepanjang ketiadaan Cikgu Su) dan Cikgu Ros (entah cikgu ni Naufal slalu sebut tapi tak tau dia ajar apa..hahahha)