Maaf lama tak mencoret hal kami di sini. Agak busy di tambah berita gembira datang, memang tak sempat nak jenguk ke sini..
Ingat entry last saya. Status bertukar ke Lantikan Tetap sebagai Penolong Pegawai Tadbir. Alhamdulillah, 2 April lalu dapat surat pelantikan dari SPA. Memang tak jangka sebenarnya. Bila dapat surat, hati berbelah bahagi sebenarnya. Buntu memikirkan mana nak hantar kakak lepas ni. Sudah pasti saya tidak dapat membawanya lagi ke pejabat.
30 April 2019, saya ke JAKIM kerana sesi taklimat dan lapor diri dibuat di sana. Berdebar usah ceritalah kerana petang selepas selesai taklimat, penyerahan surat penempatan pula. Dan kami diarah untuk lapor diri di Kementerian masing-masing pada 2 Mei 2019.
Bukak je surat memang takut sangat. Saya bukak pelahan-lahan, dan mata terpaku melihat nama kementerian pada surat tersebut. Sungguh tak sangka saya kembali ke Kementerian lama. Mungkin hasil dari surat yang saya berikan kepada JPA tempohari. Cuma saya tak berharap kerana tiada balasan dari pihak JPA berhubung rayuan saya untuk kembali ke Jabatan lama.
2 Mei saya ke MOTAC untuk lapor diri. 3 kekosongan di Kuala Lumpur iaitu JKKN, IB dan Arkib. Saya menyatakan masalah saya kepada pihak HR yang mana saya mahu kembali ke Arkib kerana mudah menguruskan kakak. Kalau ikutkan memang tak boleh dah sebab saya kat Arkib dah 10 tahun.. Tapi disebabkan kakak, saya dapat kembali ke jabatan lama.
Kalau ikutkan saya mahu berpindah ke Jabatan lain. Sebab ingin merasa environment baru. Tapi kerana kakak, saya pendamkan dulu hasrat tersebut. Mungkin setelah selesai pencarian pengasuh untuk kakak.
Apapun, alhamdulillah, saya kembali ke Unit saya dan buat tugas-tugas yang lebih mencabar. Apapun moga segala urusan mencari rezeki dipermudahkan dan bertambah lagi pengalaman kerja saya dalam jawatan baru pula..
Ok, jumpa lagi di next entry ya..
Bye!!