20 March 2012

Lega...syukur Alhamdulillah..

Semalam, entry kegusaran saya tentang adik baby.. Serius, sehingga membawa ke alam mimpi..

Saya bleeding! Darah banyak sangat! Dan saya ketakutan! Saya beritahu Abang. Dalam masa yang sama menerima hakikat anak ini bukan lagi hak saya...

???

Terjaga! Ya Allah, hati saya berdebar. Apakah maksud mimpi itu?

Terus saya naik ke atas untuk solat subuh. Selesai, saya mencapai buku tafsir mimpi yang saya beli dulu. Ternampak tajuknya, terus membelek. Katanya "akan keguguran" ...

..........

Usai mandi, saya termenung seketika. Menunggu Abang pulang untuk membawa saya ke hospital. Saya cerita tentang mimpi saya pada Abang. Marah Abang! Jangan fikir bukan-bukan..! Saya cuba pujuk hati. InsyaAllah..tiada apa yang berlaku..

Selesai menghantar Nabila ke rumah mak, saya dan Abang menuju ke hospital. Berdebar? Usah cakaplah! Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya lihat kiri dan kanan. Ramai yang senasib dengan saya. Ada yang sudah keguguran. Sedih melihat wajah mereka..

Saya berbual dengan wanita-wanita di situ. Untuk menghilangkan rasa debar hati. Dan akhirnya nama saya dipanggil.

Diperiksa melalui atas perut..Doktor kata tak nampak baby lagi. Hati saya berdebar. Doktor terus menyuruh saya menukar kain. Pemeriksaan dilakukan melalui bawah..

Akhirnya, muncul imej adik baby. Kecil comel. Doktor menunjukkan jantung adik baby. Dan katanya..

"Anak puan baik-baik sahaja. Sihat. Normal pregnancy...Dah boleh buku merah yek..."

Macam tak percaya? Saya tanya doktor, benarkah ianya baik-baik sahaja. Doktor mengangguk tersenyum. Dan mata saya tak lepas menatap skrin monitor scanner. Kecil dan nampak normal.

Dalam hati mengucap syukur. Alhamdulillah. Saya keluar dengan perasaan berbunga riang. Lega.Seperti terlepas satu bebanan di bahu ini..

Doakan perjalanan ini baik-baik saja. Moga adik baby terus sihat membesar dengan sempurna. Amin...

6 comments:

inazamri said...

didoakan agar ibu dan baby dlm kandungan terus sihat sejahtera

Mamanurin said...

alhamdulillah

adarnadzmie said...

alhamdulillah...:) take care...

A.I said...

Wahhhhhhhhh...leganya! Alhamdullilah...

kau take care ye Na..

FirZie83 said...

moga2 ina dan bakal baby selamat selamanya..aminnnnnnnnnnnnn

idura said...

alhamdulillah... jaga kesihatan elok2... n semoga baby cekal untuk keluar melihat dunia ini.. Amin~

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...