27 April 2015

Happy Birthday Yasmin Nabilah!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret di sini..

Kakak Nabila baru saja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 7 tahun.. Wow!! Macam tak percaya je kan kakak dah besar. Kalau ikutkan dah sekolah dah anak dara saya ni.. Dah boleh jaga adik Naufal dah. Tapi tulah, dah rezeki kakak arah lain.. Takpelah. Jadi ahli syurga lebih baik..

Tapi beberapa hari menjelang hari lahirnya, tak tau nak cakap apa. Memang dugaan sungguh. Dengan demamnya, cirit-birit sampailah infection kat area 'tut'.. rasa memang tak senang duduk ibu dibuatnya.

Sehari lepas birthday kakak memang saya ada belikan kek. Tapi ayahnya amik gambar, sekali tak de bateri pulak.. Haishhh.. Sudahnya, gambar adik dengan ayah je yang ada.. huhu.. Sian kakak..


Tengoklah adik.. Krim kat mulut.. Excited nak makan kek.. Nak potong kek kakak. Bila suruh kakak pilih kek, adik yang sibuk. Nak gambar car.. adoiiyaiii...

Harapnya dengan naik umur ini kakak bertambah matang, bertambah sihat dan jadi anak yang lebih ceria. Maafkan ibu ye kakak kalau ibu tak dapat berikan perhatian sepenuhnya pada kakak. Ibu doakan kakak sentiasa diberikan kesihatan baik dan takde penyakit pelik-pelik datang hinggap kakak..

Kakak paling comel..paling cantik dan paling baik di mata ibu..  :)


Happy Birthday Sayang...

Love,
Ibu.

4 comments:

Anonymous said...

Happy belated birthday Nabila!!
Hug and kisses...semoga panjang umur Dan murah rezeki...amin~~~

ieda said...

kakak yang comel...happy belated birthday...moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah....

zury armani said...

Happy belated birthday Princess! IN SYA ALLAH yg baik2 saje utk Nabilah n family tersayang...:)

Sharifuddin said...

Semoga terus menjadi ibu yang kuat dan berhati sado untuk menjaga anak syurga. Moga Allah ganjarkan yang terbaik untuk Puan dan family.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...