27 April 2015

Happy Birthday Yasmin Nabilah!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret di sini..

Kakak Nabila baru saja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 7 tahun.. Wow!! Macam tak percaya je kan kakak dah besar. Kalau ikutkan dah sekolah dah anak dara saya ni.. Dah boleh jaga adik Naufal dah. Tapi tulah, dah rezeki kakak arah lain.. Takpelah. Jadi ahli syurga lebih baik..

Tapi beberapa hari menjelang hari lahirnya, tak tau nak cakap apa. Memang dugaan sungguh. Dengan demamnya, cirit-birit sampailah infection kat area 'tut'.. rasa memang tak senang duduk ibu dibuatnya.

Sehari lepas birthday kakak memang saya ada belikan kek. Tapi ayahnya amik gambar, sekali tak de bateri pulak.. Haishhh.. Sudahnya, gambar adik dengan ayah je yang ada.. huhu.. Sian kakak..


Tengoklah adik.. Krim kat mulut.. Excited nak makan kek.. Nak potong kek kakak. Bila suruh kakak pilih kek, adik yang sibuk. Nak gambar car.. adoiiyaiii...

Harapnya dengan naik umur ini kakak bertambah matang, bertambah sihat dan jadi anak yang lebih ceria. Maafkan ibu ye kakak kalau ibu tak dapat berikan perhatian sepenuhnya pada kakak. Ibu doakan kakak sentiasa diberikan kesihatan baik dan takde penyakit pelik-pelik datang hinggap kakak..

Kakak paling comel..paling cantik dan paling baik di mata ibu..  :)


Happy Birthday Sayang...

Love,
Ibu.

13 April 2015

Medela Freestyle Preloved

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Sihat hendaknya. Just nak tulis kat sini, kalau ada sesapa nak beli Medela Freestyle Breastpump. Preloved. Nak jual masa saya beli untuk breastfeed Naufal dulu...

Pakai 6 bulan je...
Semua set sekali kotak saya bagi. Cuma takde ice pack je.. Cooler bag saya bagi...




1 set Medela Freestyle
Including storage bottle - 6 bottle and 2 bottle original Medela
Sparepart kit new (never used) will give to buyer.
Bag and cooler bag also include in the box - cooling pack not included
Very good condition
used just only 6 month
Want to let go this item because baby have already grown up and stop
breastfeeding.
Very suitable for working mom.
Call or whatsapp me if interested.
0126347956
or COD at Gombak or Jalan Duta
NAK LET GO : RM 900 . HARGA DAH HABIS NEGO NI SEBAB SAYA TUKAR SET BARU UNTUK SPARE PART DIA.. SO BUYER DAN UNTUNG KAT SITU DAN BOLEH GUNA TERUS.

Kalau nak pos kena tambah untuk postage ek. Kalau tak nak pos boleh COD kat Jalan Duta atau Gombak.

boleh sebarkan pada sesapa yang nak ek.. TQ

UPDATE : 6.5.2015 - TELAH DIJUAL...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...