Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 February 2009

Mimpi Nabila merangkak...dan luahan hatiku..

Kalau nak diikutkan waktu-waktu begini saya membuta tak sedar diri dengan Nabila. Namun, Nabila saja yang dapat tidur nyenyak. Saya pula yang terkebil-kebil di atas katil. Huh! Nabila tidur siap berdengkur lagi.Kerna apa, tadi Nabila mengejutkan saya untuk minum susu. Saya buat, siap, saya masuk semula ke bilik , tengok dia tidur balik.Errmm...bertuah tul..!!

Saya bukan apa, sebenarnya nak sambung semula tidur. Kerana sebelum itu saya bermimpi. Saya berada di mana entah kemudian, saya sedang membawa Nabila. Yang pasti, nak gi kenduri orang kahwin. Tak pasti siapa yang kahwin. Saya menyiapkan Nabila, memakai baju cantik . Saya cuba untuk meniarapkan dia. Tiba-tiba Nabila mengangkat punggungnya. Kemudian tangannya ditegakkan . Sepertinya mahu merangkak. Saya terkejut!! Kemudian entah macamana, saya lihat Nabila masuk ke dalam walker. Dan dia berdiri. Tegak pulak tu dalam walker. Dan kemudianNabila berjalan.

Kesimpulannya, mungkin saya merasakan mahu Nabila merangkak dan berjalan sehinggakan terbawa-bawa ke mimpi. Kadang-kadang saya sedih bila melihat anak orang lain boleh sudah buat pelbagai perkara namun Nabila?Entahlah..

Mungkin orang lain lagi berat dugaannya,tapi saya sebagai insan yang lemah..kadang-kadang hampir nak tersungkur juga. Mujur keluarga saya dan abang menyokong kami.

Sejak Nabila sudah kembali duduk di Gombak semula, (pasal saya dulu bawa lari Nabila ke Rawang. Kes nak hantar ke nursery la konon), Mak seronok sangat. Adik saya kata,mak menangis bila saya mahu pulang ke Rawang bawa Nabila sekali. Yelah. Sayang benar mak pada cucunya yang seorang ni. Walaupun Nabila berkeadaan begitu namun orang disekelilingnya semua sayangpadanya.

Saya pernah tanya mak, mengapa mak suka mengulit bersama Nabila.

Jawabnya...

"AKU TAK PUAS TGK SI NABILA NIH..COMEL SGT..GERAM JER TGK DIA".

....Padahal tiap-tiap hari mengadap si Nabila tu.Kemudian saya balas balik...

"YELAH BUDAK TAK ADA DOSA"...

Apapun, biarpun Nabila ini istimewa, dan tidak sama dengan anak orang lain yang sihat, yang pasti anak ini mempunyai ketabahan hati yang SANGAT-SANGAT KUAT. Entahlah, mungkin juga ini perjanjian dia dengan Allah masa nak lahir dulu..Nabila sanggup nak lalui semua ini..

24 February 2009

Peribahasa untuk Nabila..hahaha!

Kenapa saya gelak? Saya bukan gelakkan Nabila tau. Bella, ibu tak gelakkan Bella tau. Ibu tiba-tiba terfikir peribahasa ini. Gara-gara Drama Spa Q.

Ini ayat si Dafi (anak si Qistina tu), Katanya...

"Sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tangan jua"

Akan Tetapi saya sengaja mahu mengikut dialog nya.Tiba2-tiba terkeluar idea nih.

"Sepandai-pandai Nabila melompat
akhirnya Nabila berjalan jua"

Pandai-pandai saje saya menukar peribahasa ini. Sebenarnya saya cuma mahu sedapkan hati. huhuhu. Hish, tak boleh fikir begitu. Saya kena yakin. Ya Nabila boleh berdiri, dan boleh berjalan. Macam gambar ini.

semangat tul nak berdiri..

Penat..isi minyak jap..

23 February 2009

Referral Letter to Occupational Therapist

Diagnosis : Case Of Hypoxic Ischemic Encephalopathy with GDD and Microcephaly.

History of Present Illness: Child presented with increase extensors tone all 4 limbs and also trunk extensors. Generally poor motor control except neck control fair. Also noted poor eye contact but good response with hearing, social dev able to smile when called her name.

Precaution : nil

Referring Department : physiotherapy

Reason For Refferal
Physical Condition : Cognitive / Perceptual Rehabilitation

Psychiatric Condition : Social Skill Training, Home Program, Psychosocial Education

Ini antara kandungan surat untuk Nabila dirujuk ke OCC ( unit cara kerja). Di dalam unit ni, adalah kesinambungan dari Unit Fisioterapi yang mana unit ini akan mengajar lebih lagi mengenai motor halus iaitu cara makan, minum, memegang benda, dan uruskan diri sendiri. Unit fisioterapi plak lebih kepada motor kasar seperti meniarap,merangkak,berjalan dan sebagainya.

Sebenarnya saya dan Abang sengaja memasukkan Nabila lebih awal. Itu pun selepas saya meminta pendapat dari Puan Suhana. Katanya elok jika dimulakan dari awal namun pada awalnya mungkin ianya agak membosankan. Saya tidak kisah, janji Nabila boleh buat lebih kerap lagi.

Niat saya cuma satu . Mahu Nabila cepat-cepat sembuh. Sekurang-kurangnya Nabila boleh respon dan mampu berjalan. Ya Allah, berilah kekuatan untuk anakku untuk menjalani kehidupannya yang sememangnya amat mencabar baginya.Amin..

Ibu tau Nabila mesti boleh..Nabila baby yang cantik dan kuat..!

Nabila balik kampung dan bersunat...

Hujung minggu lepas, saya bercadang untuk ke rumah Ita. Konon-kononnya temukan Nabila dan Sarra sekali lagi. Maklum sajalah, sewaktu pertemuan kami di Sunwaytempohari, rasanya tak puas. Lagi-lagi melihatkan Sarra Deboksss tidur di dalam stroller. Sudah berjanji sama dengan Ita memandangkan Abang bekerje malam hari Jumaat. Dan pagi Sabtu ada di rumah. Namun akhirnya kami cancel kerana Abang takut mengantuk selepas pulang dari kerja . Takkan pula tidur di rumah Ita pula kan?

Nak dijadikan cerita, tibalah hari jumaat malam. Saya menelefon Abang. Saya ingatkan Abang ada di kilang. Jam ketika itu sudah pukul 9 malam. Rupanya Abang ada di rumah. Terlambat bangun.

Penyudahnya abg menelefon saya semula..

"Ibu, Ayah tak gi keje la arini..malas!"

"takpe ke tak keje? kang kawan2 bising lak!"..

"takpe..Abang nak mandi pastu nak balik gombak"..

Ketika itu saya sedang tidurkan Nabila. Saya menunggu Abang pulang. Sudahnya saya pula yang tertidur dengan Nabila. Sedar-sedar sudah jam 12.00 mlm. Dan kata Abang, dia mahu pulang ke kampung esok . Suka benar buat keputusan last minit. Namun saya tak kisah kerana sudah lama benar tidak pulang ke Ipoh. Kesian pada Opah Nabila. Lama benar tidak melihat cucunya.

Esoknya, saya berkata pada Abang, sebelum pulang ke kampung, perlu ke Klinik Aniza terlebih dahulu. Kerana saya ingin menyunatkan Nabila. Dan pabila selesai Nabila bersunat, terus kami pulang ke kampung.

Pada awalnya, Nabila menangis. Sakit barangkali. Namun hanya sekejap saja. Bila sudah berada di dalam kete, diam. Dan kemudian terus tertido.

Teringat pesan doktor tadi menyuruh kami menukar susu Nabila. Tukar kepada Lactogen. Kerana ianya elok untuk perut Nabila yang sukar untuk membuang air besar . Saya dan Abang singgah sebentar di Tesco Ipoh. dan kemudian terus balik.

..masa ni sronok2 lagi..tak kena sunat..on the way nakbalik rawang..sunat kat klinik kat rawang jer..pastu nak amik brg sket sblm balik kg..

~Muka penat. Baru lepas menangis akibat bersunat..hehe~

Balik semalam hujan turun selebat-lebatnya. Beberapa kali saya ternampak orang kemalangan . Seriau rasanya. Dan semuanya terbabas masuk longkang. huhu..

19 February 2009

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY

Bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

0 HINGGA 10 BULAN
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 BULAN
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 HINGGA 3 TAHUN
1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 TAHUN
Belum boleh bercakap.


Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :-
- Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
-Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.

APA ITU CEREBRAL PALSY?

Entry kali ini saya tidak bercerita tentang Nabila. Cuma mahu berkongsi sedikit informasi tentang Cerebral Palsy. Mengapa? Ramai yang bertanyakan kepada saya maksud 'CP' itu. Dan pabila mahu diterangkan panjang lebar la pula. Makanya, saya memasukkan sedikit info tentang penyakit Nabila. Kepada yang membaca, mungkin dapatlah sedikit info berkenaan tentangnya.

CEREBRAL ialah OTAK

"PALSY" bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT.


Kanak-kanak Cerebral Palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal bayi dilahirkan- ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

SEBELUM KELAHIRAN
1) jangkitan dalam rahim
2)Ibu mengalami darah tinggi,kencing manis dan kurang darah ketika mengandung
3) pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung


SEMASA PROSES KELAHIRAN
1)Kelahiran tidak cukup bulan
2)Kecederaan semasa lahir

3)Lemas semasa lahir
4)Jangkitan semasa lahir


SELEPAS KELAHIRAN (SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN)
1)Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
2) Jaundis yang teruk (kemicterus)
3)Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.



Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.


PUNCA-PUNCA:
- Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
- Perkembangan otak yang tidak normal.
- Rembesan (intraeraneal bleeding).
- Demam kuning.
- Terhentak / terhempas / kejutan.
- Serangan kuman / penyakit.



TANDA-TANDA :
- Bayi kelihatan lembik
- Lewat perkembangan
- Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
- Masalah menyusu
- Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
- Sembelit
- Cepat marah

17 February 2009

Besday Nabila yang ke 10 bulan..

Hari ini genap Nabila sudah 10 bulan. Alhamdulillah. Perkembangannya nampak agak baik berbanding dulu, cuma Nabila masih lagi belum boleh meniarap. Tak mengapalah, saya faham keadaannya..

Kata Mak, sejak kebelakangan ini Nabila memang agak lasak. Bila didudukkan atas peha, memang tak reti duduk diam. Mahu berdiri la, tangan tak reti diam. Kadang-kadang rasa letih juga bila memegang Nabila. Tapi kadangkala saya kesian padanya. Kerana Nabila kerap terbaring. Kadang-kadang mesti Nabila mahu bangun juga kan. Kadang-kadang mak sengaja membiar Nabila gar dia melakukan tiarap. Untuk menguatkan lehernya..

Apapun tidak terlewat untuk ibu ucapkan "Selamat Ulang Bulan" pada anakku sayang. (Hehe...ni ayat ayah tau Bella.) Ibu sedang berkira-kira mahu buat sambutan Hari Lahir Bella masa Bella umur setahun nanti. Andai ada rezeki, ibu nak jemput ramai kawan-kawan ibu datang. Mesti bestkan Bella.

Ibu doakan Bella sentiasa sihat dan kuat. Kita jangan mengalah yek . Harus tabahkan hati. Ibu yakin Bella boleh buat. Boleh jadi seperti anak normal yang lain. Sayang Bella sangat-sangat...muahhhh...

16 February 2009

Nabila di Sungai Congkak

Semalam kami memenuhi aktiviti hujung minggu kami dengan aktiviti bermandi manda di Sungai Congkak.

Pada mulanya, memang kami tak bercadang ke mana-mana pun. Entah kenapa tiba-tiba terasa seperti sudah lama tidak mandi sungai. Jadi mak pun mencadangkan kami berkelah di situ. Tujuan saya ingin membawa Nabila merasai nikmat mandi di sungai.

Sedia maklum, Nabila memang takut dengan air. Entah kenapa setiap kali saya memandikannya, pasti Nabila menangis. Agaknya Nabila trauma. Pantang ada benda yang menutup wajahnya dia, pasti Nabila akan menahan nafas. Macam nak lemas pun ada..

Kami bertolak pada jam 11 pagi. Singgah ke Giant Taman Melawati kerana mak mahu membeli ayam golek. Kami tak bawak banyak bekalan. Hanya pagi itu mak memasak nasi lemak. Jadi kami tambah lauk sikit.

Nabila memang awal-awal saya sudah menyiapkannya. Bila Nabila tahu saya memakaikannya stokin, mulalah tak mahu tidur. Agaknya tengok semua orang sudah bersiap-siap, dia takut di tinggalkan . Hehe..Takkan la ibu nak tinggalkan baby ibu yang comel ni..

Bila sampai ramai betul orang yang datang berkelah di situ. kami makan terlebih dulu. Dan kemudian saya menukar baju Nabila.Menjerit-pekik Nabila bila kaki diceluo ke dalam air. Orang keliling dah mula pandang-pandang. Adoiyaiiii!!

Saya merendamnya sekejap saja. Ada la dalam 5 minit! Bila Nabila menangis, Abang terus membawa Nabila naik. Saya membilas badan Nabila dengan air biasa dan kemudian memakaikan baju. Terkebil-kebil si Nabila. Dan kemudian saya lihat dia terlelap. Saya pula menyambung semula mandi bersama mak dan Ain.

Seronok juga.Cuma yang tak bestnya Nabila boleh menangis pula. Lain kali bawa Nabila lagi..hehehe..


14 February 2009

Bintat merah lagi !

Saya sebenarnya memang tak mengerti. Entah bila masa Nabila kena 'cium' . Sudahlah digigitnya di hidung pula tu. Dah tak comel dah anak saya. Geram betul!!

Kata mak agaknya saya tidurkan Nabila dalam posisi meniarap. Kemudian air liurnya meleleh. Dan Nabila ni pula suka benar menenyeh hidung pada bantal. Itu yang jadi merah tu. Entah betul entah tidak. Nak kata saya tak kemas katil, rasanya setiap malam, saya akan buka cadar dan kibas-kibas. Dan setiap hari, saya akan pastikan tiada seekor semut atau binatang yang seangkatan dengannya merayap di atas katil ni. Memang Nabila wajahnya sensitif macam makcik dia , Si Kanging tuh!

Apapun tengok la gambar Nabila yang sudah tak serupa comel dah tuh!

Nabila angkat kepala?

Pagi-pagi sabtu memang tiada perkara yang ingin dibuatkan. Nabila sambung tidur kembali. Sekejap lagi pasti dia bangun. Mahu makan.

Saya membelek-belek wajah Nabila. Seperti biasa lah, ada lagi bintat merah di wajahnya.Cumanya sekejap lagi saya ceritakan. Ini saya ingin ceritakan tentang satu perkara.

Tentang Nabila lah!

Saya membelek-belek kemera ini. Dan saya review gambar-gambar yang lepas. tiba-tiba saya terlihat satu gambar yang buat saya terkejut. Saya tak perasan gambar ni.

~Mula-mula kalian lihat yek. Gambar yang kami ambil didalam kereta. Tangannya menggenggam-genggam. Geram barangkali. Sepertinya mahu melakukan sesuatu. Saya pula sibuk nak berposing. Ok, jangan fokus pada saya. Lihat saja pada Nabila.~


~Cuba lihat gambar ni. Nabila angkat kepala kan?~

Sebenarnya Nabila sering buat begitu. Jika saya sedang drive seorang diri untuk ke hospital atas urusan fisioterapi, pastinya Nabila akan buat begitu. Agaknya Nabila nak duduk , terasa lemas bila terbaring saja. Huh! Tak padan dengan budak kecik!

Saya dapat rasakan semangat Nabila memang kuat. Memang berusaha untuk lakukan sesuatu. Jika nak ikutkan, 17 Februari , Nabila sudah genap 10 bulan. Jika anak-anak normal, 10 bulan tu dah buat macam-macam..

Tak mengapala, Janji Nabila sentiasa diberi kesihatan yang baik.. Amin...

11 February 2009

Wajah-wajah Nabila

Entry kali ini tiada apa yang mahu saya ceritakan tentang Nabila. Cuma saya sukar untuk melelapkan mata. Tadi saya dah ter'over' dose tidur. Jam 8.30 malam sudah membawa Nabila masuk kedalam bilik tidur . Nabila pun nampak letih. Terpisat-pisat mengantuk . Sudah puas bermain, cuma tadi jam 12.30 tengahmalam, Nabila terjaga. Sepertinya mahu susu namun bila dibuat tak mahu minum pula.

Saya letakkan semula di katil. Tak mahu pejam pula matanya. Dan sudahnya saya peluk. Akhirnya matanya lelap juga.

Tetapi saya masih terkebil-kebil. Langsung tak boleh nak pejam semula. Saya membelek gambar-gambar di dalam telefon bimbit saya. Melihatkan wajah Nabila satu persatu.Dan tiba-tiba saya mempunyai idea . Mahu memasukkan gambar-gambar Nabila dari mula lahir hingga sekarang didalam blog ni.

Apapun saya dapat rasakan Nabila sudah semakin membesar. Dan Alhamdulillah, Nabila belum pernah sakit yang teruk-teruk. Kalau demam tu biasa la. Cuma kadang-kadang bila saya melihat wajah Nabila sewaktu tidur membuatkan saya sayu sangat. Anak org lain sihat..tapi anak saya........?














Jika mahu dibandingkan wajah Nabila dari dahulu hingga kini memang banyak perbezaanya. Sepertinya Nabila sedang mencari identiti. Mahu ikut ibu atau ayah?

Ramai yang berkata, wajah Nabila banyaknya lebih kepada sebelah suami. Cuma bentuk saja yang ikut saya. Cuma bab mata memang tak boleh nak lawan. Serupa seperti ayahnya! Ketika saya mengandung saya sudah pasang niat mahu mata cantik seperti ayahnya. Bulu mata panjang :) Jarang anak perempuan ada bulu mata panjang. Tak payah susah-susah pakaikan mascara ngan bulu mata palsu. :)

Kulitnya sama seperti saya. Kata mak, saya sewaktu kecil dulu pun tidaklah putih sangat. Hehe. Akhirnya ada juga yang mengikut saya! Takpelah..janji sihat sudah..

06 February 2009

Penyelesaian pada berat badan Nabila

Selasa lepas0 ( 3/2/2009), saya membawa Nabila ke Rehab lagi. Kali ini saya ingin bertanya pendapat Puan Suhana tentang berat badan Nabila.

Katanya tak mengapa jika berat badan Nabila tak naik. Janji dia mahu minum susu. Puan Suhana memberi cadangan . Disebabkan Nabila suka semuanya dalam bentuk botol, maka Puan Suhana menyuruh saya memberi Nabila dalam makan bentuk botol semula. Ini kerana sebelum ini saya pernah beri Nabila makanan dalam botol. Saya akan buat nestum cair dan beri dia makan.

Memang habis. Cuma saya terpikir juga, sampai bila mahu mengajar Nabila makan melalui botol. Saya tidak mahu Nabila bergantung pada botolnya. Maka saya mula memberinya makan dengan sudu. Namun seperti biasalah, Nabila pastinya menolak. Sepertinya Nabila fikir ianya sama seperti makan ubat. Apalagi menangis lah jawabnya.

Jadi, sekarang ini saya bercadang untuk beri Nabila makan sebanyak 3 kali sehari. Waktu pagi Nabila akan makan biskut. Waktu tengahari, Nabila akan di beri makan nestum di dalam botol. Dan petang,nasi bubur didalam mangkuk. Dan jika Nabila kenyang sangat, mungkin Nabila akan diberi 2 kali sahaja.

Semalam, mak memberikan Nabila makan menerusi botol. Kata mak, makanannya semangkuk habis Nabila makan. Dan kemudian bila selesai, Nabila baring. Kemudian Nabila menyebut "Haaaaa.." . Macam ular sawa itu kekenyangan. Kemudian, mula lah bermain tak henti-henti sampai tidur pun tak mahu...

Petang. saya pulang agak lewat dibanding hari-hari biasa yang lain. Sampai saja saya lihat Nabila sedang berbaring dan bermain seorang diri. Rupanya ada kisah yang terjadi sebaliknya petang tadi.

Wajah Nabila masam. Mencebik entah kenapa. Sedih barangkali saya tiada di sisinya. Selalunya saya akan membawanya mengambil angin petang di luar selepas saya pulang dari kerja.Agaknya Nabila menanti saya. Lihat saya tiada terus saja wajahnya masam. Ini yang membuatkan saya tidak sampai hati untuk nak meninggalkannya jika saya dikehendaki berkursus pabila saya mendapat pekerjaan baru nanti.

Maafkan ibu ye Nabila syg. Ibu banyak kerja. Esok pun Ibu kena kerja juga. Takpe, petang ibu bawa jalan-jalan dengan ayah esok..

01 February 2009

Nabila & Sarra date di sunway..

Entry lepas saya ada menceritakan tentang perjumpaan pertama saya dengan Ita. Cuma saya tak dapat nak upload gambar. Hari khamis lepas, Ita ada email gambar-gambar yang telah dia ambil semasa kami di Sunway Pyramid. Thanks Ita. Dan inilah gambar-gambar kami.

~kat baby room. Nabila mengamuk nak tidur! Dah tukar pampers pun masih lagi menangis..!!~

~Muka budak cantik. Menangis jer. Apasal tah..huhu!~


~Sarra. Baik je. Siap senyum lagi. Sikit pun tak menangis~

~Aksi memujuk si budak cantek .Sudah menonggeng si ayah memujuk..tak makan pujuk si Nabila ni.Kalau dah mengamuk..satu dunia dia nak jerit menangis...~

~Aksi ibu dan ummi. Tudung dan muka saya dah berminyak-minyak dek memujuk si Nabila nih..(masa ni Nabila tak diam lagi tuh..huhu..penat la ibu Nabila..)~

Ni baru ok sikit Nabila.Baru nak diam.Penat betul.kalau merajuk dialah orgnya.Agaknya masa mengandung saya kuat merajuk kot. Mengikut ke anak lah nih!

~bergambar dengan Farid. Abg Zul ni pandang mana tah..hehe..

Berat Nabila tak naik la..

Hari ini saya membawa Nabila ke klinik. Kerana sudah lama tidak buat pemeriksaan bulanan . Kali terakhir buat pun pada bulan 11. Lagipun saya membawa Nabila ke klinik pun ada sebabnya.

Sejak 2 minggu lepas wajah Nabila asyik terkena gigitan . Saya tidak pasti sama ada semut atau nyamuk. Saya membeli ubat nyamuk (dulu tak pakai kerana rumah mak tiada nyamuk. Almaklumlah, tinggi sangat. Nyamuk pun tak larat nak naik..hehe). Saya kibas-kibas tempat tidur kami . Tetapi pabila pagi saya bangun , lihat saja muka Nabila sudah merah sana sini. Hish, jika saya jumpa binatang itu mampus saya kerjakan. Geram nih..!!!

Perihal ke klinik pula, doctor menimbang berat Nabila. Masih juga tidak naik . Saya sudah mulai risau. Tidak silap saya semasa saya timbangkan berat badan Nabila di paeds clinic (appointment bulan 12), berat Nabila hanya 6.9 kg . Timbang lagi pada bulan ini, masih 6.9 kg .

Saya sudah mulai pening kepala. Nabila pun bukannya jenis nak makan sangat. Sejak akhir-akhir ini Nabila semakin lasak . Di tambah pula mahu lompat-lompat. Kemudian makan hanya sedikit. Jika saya beri makan sewaktu Nabila menangis, saya takut Nabila tersedak.

Walaupun berat Nabila masih dalam graf (doctor kata kira ok lagi) tetapi kalau ikut yang dulu berat Nabila dah tak naik dah . Masih kekal dengan berat sedia ada.

Kalian yang membaca blog ini. Boleh tak tolong saya bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah ni?

Mungkin juga Nabila senang untuk meniarap jika kurus namun jika terlalu kurus sangat, akan berbahaya pula. Dah serupa anak orang Afrika pula, tak cukup makan. Padahal ibu dia..kusss semangat. Berat bertambah-tambah..hehe..

Saya attach kan gambar Nabila dengan mata dia kene gigit binatang dan tangan Nabila yang doctor kesan kemungkinan Nabila terkena jangkitan kuman dalam darah. biji-biji di tapak tangan.

~mata kiri Nabila nampak merah..huhu..sakitnya ibu..~

~sakit bila melihat tangannya. Entah bagaimana boleh kena saya tak pasti..huhu... :( ~