Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 January 2012

Bila hati hancur remuk..

Sejak saya berulang alik membawa Nabila berjumpa dengan Dr. Sham, banyak perubahan yang saya lakukan. Termasuk mengubahsuai kediaman kami agar Nabila selesa untuk melakukan homework nya. Begitu juga dengan saya..Agar saya tak letih untuk membuat beberapa sesi bersama Nabila.

Setiap aktiviti yang dilakukan saya bahagikan dengan beberapa sesi. Pagi, petang dan malam.  Kerana saya tahu kemampuan Nabila. Andai saya buat lebih banyak lagi, saya khuatir Nabila akan keletihan. Tambahan pula , Nabila memang tak boleh letih. Jika letih dia akan diserang sawan.

Perubahan saya lakukan adalah ini..




Barang untuk stimulate sensori Nabila..


Meja patterning..

Pool lama saya keluarkan balik..

Dan....
...bilik tidur kami yang telah digelapkan cermin, hanya untuk sesi terapi cahaya (apa yang pasti saya tak suka ini..kerana tak suka bilik gelap disiang hari..tapi demi Nabila..saya buat je..)... :)

Dan tadi saya mengemas rumah..Hanya kerana mahu memberi ruang untuk sesi terapi berlangsung dengan selesanya. Sepanjang hari ini saya mengemas dan sesudah itu saya terus mencubanya.. nampak agak selesa..Jika dulu gambarnya...

ruang tamu yang sempit penuh dengan perabot.. :(

tapi kini...
Separuh ruang tamu saya gunakan untuk ruang terapi Nabila..

Sofa dan almari TV..? saya dah letak sudut terbaik..Rasanya saya tak mengabaikan tetamu yang datang ke rumah juga..:) Takkanlah nak suh tetamu dok lantai kan? So..kenalah pandai menyusun jika duduk rumah yang sesempit alam nih...

Ok...Apa yang tak kena..? Semua nampak purrrffeeect kan! Cuma ada satu alat je yang tertinggal dalam gambar di atas...

INCLINE TRACK!!!

Semalam, sesudah ke PDK, saya menghantar Nabila ke rumah mak. Kebetulan, atuk Nabila sedang menyiapkan incline track Nabila. Jadi, saya membantu sedikit sebelum saya ke tempat kerja. Dalam hati begitu teruja kerana saya akan menggunakan incline tersebut untuk sesi terapi Nabila.

  Siap 95% . :)

Namun bila saya menjejakkan kaki ke rumah mak saya lihat ini...

Patah..!!!!Patah lagi hati saya....:(

Serius, saya mengamuk kat rumah mak. Marah sampai saya menangis. Tak pernah saya rasa sedih begini. Kata mak, anak jiran darjah 5, bertubuh besar menaiki incline tersebut ketika ibunya sedang berborak dengan mak saya di rumah. Aduhai...!!

Kesal saya ketika itu. Saya berkeras mahu mengangkat track itu masuk ke dalam kereta tengahri sebelum saya ke tempat kerja. Firasat saya, pasti ada yang berkenan dengan incline track Nabila. Tekaan saya tepat. Hati saya tak sedap bila tiba di rumah mak. Dan bila mata ini tertacap dengan keadaan incline itu..buat hati saya hancur..

Hancur kerana mengenangkan Nabila tak berpelunag langsung untuk merasainya..Hancur kerana susah payah ayah saya dan kawannya mengangkat papan seberat itu di untuk naik ke tingkat 4. Hancur kerana ayah bersekang mata, berpeluh menegeluarkan tenaga untuk buat incline tersebut dengan harapan cucunya boleh mengesot di papan tersebut...

Hancur semuanya... :(

Sekarang..saya hanya mampu menanti ayah saya menggantikan papan baru. Dan saya tak pasti bila boleh disiapkan. Saya bercadang untuk menggunakannya sewaktu cuti 4 hari ini. Tapi bila jadi begini, semua yang telah saya plan untuk Nabila tak menjadi..

:( :( :( :(

Sedih..sangat sedih...!!!

Cik Bella merasai kesedihan saya.. Last pagi tadi Nabila diserang demam..Dan terpaksa di nab kerana telah seminggu mengalami batuk dan selsema...

setia menemani Nabila..Kesian adik...huhu

No comments: