Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

31 May 2012

Adik baby nan besarrrrrrrr!!!!

Baru selesai monthly check up adik baby. Actually, banyak benda yang ingin saya tanyakan pada nurse klinik ibu dan anak. Terutama tentang perihal kes adik baby yang nampak agak besar sedikit saiznya itu.

Saya membawa juga hasil scan di Klinik Aniza tempohari. Sebagai bukti yang menyatakan ukuran adik baby yang kelihatan besar dari kebiasaan. Dan pabila saya disuruh ukur ketinggian rahim, nurse klinik Ibu dan Anak itu mengiyakan kebenaran saiz adik baby. Katanya lagi, adik baby nampak seperti sudah berumur 20 minggu.

Dan kemudian saya diperiksa mendengar bunyi jantung adik baby. Hurm..kalau check up kat klinik kerajaan standard lah memang takde scan-scan ni. Hanya dengar bunyi jantung menerusi alat khasnya. Dan agak lama nurse mencari degupan jantung adik baby, akhir kami berdua dapat mendengar sendiri bunyi itu. Alhamdulillah..kedengaran bunyi normal dan nampak seperti adik baby sihat dalam tummy ibu.. :)

Cumanya, nurse agak hairan dengan pertambahan berat badan saya. Naik mendadak 2kg dalam masa sebulan. Saya akui kebelakangan ini, selera makan saya bertambah. Kerap makan nasi dan sentiasa rasa lapar. Dan nurse mencadangkan saya untuk bertemu doktor sejurus selesai bertemu dengannya.

Saya ke kaunter pendaftaran sekali lagi dan menukar nombor giliran untuk berjumpa doktor pula. Kata doktor, bila berat naik, ada kemungkinan juga anak membesar. Namun, doktor menyarankan saya untuk menjaga pemakanan dan melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi bagi memastikan saya tidak menghidap darah tinggi kali ini. Katanya lagi, kemungkinan baby besar disebabkan oleh darah tinggi..

Eeeeerrrrrkkkkkk.. Takkan darah tinggi pulak kot.. Adoiyaiii.. Risau lak pulak.. :(

Doktor mengisi borang ujian tekanan darah tinggi dan saya harus lakukannya sewaktu pemeriksaan scan adik baby minggu hadapan. Ya Allah, moga tiada apa-apa yang kurang enak tentang adik baby nanti. Confirm lepas ni ibu akan jaga makan. Tak mau makan ikut hati lagi..huhu..

Doakan segalanya terbaik buat saya dan adik baby nanti.. Amin...

30 May 2012

NeuroGain PB.. Adakah bagus untuk ibu mengandung?

Saya sedang sibuk mencari maklumat berkaitan dengan perihal mengandung. Walaupun ini pengalaman kedua saya namun setiap anak, si ibu pasti akan mengalami pengalaman yang berbeza. Ya, saya dapat rasakan itu bila hamil adik baby kali ini. Jika dulu pengalaman mabuk dan loya tak pernah saya rasai sewaktu mengandungkan Nabila, namun kali ini bersama adik baby, saya berpeluang merasainya.

Begitu juga dengan rasa keletihan. Jika dulu sewaktu mengandungkan Nabila, serasa saya, saya ligat bergerak ke sana kemari. Di saat kini adik baby sudah berusia 17 minggu, namun seingat saya ketika Nabila di dalam rahim ini, tak pula rasa letih dan penat sebegini. Mungkin juga aktiviti seharian menguruskan Nabila membuatkan saya kerap rasa keletihan untuk kandungan kali ini.

Tatkala saya mencari info tentang tadi, terbaca mengenai artikel tentang EPO (Evening Primerose Oil). Rupanya EPO ini agak kurang sesuai dimakan oleh ibu mengandung. Hurm..saya tak pasti tentang ini..Namun bila membaca kesan dari memakannya sewaktu mengandung membuatkan hati saya gerun...

Sebenarnya, selain supplement yang diberikan oleh klinik kesihatan, saya juga turut memakan ini..




Saya dapat tahu pun melalui pembelian NeuroGain untuk Nabila. Saya memakannya sejak adik baby berusia 8 minggu lagi. Kalau nak diikutkan sudah masuk botol ke-2 saya makan NeuroGain PB ini.

Saya mencari maklumat dan testimonial berkaitan NeuroGain memandangkan ianya bukanlah dicadangkan oleh klinik ibu mengandung. Yelah, klu check up gomen ni..ubat yang standard je dia bagi.. Takde tambahan pun. Kalau pergi private mungkinlah dicadangkan itu dan ini untuk kandungan.. :)

Actually, Nabila juga makan jenama ini khusus untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, perkembangan dia juga bertambah baik dan semakin alert sejak saya memberikannya makan selain supplement Transfer Factor. Pada saya NeuroGain for kids memang bagus lebih-lebih lagi untuk anak seperti Nabila.

Cuma disini, saya mahukan pendapat. Adakah ada di antara kalian sama seperti saya mengambil NeuroGain PB ini? So result macamana? Apa yang saya baca di laman sosial, anak yang lahir itu akan lebih fokus dan nampak aktif. Cuma ada sesetangah mengatakan anak nampak hyperactive . Bilakah masa yang sesuai untuk saya berhenti dari memakan supplement ini?

Hopefully ada kawan-kawan yang boleh share info.. :) TQ

22 May 2012

Badan yang semakin berat...

Maaf kerana lama tak update blog. Nak kata busy tu takdelah sangat cuma mood untuk menulis takde. Alhamdulillah kami berempat dalam keadaan sihat... :)

Alhamdulillah, Sabtu lepas, genap 16 minggu adik baby dalam rahim ini. Walaupun haritu agak kecoh sedikit ibu kena cirit birit dan muntah-muntah kerana keracunan makanan, namun Alhamdulillah tak jejas kesihatan adik baby. Saya dimasukkan ke wad pemerhatian di Emergency Hospital Sungai Buloh. Masuk air sebotol kemudaian dibenarkan balik. Dalam masa yang sama, gastrik menyerang kerana perut yang kosong akibat kesan keracunan makanan itu. Serius..rasa serik nak makan nasik..hehe...

Bila melihatkan perut ini, agak risau sebenarnya. Nampak lebih besar dari saiz sepatutnya. Kalau nak diikutkan perut ni takdelah menonjol sangat jika ikut umurnya. Tapi memang nampak ketara sampaikan kawan pun tegur nampak perut saya agak besar.


Tapi rasanya perut ni memang tebal lah. Tambah dengan isi lemak dulu..hehe.. tu nampak besar tu..Takpelah..janji adik baby sihat.. :)

Bila semakin besar, badan pun dah semakin berat. Nak angkat Nabila pun terasa penatnya. Drive jauh-jauh pun dah mula lelah. Nabila pun dah kerap skip sekolahnya sekarang. Asyik ibu tak larat nak bawak dia ke sekolah. Rela hantar Nabila ke rumah neneknya dan naik tingkat 4 dari hantar dia ke sekolah. Maafkan ibu yek sayang. Sian kat adik baby.

Next week check up lagi..Dan mungkin akan request untuk pemeriksaan lanjut bersama pakar. So, nantikan saja apa kata doktor... :) Doakan kami sihat2 sahaja.. :) Amin...

Cerita lain...

Nabila dan sesi potong rambut.. Puas ibu tobek rambutnya..hehe...
 
Sebelum dipotong...

Gambar dari Abi Farid..Sewaktu di sekolah pagi tadi.. Senyum sengih..dan berambut pendek.. :)

08 May 2012

Scan adik baby...

Rasanya agak lama tak cerita tentang adik baby kan. Alhamdulillah..alahan saya dah takde. Selera mula bertambah dan selalu lapar..huhu.

Dan alhamdulillah juga, ujian MGTT saya lepas menujukkan kencing manis saya tiada. Risau usah ceritalah sebab masa mengandung Nabila dulu ada kencing manis. Bila nurse klinik kesihatan kata kencing manis tiada..lega ya amatss!!!!

Cuma katanya, rahim saya agak tinggi bila diukur. Perut agak besar dari ukuran sepatutnya. Andaian nurse, katanya lapisan perut saya tebal. Hurm....

Hati saya rasa tak keruan bila dikhabarkan begitu. Tambahan pula, saya belum menjalani apa-apa scanning selepas di sahkan adik baby sihat masa pemeriksaan di Sungai Buloh dulu. Dan temujanji untuk scan hanya dilakukan oleh klinik kesihatan pada bulan hadapan. Jadi, terasa masa agak lambat..maka saya ambil keputusan untuk melakukan ujian itu di klinik swasta.

Doktor klinik menyarankan saya melakukan pemeriksaan bersama pakar, bukan dengan klinik kesihatan yang diperiksa oleh jururawat. Katanya, saya punya sejarah hitam semasa mengandungkan Nabila, dan katanya lagi ini adalah kandungan 'paling berharga' buat saya dan suami. Maka, saya perlu di periksa oleh doktor pakar..bukan dengan jururawat.

Doktor itu juga mencadangkan beberapa nama doktor kenalannya yang betul-betul mahir . Cumanya jauh! Dekat Shah Alam Medical Centre. Makkk aiii.. tak lalu plak nak jauh ke sana pula.

Apapun, saya cuba mempertimbangkan hal ini. Atau saya mungkin akan terus menyuruh nurse klinik kesihatan rujukkan saja saya ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan seterusnya. Tak perlu lagi ke klinik. Semuanya masih dalam pertimbangan. Dalam hati ingin juga ke swasta, namun mengenangkan prosedur saya perlu pembedahan, membuatkan saya berfikir 2-3 kali.

Doakan saya dan adik baby terus sihat sehingga dirinya dilahirkan nanti..Amin

* semalam scan adik baby tengah gerak-gerak. Agaknya, tau ibu tengah tengok dia. Cuma doktor kata saiz agak besar. Sepatutnya saya sudah 14 minggu, tapi menurut doktor, saya sudah 15 minggu. Nak kata salah tarikh period, mustahil..sebab saya ingat tarikh saya period. huhu...

07 May 2012

Hadapi Dengan Senyuman...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

~dewa 19~


Sayu pagi-pagi dengar lagu ini. Teringat Nabila kat sekolah. Teringat apa yang saya dan Abang lalui bersama dengan si kecil ini. Andai bisa dapat ubah kembali ke masa dulu, alangkah baiknya..

Menerima semua ini dengan tabah. Ia berlaku atas kehendakNya. Mungkin mahu saya menjadi seorang yang kuat semangat! Moga diri ini terus mampu tersenyum demi anak ini... Sayang anak ibu..Yasmin Nabilah

06 May 2012

Lampu Terapi dan Hanging Nabila...

2 perkara ini sudah lama patut Nabila lakukan di rumah. Namun dek tak sempat menyiapkannya, maka agak lambat juga Nabila dapat merasa 2 aktiviti ini.

Seperti sedia maklum, Nabila adalah cortical blindness dan memerlukan stimulasi berterusan bagi mengaktifkan saraf-saraf matanya. Pada saya, Nabila punya harapan untuk melihat dengan lebih jelas, andai saya lakukan terapi cahaya secara berterusan padanya.

Maka, Dr. Sham menyarankan untuk saya menggunakan kaedah ini..

Lighting board..

Digunakan secara on dan off kepada anak untuk meransang saraf mata. Terang ya amat!!!

Yang menariknya, Nabila sudah pandai untuk mengelakkan dirinya dari memandang cahaya. So apa maksudnya? Nabila dah boleh nampak cahaya itu... :)

Dan semalam, saya ke Dr. Sham Centre lagi. Hati di pagut rasa bersalah kerana masih gagal menyiapkan alat ini...

pengikat kaki untuk menggantung Nabila...

Dalam keadaan sekarang, memang agak mustahil untuk saya menjahit. Namun, mengenangkan harga yang agak mahal jika saya membeli siap dari Karen, maka saya gagahkan diri untuk menjahit (sian adik baby..sakit rasa perut semalam ibu bertungkus lumus menyiapkan pengikat kaki kakaknya..)

Dan saya lakukan ini kepada Nabila semalam...

Nabila di gantung pada besi buai.. (ayah tak sempat nak buat hook..)

Alal-ala kejam bila tengok keadaan Nabila begini. Namun, apakan daya saya. Semua ini untuk rawatan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Mujur budak kecil ini kuat semangatnya. Sikit pun tak mengalir air mata walaupun digantung hampir 20 minit!

Mengenangkan semua ini, buat hati saya sayu. Nabila harus lalui semua ini sehingga dia benar-benar pulih. Mengharapkan keajaiban tanpa usaha memang mustahil. Moga segala pengorbanan saya dan Abang untuk si kecil ini membuahkan hasil.. Amin...