Rasanya agak lama tak cerita tentang adik baby kan. Alhamdulillah..alahan saya dah takde. Selera mula bertambah dan selalu lapar..huhu.
Dan alhamdulillah juga, ujian MGTT saya lepas menujukkan kencing manis saya tiada. Risau usah ceritalah sebab masa mengandung Nabila dulu ada kencing manis. Bila nurse klinik kesihatan kata kencing manis tiada..lega ya amatss!!!!
Cuma katanya, rahim saya agak tinggi bila diukur. Perut agak besar dari ukuran sepatutnya. Andaian nurse, katanya lapisan perut saya tebal. Hurm....
Hati saya rasa tak keruan bila dikhabarkan begitu. Tambahan pula, saya belum menjalani apa-apa scanning selepas di sahkan adik baby sihat masa pemeriksaan di Sungai Buloh dulu. Dan temujanji untuk scan hanya dilakukan oleh klinik kesihatan pada bulan hadapan. Jadi, terasa masa agak lambat..maka saya ambil keputusan untuk melakukan ujian itu di klinik swasta.
Doktor klinik menyarankan saya melakukan pemeriksaan bersama pakar, bukan dengan klinik kesihatan yang diperiksa oleh jururawat. Katanya, saya punya sejarah hitam semasa mengandungkan Nabila, dan katanya lagi ini adalah kandungan 'paling berharga' buat saya dan suami. Maka, saya perlu di periksa oleh doktor pakar..bukan dengan jururawat.
Doktor itu juga mencadangkan beberapa nama doktor kenalannya yang betul-betul mahir . Cumanya jauh! Dekat Shah Alam Medical Centre. Makkk aiii.. tak lalu plak nak jauh ke sana pula.
Apapun, saya cuba mempertimbangkan hal ini. Atau saya mungkin akan terus menyuruh nurse klinik kesihatan rujukkan saja saya ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan seterusnya. Tak perlu lagi ke klinik. Semuanya masih dalam pertimbangan. Dalam hati ingin juga ke swasta, namun mengenangkan prosedur saya perlu pembedahan, membuatkan saya berfikir 2-3 kali.
Doakan saya dan adik baby terus sihat sehingga dirinya dilahirkan nanti..Amin
* semalam scan adik baby tengah gerak-gerak. Agaknya, tau ibu tengah tengok dia. Cuma doktor kata saiz agak besar. Sepatutnya saya sudah 14 minggu, tapi menurut doktor, saya sudah 15 minggu. Nak kata salah tarikh period, mustahil..sebab saya ingat tarikh saya period. huhu...
5 comments:
da lama x jengok sini...alhamdulillah nabila bkl dpt adik...tahniah!!
InsyaAllah mudah-mudahan semuanya selamat dan ok..doakan untuk Kak Pit gak yer...minggu depan csor
salam ina...
kalau beza dgn scan cuma seminggu ja kita still guna date period tu.biasalah machine ada julatnya juga.kalau beza 2 minggu lebih baru guna date dari scan tu...not to worry.
ttg jumpa doktor pakar tu biasanya nurse dari klinik kesihatan akan buat rujukan ke doktor di klinik dulu.kemudian baru dirujuk ke pakar di hospital.
nabila dulu masalah timbul masa proses bersalin kan?..kalau ina decide nak caeser utk kandungan ni, Ina boleh bgtau doktor kat klinik kesihatan masa jumpa doktor tu nanti & sekali lagi masa kat hospital.mmg jadi routine @ wajib bg setiap ibu yg pernah buat caeser utk dinilai semula pada setiap kali kehamilan berikutnya utk tentukan mode of delivery (cara nak bersalin).tugas ni biasanya dibuat oleh pakar.tapi bila ibu mmg pilih utk caeser,doktor jarang membantah.cuma doktor akan explain risiko2 lain berkaitan dgn operation.
kesimpulannya...kalau rasa membebankan,ina tak perlulah nak susah2kan diri ke klinik2 pakar yg jauh dari rumah.boleh bincang dgn nurse & doktor kat klinik kesihatan dulu.
MOGA SEMUANYA SELAMAT..INSYAaLLAH.
salam...sekadar memberi cadangan. memandangkan noina tggl kat rawang, saya strongly suggest u buat checkup di Putra Medical Centre Sg. Buloh...mmg terbaekkk!! kalau boleh, demand utk jumpe doc Zarul Azham. the best gynea ever! :)
semoga selamat dan dipermudahkan semuanya ina...
Post a Comment