Kalau nak diikutkan hati, mahu saja ditinggalkan Naufal pada nenek. Tapi disebabkan nenek a.k.a mak saya ke dylisis hari ni, makanya tak dapatlah nak tinggalkan dak debab ni. Tapi saya memang susah hati kalau nak tinggalkan Naufal pada mak. Sebabnya......
"dak debab ni TAK mahu hisap susu melalui botol...."
Sebab itulah saya masih lagi mengusung Naufal ke sana ke mari. Agak susah untuk handle kedua-duanya serentak. Saya belum lagi dapat membawa Nabila ke pusat terapi dek memikirkan aksi si Naufal. Takpelah kakak..kita terapi kat rumah jelah...
Progress mata Nabila..? Buat hati saya sayu sekali lagi. Kesal kerana masih disahkan corticall blindness. Kata optometrist, andai 2-3 tahun lagi power mata Nabila di takuk yang sama, bersedialah saya untuk memakaikan Nabila kacamata. Aduhai..pedih saya rasakan. Saya cuba untuk berfikir positif. Yakin mata Nabila takkan apa-apa. Tak perlu kacamata untuk melihat segalanya..
Doktor mengandaikan mata Nabila seperti kamera. Gambar sudah ditangkap cantik, namun filem sepertinya blur atau rosak. Pedih hati saya tatkala mendengar abang mengulangi ayat itu kepada saya. Selama ini , saya, abang , doktor tak pasti apa yang dinampak oleh anak ini. Dan pabila saya bertanya, adakah doktor itu pernah mendapat anak CP yang mempunyai masalah seperti Nabila, punya harapan untuk pulih? Katanya agak mustahil namun dia tak menolak andai ada keajaiban berlaku..Kuasa Tuhan...
Air mata saya sudah lama tidak mengalir. Dan hari ini saya sepertinya down. Air mata mengalir bila bait-bait ayat ini ditulis. Sayang, matamu cantik nak...Namun tidak dapat melihat ibu, ayah dan adik Naufal..
Lebih pilu bila kini adik Naufal sudah mula memandang kakaknya. Cara seperti mahu bermain dengan kakak. Kesian kamu adik..Fahamilah kakakmu sayang...Doa ibu tak putus-putus untuk kalian berdua. Moga kasih ini tetap terus utuh.
Takpelah nak, dunia ini kotor. Tak perlulah kakak melihat semua kekotoran di bumi ini. Pandanganmu hanya untuk syurga sayang....
suatu ketika dulu..agak juling sedikit namun tetap comel di mata ibu..