Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

24 February 2014

Realiti kisah anak istimewa

Assalamualaikum..

Cerita yang bakal saya coretkan kali ini bukan ingin meraih simpati sesiapa. Ianya realiti yang pernah saya lihat dalam kehidupan ini..

Anak istimewa, siapa yang mahu anak mereka menjadi insan istimewa. Mereka juga manusia. Ingin dimanja, dibelai dan diberi kasih sayang sepenuhnya. Bukan itu sahaja mereka perlukan perhatian kerana mereka tidak mampu untuk lakukan perkara sepertimana insan normal yang lain buat sehari-hari.

Bila kehidupan mereka tidak diingini oleh orang sekeliling, mulalah kisah sedih menjelma. Lagi-lagi mereka dibuang oleh ahli keluarga sendiri. Apakah mereka mampu bersuara? Sudah tentu tidak. Bayangkan jika ianya terjadi pada anda. Pasti menyedihkan kan?

Saya tak dapat membayangkan andai Nabila merasai semua itu. Mungkin sekarang perkara itu agak mustahil kerana Nabila masih mempunyai saya. Andai saya dijemput Tuhan? Adakah Nabila akan mendapat kasih sayang sama seperti yang saya curahkan padanya?

Saya melihat sendiri seorang anak dibuang oleh ayahnya. Dan anak itu telah kehilangan ibu sewaktu dirinya dilahirkan. Seorang ayah yang tak mampu untuk manjaga anaknya (konon-kononlah tu pada dasarnya..walhal sememangnya tak dapat menerima hakikat anaknya seorang anak istimewa). Dimanakah perasaan kasih seorang ayah, sanggup memberikan anak itu kepada insan lain untuk menjaganya. Dan kini insan itu telah pergi buat selama-lamanya..

Apa hal pula dengan anak istimewa itu? Apa untung nasibnya kini? Dia punya adik beradik yang lain namun tiada seorang pun datang menjengah. Begitu juga dengan si ayah. Tidak ada sedikit rasa simpati dan kasih untuk melihat anaknya.

Pada saya, "Esok kau jawablah dengan Allah di sana nanti.."

Dulu saya tak mengerti perasaan anak istimewa ini. Hadirnya Nabila memberi seribu rahmat buat saya. Kerana Nabila sifat ihsan kasih sayang wujud dalam diri ini. Dan sepertinya memahami keadaan anak-anak istimewa lain. Begitu juga hati seoang ibu bapa istimewa. Hati mereka rapuh.. Namun dalam kerapuhan itu terselit sedikit kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Anak diumpamakan seperti bidadari dari langit. Ya begitu juga perasaan saya terhadap Nabila.

Pernah saya terfikir tentang keadaan Nabila selepas ketiadaan saya nanti. Ada kala saya terfikir untuk mahu Nabila pergi dahulu dari saya. Tapi tak sampai seminit, air mata bergenang. Saya tak mampu untuk membayangkan perasaan bila saat itu datang. Bagaimana keadaan saya tanpa Nabila? Kejamkah saya untuk berfikir sedemikian? Kerana takut Nabila kurang kasih sayang dan tiada siapa yang mahu menjaganya dan kerana itu saya mahu dia pergi dulu? Terukkah saya sebagai seorang ibu berfikir begitu? Cuba letakkan diri anda pada kasut saya. Adakah anada akan fikir perkara yang sama?

Saya pernah rasa kehilangan. Walaupu cuma anak orang lain. Sahabat paling rapat dengan kami. Kehilangan anak itu sepertinya pedih luka dalam hati ini. Walaupun anak itu bukan darah daging saya. Namun ianya sudah saya anggap seperti anak sendiri.

Andai Nabila pergi, saya tak pasti akan kuatkah saya ketika itu. Anak yang sentiasa dalam dukungan saya. Makan, minum, mandi, duduk, baring, tidur semuanya dia atas pangkuan saya. Susah untuk saya bayangkan. Dan kemudian saya berhenti untuk berfikir. Tak mahu berfikir lagi tentang itu. Takut!!

Jika ada yang membaca coretan ini, ketahuilah saat tikanya anak itu di istilahkan anak istimewa, mereka sememangnya istimewa di mata kita semua. Layanan yang diberikan haruslah setimpal dengan gelarannya '"Istimewa". Mereka istimewa di dunia, dan istimewa di syurga juga.

Buat anakku Yasmin Nabilah, ketahuilah ibu dan ayah bersyukur dengan kehadiranmu banyak mengajar kami erti hidup yang sebenar...

Air mata saya dan suami berguguran bila mengetahui anak ini adalah anak cerebral palsy... Moga dirinya sentiasa dilindungi Allah s.w.t ..

13 comments:

Anonymous said...

subhanallah...ina, walaupun kita tidak pernah bersua,tidak mengenali satu sama lain tapi akak mendoakan Allah limpahkan keberkatan dan kerahmatan keluarga ina... i am really speechless.. anak akak juga HIE stage 1. Moga Allah beri pinjam awatif selama mungkin untuk akak dan suami..

nat said...

Sy juge ade terfikir seperti anda..berserah dan bertawakal saje pada Allah..Die yg menentukan segalanya..kte x mampu utk fikirkan tentang mase depan..walau ape yg akan terjadi nanti, redha dan pasrah lah. Mungkin itu yg terbaek utk anda dan bidadari syurga anda. Anak anda dijanjikan syurga dan ketahuilah bahawa anak anda adalah anak jambatan anda untuk ke syurga. Sesungguhnye, syurga itu mahal harganya....semoga Allah memberikan kemudahan dan rahmat buat anda sekeluarga...- silent reader

Amir Aziz Enterprise said...

Assalamualaikum, baca terus rasa sebak. sedih sangat. saya pun pernah terfikir tentang abang saudara saya, sekiranya ibu beliau pergi dahulu, siapakah yang akan menjaga dan membela dia. Dan waktu itu datang juga, tapi alhamdulillah, adik2 nya pula yang sanggup berkorban membela abang kandung tiba2 menjadi insan istimewa start ketika berusia 17tahun :(

-admin-

Asz Miza said...

Salam kak noina...saya pun selalu terfikir macam kak fikirkan tu..mula la berlinangan air mata..sy doakan agar kita akan terus kuat dan sihat untuk menjaga anak2 kita ni.. :)

Anonymous said...

Moga Allah sentiasa pelihara kasih syg n kehidupan anak2 syurga milik kita..

Norma NML said...

Salam kenal...

1st time akak baca blog awk..tentang ank istimewa ini...subhanallah ..sesungguhnya awk seorg yg kuat..akak doakan awk terus tabah.
Be strong for her ok dear..

Jom singgah blog akak if sudi. Thks

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Unknown said...

Semga Allah kuatkan semangat kita yg dikurniakan anak istimewa ini.

Unknown said...

Ya saya setuju dengan awak. Anak adalah anugerah dan pjnjaman kepada kita. Siapala kita . Sebagai hambanya kita mesti mesti menjaga nya dengan penuh amanah dan bersabar.

Unknown said...

semoga kekal tabah dear..Insyallah ada hikmah atas semua dugaan ini.

azna_01 said...

Semoga nabila sentiasa dirahmati olehNya selalu...sebagai seorang ibu,tersentuh hati melihat wajah nabila...anugerah Allah perlu kita jaga walau bagaimanapun pemberianNya... salam perkenalan dari sy. Salam peluk cium buat nabila....

azna_01 said...

Semoga nabila sentiasa dirahmati olehNya selalu...sebagai seorang ibu,tersentuh hati melihat wajah nabila...anugerah Allah perlu kita jaga walau bagaimanapun pemberianNya... salam perkenalan dari sy. Salam peluk cium buat nabila....

Unknown said...

assalamualaikum.. mba aku mau tnya.. mba ada no telpon atau bbm ga? aku mau tanya2 karna anaku jg mikrosefalus seperti nabilaa... trimakasih

Ummu Hakim said...

Semoga anakanda nabila yang comel sentiasa dalam peliharaan Allah. Saya juga ada anak syurga...pernah terfikir begitu juga tapi saya sentiasa berdoa dan menyerahkan kepada Allah...Tuan empunya yang mentadbirkan kehidupan kita. Walaupun doktor sering mengingatkan bahawa anak saya jangka hayatnya tidak panjang...namun saya selalu mengingatkan hati saya...itu semua Rahsia milik Allah...salam kasih buat ibu dan ayah anakanda Nabila...