Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

21 May 2015

Tetiba rasa nak nangis pulakkkk!!

Assalamualaikum,

Aikkk..pesal nak nangis kan?? Ibu Nabila ni memang sensitif klu bab cerita pasal Nabila. huhu.. Sapa tak sayang anak oiiii...

Tadi, kat office ada ceramah tentang Hari Ibu. Memang best sebab Puspanita Arkib jemput Encik Abil Fikri, alah yang jaga wife dia terlantar sebab brain damage tu. Dia sebagai penceramah jemputan. Untuk pertama kalinya saya berjumpa secara live kerana sebelum ni, hanya tahu kisah dia melalui blog dan mulut-mulut orang yang bercerita tentang kisah dia.

Bila melihatkan dia menjaga wife dia, terbayang-bayang aku pada Nabila. Ye, walaupun kes wife dia agak berbeza dengan Nabila, tapi condition Arwah Kak Gee dan Nabila lebih kurang samalah.. Brain Damage. 

Bila melihatkan kesungguhan Encik Abil ni, terfikir saya untuk berhenti kerja. Atau pencen awal. Memang itu hasrat saya memandangkan Nabila bukan makin mengecil.. membesar dan membesar bagai anak dara. Lately ni pun, kakak macam tak berapa ceria. Diam je, dan kerap nak tido awal. Penat agaknya kat rumah ummi. Yelah, rumah orang. Mana nak selesa banding rumah sendiri.

Hishh, kalaulah ada kekuatan alangkah baiknya saya berhenti. Kesian pada abang kerana terpaksa mencari rezeki sendirian. Dengan bebanan hutang, memang tak mampu Abang menanggung seorang diri. Ye, rezeki tu Allah tentukan tapi kena usaha gak kan. Kut saya boleh bisnes sendiri. Menjahit barangkali....

Bila cerita tentang kakak Nabila di dewan tadi, tetiba suara ni macam tersekat-sekat pulak. Nak mention kakak anak istimewa pun rasa sedih. Nampak nau ibu Nabila ni tak kuat. hurmmmm...

Dan tadi, selesai majlis, saya beli senaskah buku Encik Abil ni. Kut boleh bagi motivasi pulak pada saya nanti. Ada masa hati ini rapuh gak. Bila kenang kakak Nabila, mulalah mata ini berair..huhu. 


Belum habis baca lagi.. baru suku muka surat. Tapi saya tak nak menangis walaupun pada awalnya ada lah ayat-ayat yang buat saya sebak. huhu.. 

Ok, sampai sini je.. nanti sambung lagi ek...




1 comment:

ibuayu said...

ibu bella kena kuat ya...itulah dulu perkara pertama yg akak fikir2kan..nak berhenti kerja.. tp bila masalah kewangan yg utama terpaksa lupakan...cuma bernasib baik dapat org yg menjaga anak istimewa akak dengan baik...semoga urusan ina dipermudahkan..