Assalamualaikum,
Last week saya jalan-jalan mencari tudung untuk raya. Saya memang tak pandai sangat nak beli tudung.. Yelah, fikir janji selesa dan mudah dipakai sudah cukup untuk saya. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, rasanya macam tak sempat nak bercantik-cantik macam dulu..hehe..
Saya terjumpa satu tudung kecik untuk Nabila. Kata si penjual tu, sesuai untuk anak berusia 3-4 tahun. Dia menunjukkan contoh tudung pada kepala patung itu. Tanya si penjual, berapa usia Nabila. Saya menjawab ringkas " 7 Tahun.." . Katanya mungkin kakak tak muat sebab saiznya kecil.
Saya cuba membayangkan kakak.. Rasanya muat. Yelah kakak kan microcephaly. Saiz kepalanya yang kecik memang sesuai dengan tudung anak berumur bawah lagi dari dia. Saya membelek sebentar dan terus ambil keputusan untuk beli.
Balik saja ambil anak-anak dari babysitter, terus pakaikan kakak tudung yang saya beli tadi. Hasilnya..
Sungguh saya kagum dengan ciptaan Allah.. Cantik, bersih muka kakak bila memakai tudung. Bila saya post gambar dalam facebook, begitu ramai yang komen dan like gambar ini. Rata-rata semuanya suka melihat anak ini bertudung..Alhamdulillah..
Dan saya berfikir lama bila menatap gambar ini..
"Kenapa Allah beri kakak dalam keadaan ini? Kakak anak yang cantik. Jika sihat, pastinya anak ini nampak lebih cantik lagi.." Memang tak baik bila hati saya terdetik begitu.
Terus saya meraup muka saya. Astaghfirullahaladzim.. Begitu jauh fikiran saya tentang keadaan kakak. Mempersoal kerja Allah.. Terus saya buang jauh-jauh perasaan itu..
Kakak, Ibu tahu Allah dah beri yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, ibu yakin Allah sayangkan kakak, sayangkan ibu ayah dan adik Naufal. Allah beri kakak kepada ibu ada sebabnya. Ye, kalau cantik begitu mungkin lebih sukar untuk ibu menjaga kakak jika kakak sihat. Maka Allah jadikan kakak begini. Dan mungkin mahu orang lain juga menyayangi kakak (ramai sangat sayang kat kakak ni..hehe) seperti mana ibu sayang kakak..
Ok.. tak mau sedih-sedih.. Nah saya belanja lagi gambar kakak masa ambil gambar ini.. Kakak sikit pun tak berdecit bila disuruh diam mengambil gambar. Siap senyum sengih lagi sebab ibu puji dia cantikk....
Melayan saja kehendak ibu ye kakak..hehe..
ok sampai sini dulu..daaa :)
4 comments:
comelnyer dia
Assalamualaikum,
Allah sedang sediakan satu taman indah untuk puan dengan dianugerahkan anak ini.
semoga peluang sebegini tidak disia-siakan.
Ya Allah..cantiknya..semoga Allah sntiasa pelihara kalian...
Ya Allah comel sangat adik nabila. Kagum dengan puan tabah hadapi dugaan ini. Sesungguhnya Allah dah janjikan yang terbaik untuk puan. Sy pun ada anak saudara OKU.
Post a Comment