Assalamualaikum semua,
Masuk sudah tahun baru.. Alhamdulillah.. sudah masuk tahun ke 8 berblog.. walaupun ada masa sunyi je blog ni.. takde khabar berita tentang kakak Nabila, tapi ramai juga yang bertanya khabar kakak melalui facebook..
Kakak so far Alhamdulillah sihat, cuma 2-3 malam ni meragam sikit. Nak tido mulalah merengek. Entah apa yang dia rengekkan saya tak pasti. Turun naik buai entah berapa kali. Pampers dan tukar, susu dah bagi, still jugak merengek. Sudahnya pass baton pada Encik Zul pujuk kakak pulak. Alahai anak...
Oh ya.. lupa nak share satu gambar ni..
Gambar ni adik pakaikan jam pada kakak. Ada kisah disebalik jam
ini sebenarnya.. Naufal dan ayahnya ke Tesco masa tu.. Ayahnya sibuk la nak
tengok jam baru. Yang si kecik ni pun sibuk jugaklah mintak jam kat ayah dia..
Nak jadi cerita, ayahnya pun belikan lah satu jam
kanak-kanak untuk Naufal. Sekali bila nak bayar, agaknya dia teringat kat kakak
dia, terus dia cakap dengan ayahnya.. “Ayah, jam untuk kakak” Sambil tunjuk jam
Hello Kitty untuk kakak dia.
Ehh pandai pulak pilih jam perempuan ye dik..hehe.. Ayahnya
belikan juga satu untuk kakak dan balik berlari-lari lah si Naufal menuju kearah
saya yang ketika itu sedang memangku kakak. Ibu, ni jam untuk kakak.. Siap
pakaikan lagi jam tu untuk kakak dia.
Sebak juga tengok moment tu.. Yelah, ingat jugak adik kat
kakak ye.. Bagus Naufal.. Moga Naufal sayang kakak selalu..
Sekarang pun dah pandai dah si Naufal ni. Asal kakak
merengek je, cakap kat saya, “ibu kakak lapar tu..” cehh pepandai je adik ni..
Mana tau kakak lapar? Kakak cakap dengan adik ke? Hihihi..
Sejak naik usia 4 tahun ni, saya dah mula risau dengan
Naufal. Dia masih belum mampu memegang pensel dengan betul, malah saya juga
jarang mengajar dia melakukan aktiviti kebelakangan ini.
Kebanyakan rakan
sebaya dia semua dah ke sekolah tadika. Yelah tadika main-main pun kan, tapi at
least belajar gak kat sekolah. Ni kat rumah babysitter asyik tengok ultraman,
hagemaru..hishh.. rasa nak suruh je astro tutup Channel Ceria tu.
Jadi saya ambil pendekatan untuk membuat aktiviti di waktu
malam. Saya sediakan jadual dan senarai aktiviti yang perlu dia buat. So far
Naufal seronok dengan aktiviti yang saya lakukan. Cuma kena banyak bersabarlah.
Anak lelaki.. mana suka nak menulis sangat. Mewarna apatah lagi. Saya banyakkan
aktiviti contengan dan mewarna untuk latih Naufal memegang pensel.
Kemudian, saya ada rujuk juga buku untuk aktiviti anak
istimewa. Walaupun Naufal bukan anak istimewa, tapi aktiviti di dalam buku
tersebut sedikit sebanyak membantu saya memberi idea untuk aktiviti Naufal. So
takdelah dia bosan sangat.
Ni ada la beberapa keping gambar yang saya ambil masa buat
aktiviti di rumah. Harapnya di sekolah tahun depan tak keciciran la si Naufal..
Belajar sesiap kat rumah dulu..
Aktiviti menggunting
Aktiviti main pasir (cari guli dalam pasir) - penggeli sikit pakcik kecik neh.. so tengok dia main pasir ni dia dah seronok dah,. tak takut lagi. Alhamdulillah..
Main kepit benda.. untuk contol jari terutama ibu jari tu.. bagus gak aktiviti ni..
Ohh sibuk dengan aktiviti adik, aktiviti kakak pulak macam biasalah.. Urut dengan essential oils, lepas tu streching.. kemudian dudukkan.. Ahad lepas ada bawak kakak ke Playgym.. Main pasir.. Kemain suka lagi anak dara tu.. hehe.. Tak amik gambar pulak sebab banyak gambar kat dalam handphone nenek Nabila..hehe..
Ok.. Sampai sini saja. Bye semua..
No comments:
Post a Comment