Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 April 2016

Bila Anak Cerebral Palsy Cabut Gigi..

Assalamualaikum..

Entry dah basi sebenarnya.. Kisah 1 Februari lepas.. Dek kerana tak berkesempatan untuk mencoret, saya terlupa terus tentang kisah kakak Nabila mencabut gigi..

Alkisahnya, Doktor Peads Dental mengesan beberapa geraham Nabila yang telah rosak dan bakal mengganggu untuk dia makan dan mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan. Jadi tahun lepas, doktor mencadangkan agar pembedahan dilakukan untuk membuang sebahagian gigi yang telah rosak.

Lama juga menunggu giliran. Sampai saya menelefon hospital bertanyakan giliran Nabila untuk mendapatkan rawatan. Selang beberapa minggu, saya menerima panggilan dari hospital dan mereka menetapkan tarikh pembedahan adalah pada 1 Februari 2016.

Serius!! Mulanya nak sangat.. Bila dah dapat tarikh, tetiba rasa cuak pulak.. Tak tau apa yang bakal dirasai oleh kakak Nabila nanti.

Sehari sebelum itu, Nabila di tahan di wad bagi memastikan kesihatan dia dalam keadaan baik. Nabila ditemani oleh ayahnya memandangkan saya berbadan dua dan takut tak selesa di wad nanti. Jadi ayah Nabila menawarkan diri untuk menjaga anak dara ini.

Sebak juga rasa melihat Nabila , bila malamnya, Nabila mengamuk nakkan buai. Biasalah dia.. Nak tido kena berdodoi-dodoi dulu. Sudahnya, ayahnya menelefon saya. Saya hanya mampu memujuk Nabila dihujung talian. Kata ayahnya, tak lama selepas meneletakkkan telefon, terus Nabila tido. Ayahnya bertanya apa yang saya bualkan bersama Nabila? Syaa hanya memujuknya sahaja..hehe.. Mungkin dia dapat rasakan debaran sepertimana apa yang saya rasa malam itu di rumah..

Esoknya pagi-pagi terus saya ke hospital. Menanti Nabila di ruang legar dewan pembedahan. Agak lama juga menunggu. Hampir 2 jam lebih baru selesai. Sampai di wad, Nabila masih lagi tidur kerana penangan ubat bius. Doktor mahu Nabila bangun dan diberikan ubat penahan sakit. Sudahnya tak sampai 30 minit, Nabila mula merengek. Mungkin sakit dan ubat bius telah hilang. Berlari ayahnya ke bawah mendapatkan aiskrim. Dapat aiskrim, barulah diam... Dna kemudian terlelap.

Petang tu juga kami dibenarkan pulang. Dan sekali lagi terpaksa berikan aiskrim dan ubat penahan sakit. Dan malamnya merengek sekali lagi, begitu juga pagi sesudah bangun tidur. Dan setelah itu, barulah berhenti darah mengalir di dalam mulutnya.. 

Gigi sebanyak 4 batang dicabut dan 1 batang lagi di pasang crown. Ngeri pula bila melihat giginya yang telah hilang..hehe..


Hasil cabutan.. besar jugak giginya..huhu..

Darah yang masih mengalir di dalam mulutnya..huhu..


Alhamdulillah, hanya menanti gigi baru tumbuh nanti.. insyaAllah..

4 comments:

nor nazliana said...

kesiannyer semoga cepat sembuh

Asz Miza said...

Kak nak tanya gigi nabila tu gigi susu ye.. anak saya pun gg geraham da berlubang,,next appoinment dental bln 5.. takut jugak makin bertambah gigi yang rosak.. selama ni doc dental buat tampal temporary je..ada effect tak lepas gigi geraham nabila cabut? cara dia makan ke?

Noina said...

Asz Miza : Haah gigi susu. sebab tu doc cabut. bagi gigi kekal tumbuh. Kalau tak cabut takut dia sakit ke apa ke..kita mana tau kan.. asik nangis je.. padahal gigi dia betul2 sakit. Better buang jelah sebab nanti tumbuh gigi baru gak...

So far takde effect. Janji lepas bedah bagi dia makan aiskrim vanila banyak2 supaya pendarahan tu berhenti. dia makan bubur pun yang lembut dan tak pans. selang 2 hari tu dah ok dah back to normal.. :)

brilliant lace said...

Assalammualaikum
Saya nk Tanya, Puan pernah buat rawatan bandage utk anak ke? Masih buat sampai hari ni?