Assalamualaikum
semua..
Alhamdulillah, selesai
sudah pengajian saya bulan Februari tempohari. Dan semalam, saya telahpun
mendapat keputusan baik dalam Kertas Kajian saya. Ni lah keputusannya…
Alhamdulillah.. Dapat Anugerah Pengarah untuk kali ke 3.. Kalau dapat 4 kali (semua sem dapat..bestnya..huhu)
Rasa berbaloi melihat
keputusan ini. Faham jelah bila nak buat Research Paper, banyak kali salah,
banyak kali redo.. Bersekang mata, bertanya sana sini..nak edar questionnaire
lagi.. collect data..mau nak menangis rasa. Tapi bila dapat result ni, lega dah
rasanya..Alhamdulillah.
Semalam pun tunjuk kat
Encik Zul keputusan semalam, senyum je tengok result bini..hehehe..Malam, saya
request nak sate.. maka dicarinya sate untuk isteri tersayang..hahahaha..
Ok, saya nak cerita
pengalaman saya belajar di UMCCed. Pada awalnya, memang tak terfikir nak
sambung diploma. Yang saya survey hanyalah pengajian untuk degree. Tapi, nak
sambung degree 4 tahun (rata-rata university lah). Kemudian ada yang kena
datang main campus macam USM atau UUM. Nak sambung UiTM lagilah malas sebab
jauh. UKM takdelah course yang saya nak.. Jadi, dok mencari-mencari, ternampak
sorang sahabat saya, kak Eli yang dulunya kerja KTM sama-sama dengan saya. Dia baru selesai semester 1 masa saya
mula-mula daftar ke UMCCed. Tanyalah macam-macam dia. Kemudian saya bincang
dengan adik saya, Ain.. dia pun tak buat apa masa tu sebab tengah menganggur
baru lepas berhenti kerja. Jadi, dia pun setuju nak datang UM untuk dengar
taklimat tentang kursus yang ditawarkan di UMCCed.
So kami berdua decide
untuk ambil course Pentadbiran dan Operasi memandangkan subjek yang akan dipelajari oleh
kami memang kena sangat dengan bidang pekerjaan kami sekarang ni. Malah course
Pentadbiran dan Operasi ni lebih meluas dan pelbagai bidang boleh masuk dengan
diploma ni, berbanding HR, Kaunseling, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan
lain-lain. Jadi, saya selesai
melengkapkan permohonan dan hantar semula kepada pihak pengurusan UMCCed. Dan
kemudian, tunggulah emel yang menyatakan permohonan melanjutkan pelajaran di
sini berjaya atau tidak.
Alhamdulillah, tak
lama lepas tu permohonan kami berdua berjaya. Syarat untuk masuk pun agak ketat
juga, tapi alhamdulillah, saya berjaya untuk melepasi syarat-syarat tersebut. Kemudian, kami perlu
hadir sehari sebelum bermulanya kuliah iaitu sesi pengenalan. Dalam sesi ini,
penggunaan emel, tatacara penggunaan perpustakaan UM (dapat masuk library UM
tau.. buku banyak giler sana..mmg syok..). Kemudian kami diberi taklimat
tentang cara melaksanakan tugasan (assignment), cara buat cover assignment yang
standard, buat rujukan (guna APA style) dan macam-macam lah.
Pengajian di UMCCed
ini adalah selama 2 tahun. Setiap semester akan ada 4 subjek dan setiap semester akan dibahagi kepada 2 bahagian (part)..Faham tak
saya terangkan nih.. ok camni…
Katakan semester 1..
subjek bagi sem 1 adalah..
Pengenalan kepada Pengurusan
(core course) & Thinking and
Communication Skill (compulsory couse) – dikira semester 1 part 1..
Pejalanan pembelajaran satu-satu subjek tu akan makan masa
6 minggu untuk selesai. Minggu ke 6 tu selalunya pelajar akan buat presentation
dan hantar assignment. So far saya tak pernah terbabas lagi hantar assignment
ikut dateline.. Dan jangan haraplah korang akan terlepas untuk presentation
walaupun presentation dalam group, sebab markah presentation juga diambil kira
untuk tambah markah korang masa time exam nanti.. Kiranya, 40% marks tu dikira
berdasarkan assignment dan presentation manakala 60% pula adalah dari exam
korang.,. campur-campur.. dapatlah 100%.. Kalau korang tak buat presentation
dan assignment, alamatnya teruklah markah korang time exam.. silap-silap kena
repeat sebab dapat C- kena repeat paper tau..huhu..
Lepas minggu ke 6
selesai, kiranya dan hantar assignment dan presentation, UMCCed akan bagi rehat
seminggu (kira cuti study week) and following week nya, terus exam. Exam bukan
tempat cikai-cikai tau.. Kalau nak merasa masuk Dewan Peperiksaan UM yang besar
gedabak tu, masuklah UMCCed..hehehe.. Dan jangan haraplah korang nak bawak
notak kecik ke, toyol ke, sebab kalau kantoi tak pepasal kena suspend 1 sem.. Kawan kelas saya dah kena dah.. malu
wei..huhu..
Lepas dah abis exam,
korang akan diberi cuti 1 minggu, then lepas tu continue pula Sem 1 Part 2..
Masa ni Sem 1 part 2 ni saya kena subjek Marketing dan subjek Research Methodology… Belajar 6 minggu, pastu antar assignment, buat presentation, cuti
study week dan exam..Benda ni berterusan sampailah korang abis semester 4
nanti..huhu..
Kalau nak tau lebih
lanjut subjek apa yang korang belajar, boleh gi website ni…
Untuk kertas kajian,
lain pula gayanya.. Pelajar akan diberi guideline oleh pensyarah selama 6
minggu. Kemudian, selepas 6 minggu, pelajar baru boleh mula buat kajian. Kena
hantar hasil penulisan kepada pensyarah untuk semakan. Tempoh rasanya dalam 2
bulan gak diberi masa untuk siapkan research tersebut.
Kemudian, tarikh
penghantaran tesis akan diberitahu melalui coordinator dan pensyarah. Kemudian,
tarikh pembentangan juga dikeluarkan dan pelajar dikehendaki bersedia dengan
slide presentation untuk dinilai. Lepas dah selesai presentation, pensyarah
akan bagitau apa yang perlu dibetulkan, kemudian kena buat hardcover.. Alah,
yang kulit keras tu.. bersama sekeping CD yang telah di burn dan dimasukkan
tesis kita dalam CD tu untuk simpanan pengurusan UMCCed. Rasanya, tak silap
saya, kalau tesis itu mendapat markah baik, tesis tersebut akan diletakkan di
Library Utama UM untuk dijadikan rujukan pelajar-pelajar junior korang..
bestnya…hehehe..
Pandang saya tentang
UMCCed??
Saya berbangga menjadi
sebahagian pelajar UM.. hehe.. Memang tough masa belajar, tapi
pensyarah-pensyarah UMCCed ni semuanya berpengalaman, rata-rata mereka adalah
pensyarah dari UM sendiri dan memang dikira sangat berpengalaman dalam bidang
masing-masing. Mereka juga tak lokek ilmu, tambah pulak kita ni part time
student, memang pensyarah akan bantu jika kita ada masalah berkaitan subjek
yang kita belajar.
Bayangkanlah, saya
sempat mengandung dan bersalin masa dalam pengajian, dan alhamdulillah,
keputusan peperiksaan saya juga baik. Dengan keadaan Nabila yang ada masanya
sakit, dengan Naufal lagi pun kerap masuk hospital, tapi semangat nak belajar
tu menebal.. kawan-kawan kelas UFA 115 juga baik-baik.. Alhamdulilah..
So pada yang ingin
menyambung pelajaran di sini, sangat dialu-alukan. Entry ni pun bukan UMCCed
bayar kat saya tau.. heheh.. Saya tulis berdasarkan apa yang saya alami selama
2 tahun pengajian saya di UMCced..
Ok, sampai jumpe lagi
di next entry..hehehe..bye!!
11 comments:
Bestnya... rasa excited pulak. Sy pun akan sambung di UMcced mulai Jan 2018 ni.. course yg sama :-)
Moga dipermudahkan ye..
assalam. terima kasih atas perkongsian pengalaman belajar di Umcced. Saya sedang dalam pertimbangan utk memohon di umcced ni. tetapi ada beberapa kemusykilan . jikalau tidak keberatan, harap cik/puan boleh kongsikan :)
1. adakah diploma eksekutif umcced setaraf diploma biasa?
2. apakah yg akan tertulis di sijil diploma- contoh adakah akan tulis dari UM atau Umcced dan adakah tertulis sebagai diploma sahaja atau diploma eksekutif?
3. Lulusan diploma eksekutif boleh gunakan cert ini utk memohon program ijazah di UM atau di mana2 ipta lain ?
Harap sudi berkongsi dan membantu. Terima kasih :)
Macam mana nak mohon ya?
Salam kak noina. Boleh tak saya dapatkan email akak untuk saya bertanya lebih lanjut mengenai dip.pengurusan & operasi ni. Saya juga ammbil program yang sama. :-) terima kasih.
Hope akak dapat membantu saya..
Salam kak boleh saya dapatkan email akak sebab sy pon dapat course yang sama. Untuk saya buat rujukan dengan akak.
Saya pon dpt diploma in management.Nk tnya ade ke presentation sorang2? Saya bukan diploma eksekutif
Saya ada pengalaman anak belajar di UMCCED Diploma Sepenuh Masa. Final Diploma skor pointer cgpa 3++.
Walaupun CPGA Diploma 3 pointer plus dan lepas syarat tapi utk masuk ke program degree UM memang susah. UM hanya terima yang pelajar yg betul2 cemerlang sahaja (pointer hampir 4.00) untuk masuk degree um walaupun student diploma kalau tak skor tinggi jgn harap um nak terima....takde yg special pun.
Jadi kalau rasa anak tak boleh skor tinggi lebih baik jgn masuk umcced sbb bayaran pun mahal. Sewa hostel pun mahal untuk program umcced ni.
Lebih baik masuk Uitm sbb cgpa 2.50 masih diterima untuk degree dan pelajar diploma uitm diutamakan utk degree uitm berbanding umcced kalau tak betul2 cemerlang jgn harap dapat sambu degree di um.
salam nk tnya umcced ni swasta ke kerajaan ye??
a. diploma umcceed exec ni setaraf dengan diploma biasa.
b. dia akan tulis diploma eksekutif..
c. boleh guna untuk sambung belajar. Cuma aritu saya sambung belajar kat UUM pula. Nak transfer kredit tak boleh pulak sebab tak cukup jam. Rupanya lepas batch saya, dorang dah ubah jam kredit tu kepada 90 jam dah.. so junior2 saya untung boleh sambung belajar dan transfer kredit masa belajar degree. macam saya dah rugi masa pulak sebab kena belajar balik benda yang sama. Cuma saya tak jadi nak teruskan degree sebab dah sakit skrg ni. So nak fokus untuk kesihatan dulu.
d. Kalau nak mohon pegi kat website umcced ya..
e. emel saya noinaali@gmail.com
f. presentation mmg semua org kena buat. cuma secara berkumpulan lah.. mmg semua org akan berpeluang bercakap part masing2 . Setiap assg mmg akan ada presentation. Saya mula2 malu gak. Tapi bila dah every subject kena present, lama2 dah lali dah..hahaha
g. kalau nak masuk uitm mmg la ok, tapi macam kes saya, saya lemah sikit B.I. so kat umcceed ni boleh la nak dwi bahasa. kalau nak masuk sambung degree UM mmg susah. Tapi saya tetap bangga gak at least dapat gak cert dari UM walaupun diploma. bukan senang nak grade dari UM pun. tapi at least jejak gak la kaki kat UM tu.. ni kira saya yang tak berapa pandai sangat belajar sebenarnya. Banyak lagi pilihan universiti lain cuma terpulang pada individu itu sendiri.
h. umceed ni under UM punya. saya dpt jawatan penolong pegawai tadbir sekarang ni pun berdasarkan diploman umcced ni. Alhamdulillah..
Salam tuan tanah sy nak tambah siki
Memang bawah UM macam UTM space bawah UTN tapiboleh baca kat link sy share
Umcced = utm Space =tak dak dlm upu=yuran mahal
Syarat kemasukan pun minimum sapa2 boleh belajar**
https://afterschool.my/bm/berita/umcced-um-utmspace-utm-institusi-awam-swasta-kenapa-yuran-mahal
Post a Comment