Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

05 June 2018

Nabila bersiaran lagi...

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, kami sihat-sihat saja. Kakak Nabila pun sihat alhamdulillah..

Lama tak cerita tentang Nabila kan? Tadi scroll gambar Nabila kat handphone.. rupanya lama tak amik gambar kakak.. last amik gambar masa gi jalan-jalan Melaka aritu..




Sejak dah naik umur 10 tahun ni, ada masa susah untuk saya uruskan Nabila. Tambah-tambah lagi bila nak mandi atau dia membuang ke.. nak angkat tu satu hal, nak ampung lagi badan kakak. Sedia maklum kaki kakak memang tak boleh nak jejak lantai langsung atau berdiri. Terpaksa panggil ayahnya tolong sama angkat Nabila. 

Kesihatan kakak juga baik-baik saja setahun dua ni. Takde admitted kat mana-mana hospital atau penyakit yang pelik-pelik berlaku. Sawan juga terkawal. Kes tak tido malam pun jarang-jarang dah berlaku. Harapnya berterusan la ye kakak. Tak mau sakit-sakit tau.. Pening ibu nanti.. 

Oh ya.. last entry aituh lupa nak share gambar kek kakak. Ada video skali kami nyanyikan lagu besday untuk kakak, tapi malu pulak nak upload kat sini..hehehe.. 


Cantikkan.. suka pulak tengok colour kek tu.. hehe..

Ok, harapnya tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang menyinggah ke Blog Kasihku Buat Nabila. Tak sampai 10 hari je lagi nak raya.. Tak sabar nak bagi kakak pakai baju yang saya jahit..

Ok, sampai sini dulu, moga ketemu lagi kita insyaAllah..


17 April 2018

Happy 10th Birthday Kakak Nabila !!!

Assalamualaikum semua,

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kakak Yasmin Nabilah
Allah Selamatkan Kamu....

Alhamdulillah.. Kakak genap 10 tahun hari ini. Saat ini, masih ingat lagi, jam 2 petang.. ibu mula meneran untuk keluarkan kamu kakak.. Tapi apakan daya.. csear jugak pilihan kamu untuk ke dunia ini..

Jam 4.45 petang..kakak keluar menjengah dunia, tapi masa tu kata ayah, kelam kabut doktor yang sambut kakak.. Kakak dibawa ke NICU kerana komplikasi..

Kakak, andai kakak dapat baca apa yang ibu tulis ni, doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan kakak. Walaupun rasa kuatnya perjalanan kakak ini.. sebab bukan semua boleh lalui kehidupan seperti kakak. Mungkin tiada rasa nikmat seperti orang lain. Tapi ibu percaya, nikmat di syurga nanti lebih kakak nantikan..

Moga setiap tahun ibu dapat sambut birthday kakak lagi.. Walaupun tak pernah ibu dengar atau rasa pelukan dari kakak, ibu yakin kakak sayangkan ibu lebih dari segalanya. Maafkan ibu andai ibu termarah kakak atau ibu tak faham apa kehendak kakak..Ibu hanya manusia biasa kakak, kadang-kadang ibu rasa bersalah sangat sebab apa yang telah terjadi pada kakak..

Kakak, doakan ibu ada kesempatan untuk menjaga kakak sepenuh masa. Doakan kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kakak..

Buat anak-anak ibu, Yasier Naufal dan Yaseera Naurah, andai kalian membaca coretan ini, kasihlah kakak seperti mana kalian mengasihani ibu dan ayah. Kakak pun tak minta dia jadi begitu. Jaga kakak seperti mana kamu menjaga diri kamu sendiri.. Ibu sentiasa mendoakan anak-anak dalam lindungan Allah swt selalu..

kakak..suatu ketika dulu.. makin cantik.. 

14 February 2018

Tips menabung untuk bercuti dengan keluarga besar

Assalamualaikum..



Ok, First of all.. benda ni boleh dibuat pada mereka yang betul-betul tekad nak menabung je..hahaha.. Sebab ia perlukan komitmen.. Pastu saya buat ni pun dapat kerjasama dari adik beradik dan ipar duai.. so kami sama-sama menyimpan dan mak & mak mertua saya jadi bendahari.. tukang simpan duit jalan-jalan kami..hehehe..



Kata kuncinya adalah SEPAKAT.. kalau adik beradik ipar duai korang tak sepakat kiranya susahlah korang nak reliasasikan cara ini..huhuhuhu...

Sebenarnya idea ni jadi masa dan family saya buat trip ke Melaka..Tahun 2015 kalau tak silap. Tapi sebab masing-masing tak saving sangat time tu, banyak gak la duit habis untuk makan, hotel dan sebagainya. Balik dari bercuti tu, saya, adik dan mak saya bertekad buat simpanan RM 50 sebulan, bagi kat mak untuk digunakan bila kami nak jalan-jalan nanti.. So far sebulan kami kumpul RM 150 sebulan.. so kalau setahun dalam RM 1800 kan.. banyak dah tu kalau takat nak book hotel, makan dan jalan-jalan satu family..

So far memang berjayalah kami menyimpan dan menggunakan duit tu..hahaha.. guna duit mestilah berjaya kan..cuba suh simpan.. huh!! jenuh..

Dengan simpanan tu, kami dapat la pegi Gold Coast Morib satu family, pastu ada pegi Bayou Lagoon (yang ni sangat menjimatkan sebab makan malam skali dlm hotel-buffet) dan banyak lagilah tempat sebenarnya. Dengan duit tu jugak, kami buat makan-makan kat rumah, birthday anak-anak dan anak buah, birthday mak ayah, macam-macam lagilah.. So sangat untunglah ada duit jalan-jalan ni.. so takdelah terasa sangat kalau nak buat apa-apa atau nak kemana-mana dengan family dan adik beradik..

Niat di hati sebenarnya nak bawak mak ayah jalan-jalan.. Dulu kami memang susah.. Ingat ayah dulu keje pagi petang siang malam nak sekolahkan kami, nak bagi kami makan.. Mak pulak jenis kaki jalan, so lagi mudahlah nak mintak mak join..hahaha.. Ayah saya pulak, pada awalnya tak nak join sebab tahu bukannya ada duit nak bergerak ke mana pun.. Tapi hasil desakan saya..yang beria-ia nak bawak mereka berjalan, akhirnya ayah ikut gak.. Skrg ni, dah takde nak tarik tali kalau nak gi jalan-jalan.. ayah ikut je kemana kami nak pegi..hehehehe..

Kemudian tahun 2017, saya dan family mertua pula start buat simpanan duit jalan-jalan gak.. dan kami berjaya kumpul RM 1500 setahun dan hasilnya kami ke Grand Lexis yang saya cerita kat entry sini ...

Ok, rasanya faham kan cara saya simpan duit untuk jalan-jalan.. Alah, bukan banyak pun.. korang buat dalam RM 20 sorang pun ok.. katakan korang ada 5 adik beradik.. dah dapat RM 100 sebulan.. so kalau setahun, tak ke banyak duit tu.. lepas la duit nak book hotel atau makan ke.. camtulah.. Nak best, tambah la simpanan korang setiap bulan..

Yang penting kena kerjasama dengan adik beradik untuk simpan duit tu. Dan sorang kena pegang duit tu.. Macam kes saya, yang mudah untuk saya bagi adalah pada mak.. sebab monthly saya akan bank in duit kepada mak saya dan mak mertua saya untuk belanja mereka. So saya selit sekali duit jalan-jalan tu..

Ok sampai sini saja dulu ya.. jumpa pada next entry nanti..

Bye!!


Bercuti di Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum..

2 minggu lepas, tak silap 3 & 4 hb Februari lalu, kami sekeluarga bersama dengan family mertua ke Grand Lexis Port Dickson.. Orang lain dah lama dah gi, saya baru nak merasa..hahaha.. Kalau nak ikutkan memang tak termampu nak pegi sendiri.. Tapi ada cara saya buat untuk simpan duit nak berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia ni..hehehe..

Tapi nanti saya buat entry pasal duit tabung jalan-jalan tu.. klik sini untuk entry tuh..

Pada awalnya, tak plan pun nak jalan-jalan.. tambah pulak biras saya, Ros nak bersalin dah waktu ni.. Memang sarat sangat dah.. So plan pun jalan dekat-dekat je, memandangkan duit simpanan ada dan belum digunakan lagi..

So adalah beberapa tempat yang kami cadang.. Lastnya, kami memilih untuk ke Grand Lexis Port Dickson. Adik Ipar, Nurul yang tolong tempahkan bilik kami. Mulanya kami amik Executive Pool Villa - Above the sea.. Tapi masa nak check in tu, skali dah penuh pulak.. Kami dapat Premium Pool Villa - Above the sea.. Tapi harga diaorg tetap charge yang executive.. hehehe.. untung gak la kan..
Total harga bilik kami RM 814.31..

Korang boleh check gak bilik-bilik yang ada kat Grand Lexis ni kat website dia.. klik sini

Oh lupa lak.. kami sekeluarga dalam 9 dewasa dan 4 kanak-kanak.. so bilik premium tu cukup la untuk kami semua bermalam disitu. Katil saiz king ada 2.. yang selebihnya kami bawak toto tido kat bawah..hehehe..

Kami sampai kat PD dalam jam 2 lebih la gitu, check in so dapat masuk bilik dlm pukul 3 lebih gak la.. Sampai je bilik, solat, kemas-kemas barang, bagi kakak Bella makan. Si Naufal dengan Naurah dah terpekik-pekik nak mandi pool dah.. penyudahnya, ayahnya pun terpaksa terjun kolam gak.. Saya sibuk mengisahkan si Nabila nak makan nasi.

Jam 5 semua dah kepenatan berenang dalam kolam. Rehat kejap, pastu get ready untuk solat maghrib dan nak keluar gi makan kat area Si Rusa sana.. situ banyak kedai makan kan.. so kami plan makan makan disitu je.. Balik dari makan, kami terus ke bilik.. nak jalan malam-malam pun tak tau nak beli apa.. Naurah pun macam tak sihat je.. demam selsema..

Esok paginya, kami semua breakfast kat situ gak.. 2 orang je free yang lain semua bayar.. so kami kena tambah dalam RM 294.00 gak untuk makan..Lepas makan, semua terjun tiruk lagi..hahaha..

Pool kat luar ada gak.. tapi malas lak nak basah-basah kat luar.. so senang basah-basah dalam bilik je..settle semua mandi, kemas-kemas beg.. dan check out..

Facilities semua memang memuaskan.. layanan pekerja pun bagus..hehehe.. yolah, dah bayar mahal kan..hahahaha..

Tengahari kami ke Teluk Kemang kejap.. nak makan tengahari, tapi makan yang ringan-ringan je.. sebab kenyang lagi bantai makan breakfast kat hotel tadi.. Naurah pulak badan dah panas giler demam. Bagi ubat, merengek jelah.. Ni yang letih kalau berjalan bila dia tak sihat.. sian betul anak ibu..

So far sangat best disini.. Ramai yang amik gambar, naik basikal la, macam-macam aktiviti lagi ada..Nanti saya nak ajak pulak family saya ke Lexis Hibiscus pulak..hehehe... yang tu lagi syok...

Ok, sampai sini je.. ni gambar ada ni, tapi tak boleh pulak nak transfer ke pc... ada 1 ni jelah gambarnya..


Ok Bye!!!



26 January 2018

Temujanji Pertama 2018: Jabatan Rehab

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat menjejakkan kaki ke tahun 2018. Tapi awal bulan anak-anak tak berapa nak sihat, terutama kakak Yasmin Nabilah. Seminggu lepas meragam. Entah apa salahnya, saya tak pasti.. Puas kelek badan kakak, tapi tak tau apa punca kakak menangis sepanjang masa.

Sampai satu tahap, dalam hujan, saya dan suami membawa Nabila keluar menaiki kereta. Dengan harapan dia seronok naik kereta berjalan-jalan. Tapi silap.. memang menangis jugak. Sudahnya, ke rumah mak, baru ok sikit. Tapi sikit jelah.. Esoknya, baru ok. Mau gak senyum-senyum.

16 Jun lepas, temujanji pertama kakak untuk tahun 2018 di Hospital Sungai Buloh. Jumpa dengan doktor rehabnya. Kebetulan yang mengambil kes Nabila ialah Doktor Akmal. Saya berikan padanya hasil laporan dari Hospital Kuala Lumpur.. rujuk entry ini . Doktor memang dah jangka HKL memang tolak permohonan untuk membuat pembedahan pada kaki Nabila. Jadi, surat itu disimpan sebagai rekod dan dia bertanyakan pada saya masalah-masalah lain berkaitan Nabila.

Saya membawa wheelchairnya bersama. Untuk pengetahuan semua, wheelchair Nabila memang dah 3 tahun dia pakai. Maka faham sajalah condition wheelchair yang makin terus (tayar dan pecah, skru asyik tercabut-cabut) . Doktor mencadangkan agar saya membuat permohonan wheelchair baru. Dan kebetulan juga syarikat pembekal wheelchair kakak ada sama.

Saya request pada doktor Akmal, yang saya tak nak company ni supply wheelchair Nabila. Tapi datang sorang lagi doktor kata, tak boleh pulak.. Sebab dan masuk perolehan lah, dalam kontrak lah..

Serius saya geram. Sebab pengalaman saya dengan company ni memang sangat tidak memuaskan hati saya. Doktor-doktor tu memanggil wakil syarikat. Saya bertanyakan wheelchair lain yang bersesuaian. Tapi, menurut wakil company itu, beliau boleh bagi wheelchair jenis 'tilt space' yang pada saya tidak membantu langsung parents yang ada anak special untuk guna wheelchair ini.

Napa saya kata begitu??

Sudahlah berat, nak kena tanggal-tanggal kalau nak masuk dalam kereta. Makan Space bonet kereta dan berat. Serius saya menyampah dengan wakil tersebut yang seboleh-bolehnya nak saya datang ke kedainya untuk try wheelchair yang ada. Dalam hati memang geram sangat.. Tapi waktu tu, mujur waras lagi. kalau tak, mau bertempik kat situ jugak..huhuhu..

Bukan apa, banyak bersepah wheelchair kat luar sana. Sudahlah mahal, harganya boleh disamakan dengan wheelchair yang saya jumpa lebih baik dan senang untuk parents gunakan dan selesa untuk anak.

Kalau ikutkan hati, mau je beli sendiri. Tapi mengenangkan duit pun tak berapa nak ada, maka terpaksa gak lah memohon bantuan.

Bertabahlah kakak.. macam-macam hal sekarang ni.. suka sangat ambil kesempatan pada ibu bapa yang ada anak istimewa ni.. Harga kemain mahal, padahal bendanya takde lah semahal mana pun..

Sorry, just luahan hati saya di awal tahun 2018. harapnya ada benda baik untuk kakak pada tahun ini, InsyaAllah..

Ok, sampai sini dulu.. Nanti jumpa lagi di next entry.. Bye!!