Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 November 2019

Menguruskan Haid Anak Istimewa..

Assalamualaikum..

Lama kan tak cerita pasal kakak Nabila kan? Bila belek-belek balik post-post lama tahun ni, terperasan saya tak cerita satu hal tentang anak dara saya.

Anak dara.. ye Nabila dah anak dara tau.... tengok tajuk macam wow... berani saya nak cerita hal ni kan.. Tapi untuk knowledge juga. So saya berpegang pada satu perkara itu. UNTUK KNOWLEDGE..

Jangan terkejut anak-anak seperti Nabila akan datang bulan, sama seperti kita yang normal. Tak semua, tapi Nabila antara segelintir anak-anak OKU yang agak cepat juga datang tempoh matang nya..hehehe..

Memang saya dah duga beberapa tahun ni. Perubahan pada tumbesaran Nabila kearah kewanitaan makin terserlah. Malah doktor juga meminta saya bersiap sedia tentang ini. So, memang dijangka juga sebab dia ikut saya..huhuhu.. datang awal haid pada darjah 5 yakni 11 tahun. Memang benar, Nabila datang bulan pada sehari selepas hari lahir dia.. Ngam-ngam umurnya 11 tahun.

Pada saya ada baik dan buruk. Walaupun pada asasnya ia akan lebih menyukarkan saya dalam menguruskannya, tapi yang baiknya, tumbesaran dia bagi proses kitaran haid adalah normal. Kita pun rasa normal bila period ikut waktu dan tiada masalah kewanitaan. Ini bermaksud rahim kakak dalam keadaan baik bagi menghasilkan kitaran haid.

Biasanya sebelum datang bulan, Nabila akan emosi.. Ye sama macam kita.. cuma dia menangis dalam keadaan tidak selesa. Saya memang dah catat kedatangan haidnya, jadi mudah nak tau punca kenapa kakak tantrum menangis tak selesa.

Kami dinasihatkan agar memberi ubat tahan sakit, jika Nabila tak mampu menahan kesakitan itu. Pada saya itu saja cara yang terbaik, kerana dengan keadaan dia yang terlantar, tak mungkin Nabila boleh menonggeng atau buat apa saja yang boleh dibuat oleh kita yang sihat ni bila kesakitan datang bulan menyerang. Kadangkala, terpaksa letakkan dia di dalam buai dengan harapan kesakitan itu akan hilang.

Untuk membersihkannya pula, kami memang tak pakaikan pad wanita sebab Nabila memang pakai pampers. Jadi pampers ditukar dengan kerap dibersihkan. Dalam beberapa bulan ini, memang boleh dikira haidnya berat. Selebihnya, hanya sedikit sahaja. Yang penting saya catat masa kehadiran darah haid tersebut. Dan beberapa perubahan lain juga.

Bila menguruskan hal begini. teringat anak-anak OKU yang mild, tidak terlantar seperti Nabila. Yelah, bila dah period ni, confirm nafsu tu ada. Betul, anak-anak ini memang kita kena selalu tengok. Mereka bukannya tahu pun betapa perkara ini serius dan mereka juga perlu dilindungi.

Moga yang menjaga Nabila terhindar dari sikap yang buruk dan Allah sentiasa lindungi mereka dari pandangan ghairah terhadap Nabila. Aaamiin..

Ok, jumpa lagi ye.. Aamiin...

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sis. Boleh ke saya nk dapat kan no telefon sis. Sbb saya pun baru bersalin dan anak saya disahkan HIE tahap 2

Noina said...

Waalaikumussalam.. boleh .. 012-6347956

Unknown said...

salam kak. boleh tahu utk anak akak kan,guna pampers brand apa ye? sebab saya buntu nak cari saiz yang sesuai dgnnya. harap boleh tolong ye 🌹

Noina said...

Nabila sekarang guna mamypoko saiz xxl.. punggung dia kecik walaupun dan berusia 12 tahun.. pakai jenis tape punya. sebab klu pakai pants susah sikit sebab dia terlantar