Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

14 April 2010

berdebar-debar..

Berdebarnya hati ini..

Menantikan esok..

Pebenda tuh..?

NABILA AKAN KE TASPUTRA ESOK...!

Aduiiii.. Bercampur baur perasaan ni...

Cuak pun ada gak..macam aku yang nak masuk sekolah..

Risau..!

Kenapa pulak nak risau? Bukan tak jumpa langsung Nabila..!

huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.............................

Memang la jumpa.. Tapi boleh ke mereka jaga Nabila..?

Memangla aku tak harap sangat dorang jaga seperti mana mak menjaga Nabila sepanjang 2 tahun ini..

Tapi hati ni..risau tetap ada....

Esok aku akan temankan Nabila sepanjang hari..

Dan akan tengok apa yang bakal Nabila buat di sana...

Jumaat pun sama....

Temankan dia..

Isnin? tak pasti lagi.... Tak amik cuti pun..

....................................
...............................
.........................
.............
.....
..
.


Kawan-kawan..doakan Nabila sentiasa dalam keadaan baik yek di sana..

p/s : dok terpikir dari tadi..betul ke tindakan aku ni letakkan Nabila di situ..? Ada baiknya kah? Tadi tanya abg..dia suruh cuba dulu..Adui....pening..pening..

12 April 2010

Pandangan mata itu..

Syahdu rasa hati ini. Selesai memandikan Nabila, dia melakukan sesuatu perkara yang aku tunggu selama ini.

Perubahan demi perubahan dapat aku lihat sejak dua menjak ini. Walau sedikit,namun aku coretkan di sini baut kenangan aku dan Nabila nanti.

Sewaktu memakaikan pakaian Nabila, aku membisikkan namanya di telinga kanannya.

" Sayang Nabila "..

Lantas dia menoleh. Memandang aku tepat ! Dan kemudian dia senyum..

Aduh.. Senyumannya yang menusuk kalbu ini. Aku peluk Nabila erat. Betulkah apa yang aku nampak ini?

Aku cuba sekali lagi..

" Nabila..."

Kali ini di telinga kiri.

Dan dia menoleh sebelah kiri pula. Dan senyum lagi. Dan air mata ini terus berhamburan. Aku peluk Nabila erat.

"Anak ibu pandang ibu yek..Ya Allah.. terima kasih Ya Allah.."

Aku menangis. Kali ini agak kuat. Dan sambil memeluk Nabila erat.

Kawan-kawan tahu apa Nabila buat..?

Dia ketawa... YA KETAWA DENGAN KUATNYA. Jarang dia ketawa sebegitu. Melainkan jika ada yang cuba menggelikan tubuhnya.

Ya Allah.. Indahnya bila matanya memandang ke arahku. Indahnya pandangan itu di sulami dengan kata-kata panggilan ibu.

Sabar.. Sabar.. Mungkin ini satu petanda baik. Aku perlu berusaha lagi. Terima kasih Ya Allah. Kau berikan nikmat pandangan matanya kepadaku walaupun ianya sebentar saja.. Dan ku harapkan ia akan berlaku lagi.. Terima kasih Ya Allah..

Mungkin aku terlalu mengharapkan Nabila memandang segala yang ada di sekelilingnya..

p/s: kawan-kawan.. Alanna telah pun di pindahklan dari hospital Sg. Buloh ke Hospital Kuala Lumpur. Menaiki ambulance pagi tadi. Menurut kata Ayu, Alanna akan di letakkan di dalam ICU untuk pemerhatian lanjut. Darah Alanna akan di hantar ke Australia nanti untuk pemeriksaan. Sewaktu aku menelefon petang tadi, Ayu sedang menangis. Sedih. Aku tidak menyangka perkara ini boleh menjadi semakin serius. Kawan-kawan..Ina mohon..doakan supaya Alanna kembali pulih dan sihat seperti dulu. Sungguh kami rindukan senyumannya.

11 April 2010

Alanna Sayang..

Maaf lama tidak update apa-apa di dalam blog.

Seminggu ini, agak sibuk sebenarnya. Sejak empat hari lepas, aku ke hospital Sg. Buloh melawat Alanna. Mendengar saja perkhabaran yang Alanna di tahan wad, terus buat aku tak sabar-sabar untuk berjumpa dengannya.

Sayu..

Itu yang boleh aku gambarkan ketika pertama kali aku melihat Alanna terbaring lesu di hospital. Jatuh air mataku melihat keadaannya. Pada mulanya niat tidak mahu menangis depan Ayu. Kononnya mahu memberi semangat kepada mummy ini. Namun..hati ini cepat tersentuh. Menurut Ayu, ketika di masukkan ke hospital, Alanna ceria. Senyuman menghiasi bibirnya.

Namun..tengahari Rabu, aku lihat Alanna sedang berehat. Kata Ayu, Alanna letih. Di tolak ke sana kemari untuk pemeriksaan. Dan Alanna ketika itu sedang berpuasa. Sesekali Alanna batuk. Sayu dan sakitnya aku mendengar batuknya.Aduhai..kenapa berat benar dugaan yang Kau berikan pada anak kecil ini..

Dan tengahari itu, berat kaki ini melangkah meninggalkan Ayu dan Alanna. Mohon segala perjalanannya di hospital dipermudahkan..Itu doaku buat anak itu..

Dan petang khamis aku membaca mesej dari Ayu. Katanya, kondisi Alanna masih begitu. Malah di suruh puasa lagi. Aduhai..aku mula sibuk mencari kawan-kawan untuk sama-sama ke hospital. Pada mulanya aku mengajak Ita. Namun dek kerna jauh dan mungkin juga tak sempat ke sana, Ita hanya mengirim salam saja pada Ayu. Dan tiba-tiba Jiey mesej aku. Lantas aku mengajak dia ke hospital untuk melawat Alanna. Cepat sahaja Jiey bersetuju dengan aku untuk bersama-sama melawat Alanna.

Tiba di sana..aku lihat Alanna masih lagi terbaring lesu. Mungkin juga lapar dek kerna ‘dipaksa’ berpuasa. Kasihan anak itu. Aku dapat rasa pasti perutnya berkeroncong lapar. Dan tiba waktu makan ubat, Alanna seperti ingat ubat itu adalah susu. Aduhai.. Air mata hampir saja menitik..Sedihnya.

Otak aku dan Jiey bagai berputar-putar ligat memikirkan cara bagaimana untuk membantu Alanna. Mahu saja kami membawa lari anak itu. Namun akal membataskan kami untuk berbuat demikian. Kaki ini lemah melangkah keluar dari wad. Dan terus kami mencari idea untuk membantu Alanna. Mahu saja aku berikan duit yang hendak ke Teluk Senangin kepada mereka. Kalaulah kami kaya..mahu saja membantu dan bawa Alanna ke private hospital. Tak perlu di tunggu-tunggu lagi. Kalaulah duit jatuh dari langit..kan senang… :(

Dan Jumaat, aku melihat lagi keadaan Alanna di Hospital. Kata Ayu, Alanna dikehendaki menjalani pemeriksaan mata bagi mengesan punca Alanna berkeadaan demikian. Namun jawapan yang diterima negatif. Tiada tanda-tanda yang dapat diperoleh dari pemeriksaan tersebut.

Dan semalam, pulang saja dari Gedangsa, semua rakan-rakan datang dengan tujuan untuk melihat sendiri keadaan Alanna. Agak terkejar-kejar sebenarnya, takut waktu melawat tamat. Kami tak dapat pergi awal kerana anak masing-masing masih lagi dalam keadaan berbalut. Jam 6.45 tiba di hospital..dan meninjau..rupanya waktu melawat belum tamat lagi.

Ita, Kak Noni, Ida, Zura dan Jiey bersama melawat Ayu dan Alanna petang itu. Kata-kata semangat sebagai ubat Ayu dan Alanna. Syarul, suami Ayu pula ke lobi kerana berjumpa semua sang suami yang setia menanti khabar dari Alanna. Pada mulanya kami semua tidak mahu menangis. Namun, naluri ibu, mana mampu untuk menahan sebak pabila ada anak yang sedang bertarung menahan kesakitan.

Alhamdulillah, aku sebenarnya kagum dengan semangat semua ibu-ibu ini. Bertuah dapat berkenalan dengan mereka. Mereka memberi kata semangat tatkala salah seorang adik beradik ditimpa kesusahan. bagi aku mereka bukan sekadar kawan, malah sudah seperti adik beradik. Terima kasih kawan-kawan..

Buat Ayu dan Syarul, Alanna sedang menumpang semangat dari kalian berdua. Tabahkan hati. Fikir yang positif.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Buat anakku Alanna, Ibu tahu kamu anak yang kuat. Kuatkan semangatmu untuk melawan semua itu yek sayang. Ibu mahu kamu keluar dari hospital cepat-cepat. Nanti leh lepak dengan abang dan kakak Alanna. Ramai tau. Ada Kakak Nabila, Kakak Alisya, Abang Aiman, Abg Irfan, Abang Habib, Abang Idris dan Abang Ian. Nanti leh kita jalan-jalan lagi yek..

p/s : Sori tak amik apa-apa picture. Tak sampai hati nak amik gambar dengan keadaan gitu. Hurm..esok Alanna akan dihantar ke HKL menaiki ambulance. Dia mungkin diperiksa oleh pakar di sana pula. Doakan yang terbaik buat Alanna yek kawan-kawan..

05 April 2010

Plan yang tak menjadi...

Aduhai.. Hampir sebulan juga aku plan. Last-last tak jadi buat bulan nih..

Pebenda tuh..?

Hurm..Sebenarnya aku sudah merancang untuk sambutan hari lahir Nabila bulan ni. Sebab tahun lepas..kami terpaksa menunggu bulan 5 untuk menyambutnya. Dan rasanya tak mahu menunggu seperti itu lagi..

Tapi apa yang dirancang hanya Allah sahaja yang menentukan..Hurm..takleh nak buat apa.. Sebab aku terpaksa menghadiri kursus Induksi Umum pada 23hb-30hb April nanti. Pada mulanya memang aku tak dapat surat. Ingat nama takde..atau mungkin kumpulan lain barangkali.Tapi entah kenapa..tiba-tiba kawan aku telefon..dia kata surat dah sampai..Huhu..dan tarikhnya kena pulak dengan tarikh sambutan birthday Nabila dan tarikh ke Teluk Senangin..

Masih terpikir-pikir macamana nak gi teluk Senangin. Tak tau abis induksi kul berapa.. Adui..pening-pening.... Tak mahu ketinggalan untuk hari Jumaat itu. Sebab tak mahu rugi satu hari pun bersama dengan family superkids..

Hurm..harapnya segalanya berjalan dengan lancar. Tak mahu apa-apa jadi atau perkara-perkara yang boleh membatalkan hasrat untuk join family gathering ini..Mudah-mudahan..Amin..

04 April 2010

Standing Frame.

Entry khas untuk insan 'Ingin Tahu' . Mahu aku menceritakan tentang standing frame yang telah Atuk Nabila bina.

Mungkin juga entry ini khas buat ayah aku juga. Atas kasih pada cucunya, lalu dibuatkan alat ini. Terima kasih ayah.. :)

Harapnya ia dapat jadi manfaat pada nephew 'Ingin Tahu'.. (napa tak cakap nama yek..huhu).

Seperti biasa ayah aku sememangnya banyak idea dalam hal-hal mencipta nih.. Silap..bukan cipta tapi hasil kreativiti insan lain yang boleh di upgradekan untuk Nabila...Hurm..tengok sekali saja benda tuh..dah boleh pikir dan amik cilok sikit idea dari orang lain. Cilok tu tak curi tau..Ala klu curi pun untuk kebaikan..bukan untuk keburukan. Curik idea je.

Menggunakan barang-barang terpakai. Papan, kaki meja kanak-kanak, tali yang dah siap di jahit dan penahan untuk standing frame (kira tulang belakang la..) , diperbuat dari besi.. dan skru jer..

Rupa dari sisi hadapan..

Dari arah belakang..

cara mengikat kaki meja sebagai penahan..

Kaki meja tu akan di tolak ke belakang.

Kaki meja tu di 'kepak'..atau lebih senang..dibukak..

Dan besi sebagai penahan untuk megelakkan kaki meja tertutup kembali.

Hurm...camner? Kreatif bukan? Tah camner Ayah leh terpikir idea ni..aku tak pasti.. Yang aku tau..tiba-tiba dia kata dia nak buat standing frame macam umah Kak Raw..

So..harap ada la yang dapat manfaat dari entry ni.. :)

03 April 2010

Celarunya fikiran!

Entah sejak 2-3 hari ni, aku asyik memikirkan tentang hal Nabila. Tentang hal untuk ke Tasputra nanti. Hanya tinggal 11 hari saja untuk aku mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan baru ini. Agak berdebar sebenarnya. Aku rasa sama seperti orang lain yang akan menghantar anak mereka ke sekolah buat pertama kalinya.

Dan semalam aku menyuarakan rasa hati ini kepada kawan pejabat, keluarga superkids dan juga pada Abg..

Entah..

Rasa gundah-gulana tak tentu pasal pula. Patutnya seronok..huhu..

Hurm..kalau difikirkan memang susah hati. Yelah..nak menyerahkan permata hati yang satu ini kepada orang lain..rasa amat berat sekali. Emak pula lagilah..Awal-awal lagi tak setuju. Dek kerna kedegilan anaknya yang sorang ini..terpaksa menurut kata.

Hanya doa sahaja iringin aku untuk Nabila. Moga segalanya baik-baik saja di situ. Ramai juga yang memberi aku nasihat agar mencuba saja buat 2-3 minggu di situ. Dan lihat apa perkembangan Nabila. Serasi atau tidak Nabila di situ. Terima kasih kawan-kawan atas nasihat yang diberikan..Sekurang-kurangnya kata-kata kawan semua buat hati ini tenang kembali..

p/s : semalam lepaking kat umah Zali+Ida..sempena besday mummy Ida.. :) Terima kasih Zali+Ida atas jemputan dan makanan yang disediakan.. :) Nabila jer kamuk-kamuk..huhu..Tah kenapa aku tak pasti..Dan pada Ayu+Syarul , Ita+Farid & Put+Megat .. enjoy jumpe korang..! :)

01 April 2010

Asyik tertangguh je..!

Sebenarnya ada satu perkara yang tertangguh sejak beberapa bulan lepas lagi. Pernah aku menulis tentang perkara ini pada entry ini . Tetapi masih lagi dalam merangka-rangka aktiviti yang harus dilakukan oleh Nabila..

Dan baru-baru ini aku melihat dan membaca entry dari Jiey . Dan rasanya aku sudah mendapat idea untuk melengkapkan senarai aktiviti itu. Terima kasih buat Jiey yang sudi berkongsi maklumat dalam blognya. Kalau tak, sampai sekarang aku masih lagi merangka-rangka apa yang perlu dimasukkan dalam buku catatan itu. Idea Jiey diambil sedikit dan diubahsuai mengikut kemampuan Nabila.

Dan pagi tadi, aku gigih menyiapkannya juga. Dan hasilnya, aku bukukan dan dapat melihat jelas apa yang bakal aku lakukan untuk Nabila. Selama ini aku hanya merangka apa sahaja yang ada di dalam kepala aku. Dan kini, dengan adanya buku ini..segala aktiviti Nabila lebih jelas dan aku dapat kesan apa lagi aktiviti yang jarang sekali aku lakukan untuk Nabila.


Hurm..nampak banyak kotak..tapi belum tentu penuh. Seperti kata Jiey..aku juga punya masalah untuk memenuhkan ruang-ruang kotak ini. Kalaulah surirumah sepenuh masa..sudah tentu kotak-kotak ini penuh atau hampir saja penuh dengan aktiviti.. :)

Tak banyak yang dapat aku lakukan untuk sepanjang malam ketika bersama Nabila. Budak sekecil Nabila, apa sahaja yang dia tahu. Menangis bila di paksa. Sebab itu apabila aku melakukan aktiviti untuknya, aku akan melihat mood Nabila itu dulu. Jika asyik menangis saja sudah tentu Nabila tak dapat apa yang akan dipelajarinya.

Tapi, usaha juga demi Nabila. Tak penuh pun takpe..janji ada aktiviti di buat. Ia akan menjadikan diri kita sebagai ibu yang berdisiplin dalam mengajar anak. Betul! Aku sendiri cuba mendisplinkan diri mengikut aturan yang telah ditetapkan demi Nabila. Semua untuk kebaikan dia juga bukan?

Dan rasanya tak mahu ia sebagai 'hangat-hangat tahi ayam' . Mahu ia sebagai panduan buat aku nanti. Cuma aktiviti yang aku buat ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan Nabila nanti. Dan yang pasti..aku dah mula menggunakan balik standing frame yang dibuat oleh ayah dulu. Sudah sekian lama aku tak menggunakannya. Sejak insiden semalam..rasanya adalah lebih baik aku menggunakan kaedah aku sendiri.. Ada yang ingat ke gambar Nabila berdiri kat standing frame ayah aku tuh.. Jap aku tepek kat bawah..

Standing frame ini aku ubah suai sket..tambah lagi pengikat untuk Nabila..Sebab tali yang sedia ada tak kuat sangat..!

p/s : asyik batuk je nih..tadi Nabila pun meragam je kat umah mak..huhu..balik pun lambat tadi. bantai aku tersangkut jem hampir 1/2 jam kat bulatan area Batu Caves! Tensen betul..Call member kata Rawang pun jem..Sudahnya tadi sampai umah kul 10..Balik lewat sket dari umah mak..huwwaaa!