Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 April 2010

Asyik tertangguh je..!

Sebenarnya ada satu perkara yang tertangguh sejak beberapa bulan lepas lagi. Pernah aku menulis tentang perkara ini pada entry ini . Tetapi masih lagi dalam merangka-rangka aktiviti yang harus dilakukan oleh Nabila..

Dan baru-baru ini aku melihat dan membaca entry dari Jiey . Dan rasanya aku sudah mendapat idea untuk melengkapkan senarai aktiviti itu. Terima kasih buat Jiey yang sudi berkongsi maklumat dalam blognya. Kalau tak, sampai sekarang aku masih lagi merangka-rangka apa yang perlu dimasukkan dalam buku catatan itu. Idea Jiey diambil sedikit dan diubahsuai mengikut kemampuan Nabila.

Dan pagi tadi, aku gigih menyiapkannya juga. Dan hasilnya, aku bukukan dan dapat melihat jelas apa yang bakal aku lakukan untuk Nabila. Selama ini aku hanya merangka apa sahaja yang ada di dalam kepala aku. Dan kini, dengan adanya buku ini..segala aktiviti Nabila lebih jelas dan aku dapat kesan apa lagi aktiviti yang jarang sekali aku lakukan untuk Nabila.


Hurm..nampak banyak kotak..tapi belum tentu penuh. Seperti kata Jiey..aku juga punya masalah untuk memenuhkan ruang-ruang kotak ini. Kalaulah surirumah sepenuh masa..sudah tentu kotak-kotak ini penuh atau hampir saja penuh dengan aktiviti.. :)

Tak banyak yang dapat aku lakukan untuk sepanjang malam ketika bersama Nabila. Budak sekecil Nabila, apa sahaja yang dia tahu. Menangis bila di paksa. Sebab itu apabila aku melakukan aktiviti untuknya, aku akan melihat mood Nabila itu dulu. Jika asyik menangis saja sudah tentu Nabila tak dapat apa yang akan dipelajarinya.

Tapi, usaha juga demi Nabila. Tak penuh pun takpe..janji ada aktiviti di buat. Ia akan menjadikan diri kita sebagai ibu yang berdisiplin dalam mengajar anak. Betul! Aku sendiri cuba mendisplinkan diri mengikut aturan yang telah ditetapkan demi Nabila. Semua untuk kebaikan dia juga bukan?

Dan rasanya tak mahu ia sebagai 'hangat-hangat tahi ayam' . Mahu ia sebagai panduan buat aku nanti. Cuma aktiviti yang aku buat ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan Nabila nanti. Dan yang pasti..aku dah mula menggunakan balik standing frame yang dibuat oleh ayah dulu. Sudah sekian lama aku tak menggunakannya. Sejak insiden semalam..rasanya adalah lebih baik aku menggunakan kaedah aku sendiri.. Ada yang ingat ke gambar Nabila berdiri kat standing frame ayah aku tuh.. Jap aku tepek kat bawah..

Standing frame ini aku ubah suai sket..tambah lagi pengikat untuk Nabila..Sebab tali yang sedia ada tak kuat sangat..!

p/s : asyik batuk je nih..tadi Nabila pun meragam je kat umah mak..huhu..balik pun lambat tadi. bantai aku tersangkut jem hampir 1/2 jam kat bulatan area Batu Caves! Tensen betul..Call member kata Rawang pun jem..Sudahnya tadi sampai umah kul 10..Balik lewat sket dari umah mak..huwwaaa!

7 comments:

Wanie said...

Bagus gak apa yg ina buat nih...keja akan jadik kemas dan teratur..Sgt bagus tuk Nabila..leh pantau apa yg terkurang dan terlebih...

Ina awak ibu yg tabah dan bersemangat..

Ha...kalau bab jem memang la boring...Buang masa kat jalan jer kan

Ibu Inas said...

Kalau ada follow treatment kat NURI Bkt Antarabangsa dgn Datuk Norlaili, sure punya akan wajib ada log book yg akan2 mcm yg Ina rangka ni la. Last 2 yrs, my Inas follow treatment (fizikal n mental) kat situ near 2 yrs la jugak.Tapi, disebabkan faktor lokasi kami yg jauh duk Kuantan ni...membuatkan mcm ada kekangan sikit tuk teruskan treatment kat situ...at last, kami buat sendiri2 je kat umah...:)

Yasmin Nabilah.. said...

Wanie : betul..tapi masih lagi ada perkara dalam buku tu tak dapat nak buat..hurm..kena tunggu masa sabtu dan ahad kot..tu je amsa yang sesuai.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Aida : Yeke..hurm..kat nury lagi details kan kak..Hurm..ian ada dengar klu antar kat sana kita kena bagi komitmen sepenuhnya pada anak..

nak tanya berapa kos sebulan akak hantar Inas ke situ? mahal tak?

Anonymous said...

ina....bestnyer ade standing frame..buat sendiri yek...

ina, beruntung sgt dok kat area2 kl, selangor...banyak supporting group, banyak benda leh ikhtiar...kita kat jb nie, nak buat kasut usop pun kena gi kl...:(

-haryati yaacob-

IbuInas said...

Kos at Nury?...yer ina, agak mahal tapi kalo betul boleh bg 100% komitmen mmg berbaloi hasilnya. Means, komitmen 7/24 perlu sgt tuk buat terapi kat anak...senang kata, kalo kita yg bekerja ni mmg kena sanggup cuti tanpa gaji la kut 6 bln...(tp bila kita cukup x de gaji, camne nk tampung kos yg mahal tu?)

For me, kat NURY programnnya mmg bagus pada yg mampu drpd segi masa tapi kos yg agak tinggi tu mmg agak membebankan....cthnya, dlm sebulan kalo full pakej terapi leh la abis near RM500-800++ gak..(depends pd kes anak..)

Bila berada di tempat kita ni, psl kos mmg kalo boleh kita tolak tepi kan ina?....Kita akan buat apa sajer tuk our precious dotter, tapi kalau tidak rasa berbaloi...kita tetap juga tak akan berenti mencuba apa sajer...

Meh kita sama2 tenang2 diri..lapang2 kan fikiran...dan senyum2 selalu..untuk anak kita :)

produk ococ said...

yelah, awak ibu yg penuh bersemangat. i admire that.nak tanya log book tu buat sendiri ke? tak blh ke nak pinjam, hehehe..dan berminatla ngan standing frame tu, agak2 klu minta atok nabila buatkan, berapa kos ek?..