Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

12 December 2013

Surat Untuk Anak

Assalamualaikum..

Ahad lepas, saya bersama group Super Angels ke Majlis Pelancaran Buku ' Surat Untuk Anak' hasil penulisan sahabat senasib kami iaitu Abang Ronasina Fandi dan Kak Raja Rohaisham.

Saya sebenarnya sudah lama mengenali pasangan ini. Saya kenal mereka melalui penulisan blog mereka AKU OKU sejak 5 tahun lalu. Itupun saya sedang mencari maklumat mengenai Cerebral Palsy dan akhirnya saya bertemu dengan blog ini.

Agak lama saya mengikuti  penulisan kak Sham dan Abang Fendi ini. Kerna kagum melihat ketabahan mereka dalam membesarkan anak-anak istimewa mereka. Bukan SATU tetapi DUA anak istimewa yang saya rasa tak dapat membayangkan keadaan mereka berhadapan dengan situasi kedua anak mereka ahli syurga.

Saya belum berkesampatan untuk berjumpa kedua insan hebat ini sehinggalah Arwah Annisa meninggal dunia. Dan paling sebak, bilamana mata kak Sham melihat Nabila, katanya Arwah Annisa persis Nabila. Ya, saya takkan lupakan saat kak Sham melepaskan rindu terhadap arwah kepada Nabila..

Dan sesudah itu, kami sering bertemu pabila kak Sham menjemput saya untuk melakukan sesi akupuntur Nabila bersama gadis Korea, Woo Young yang dikenali di Hospital Erkang China. Saban hari saya berkunjung ke rumah Kak Sham untuk sesi rawatan tersebut. Dan ketika itu saya sedang sarat mengandungkan Naufal 8 bulan..

Dan sehinggalah hari ini, kami sentiasa berhubung demi anak-anak kami. Terima kasih kak Sham kerana menjemput Ina dan keluarga menghadiri majlis istimewa ini. Dan kenangan paling indah bilamana saya dapat berbual sendiri dengan YB Nurul Izzah Anwar Ibrahim. Lembut tutur katanya membuatkan saya kagum melihatnya. Lebih-lebih lagi dia sangat jelita.. :)

Moga dengan buku ini, dapat membuka banyak mata tentang kehidupan kami dalam membesarkan anak istimewa. Andai diberi ruang dan peluang, mahu juga menulis mengenai kisah Nabila. Namun, mungkin coretan saya tidak sehebat insan-insan ini..

Pada yang berminat mungkin boleh menempah buku ini bolehlah lihat gambar bawah ni ye..

Cara Pesanan : Harga RM 35 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 40 bagi Sabah / Sarawak (termasuk postage)
Buat pembayaran ke akaun Maybank : 162021363678 Raja Rohaisham
Email bukti pembayaran : Nama , Alamat dan No.telefon ke kutubkhanah112@gmail.com

Buku ni memang best.. tah berapa kali saya baca menitik air mata..huhu..

Layankan saja gambar-gambar sepanjang majlis ini...

Saya dan kak Hass (Admin Super Angels yang lain belum sampai lagi)

 Booth Super Angels untuk kutipan derma bagi persatuan kami..

 Booth jualan Buku Surat Untuk Anak

  YB Nurul Izzah sedang menulis di buku tetamu

 Model @ teman kak Annur depan tetamu yang hadir. Kakak Nabila tumpang glemer kakak Annur jap.. hihi..

 Antara hadirin yang hadir di majlis tersebut

 Jangan tak caya beliau merupakan penyajak yang hebat. Ramai yang menitiskan air mata bila sajaknya dibaca. Kakak Nabila dan Kakak Annur jadi props..hihi..

 Ibu dan Kakak Nabila posing jap..hehe..

 Sepatah dua kata dari Abang Fendi yang saya fikir ucapannya sangat menyentuh jiwa...

Tetamu makin ramai..

 Ibu Ayah Kakak dan Adik bersama.. Moga kita sentiasa kuat dalam menjaga kakak ye..

 YB Nurul Izzah. Sangat cantik!! Saya suka caranya yang sangat humble.. Berjiwa Rakyat!

 Berbual seperti borak-borak kosong.. Saya sedang bercerita tentang cara kelahiran Nabila dan penyebab Nabila jadi begini. Sungguh dia terperanjat bila saya katakan kepala Nabila terpaksa di tolak semula ke dalam rahim untuk emergecy c-sear!!

 Rupanya beliau juga mempunyai pengalaman yang hampir sama. Doktor hampir sahaja mahu mengunakan kaedah forcep bagi mengeluarkan anak beliau. Mujur beliau cepat bertindak. Dan Alhamdulillah anaknya selamat..

 Wajah saya menahan sebak!!!

 Saya gembira dapat berbual dengan beliau. Moga perjuangan beliau sentiasa dipermudahkan.. Aamiin..

 Pose istimewa YB Nurul Izzah dan Yasmin Nabilah. Terima kasih kerana memberikan kenangan manis ini kepada keluarga kecil kami...

 Saya, Kak Mazzlinda dan Kak Saripah . Mereka juga AJK bagi Super Angels Group

 Kami bergambar kenangan bersama YB Nurul Izzah

 Sempat berbual lagi tentang masa depan anak-anak OKU...

 Kami bersama demi anak-anak istimewa kami...

Terima kasih Ayah dan Adik Naufal temankan kakak ke majlis ini...

27 November 2013

Betapa comelnya kamu....!!!

Assalamualaikum..






Sungguh saya tersentuh melihat gambar ini. Di pagi suatu hari, Ayah Nabila menghantar gambar ini menerusi BBM.... dan hati saya sebak....

Betapa manisnya wajah puteri ini.. Dan bersamanya ketika itu kawan sejati, Alisya Qaireen.. Ya Allah, melihatkan wajahnya yang tersenyum membuatkan ibu rasa rindu sewaktu Nabila kecil-kecil dulu..

Jika saya belek-belek gambar lamanya pasti segala memori bersamanya datang kembali. Bagaimana saya menjaganya, menyusukannya, memandikannya.. malah bau badannya juga saya ingati..

Andai Nabila diberikan kesihatan yang baik.. Mungkin saya rasa seperti sekejap benar masa berlalu. Sehingga kini Nabila masih seperti bayi. Lagaknya seperti bayi berumur 4 bulan. Takpelah, janji Nabila tetap bersama saya...




Puteri hati saya....

Moga kakak terus diberikan kesihatan yang baik. Wajahnya ceria 2-3 hari ni membuatkan ibu rasa tenang sekali.

Alhamdulillah.. mungkin berkat sesi terapi yang konsisten sejak kebelakangan ini.. Moga ibu sentiasa dimurahkan rezeki untuk membawa kakak ke tempat terapi lagi.. Aamiin...

17 November 2013

Naufal @ Level 3 Genius Baby On Board

Assalamualaikum...

Maaf la yek..lama tak menjengah. Anak-anak sihat Alhamdulillah. Ada yang merindui kakak Nabila ke.. Jap tepek pic kakak Nabila jap...

Gambar masa check up mata minggu lepas. Progress still sama macam tahun-tahun sudah..huhu....

Ok, cerita kakak nanti saya bukak entry lain. Ni cerita tentang Adik Naufal.

Dah hampir sebulan jugak la Naufal naik ke level 3 di GBOB (Genius Baby On Board) . Masih ingat kan kelas playgroup Naufal itu? Alhamdulillah, saya masih meneruskan kelas tersebut memandangkan ianya sangat bermanfaat buat Naufal. Setiap minggu memang saya akan membawa Naufal ke Puchong untuk menghadiri kelas tersebut. So pada ibu bapa yang nak mencuba boleh la try untuk anak-anak attend class ni. Memang mula-mula anak akan melalak.. Macam Naufal dulu.. tapi bila dah lama-lama biasa (sebab dah start since Naufal umur 5 bulan lagi masa tu) so, dia tak kisah sgt dah. Cuma ada beberapa activity yang dia takut nak buat dia akan nangis. Tapi semua tu berlakon je. Ibu tak percaya akal si Naufal nehhh..hihi...

Apapun, layankan saja gambar pakcik kecik ni.. Gambar banyak tapi si ayah Naufal ni tah hape-hape tah amik gambar. Abis semua goyang-goyang.. Marah ibu tgk gambar adik jadik gini..huhu...

Teacher Watie dengan Incik Elmo.. Demo kat anak-anak nak menari lepas ni.. Nampak tak Naufal ngan ibu..? Ala ibu pakai tudung purple tuhhh....

Naufal naik dengan aweks!! Piwwwiiittt... Kemain lagi anak bujang aku nih..hahaha.. Muka tu mula-mula nangis.. Bila dah lama-lama ibu pandang dia dalam bahasa isyarat "It's oklah dik..takde mendalah..tak jatuh pun.." terus paham pakcik kecik ni. Hahahaha... 

Aktivity ni bagus untuk balancing. Jangan tak caya Naufal dulu menangis bila duduk kat parachute yang mak-mak tarik sambil nyanyi lagi "Pop! goes the weasel" tu. Dia memang tak suka betul bila tiba time kena duduk atas parachute tu. Tapi, sekali lagi ibu pujuk dia dan ckp takde apa la duduk kat situ.. tak jatuh pun.. (dengan erti kata lain kena confident kan dia) barulah dia mau duduk atas tu..hahahaha...


Lepas main tarik-tarik, Teacher Watie suh masuk dalam terowong pulakkk.. Tengok la muka dia.. Ibu jenuh la tolak bontot budak kecik ni. Tak mau merangkak dia dalam tu. Ingat masa kelas level 2 dulu.. Siap menangis sambil duduk kat dalam terowong tu. Adoiiii anakkkkk!! 

Ibu tak puehhh ati.. Buat sekali lagi. Payah nau nak merangkak dalam tu.. actually activity ni sangat bagus tau. Nak bina self-confident pun iya gak ni. Bukan mudah baby nak merangkak masuk dalam terowong sebab maybe dorang takut duduk dalam tu sebenarnya. So kalau nak buat aktiviti ni kat rumah pun bagus..

Last, still tak nak merangkak gak, ibu umpan dengan handphone ayah dia.. memang suka nau main hp ayah. Last merangkak sendiri keluar dari terowong tu..hihi...

Antara aktiviti yang dia tak berapa nak suka. Sebab apa? Kena pegang tangan orang sebelah menyebelah. Selang-selang baby and ibu.. Pakcik ni biasalah, dengan orang kemain segan ya amat. Meraung-raung tak nak orang lain pegang tangan dia hatta tangan teacher sendiri.. Aishhhh!!

Tengok la rupa dia lepas aktiviti tu. Memang meraung sakan.. Ibu cam biasalah, buat dek je.. Biarkan dia..hahahaha...

Teacher Watie tengah demo untuk buat next activity. Serius weii tak terpikir dek kepala otak ni nak main permainan simple gini untuk Naufal. Tak payah la nak beli mainan mahal-mahal. Tengok la si Naufal. Kusyuk betul tengok Teacher Watie buat apa. Yang lain tu semua tak sabar nak mintak kat Teacher Watie..hihi..

Inilah permainan nya. Masukkan pencungkil gigi dalam bekas dia. Meningkatkan daya fine motor skill tau. Dan juga untuk focusing. Bagus bagus.. Boleh apply kat rumah.. hehe...

So, sape-sape yang berminat nak daftarkan anak di kelas ni boleh la contact Teacher Watie di talian ni.. 016-2033304 . SMS atau call je kak watie.. Kelas yang Naufal pegi ni kat Puchong. Dia ada bukak gak kat Bandar Botanic Klang dan Shah Alam. Tak silap Johor Bharu pun ada gak. 

Ok, sampai sini dulu coretan saya buat semua.. Jumpe lagi... Daaaa....

01 November 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anakku Yasier Naufal

Assalamualaikum..

Dear Naufal,

Entry ni sepatutnya ibu buat masa Birthday Naufal lagi..19 OKTOBER 2013.  Tapi tahlah, ibu busy bebenor.. Balik keje, terus mengulit dengan anak bujang dan dara kat rumah. Tidur pun awal. Mengantuk..Penat.. semua ada...huhu...

Apapun, ibu bersyukur Naufal sudah menginjak ke usia 1 tahun. Alhamdulillah, belum pun usianya setahun Naufal dah boleh melangkah dengan baik. Dan kenangan tatkala ibu mencium Naufal buat kali pertama di bilik pembedahan sangat mengharukan perasaan ibu.. Sungguh, ibu tak sangka anak yang ibu kandung selama 9 bulan keluar dengan sihat dan temmmmbaaaammmm!! hehe.. Perut ibu nan kecik tidak menggambarkan Naufal yang membesar di dalamnya..hehe...Sekali keluar, hammmbekkk ko.. SELAMMMBAAKKKK!!


Beberapa jam selepas kelahiran.. MasyaAllah.. Comel sungguh.. Geram je ibu tengok dia...


Still kat hospital.. Malam tak boleh tido.. Tah kenapa asik nak tido atas peha je.. Siang sibuk nak tido pulak...


Hari ke 5 selepas selamat keluar dari perut ibu..

Memang tak boleh lupa kenangan ibu bersama Naufal dan Ayah ke hospital dan Klinik Kesihatan Setapak semata-mata nak check up jaundis nya. Kemain banyak petua orang bagi kat ibu, satu pun tak berkesan. Last ibu breastfeed je.. Sampai naik stress la ibu sebulan dok pikir pasal demam kuning nya itu. Nak jadik rajo ko dikk... asik kuning je...huhu...

Genap sebulan Naufal lahir , jaundis pun berlalu pergi.. Alhamdulillah...

Kakak dan Adik *adik kuning lagi time nih..huhu*


Nak masuk 3 bulan masa ni.. Muka pun dah berubah sikit.. Badan tembam ya amat..Mana tak tembam, keje asik menyusu je. Lagi pulak susu cam gantung.. Lagilah demokkkk!!


Umur 3 bulan Naufal dah mula rolling dan angkat punggung sikit-sikit nak mengesot (creeping). Milestone dia tak jauh beza macam anak-anak tipikal lain.. Alhamdulillah. 


Tah sapelah yang letak itik kat kaki dak naufal ni.. Ni keje nenek Naufal la nih..hihi...


Muka paling macho ibu rasa buat setakat masa umur 5 bulan time nih..hahaha...


Baju kesayangan kakak dulu.. Tapi ibu main bedal je nih..hihi.. Adik mewarisi baju ni.. Bila adik pakai teringat pulak kakak Nabila masa kecik-kecik dulu...huhu...


Aksi adik dan kakak atas katill..perghhh siap boleh cross atas perut kakak lagi si Naufal ni.. uiii makkk aiiii.. kemain lagi yek...


Dah boleh duduk sendiri.. Alhamdulillah..Berkat terapi bersama kakak..hihi.. *ehhh mana adalah.. Adik duduk sendiri sebab pandai sendiri. Ibu tak buat terapi kat dia pun..hehe..*




Bila dah pandai berdiri sibuk pulak nak berdiri... Asik keje nak kacau kakak..hurmmmm....


 Genap sebulan selepas kakak masuk hospital kerana sawan, adik pulak masuk hospital. Wad KK1. Kakak Wad KK2 . Institut Peadiatrik HKL. Gaya macam tak sakit, tapi dek risaukan demam on off, ibu admitkan jugak Naufal ke hospital.. Mujur ok dah lepas tu..


 Kena nab masa hari lahirnya 19.10.2013. Memang kenangan tak boleh lupa ibu. Kahak terlalu banyak dan doc ambil keputusan untuk bagi nab jugak kat dia. Alahai anak.. sedih ibu rasa waktu ni...


Malam lepas ambik kek tu, Naufal tido. Kahak still lagi banyak dan adik pulak memang tak boleh tido. Semua orang tengah dok celebrate besday dia (tuan punya besday kek takde tido time nih..) tetiba Naufal bangun. Sempat la potong kek kejap, pastu sambung tido. Kelakar betul Naufal ni...


Gambar kenangan ibu ambil untuk contest bayi comel last week kat Tesco Puchong. Tak penah amik photoshoot family lagi. Dan cadang nak buat gak nanti.. hehe.. Bila tengok lama-lama handsome jugak anak ibu ni.. hahaha...


Apapun, setahun sudah ibu bersamamu.. Moga Naufal terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, cerdik, bijak dan menyayangi family kecil kita.. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Naufal. InsyaAllah.. :) 

Happy 1st birthday sayang.. muaaaahhhhhhh!!!!


Love,

Ibu..

18 October 2013

Pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak Cerebral Palsy

Assalamualaikum..

Hari ini saya ke Hospital Sungai Buloh. Sendirian bersama Nabila. Tiada adik Naufal, tiada Ayah Nabila Naufal . Menemani Nabila untuk pemeriksaan giginya..

Temujanji berlangsung jam 10 pagi. Hanya jam 10.30 pagi, baru kaki saya melangkah ke ruang parkir hospital. Kerana parkir yang penuh sarat dengan kenderaan. Sempat lagi saya berkata pada kakak nabila untuk berdoa agar mudah mendapatkan parkir. Hanya beberapa minit selepas ini, rezeki kami, dapat juga meletakkan kereta di ruangan petaknya.

Agak laju juga berjalan dek nak mengelak panas matahari jam 10 pagi. Terik. Nabila pula di dalam stroller saya tolak agak laju. Dan nampak la kelam kabut di situ. Sampai sahaja di tempat teduh, sempat seorang pakcik menegur kami.

 " Anak demam ke?"

" Tak lah pakcik, nak bawak gi check up gigi"

"owhhhh..."

Sempat lagi berborak walaupun tangan dok tercari-cari kad temujanji Nabila di dalam beg.

Datang seorang lagi pakcik. Barangkali kawan pakcik pertama tadi.

" Anak boleh makan?"

"Alhamdulillah, boleh pakcik. Tapi yang lembut-lembut jelah"

" owh.. Pakcik ada anak macam ni. tapi pakai butang kat perut...baguslah anak boleh makan guna mulut.."

Alahai... sedihnya bila pakcik tu cakap gitu tentang anak dia..

" Dulu pernah gak doktor suruh anak saya pakai..tapi saya tak nak sebab saya tengok dia boleh makan guna mulut lagi.."

"Pakcik rasa baik makan tebuk perut dari masuk guna tiub.. Takut kena jangkitan paru-paru... "

Saya hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Dan terus meminta diri untuk segera ke tingkat 2, klinik gigi kanak-kanak.

Tak sampai 5 minit, giliran Nabila di panggil Saya tahu sebab tak ramai pun patient untuk pemeriksaan gigi. Masuk sahaja ke surgeri 1, doktor yang biasa dengan Nabila. dan juga ada seorang doktor baru. Doktor baru yang banyak melakukan pembersihan gigi dan tampalan untuk Nabila.

Keadaan Nabila ketika itu? Meraung gak la marah bila orang pegang kepala dia. Dan mungkin tak selesa bila doktor cuba mengorek sisa makanan yang terlekat di dalam giginya yang dah berlubang sedikit. Saya melihat proses tampalan dari mula hingga akhir. Nampak macam ngeri tapi saya kuatkan semangat. Sebab nak gigi anak ibu pulih sepenuhnya...

Pada saya pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak Cerebral palsy memang penting. Tambah pula kes macam Nabila. Suka sangat lagakan gigi. Berbunyik-bunyik ngilu dibuatnya. Kata speech therapist Nabila, rahangnya ketat, sebab tu dia buat gitu.. Tapi memang tak elok. So kalau nampak atau dengar anak buat gitu, hentikanlah ek..

Ada yang bertanya cara bagaimana saya mendapatkan temujanji dengan peads dental. Pernah temujanji bersama doktor pediatrik, saya bertanyakan tentang masalah gigi.. Dan jawapan memang kena rujuk doktor gigi dan barulah doctor akan decide rawatan yang sesuai anak,,

ok, sampai sini je.. mengantuk nak tido..huhu.. ok, daaa... :)

kakak Bella tengah marah dan nak cool.. huhu...

14 October 2013

Antara Kakak Nabila dan Adik Naufal..

Assalamualaikum...

Esok Raya Haji kan? Saya bekerja pada hari ini. Sayang nak cuti sebab nak simpan cuti andai ada emergency lebih-lebih lagi untuk anak dara saya Nabila.. Tak boleh la nak amik cuti sembarangan. Mana yang rasa boleh kerja, saya kerja.

Sudah hampir 2 bulan rutin saya berubah sejak kembali bertugas. Tuntutan masa di hujung minggu bersama anak-anak saya peruntukkan untuk mereka memandangkan ibu mereka dah sibuk bekerja semula. Tak mahu mereka rasa ibu 'sudah hilang dari mata' makanya saya membahagikan masa Sabtu dan Ahad untuk kakak Nabila dan adik Naufal.

Sabtu, saya dan Nabila akan ke Kota Damansara untuk sesi fisioterapinya. Saya tekad, saya mahu lakukannya sama seperti saya membawa Naufal ke sesi kelas playgroupnya. TIDAK MAHU PONTENG UNTUK SESI TERAPI KAKAK NABILA. Kesian kakak, lama benar tinggal terapi. Buat pun seadanya. Makanya, kali ini saya cuba sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab tersebut. Nak keluar waktu bekerja memang payah. So, ambil masa hari Sabtu untuk sesi terapinya. Dan mungkin boleh berulang ke rumah Mak Ija untuk sesi stimulatherapy nya. Moga saya diberi kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakannya. Aamiin..



Mesti ramai terkejut tengok gambar Nabila yang kurus meleding tak pakai baju ni kan? Ya, Nabila memang dah kurus. Sangat kurus. Bila dipotong rambut pendek, lagi menampakkan dirinya yang kurus dan berkepala kecil. Saya sedar keadaan dirinya itu.

Kuantiti makan sepatutnya lebih lagi, namun dek kerana masalah menelan dan bukan semua makanan Nabila boleh makan, membuatkan tubuhnya kurus begitu :(

Apapun, ibu harap Nabila terus tetap sihat. Walaupun aritu Nabila buat semua orang panik.. tapi ibu yakin anak ibu baik-baik sahaja. Kes panik tu sebenarnya Nabila muntah dan pucat secara tiba-tiba. Menurut speech therapist Nabila, kemungkinan dia kekurangan oksigen ketika itu. Dan jika terlewat mungkin akan membahayakan dirinya. Pelik jugak kenapa tiba-tiba oksigen boleh drop? hurmmmm.....

Dan untuk adik Naufal, hari ahad adalah hari main-main dia. Setiap Ahad, saya akan membawanya ke Puchong untuk sesi playgroup nya. Dan Alhamdulillah, Naufal dah mula serasi dengan keadaan di kelasnya. Tiada lagi tangisan, tiada lagi ketakutan. Bak saya tulis dalam status saya baru-baru ini...

Hampir 6 bln Naufal di GBOB. Kenangan bila dia nangis, takut dengan parachute,nangis masa masuk tunnel, main bubbles, nyanyi lagu good morning dan skidamarink ( fav song dia) , buat hanging, exercise dan faham sikit-sikit sign language yang teacher watie ajar. Alhamdulillah, banyak info saya dapat melalui class ini. Tak lama je lagi Naufal dah nak naik level 3 plak. Niat nak teruskan lagi sbb sangat berbaloi dengan apa yang saya dpt dlm class ini. Now, Naufal antara yang terbesar dlm kelas dia sbb org dah nak setahun kan. Hehe.. Masa ni dia first time masuk kelas. Tengok la kawan dia semua besar2. Dah boleh duduk.. Dia kecik je lagi baru 5 bln masa ni. Biarlah jauh kat puchong nun kelas dia, ibu gagahkan gak dtg setiap weekend abiskan masa ke kelas dia. Alhamdulillah, dari kelas ni dia dpt byk input dan output pun boleh tahan gak keluarnya.. Hehe.. Ibu pun dpt byk idea untuk aktiviti dia.. alhamdulillah.. * mood syukur naufal dah boleh melangkah berjalan dengan baik sebelum usia setahun :)*

 Budak debab ke sekolah... Muka macam steady je kan..hihi...Tapi bila sampai melaung tak ingat!! Now, dia budak paling baik dalam kelas. Apa yang teacher buat semua dia buat. Berminat betul dengan mimik muka Teacher Watie..hihi...

 Dan sekarang...tengoklah mukanya nan cheeky ituh.. Muka banyak akal. Main handbag la, jalan sana sini la, panjat kerusi nenek la.. Adoiyaiii pening ibu dibuatnya.. Ada sekali tu siap jilat lesung batu.. adoiii anakkkk!!

Sejak dah dapat kaki ni, makin panjang la langkahnya. Happy bila untuk pertama kalinya saya melihatnya melangkah sendiri. Alhamdulillah. Naufal mula melangkah ketika berusia 10 bulan dan mula tegap berjalan ketika berusia 11 bulan 2 minggu. Satu pencapaian yang agak baik jika dibandingkan dengan ibu masa kecik-kecik dulu berjalan masa umur 1 tahun 3 bulan... muahahaha...

Apapun, hari hujung minggu bertambah-tambah ibu sibuk melayan kedua putera puteri ni. Takpelah, untuk kebaikan mereka juga. Untuk Ayah Naufal dan Nabila, kejenya carik duit untuk anak-anak ni..hihi... 

Ok, sampai sini saja.. Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua. Jemput la datang rumah beraya kat Gombak.. Mak kata nak masak soto ayam, kuah lodeh, kuah kacang, rendang...yummmmy sedapnya!! Tak sabar nak makan esok..hihi.. Ok.. Babaiiii!!!

04 October 2013

Cerebral Palsy Day..

Assalamualaikum..

2hb Oktober merupakan hari Cerebral Palsy. Sejak 2-3 hari sebelum tu saya sibuk menghadiri majlis Hari Cerebral Palsy anjuran kumpulan sokongan MyCP dan kemudiannya sibuk buat awareness untuk group sokongan Super Angels .

Ramai yang tak tahu apa itu Cerebral Palsy. Memang saya salute inisiatif kedua-dua group ini menyebarkan maklumat mengenai Cerebral Palsy. Jika dulu pesakit Cerebral Palsy macam Nabila ni tak banyak sangat, but now bila kami dikumpulkan dalam kedua-dua group ini, rupanya ramai senasib Nabila.

Masa hari Cerebral Palsy anjuran MyCP tu memang banyak tetamu yang saya jumpa. Dan bila tetamu jemputan memberi speech, air mata saya bergenang. Mereka adalah pesakit Cerebral Palsy yang telah berjaya dalam hidup. Lagi bergenang air mata saya bila mereka menceritakan kisah hidup mereka semasa kecil. Serba payah jika nak dibandingkan dengan zaman sekarang. Kiranya Nabila beruntung sebab dah ada macam-macam sekarang ni...

Dan tak lupa juga, dapat jumpa rakan-rakan senasib. Memang tak habis-habis berboraknya sampai Incik Zul dok menjeling suh ibu berhenti bercakap.. hehe.. Boleh plak berborak nak balik tertinggal handbag pulak... Hurmm..nampak nau ibu excited!! hihi

Sekeping gambar pun tak ambik, makanya saya pinjam gambar-gambar dari wall MyCP untuk tatapan semua...pinjam ek admin..

Antara tetamu yang hadir mendengar ceramah..saya yang baju pink ituh...

En. Hamdan sedang berucap. Barisan speaker yang amat saya kagumi...

Perasmian bangunan Greatlife Physiotherapy Bangi

Tetamu sedang melihat video sempena kempen kesedaran MyCP.

Dan pada 2 Oktober, sebagai tanda sokongan saya pada Nabila, saya dok kalut pagi-pagi amik gambar dengan dia..

Ibu dan kakak Bella
Baju hijau tanda sokongan..

Penuh wall dengan ucapan Selamat hari Cerebral Palsy. Siap ada video kempen kesedaran MyCP lagi dalam wall saya..

Apapun, inilah keindahan yang saya cipta bersama syurag hati saya, Yasmin Nabilah. Kakak, kalau kakak takde mesti ibu tak rasa semua pengalaman ini.. terima kasih sayang kerana berikan ibu pengalaman yang amat berharga ini...