Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 October 2012

Sudah tiba saatnya..

Sungguh hati saya tak keruan. Lebih-lebih lagi sudah mengetahui berita semalam tentang adik baby..

Semalam, seperti yang saya katakan pada entry lepas, saya ke Hospital Sungai Buloh. Hasil perjumpaan dengan pakar mendapati.....

SAYA HARUS DIBEDAH DALAM MINGGU INI JUGA.....weeeee!!!!

Cuma apa yang dikesalkan doktor HSB, katanya saya sudah terlewat untuk tempahan bilik pembedahan. Katanya doktor klinik kesihatan menulis pada surat rujukan, "saya mahu dirujuk ke HSB sebab nak try normal.."

Aje ke bengong la doktor klinik ni. Saya memang bukak surat rujukan tu, tapi memang tak faham lah apa yang di tulis. huhu...Padahal beria-ria panjang menjela nurse klinik tulis saya mahu operate atas arahan doktor pakar HSB kerana kes Nabila dulu. Last-last boleh dia tulis gitu! Haishhhh...nak kena doktor ni... Patutlah saya pelik, kenapa saya hanya dirujuk setelah adik baby berusia 38 minggu. Aduhaiiii.....

Kelam kabut doktor HSB mencari tempat kosong untuk saya. Dan saya bernasib baik..Kata doktor ada satu kekosongan dan ianya pada hari KHAMIS..yakni esok..Makanya saya dikehendaki 'menyerah diri' pada hari ini jam 8.30 pagi...

Dan bila disebut tarikh operate esok, buat hati saya berderau. Walaupun dalam pada masa yang sama, saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi saat-saat kelahiran adik baby, namun bila mengenangkan prosedur saya ketakutan....

Dan sebentar nanti, saya akan menunggu Abang untuk datang mengambil saya di rumah mak, dan bersama-sama ke HSB.

Apa yang saya risaukan pula sekarang ni, Nabila... Jam 4.30 pagi tadi, saya terjaga dari tidur. dan melihat Nabila sepertinya kegelisahan. Saya cuba memeluk tubuhnya, dan tiba-tiba... PANASSSSSSS!!!

Ya Allah, saya terus selak selimut dan merasa setiap inci tubuh Nabila. Nabila demam, dan saya pasti suhu sudah mencecah 40 darjah. Saya terus mengejutkan mak untuk membantu saya mengangkat Nabila untuk dijirus badannya dengan air. Kepala saya basahkan dan sesudah itu saya dan mak membiarkan dirinya tidak memakai baju. Serius saya takut sangat! Pernah terjadi perkara ini suatu ketika dulu, sewaktu saya keseorangan bersama Nabila. Memang perkara yang sama saya lakukan pada Nabila.

Dalam hati tak keruan, berdoa agar anak ini sembuh. Abang sendiri sudah mengambil cuti sakit semalam kerana demam. Anak beranak demam, dan kata abang dia perlu sihat untuk berulang-alik ke hospital sepanjang kelahiran adik baby nanti...

Ya Allah, berikan kesihatan yang baik untuk suami dan anakku. Kau permudahkan urusan kami sekeluarga. Berikan kekuatan pada kami. Kau permudahkan proses kelahiran anak kedua kami. Agar semuanya dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya. Amin....

Dikesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca coretan Nabila, andai sepanjang penulisan ini ada tersalah kata tersilap bicara.. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga..terima kasih...

p/s : baru tersedar hari lahir Nabila dan adik baby lebih kurang je tarikhnya... Kalau ditakdirkan adik baby lahir hari ini, sudah pasti tarikhnya sama seperti kakaknya.. 17hb.. Tapi lewat sehari la plak..huhu.. Tapi yang baiknya, adik bayb lahir pada hari yang sama iaitu Khamis.. Bak kata kak Imah, kawan sepejabat saya..hari yang baik... :)

15 October 2012

Debaran menantikan esok..

Sebelum itu layankan saja gambar ini...

 Tidur..baru lepas kena marah dengan ibu.. :(

 Sampai begini gaya tidurnya..Sayu..:( menitik air mata melihat wajah mulus ini...

Maafkan ibu sayang..Sejak dua menjak ini ibu lihat amarahmu kian menjadi-jadi. Pantang lambat tuntutanmu ibu tunaikan, pasti amukan menggila kamu sampai. Aduhai anak.. :(

Entah kenapa ringan benar tangan ibu malam tadi. Mungkin kesabaran ibu sudah di tahap puncak. Bila kamu tidur, kesal bila mengenangkan apa yang telah ibu lakukan padamu.. Lantas, jari ibu terus mengadu pada ayahmu. Dan saat itu, air mata ibu mengalir.... :(

Maafkan ibu sayang.... :(

Kisah semalam....

.

Kisah hari ini....

Temujanji bersama doktor klinik Ibu dan Anak Bukit Sentosa. Untuk kesekian kalinya, dan kali ini dapat berjumpa dengan doktor. Last appointment, doktor takde. Nak review tentang result BSP saya..

Kata doktor, tunggu saja appointment bersama pakar dari Hospital Sungai Buloh esok. Sama ada perlu lagi untuk melakukan BSP lagi atau tidak. Dan sejak semalam, hati ini semakin berdebar. Begitu ramai rakan-rakan bertanyakan tarikh adik baby a.k.a baby YN akan keluar. Yup.. Baby YN.. Seperti kakaknya Yasmin Nabilah..nama adiknya juga telah saya pilih... :)

Dan dalam hati..serasa mahu baby YN keluar dalam minggu ini juga. Walaupun dalam hati kecut mengenangkan prosedur yang bakal saya lalui iaitu PEMBEDAHAN... namun ini sajalah cara dan jalan terbaik buat saya dan Baby YN.

Doakan yang terbaik buat saya esok. Gundah hati ini sama seperti mengambil exam haritu. Tak senang duduk saya dibuatnya. Dan yang pasti, saya meminjam kekuatan Abang untuk berhadapan doktor esok... Moga segalanya baik-baik saja dan terbaik buat saya dan Baby YN.. Amin...


12 October 2012

Cik Bella yang EMO!!!

Terpaksa E.L hari ini. kerana EMO Cik Bella...

Serius, saya kalau si kecil ni menangis lain macam..memang takde hati nak bekerja... Semalam, selesai dari check up adik baby, saya pulang ke rumah sebentar..mengemas sedikit dan melipat kain. Biar duduk di rumah mak sekarang ni, tapi keperluan si suami tak patut diabaikan. Lagi pulak, saya ni memang pantang tengok rumah berselerak walaupun bukan saya yang duduk rumah tu. Sakit mata woooo...

Cerita dari hari Rabu lepas. Nabila menangis semasa saya sibuk berada di Rawang untuk pemeriksaan kandungan gula dalam darah saya. Buat BSP. Faham sajalah klu mengandung buat BSP ni. 4 kali check up, 8 pagi, 11 pagi, 5 petang dan 9 malam. Penat nak berulang alik ke gombak, so saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Nabila bersama neneknya. Pada Rabu petang, Nabila dijaga oleh adik-adik saya. Kata mereka, Nabila menangis sepanjang ketiadaan mak yang ketika itu sedang dylisis..

Bila saya dapat tahu, mak kata badannya dedar. Sudah diberikan ubat dan keesokan harinya, nampak ok sedikit. Namun, rupanya ianya tidaklah sebaik seperti yang saya sangkakan. Baru sampai 3 jam di rumah mak semalam..Nabila meragam semula. Kebetulan ubat demamnya juga kehabisan stok..jadi saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke Rawang (walaupun baru je lepas balik dari Rawang + badan penat membawa kereta = saya gagahkan juga kerana Nabila) . Adik baby? usah cerita lah.. Menendang-nendang perut ini kerana tak selesa....

Dan terus saja ke klinik. Pulang membawa sebeban ubat... :(

Hari ini, mood Nabila 'swing'. Serius sewaktu saya menaip entry ini, saya baru saja menangis mengenangkan apa lagi yang dimahukan oleh si kecil ini. Sakit hati kerana tidak dapat mengetahui apakah yang tersirat disebalik tangisannya yang tak henti-henti. Sampai sudah, saya mesej Abang kerana tak tahan menahan perasaan melihat Nabila begitu. Dalam hati berdoa agar anak ini memahami keadaan ibu yang semenangnya sudah tidak larat untuk mendukungmu sayang...

Ya Allah, berikan diri ini kekuatan untuk menjaga amanah-Mu ini. Berikan aku semangat untuk menjaga yang di dalam perut ini juga. Berilah aku petunjuk andai ada yang tak kena pada Nabila pada hari ini... :(


09 October 2012

Exam KPSL N27? Alhamdulillah.. :) Rezeki Nabila dan baby...

Bulan Julai lepas, saya kalut dengan exam N27 saya..Penolong Pegawai Tadbir. Kerani cabuk macam saya ni macam nilah. Nak naik pangkat terpaksalah ambil exam sana sini.

Pada awalnya memang tak mahu langsung amik exam tu. Sebab takde hati nak naik pangkat dek mengenangkan keadaan saya yang kerap membawa Nabila ke sesi terapi. Tapi di pujuk-pujuk..dirayu-rayu..barulah hati ni terbukak. Tapi tu pun 50% jer. Takde maknanya... :(

Sudahlah ketika itu kenduri kahwin adik saya , Ain. Saya terpaksa bergelumang dengan buku-buku exam. Memang tak sempat nak belek buku pun. Hanya sempat tagging tajuk-tajuk pada buku Perintah Am, buku PKPA dan buku Undang-Undang Umum. Nak baca? Usah haraplah....

Saya hanya mencuba soalan-soalan past year saja. Itupun hasil pemberian rakan saya tolong fotokopi soalan past year. Rupanya sangat membantu.. So kawan-kawan yang nak ambil exam N27..harus cuba soalan past year yek...hehe...

So nak dijadikan cerita.. sehari sebelum exam..memang saya give up! Sebab tak tau macamana nak jawab soalan. Plus, masa saya buat latihan terdapatlah beberapa gangguan di rumah mak. Abang memang tak kacau saya. Dok jaga Nabila, tapi jiran-jiran rumah mak datang melawat nak tengok pengantin membuatkan semua tertanya-tanya mengapa saya dikelilingi buku di ruang tamu. Jenuh nak jawab soalan mereka...hehe..

Last..saya tawakal saja. Berdoa segalanya baik-baik saja esoknya.

Tapi tempat yang jarang saya lalui, sahih saya sesat larat. Yang kelakarnya, saya boleh lupa mana pintu masuk utama Universiti Malaya. Telefon member, dia kata dia tak tau. Adoiyaii.. Masa plak dah suntuk. Tinggal 10 minit untuk masuk dewan. Kompem pening nak cari tempat exam plak...nak cari parking lagi... :(

Saya berhenti tepi jalan. Berdoa agar jalan saya dipermudahkan. Saya tolak gear D, terus bawa kereta mengikut kata hati saya. Rupanya saya salah simpang! Dan saya nampak pintu gerbang UM. Alhamdulillah...

Kegembiraan saya belum berakhir. Jalan sesak ya amat. Semua berpusu-pusu masuk ke UM. Dalam hati saya..semua ni nak ambil exam ke? Makkkk aiiii...ramai gilerrrr...huhu...

Saya redah je. Selit-selit dan mata mencari papan tanda untuk ke dewan peperiksaan. Nasib baik nampak. Ikut je direction yang diberi..Tapi... parking!!! Penuh weiiii...Adoiiii...

Ada pak guard bantu saya untuk mencari parking. Last dia izinkan saya parking depan pintu dewan. Wah..ini sudah cukup bagus! Rezeki.. :) Cepat-cepat saya ambil buku exam dan bergegas masuk ke dewan.

Tengok sekali semua tempat dah penuh. Mata saya terpandang tempat duduk kosong di tepi pintu. Paling hujung dekat dengan dinding.  Apa lagi..cepat je melabuhkan punggung. Keluarkan pen dan pensel.. Tulis nama, no. kad pengenalan, giliran semua bagai kat kertas jawapan. Dah tak pandang kiri kanan dah!!

Alhamdulillah..dapat jawab soalan dengan baik untuk paper A dan B . Paper C paling saya takuti. Undang-Undang Umum. Sebab bila saya buat latihan soalan past year..memang tak boleh jawab. Sampai call mak mertua tanya tentang soalan warganegara. Sekali lagi saya give up!! Serius..tension weiii...

Soalan paper C hanya 2 jam. Memang tak cukup masa. Saya terkial-kial lagi menjawab bila pegawai peperiksaan suruh berhenti menjawab. Saya pandang belakang. Tengok beberapa orang masih tekun menjawab. Dan sah, pasti saya gagal paper C...huhu...

Saya menunggu keputusan dengan penuh debaran. Beberapa kali juga saya semak keputusan, namun JPA masih belum mengeluarkan keputusan peperiksaan KPSL saya. Last pagi semalam, saya mendapat panggilan telefon dari rakan saya yang berkhidmat di bahagian sumber manusia. Katanya result dah keluar.  Ya Allah..berdebar usah cakap lah.. Saya cuba bukak..tapi gagal. Katanya, maybe server busy sebab ramai yang buka website JPA untuk semak keputusan masing-masing.

Last saya semak guna SMS . Tapi tak faham pula bila ditulis Bhg A : L , Bhg B : L ,  Bhg C : L , Bhg D :  Bhg E :  Bhg F :

Saya ingat Bhg F : tu untuk keputusan kertas akhir saya.. Fail... Rupanya saya salah baca...Entah macamana tetiba saya boleh lihat keputusan saya melalui website. Kebetulan line ok kut. Tu pun sekejap je. Terus saya print dan tengok dengan mata kepala saya sendiri..

hehe..sengih panjang saya sepanjang hari..Macam tak caya pun ada...

Alhamdulillah.. Rezeki Nabila dan adiknya. Sekali ambil exam dah lulus..memang susah nak percaya. Sebab mati-mati saya ingat saya kandas di paper C..

So, dah apply SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Dan tak tahulah apa nasib saya selepas ini. Ada rezeki anak-anak, insyaAllah naik lah pangkat. Kalau tak, duduk jelah kat gred N17 yek..

05 October 2012

Mak Buyong sudah 36 weeks....

Alhamdulillah... Sampai dah 36 minggu... tak lama je lagi budak dalam perut ni dah nak keluar dah.. Moga-moga anak ini sihat seperti kanak-kanak lain.. Amin...

Tadi ke Klinik Kesihatan Serendah. Scan adik baby. Mujur lah dapat doktor yang ok. Hurm..ditunjuknya satu persatu. Kepala, jantung, kaki..Tapi yang tak bestnya, skrin scanner tu tak nampak la plak..Silau dek cahaya. Adoiyaiii.. Takpelah..hari tu dah scan tengok adik baby gerak-gerak dah. So, ibu tak ralat sangat lah. Cuma mahu tahu, kedudukan adik baby..songsang lagi ke tidak..? Mujur adik baby berada di landasan betul...ahaksss!!

Doktor kata tadi berat adik baby baru 2.2 kg.. hurm..agak musykil disitu. Macam kecik pulak rasanya. Kakaknya Nabila dulu entah berapa tah.. tapi lahir je dah 2.7kg. Hurm..takpe..ada masa lagi 2 minggu nak naikkan berat ye adik.. :)

Alah..Ibu nih..risau macam-macam..Padahal takde menda pun. Siap cakap kat doktor tadi.."Anak first saya ada problem dulu..so saya agak risau dengan yang no. 2 ni.." Hurm..ibu panik tak tentu hala..hehe...

Apapun..harapnya semuanya baik-baik saja. Kencing manis pun kena control gak. Nak makan sedap-sedap pun memang tak dapatlah selagi adik baby tak keluar. Kang mau kena marah lagi dengan doktor.

Ceh..amik gambar sendiri..hidung dan badan dah kembang..hahaha...tapi cer tengok perut..Tak besar sgt kan.. Agaknya adik baby tak nak susahkan ibu. Nak angkat kakak Nabila lagi..Sian kat ibu kalau perut besar sangat. Sayang kamu adik baby... :)

p/s : Hurm...telah dikompemkan jantina adik baby.. Nama pun ibu dah pilih. Walaupun orang tua kata tak elok letak nama awal-awal..tapi ni ibu pilih je. Siap tanya permission ayah Nabila nak letak nama kali ni. Sebab haritu ayah Nabila yang letak nama Nabila. Now turn ibu lak..hehe..Boleh kan Abang? Pangkal tetap YN..macam kakak dia Yasmin Nabilah..Hurm..penat gak perah otak dok pikir nak cari nama lagi-lagi pangkal Y tuh. Hurm..Apapun janji maksud nama itu indah dan baik.. :)

02 October 2012

Dan di bulan Oktober ini.....

Ya, Bulan Oktober..bulan yang saya nantikan sejak 9 bulan yang lalu. Pelbagai perasaan kini melanda dalam jiwa ini. Takut,cuak,gembira,tak sabar semuanya bercampur baur. Perut semakin besar dan kesakitan di bahagian bawah kian terasa. Nak berjalan jauh? Usah haraplah. Termengah ditambah terasa beban di bawah seperti mahu terkeluar saja adik baby ini...

Saya tetap berjaga-jaga. Sentiasa memantau pergerakan adik baby. Ruang semakin sempit dan mungkin adik baby makin sukar untuk bergerak. Namun, pergerakannya tetap aktif. Kadang kala terasa seperti kakinya menolak kuat sampaikan perut ini bergerak ke kiri dan kanan. Mungkin dia sedang mencari keselesaan di dalam perut ibu.

Wahai hati..kuatkan semangat ini. Ya Allah, berikan kekuatan untuk ku terus menjaga diri, adik baby dan juga kakaknya Nabila. Sungguh hati saya ralat tidak dapat menjaganya seperti dulu. Pergerakan terhad, membuatkan hati saya sayu melihat Nabila hanya terbaring bermain seorang diri. Saya cuba memangku Nabila sambil mengambil tangan kanannya mengusap perut saya. Kata saya, "adik baby dalam perut ni.. Nanti kakak Nabila sayang adik baby..Adik baby pun sayang kakak Nabila". Dan tak disangka..tendangan kecil dalam perut. Sepertinya adik baby mendengar apa yang saya ucapkan. Ya Allah betapa besarnya kuasaMu. Berikanlah kesempatan kepada kedua adik beradik ini merasai nikmat untuk bersama dan menyayangi antara satu sama lain.

Kelmarin, saya perasan tentang sesuatu pada Nabila..


Kelihatan seperti bengkak di kaki. Abang cuba untuk memotong sedikit kuku dan dapati sedikit nanah keluar melalui celah kuku tersebut. Aduhai anak. Pastinya sudah beberapa hari kamu menanggung kesakitan ini. Maafkan ibu sayang kerana tak perasan akan kakimu ini. Dan bila dibuang nanah tersebut, nampak wajah Nabila sedikit tenang..

Sudah ke klinik tadi dan diberi antibiotik serta ubat sapu untuknya. Harapnya makin surut. Tadi pegang pun dia tak menangis sakit. Hanya diam dan memandang saya. Mungkin kesakitan sudah hilang...


Dan kelmarin, saya mengambil kerusi ini dari Mummy Rizki. Memikirkan jika saya berpantang nanti, susah untuk Nabila makan dalam keadaan baring. Cukup merisaukan lagi..Nabila kembali dengan perangai dulu. Mudah tersedak! Perkara yang paling saya bimbangkan sekarang ini. Entah kenapa masalah menelan kembali semula. Jika dulu, saya nampak perbezaan, tapi kini sepertinya Nabila sudah lupa menelan makanan dan minum susu dengan betul. Adakah kerana serangan sawan baru-baru ini...? Entahlah..saya kurang pasti. Saya cukup berjaga-jaga kali ini. Tidak mahu Nabila tersedak seperti dulu.. :(

Moga perjalanan di hari mendatang lebih baik sepanjang bulan Oktober. Dan saya berdoa agar berita baik saya perolehi bulan ini terutama mengenai kehadiran adik baby nanti..Amin....


01 October 2012

Perginya mereka ke syurga....

Betapa perit saya rasakan hari ini. Terasa masa begitu panjang sekali untuk berlalu.Mahu kesedihan hati segera pergi... :(

Bulan September..saya rasakan cukup getar pada ibu yang bernama Ana Sen, Ieyda Abd. Rahman dan Kak Siti Khodijah. Kehilangan anak tersayang di bulan September cukup memilukan hati saya. Saya merenung Nabila. Saya peluk Nabila kuat-kuat. Kerana saya juga mungkin akan merasai apa yang mereka rasai suatu hari nanti bila Nabila diambil semula oleh Ilahi...Cuma, tidak pasti bilakah ianya berlaku dan tak sanggup membayangkannya bila saat itu datang.... :(

Bermula dengan kisah Ana Sen bersama anaknya Eryna.. Eryna disahkan meninggal dunia setelah setahun lebih berjuang di hospital untuk mencari sebuah kehidupan. Tidak pernah pulang ke rumah sejurus dilahirkan. Seperti Nabila, Eryna juga disahkan HIE stage 3. Walaupun tak pernah bersua, namun gambar-gambar Eryna di dalam facebook saya cukup menggetarkan jiwa nurani saya. Kerana anak itu sama kondisinya seperti Nabila! Dan bila dikhabarkan Eryna pergi..saya kelu. Dan akhirnya saya menerima takdir ketentuan dari-Nya kerana saya tahu itu yang terbaik buat Eryna.

Pergilah Eryna...berakhirnya penderitaan mu di sini..Berjalan dan berlarilah kamu bersama kawan-kawanmu disana...

Dan hari ini, dua perkhabaran tentang kematian lagi. Aiman, anak keluarga superkids kami telah pergi buat selama-lamanya jam 8 pagi tadi. Sungguh hati saya pilu bila dikhabarkan oleh abang melalui handphone. Ya. Allah..serasa cepat benar Allah mengambil Aiman kembali. Teringat kenangan bersama Aiman dengan keluarga besar kami. Perjuangan Aiman bersama Nabila di Pusat Rawatan Kak Raw, Syifa Al-Hidayah, di Beranang, dan di Greatlife takkan saya lupakan sampai bila-bila. Aiman yang saya kenali sejak kecil, yang saya dukung dan cium kini sudah tiada lagi di dunia ini...

Perit kehilangan Aiman sangat dirasai oleh kami sekeluarga superkids. Lagi perit hati ini melihat Babah dan Mama Aiman menitiskan air mata kerana kehilangan anak tersayang. Aiman seperti jantung mereka berdua. Perginya Aiman, sepertinya terhenti jantung mereka juga. Ya Allah, berikan kekuatan buat Zali dan Ida. Agar mereka mampu untuk teruskan kehidupan tanpa Aiman disisi. Demi Aina....

Kata saya pada Abang, andai saya di tempat Ida, sudah pasti saya seperti orang gila. Anak yang sentiasa dikendong, di dukung hilang dalam pelukan ini pastinya memberikan impak yang besar pada saya. Sehari meninggalkan Nabila bersama nenek cukup meresahkan hati ini. Apatah lagi pulang ke rumah tanpa Nabila disisi. Sangat kosong !

Mungkin selepas ini, tiada lagi senyuman Aiman bersama mata bulatnya merenung saya. Tiada lagi kedengaran suara tangisan Aiman bila kami berkumpul bersama. Ya Allah..betapa rindunya saya pada Aiman..

Pergilah Aiman sayang..Andai disini Aiman tidak mampu untuk berlari, berlari kamu di sana bersama ahli syurga yang lain. Tiada lagi tangisan sakit ketika terapi, tiada lagi batuk, muntah dan sakit demam. Tiada lagi kesukaran tidur malam..Semua ini tiada lagi sayang...

Perkhabaran sedih rupanya belum berakhir. Di hari yang sama perginya Aiman, seorang lagi pejuang hidup telah pergi buat selamanya. Anak kak Khodijah , Hazim telah pergi buat selama-lamanya juga jam 10 malam tadi. 2 bulan terseksa di dalam hospital kerana cirit birit. Walaupun tidak mengenali kak Khodijah dan Hazim secara dekat, namun kehilangannya memberi kesan pada saya. Apatah lagi mereka senasib dengan Nabila...

Ya Allah, Kau kuatkan semangat ibu dan ayah kepada anak-anak ini. Berikan kekuatan semaksimun mungkin pada mereka. Andai ini yang terbaik untuk anak-anak mereka, redhakanlah pemergian mereka. Di dunia hanyalah kesakitan buat mereka. Dan bahagia menanti di syurga sana. Dan pastinya mereka menanti kedua ibu dan ayah di pintu syurga nanti..

Al-Fatihah buat Eryna, Aiman dan Hazim. Moga roh mereka dicucuri rahmat....Selamat tinggal bidadari bidadara syurga...Pastinya kita akan ketemu lagi di sana....