05 January 2012

Ruang & gadget

Perubahan drastik berlaku pada rumah kami. Seriuslah.rumah kami yang agak sempit ini..agak susah untuk saya meng 'adjust' ruang untuk Nabila melakukan sesi terapinya.

Ni jelah ruang yang ada pun nak bergolek-golek dengan Nabila. Saya suka buat depan TV..at least leh pasang lagu-lagu nursery ryhmes untuk Nabila dengar. Nak ibu dia nyanyi..sure sumbang mambang..hahaha!!!

Begitu juga dengan meja ini...

meja paterning Nabila...

Sebenarnya meja ni bukan tempat untuk saya dan abg makan bersama..Kami lebih selesa makan di meja jepun kami. Meja ni sebagai tempat untuk letak barang-barang je. Tapi bila Nabila memerlukan tempat untuk lakukan paterning, makanya terpaksa ku korbankan meja ini. Dan test-test..rupanya meja ni tak sesuai. Saya perlu gunakan meja potong kain saya jugak.. Yang bentuknya begini...

abaikan je barang yang berselerak..sebab time nih sibuk potong kain..hehe..


Hari ini, saya MC. Kerana masalah tekak saya yang sudah seminggu melarat sakitnya. Nak bercakap dengan suara serak macam Ella. Huhu..Menelan air liur? Lagilah payah. Sudahnya bila ke klinik, kata doktor, tekak saya sudah merah dan membengkak pada saluran tekak itu. Semalm pun doctor bagi nab kat saya. Katanya tak dengar bunyi peparu. Huhu...

Tapi, MC pun terapi tetap berjalan seperti biasa. Saya lakukan sedaya saya. Lepas makan ubat, terus buat sesi terapi..biarpun tekak rasa perit. Saya tak nak sebab saya Nabila kerugian 1 hari..huhu..

Dan tengahari panas rembang, saya keluar dengan Nabila mencari bahan-bahan ini...

sensory material untuk Nabila

Saya pening mencari bekas untuk letakkan semua bahan-bahan ini. last, saya teringat kak Afidah Ayob pernah letakkan gambar bekas yang diletakkan bahan-bahan sensory Aiman. Lantas , saya letakkan semua bahan-bahan saya di dalamnya. 

Saya lakukan mengikut arahan Dr. Sham kerana mahukan Nabila lebih fokus dan lebih berani dalam menyentuh pelbagai tekstur benda. Setiap benda 2 jenis untuk touch , hearing dan massage. Dan perlu di lakukan sekerap mungkin.

Saya juga tetap meneruskan terapi cahaya apda Nabila. Menyuluh mata dengan lampu picit bermentol kuning dan lakukan setiap sebelah mata selama 1 minit. On dan off. Kata Dr. Sham, untuk meransang kembali saraf mata Nabila.. :)

Harapnya saya dapat lakukan semua aktiviti ini. Bila dah ada yang guide, agak mudah untuk saya lakukan. 

p/s : badan Nabila dah nampak lembut, terutama tangan kirinya. Alhamdulillah. Tapi ibu harus usaha lebih keras lagi. InsyaAllah... :) Saya sedang merangka untuk memohon cuti separuh gaji. Doakan permohonan saya diluluskan. Amin...


1 comment:

Jue-Isteri_Ibu said...

semoga dpermudahkan urusan. Amin

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...