25 August 2012

Sampainya hati mereka...

Semalam, 2 kejadian saya lihat menerusi anak mata ini. Sesungguhnya pada saya sangat meruntun hati dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada saya sekarang ini...

Kejadian pertama :

Saya pulang ke rumah Rawang bersama Nabila sesudah pulang dari kerja. Rindu pada Nabila kerana terpaksa meninggalkan si kecil ini pada neneknya kerana check up adik baby pada hari khamis. Sungguh sunyi rumah bila tidak mendengar suara rengekannya.

Sedang memandu menuju bulatan Batu Caves, mata ini terpandang sepasang suami isteri sedang menunggang motorsikal. Bila kereta saya merapati pasangan tersebut, ternampak tangan kecil di celah kedua mereka. Lantas saya memandang langit dan melihat hujan rintik di cermin kereta saya. Ya Allah, kesian sungguh anak itu. Meredah hujan bersama ibu dan ayah menuju ke Kepong. Serasa mahu berhenti dan menghantar anak dan isterinya ke tempat destinasi. Kemana mereka selepas itu, saya tak pasti, namun apa yang saya pandang..anak itu masih kecil..serasa saya sebesar Amar, dua pupu Nabila. Kira-kira dalam 5-6 bulan..

Jauh disudut hati saya, bersyukur kerana Allah permudahkan rezeki saya untuk membeli kereta dan memberi kepandaian pada saya untuk memandu sendiri tanpa mengharapkan si suami untuk ke mana-mana. Serius saya katakan, wanita kini terutama isteri, harus pandai untuk membawa kereta. Entah tak tahu nasib kita kelak, andai suami dijemput pergi, bagaimana keadaan kita untuk teruskan kehidupan dan menguruskan anak-anak?Seharusnya wanita kini perlu pandai serba serbi...

Doa saya agar anak itu tidak sakit dek terkena air hujan dan moga perjalanan mereka selamat hendaknya.. Amin...

Kejadian kedua :

Saya bersama Abang dan Nabila ke pasaraya berdekatan rumah kerana ingin membeli sedikit barang keperluan dapur. Bila sampai, Abang terus meletakkan kenderaan paling hujung sekali di lot tempat letak kereta. Saya keluar dan Abang sedang menguruskan Nabila di tempat duduk belakang.

Sedang menunggu, saya memandang kereta yang diletakkan bersebelahan kereta kami. Dalam cahaya samar, saya terpandang sesuatu di tempat duduk hadapan. Saya lihat anak kecil, serasa saya seusia Nabila sedang duduk di dalam car seat. Dalam hati ini berdetik..Adakah anak ini keseorangan? Saya cuba meneliti di dalam kereta tersebut. Sah, anak itu ditinggalkan sendirian.  Danj tiba-tiba bunyi pintu kereta Abang berdentum, dan membuatkan anak itu terperanjat. Saya amati lagi keadaan anak itu. Dengan kepalanya bersandar di car seat, dan tangan menggenggam, saya pasti anak itu adalah kanak-kanak istimewa. Mata ini tidak salah memandang.

Saya bercakap pada Abang mengenai anak itu. Bertanya adakah tingkapnya terbuka untuk pengaliran udara. Kata Abang, buka pun adalah sebesar jari kelingking untuk masuk ke dalam kereta. Sangat kecil. Dan saya lihat anak itu seperti kepanasan.

Berbaju melayu biru muda, saya yakin anak itu anak berbangsa melayu. Saya hanya mampu memandang simpati pada anak ini. Abang mengajak saya lekas-lekas membeli barang. Doa saya agar ibu bapanya lekas-lekas pulang dari membeli barang.

Selesai membeli, saya keluar. Mata saya memandang tepat ke arah tempat letak kereta kami. Memastikan kereta Proton Saga itu sudah berlalu pergi. Sangkaan saya meleset. Rupanya, masih lagi di situ. Aduhai..Berapa lama ibu dan ayah anak itu pergi membeli barang? Dan saya tak tahu dari jam berapa anak itu berada di situ. Dalam hati meronta mahu membuka pintu kereta itu. Kata Abang, pastinya berkunci dari dalam. Saya memandang sayu tatkala kereta kami berlalu pergi. Abang lekas-lekas beredar kerana tidak mahu bahang kereta kami masuk ke dalam kereta ibu bapa anak itu. Tak semena-mena, air mata saya mengalir. Marah betul Abang melihat tindakan ibu bapa tersebut. Tak terluah kata dari bibir saya. Hanya menangis mengenangkan nasib anak itu. Doa saya agar anak itu baik-baik saja di dalam kereta.

Sungguh hati saya geram. Sesusah mana anak itu dibawa, harus di bawa bersama. Jangan fikir malu, jangan fikir susah. Allah sentiasa bersama kita. Saya yakin tentang itu. Sudah beberapa kali saya ke pasaraya berkenaan bersama Nabila tanpa ditemani Abang. Saya akui agak sukar, namun saya tiada pilihan. Saya pasti akan meletakkan Nabila di dalam stroller dan menolaknya perlahan menggunakan tangan kanan, dan tangan kiri memegang bakul. Tak sampai rasa hati saya meninggalkan Nabila di dalam kereta keseorangan.

Moga ibu dan ayah anak itu sedar dengan tindakan yang boleh membahayakan anak mereka... :(

22 August 2012

Aidilfitri di Rembau dan Ipoh..

Alhamdulillah, saya, Abang dan Nabila selamat sampai ke Bukit Beruntung jam 3 pagi tadi. Bertolak dari Ipoh jam 10.30 malam dan kalau nak diikutkan perjalanan hanya memakan masa 2 jam, sudahnya menjadi 5 jam.. Kereta nan banyak membuatkan perjalanan menjadi letih.  Sudahnya kami melelapkan mata sebentar di Behrang.

Tahun ini, persiapan ala kadar. Perut membesar dan pergerakan mulai terbatas membuatkan saya lebih selesan berada di rumah dari berjalan beraya ke rumah sanak saudara. Tambahan pula Nabila kelihatan resah sepertinya di serang 'kejutan' dek penangan bunyi mercun dan bunga api yang sangat menyakitkan telinga. Sungguh air mata saya mengalir di malam syawal kerana melihatkan dirinya yang sukar dipujuk. Syahdu melihat dirinya yang tidak sihat ketika itu sehingga berlarutan sehingga raya ke-3 di rumah mertua.

Maaf tak dapat berkunjung ke rumah sanak saudara. Sungguh hati saya melonjak mahu beraya di rumah sanak-saudara, lebih-lebih lagi disebelah rumah mertua..namun kerana Nabila, saya dan Abang pendamkan saja hasrat itu. Tidak mahu bikin kecoh di rumah orang dengan ragamnya.

Apapun, gambar raya tahun ini, tiada senyuman terukir diwajah Nabila. Hanya rengekan dan hanya mahu tidur di dalam buai sahaja...

Layankan saja gambar kami ini ya....

Kaum keluarga sebelah mak..

Jejaka jejaki di pagi raya...

Monyok Cik Bella..huhu...

kami adik beradik..tanpa adik kedua.ketiga dan ayah tersayang...

Dua pupu..Amar yang sangat bijak!! :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.... :) Jemput datang beraya di rumah yek... :)

17 August 2012

Ibu sudah nampak adik baby.... :)

Semalam, saya melakukan scan adik baby di klinik swasta. Atas cadangan rakan sepejabat saya Hidayah, yang juga melakukan scan twin baby nya di situ.So far betul kata Dayah..memang puas hati scan di situ. Sonographer memang baik. Phoebe Foo, melayan setiap pertanyaan saya dengan baik. Memang saya suggest lah kalau sesapa nak scan baby kat situ. Segala mak nenek benda dalam badan nak scan pun boleh..hehe....

So ni addressnya kalau ada yang berminat...

NR Medical Imaging Sdn Bhd
No. 10 Jalan Boling Padang E13/E
40100 Shah Alam, Selangor
03-5518 4930
website : http://nrmedical.blogspot.com

Ok, bercerita tentang adik baby...

Sejak kes bleeding di awal pregnancy haritu..dalam hati saya memang gusar pada adik baby. Adakah dia benar-benar sihat. Bila check up dengan klinik kesihatan, macam biasalah..bukannya ada scan-scan ni. So nak tak nak kenalah cari alternatif lain.

Dan sebenarnya, ibu sudah tidak sabar menatap wajahmu sayang. Sungguh ibu teruja. Walaupun dalam hati cukup gusar kerana mungkin ibu masih fobia dengan kejadian yang menimpa kakakmu. Dalam hati tak putus-putus mendoakan kamu sihat dalam kandung sehingga kamu besar kelak.

Dan ibu tak puas menatap video ini...


video

Sesungguhnya saya terpana  melihat kejadian Allah. Betapa besarnya nikmat yang Mu berikan pada hambaMu ini. Melihat kejadian bayi di dalam rahim cukup menginsafkan saya..

Doa saya agar anak ini terus kekal sihat sehingga dewasa kelak. Moga dirinya boleh memimpin tangan kakaknya nanti. InsyaAllah. 

16 August 2012

Salam AidilFitri 2012


 Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Nabila.. InsyaAllah, kami akan beraya di Rembau (tahun ni turn saya pula..hehe..) bersama keluarga dan sanak-saudara. Dan kemudian akan pulang ke Ipoh beraya bersama keluarga mertua.. :)

Moga perjalanan kalian di sepanjang hari raya ini selamat dan bergembira bersama keluarga tersayang. Doakan kami selamat pergi dan kembali ke destinasi dituju..:)

Saya memohon maaf seandainya terdapat sebarang kesilapan sepanjang menulis disini. Jemputlah datang ke rumah kami di Bukit Sentosa Rawang.. InsyaAllah, Raya ke-3 sudah berada di Kuala Lumpur semula... :)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga untuk kalian semua.. :)

12 August 2012

7 bulan sudah & Iftar bersama Superkids

Alhamdulillah, genap sudah 28 minggu adik baby di dalam tummy ibu. Aksinya ligat di dalam perut, dan kadangkala ibu rasa senak kerana tak dapat duduk dengan betul (harus dalam keadaan menyandar) untuk susukan kakak Bella. Terasa hati mahu adik baby keluar cepat-cepat dari dalam perut ini..Tapi tak cukup bulan lagi...Haishhhhh!! Ibu bawak bersabar k....

Nak berjalan apatah lagi. Mengah!! Berat saya takdelah naik 'kaw-kaw' . lagi-lagi bulan puasa sekarang ni. Nampak macam maintain je. Hurm..risau pulak. Adik baby ok ke? ligat dalam kepala ni nak tau perkembangan si kecil ini. Maybe lepas raya ibu akan jenguk adik baby dalam versi 4D...  :)

So, doakan semuanya baik-baik saja yek.. :) Amin...

Semalam, rumah kami meriah dengan kehadiran rakan-rakan kakak Bella. Sapa lagi kalau bukan kawan superkidsnya.. Riuh dengan gelak tawa, lagi-lagi Abang menjadi 'hasil laukkan' Abang Long, Zali dan Farid sempena hari lahirnya yang ke 30. Selamat la yek bang.. Ibu tak komplot dengan dorang tau...hahahaha!!!

Semalam juga, dapat gak lah saya merasa durian hasil buah tangan Abang Long dari kampung. Takut punya pasal, saya makan 2 ulas je. Masa mengandung Bella dulu, tak main la makan ulas-ulas neh.. 3 bijik terus makan...!! Seb baik takde rasa contraction time tu. Kalau tak mau beranak awal gak..hehe...

Tengok keadaan adik baby dan badan ibu takde panas sgt, so saya bedal lagi.. Kali ni 10 ulas. Hurm..ok kut...hehe..teringin betul nak makan. Tapi masih berhati-hati..hehe...


sesi memanggang memang tak miss setiap tahun..kira dah jadi acara tahunan..hehe..

Abang jadi korban upacara 'melauk' semalam..hehe... * tak tau la apesal potong kek guna parang..hehe...*

*KREDIT PIC TO ABG LONG..TAK SEMPAT NAK AMIK GAMBAR..HEHE..*

(Yang ni tak masuk tajuk..)

Baju kurung Bella tak siap lagi ni.. So tadi sempat la potong dan hantar untuk jahit tepi. Harapnya dapat siapkan dalam minggu ni gak..yelah, klu siap minggu depan, takde maknanya... Adelah budak yang beraya tak pakai baju kurung kang!! hehe...

the making of baju kakak Bella...huh..lama tak asah skill menjahit neh!!

Seb baik budak ni baek je..dok diam-diam kat situ tunggu ibu potong kain..hehehe...

05 August 2012

Tilam Terapi Nabila

Saya menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa aktiviti berkaitan fizikal untuk Nabila. Malah sejak dulu lagi saya berhasrat untuk mencari ini...

dapat yang lipat2 gini lagi best.. :)

Ayah saya seringkali membeli kain PVC untuk membuat kerusi dan barang untuk terapi Nabila. Saya bertanya padanya adakah kedai itu menjual tilam sebesar katil bujang bersama PVC. Katanya ada. 

Hurm..apa lagi, setelah berbincang dengan Abang, kami bersetuju untuk membeli span tilam bersaiz 2 inci bersama PVC untuk dibuat tilam terapi Nabila. Bersungguh benar saya kali ini. Kalau nak diikutkan hati dan badan yang sudah berat ini, memang tak mampu untuk menjahit. Namun, bila mengenangkan Nabila dan adiknya akan menggunakan tilam tersebut untuk bermain, maka saya bersama Abang menyiapkannya jugak.

2 keping tilam bersaiz 2 inci dan PVC sebanyak 8 meter cukup membaluti kedua-dua tilam tersebut.
Cina kedai tu siap ajarkan camner nak jahit dan masukkan tilam ke dalam PVC. Saya buat simple dan mudah sebab atas kegunaan sendiri. Nak buat beria kang makan masa pulak.

So inilah hasilnya...

satu letak depan TV..senang mokcik Bella ni dok baring golek-gelok tengok TV. Tak pun mak dia senang nak buat terapi sambil tengok TV..hehe...

Yang ni tempat biasalah..tempat selalu saya main dengan Nabila. Abaikan yek bola-bola atas incline track tu. Ada projek menyusul lagi selepas ini..huhu..

Budak kecik ni dah merasa dah baring atasnya.. Berpusing-pusing atas tilam. Ibu dia pun seronok dapat baring sama..hehe...

So kalau sesapa nak beli materialnya, boleh la ke kedai cina tu.. Belakang Grand Seasons Hotel..ada kedai jual kusyen dan PVC. Dekat dengan Hospital Sentosa (kalau tak silap saya) . Pusing-pusing la kat area kedai-kedai situ.

owh..saya ada alamatnya..ni pun berpandukan pada resit lah yek...

HH Heng Fabrics Sdn Bhd
42A, Jalan Dato Haji Eusoff,
Damai Kompleks,
Off Jalan Ipoh
50400 K.L
03-4042 8812
email : hhheng-fabrics@hotmail.com

okes...daaaa... :)

04 August 2012

Belajar untuk mengatakan TIDAKKKKK!!!

Saya mula perasan perkara nan satu ini. Mungkin ini juga salah satu perkembangan terbaru si kecil Nabila. Belajar untuk mengatakan TIDAK MAHU!

Kadang-kadang memang sukar untuk memahami anak Cerebral Palsy. Lebih-lebih lagi seperti Nabila yang belum mampu untuk bertutur dengan baik. Hanya tangisan menunjukkan tanda ketidakselesaan. Ketawa bila saat dirinya gembira. Saya sebagai ibu yang melahirkannya pun memang sukar menduga sikap anak dara saya ini. Apatah lagi orang luar yang menjaganya bukan?

Saya mula perasan, bila dia sudah kenyang sama ada minum susu atau makan, Nabila tahu untuk berkata isyarat gelengan kepala tanda tidak mahu meneruskan makan atau minum.  Pada saya, itu suatu tanda yang baik. Bukan mudah untuk dirinya berkata tidak.

Alhamdulillah.. sedikit pun perkembangannya membuatkan hati saya terharu. Sungguh saya langsung tak mengajarnya untuk menggeleng. Namun saya tak pasti dari manakah dia tahu tanda gelengen itu.

Memang lambat bila anak seusia Nabila hanya mengetahui maksud gelengan. Tapi pada saya Nabila sudah pandai menunjukkan ekspresi perasaannya.

Doa saya agar anak ini terus maju. Terus melangkah ke hadapan. Walaupun lambat, ibu akan tunggu sayang.. InsyaAllah.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...