Featured Post
Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..
Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...
21 August 2011
Cuba membayangkan andai Nabila kini punya adik...
Bila tengok budak berdua ni, elok je baring sama-sama. Masa ni adik Ra'id Nabila ni kecik lagi. baru berapa bulan tah.. Tak ingat pula bila masa saya mengambil gambar mereka berdua ni.
Bila lihat Ra'id atau baby lain, saya selalu membayangkan andai saya dikurniakan seorang lagi anak. Adik kepada Yasmin Nabilah. Agaknya bagaimanakah lagak saya ketika itu? Kelam kabutkah? Hurm..rasa tak terbayang pula bila mengenangkan ini semua.
Memanglah kata orang, belum cuba manalah tahu kita boleh melaluinya atau tidak. Takkan awal-awal lagi dah 'surrender'. Dalam hati memang teringin la sesangat. Tapi bila fikir-fikir balik, berat je rasa apatah lagi dengan keadaan Nabila.
Beberapa hari lepas, saya memegang lagi bayi kecil. Berusia 3 bulan. Anak kepada jiran saya. Comel. Tembam bulat. Rasa nak geget-geget je. Lagi bertambah geram bila saya usik dia, dia ketawa sambil memandang tepat pada saya. Yelah, dulu Nabila manalah tahu nak buat itu semua ketika berusia 3 bulan. Entah kan nampak saya ke tidak, saya tak pasti. Yang dia tahu, hanya menangis tak henti-henti ketika itu.
Bila tengok budak kecil bermain, seronok sangat. Sebab saya belum punya kesempatan merasai itu semua bila bersama Nabila. Sampai ada kawan saya kata, seronok memang seronok melayan budak-budak, bila dah lama-lama bosan. Hish..betul ke? Mungkin juga kut....
Moga hati saya terus terbuka untuk berikan Nabila adik..Moga trauma saya cepat-cepat pergi dalam hati ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
zufri-skrg umur 12thn,dpt adik mase umur 4thn.keadaan same mcm nabila,ummi die pun mcm tak bersedia nak berikan zufri adik.tp rezeki Allah.zufri blh berdikari,finally blh berjalan w/pun lmbt2..dan,thn ni zufri mula berpuasa.alhamdulillah penuh setakat ni.mudah2an nabila cepat sembuh.amiin ya Rabb
anak adalah rezeki dr Allah yang sangat bernilai. kata orang, anak ramai, lagi melimpah ruah rezeki yang dtang ;)
Assalamualaikum
Rasanya tidak akan pernah ada istilah bosan pada ibu & ayah untuk melayan anak-anak. Tengah penat-penat, balik kerja tengok je anak, anak sengih-sengih terus hilang penat.
Cuma kadangkala bila anak bertambah iaitu dua orang ni, lain pulak feel nya. tantrum(kalau tak salah la) anak pertama memang menguji kesabaran, kadangkala memang terlepas jugak.
Tapi itulah, marah2 pun..lepas tu ibu peluk balik...
insyaallah ina.. :)
Post a Comment