~ Tak suka bila nampak wajah Cik Bella nanes..Tak comey..~
Dan sewaktu perjalanan pulang, saya nampak Nabila terkejut-terkejut, setiap kali kereta melanggar lubang atau kereta bergoyang. Sungguh saya takut melihatnya.Tangisan Nabila juga lain. Seperti orang ketakutan. Pada saya bukanlah takut dengan 'benda tu' dan kemungkinan besar yang berlegar di kepala saya ini adalah 'cik **wan' dia datang. Kerana dengan suhu badan yang tak turun-turun sejak petang semalam membuatkan saya yakin ianya datang menyerang. Cuma ianya berlaku dalam tempoh sekejap saja.
Saya buntu. Saya tidak tahu nak luahkan pada siapa. Lantas saya teringat dua nama ini. Pada awalnya saya cuba menelefon Jiey untuk mendapatkan pandangannya sama ada perlu di bawa ke hospital atau tidak. Namun talian tidak berjawab dan terus saya mendail orang kedua iaitu Ita. Bila diluahkan barulah lega sedikit. Terima kasih Ita...
Sampai dirumah, suhu badan Nabila masih lagi tidak turun walaupun sudah di sponge berulang kali. Tangisannya menggila di tengah malam. Saya dah naik risau. Diberi ubat punggung, antibiotik pun tak turun suhunya. Lantas saya bercadang untuk ke hospital. Saya terfikir untuk memandikan Nabila. Memang gila kut nak mandikan dia malam-malam tapi mengenangkan badannya panas, saya dan Abang tak peduli. Janji suhunya turun.
Selesai mandi, barulah nampak Nabila lega. Dan tertidur keletihan di sebelah saya. Tak sampai hati saya untuk mengangkat Nabila ke katilnya. Sudahnya berhimpit 3 orang tidur di atas katil. Dan sehingga subuh ini, Nabila masih lena. Dan tadi bila saya ambil suhunya, Alhamdulillah, sudah nampak kurangnya.
Saya rindukan senyuman Cik Bella. Rindukan ketawa mengekeknya..Ya Allah, sembuhkanlah Nabila.. Amin..
~Rambut kembang dengan suara mengekek ketawa..Saya rindu..~
4 comments:
Nabila, cepat sihat yer.Ina sabar banyak2 tau.
klo cik 'wan' die dtg lame ke kak nk sembuh?sian nabila comel...semoga die cepat sembuh!!
alahai kesian nabila.. harapnya cepat la sembuh.. Hmm risaunya kalau cik wan menyerang kan.. harapnya nabila akan terus ok la hendaknya..
adik pieQa pun ada sorang yang ada cik wan. tapi masa die kecik2 je, bila demam2 jadila. tapi bila dah besar alhamdulillah, takde dah. moga bella yang cOmel dan ceria ni cepat sembuh :)
Post a Comment