Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

25 February 2012

Perang emosi...

Hari ini, seperti biasa, Sabtu kami akan ke Sentul. Apalagi kalau bukan appointment bersama Dr. Sham.

Nabila tak berapa sihat 2-3 hari ni. So rasa sayang nak batalkan appointment, makanya saya telah bersedia dari segi fikial dan mental menghadapi keadaan Nabila jika keadaan dipaksa melakukan aktiviti.

Meraung, usah ceritalah. Sampaikan nak bercakap dengan Dr. Sham pun kena menjerit..hehe.. (korang bayangkanlah sendiri kekuatan vokal Cik Bella..huh!!)

So far, Nabila kalau dengan Dr. Sham, dah menangis meraung dia pasti akan buat. Macam tadi..mengesot tak guna incline track. Boleh je dikuis-kuis kaki tu untuk bergerak. Cuma tak selincah manalah. Tapi menangis tulah akan memaksa dirinya untuk buat. Kalau dalam keadaan bersantai..usah haraplah minah kecik ni nak buat..huh!!

Bukan memaksa, saya fikir semua tu untuk kebaikan dia. Benar kata Dr. Sham, kalau sesi terapi nya ala-ala lemah gemalai..alamatnya jangan harap lah anak tu nak buat. Saya tak kisah kalau Dr. Sham nak kasar dengan Nabila. Kerana saya tahu, denga cara kekerasan je Nabila mampu lakukannya..

Malam tadi, saaya lakukan beberapa aktiviti. Termasuk incline track nya. Sebenarnya, saya mahu menukar incline yang baru. Dan kata Abang, dia setuju untuk menempah incline baru juga. Incline yang ayah saya buat ni, bukanlah tak bagus. Sangat baik. Cuma Nabila makin memanjang. Tak puas rasanya dia nak slide  di situ.. InsyaAllah, ada rezeki Nabila, buat yang baru.. :)

Incline lama? Tak pasti lagi.. Sama ada mahu jual atau buang? hish..buang sayang la pulak. Hurm..ada sesapa nak ke? Kalu nak pastikan anak tu keci l lagi.. hehe..kos penghantaran ditanggung sendir. Ambil kat rumah jelah yek..Rasanya aritu bawak guna iswara, turunkan seat, muat je nak masuk..hehe..

Tengok saja gelagat Nabila. Meraung tak ingat..huhu...


Terkeluar suar ibu yang garang..huhu..Kalau tak garang, Nabila tak mau buat. Bila dah selesai, baru saya upah dengan susu. Kalau tak, rugilah apa yang saya dan suami buat hari ini...

Bukan mudah tau Nabila nak slide sendirian tanpa sebarang rangsangan. Selalunya, saya kena geletek atau main tapak kaki dia untuk bagi dia gerakkan tangan dan bengkokkan kaki untuk mengesot. Ni semua hasil dari teknik paterning yang saya lakukan bersama Abang. Paterning tu penting tau. Kalau tak buat paterning, camner otak nak belajar untuk mengesot.. : ) Hurm..rasanya siapa yang faham tentang glenn doman method faham apa yang saya katakan ini.. :)

Celup mencelup dalam ais...

Huhu..Ampun...!!! dah lama tak update blog. Superbusy dengan benda-benda ni...

~cinta hati saya.. Bellaclosetcraft.. :)~

Tapi..

Tak boleh lawan cinta yang ini...

erkkk!!!

Aduhai..bila tengok sure kesian kan..Tah hapa-hapa lah ibu Nabila ni. Anak meraung-raung tuh..Nabila buat apa ek?

Ni salah satu homework Dr. Sham. Air dicampur dengan ais. Sejuk beku tangan dicelup dalam baldi. Asasnya untuk mengurangkan stiff pada anggota badan. Anak Cerebral Palsy, memang tak lepas dari hal stiff ni.huhu..

Tapi peringatan yek. JANGAN LAKUKAN TANPA SEBARANG PEMERHATIAN DARI PAKAR!! NI INGATAN KERAS. PASAL SETIAP BUDAK LAIN-LAIN KAEDAHNYA..!

Saya akan celupkan Nabila dengan kiraan 10, dan kemudian mengelap dengan tuala kering. Saya lakukan mengikut setiap anggota. Tangan kanan, tangan kiri, kaki kanan, kaki kiri . Tak boleh buat serentak. Nanti terkejut. huhu...

~uwwaaaaaaaaaa...~ *sayu mak nak*huhu..

Maafkan ibu yek dik..ibu tak sanggup nak buat begini, tapi mengenangkan ianya untuk kebaikan adik, ibu harus lakukan. Ibu nak badan adik lembut. Nanti senang nak berjalan sendiri. 

Siapa sanggup buat begini. Serius. tangan saya masuk sekali dalam air, dan terasa kebas. Macamana pula keadaan Nabila yang betul-betul merasainya. Tentunya sakit bukan. Nak anak sihat, terpaksalah ibu menahan sendu dalam hati.. :(

Moga anak ibu terus kuat ye sayang.. Amin... :)

p/s : Nabila tak sihat.. Asyik menangis je semalam. Hari ni nampak ok sket.. Harapnya esok terus ok sebab ada appt dengan Dr. Sham..huhu...

19 February 2012

107 Things To Put In Sensory Table

Ranai juga yang bertanya pada saya apa yang perlu disediakan untuk melakukan sensory therapy. Kak Rafidah mama Janna ada share di dalam blog Supermum tentang perkara ini. Saya takut saya hilang senarai ini, maka saya copy paste dari website ini.. http://craftyteacher.blogspot.com.au/2007/09/107-things-to-put-in-your-sensory-table.html 

Sangat berguna.. Saya tepek apa yang di tulis yek..  Terima kasih pada penulis blog tentang entry yang sangat berguna ini.. :)

Here are some ideas for your sensory or "sand and water" table, from traditional to unusual. Keep in mind that you don't need a commercial table for any of these - a large shallow plastic container works fine.

You can also use more than one material in your table. For instance, bury some plastic "jewels" in sand for a treasure hunt or put shells in sand for a beach theme. Add soil to water for mud or mix rice, beans and popcorn for a variety of sensory experiences.


Sensory Materials

1. Sand
2. Water - plain or lightly colored
3. Water with liquid soap or bars of soap
4. Rice - which can be colored with food coloring if desired
5. Pasta - one kind or a mix; can also be colored
6. Snow
7. Fake snow - it's awesome!
8. Hay
9. Soil - use organic for safety; add live worms if you're brave
10. Sod
11. Homemade silly putty
12. Jello - make a few large pans of it and dump it in
13. Cereal
14. Sugar or salt
15. Leaves, acorns, twigs, pine cones
16. Easter grass
17. Shaving cream - can be colored with food coloring
18. Ice cubes or crushed ice, or a large block of ice
19. Shredded documents - from a regular or cross-cut shredder
20. Birdseed
21. Seaweed
22. Grain - or pellets used for animal feed
23. Dog biscuits
24. Fish tank gravel
25. Flour
26. Popcorn
27. Packing peanuts
28. Cedar chips - check your local pet store
29. Sawdust - ask your local lumber company
30. Marbles and cardboard tubes
31. Feathers
32. Applesauce
33. Cotton balls
34. Strips of bubble wrap - you can buy it in large rolls
35. Plastic "jewels"
36. Beads and string
37. Cooked spaghetti - add a little oil to keep it from sticking
38. Curling ribbon
39. Homemade play dough
40. Yarn and string
41. Confetti
42. Pebbles, gravel, rocks
43. Hair gel
44. "Oobleck" - equal parts cornstarch and water
45. Shells
46. Glitter
47. Homemade slime
48. Magnets and small metal objects, like paper clips
49. Potato flakes (dehydrated)
50. Shampoo
51. Live goldfish or minnows - for a short amount of time, and under direct supervision only!
52. Tinsel
53. Smell bottles
54. Natural clay
55. Real or fake flowers
56. Bubble solution
57. Water and a bottle of mineral oil or baby oil
58. Finger paint
59. Jingle bells
60. Wood scraps and sandpaper
61. Papier mache - soak strips of newspaper and put in blender with flour and water
62. Hand lotion
63. Sponges and soapy water
64. Beans - several types
65. Buttons
66. Insides of a cleaned-out pumpkin - or whole gourds/mini pumpkins/decorative corn
67. Pudding
68. Used coffee grinds
69. Toilet paper - add a little water if you like
70. Cornmeal
71. Different kinds of tape or pattern scissors
72. Doll or pillow stuffing - really cheap at Wal-Mart
73. Separate bowls of vinegar and baking soda for mixing
74. Polymer crystals - they are used to provide water to plants; they absorb it and turn into a gel
75. Toothpaste
76. Oatmeal
77. Nuts - use a variety, still in their shells
78. Crepe paper streamers
79. Pom-poms
80. Poker chips
81. White glue
82. Stretchy/squishy toy worms/insects


Tools and Accessories

83. Measuring cups and spoons
84. Cooking and serving utensils: Spoons, tongs, mashers, whisks, etc.
85. Eye droppers or pipettes
86. Turkey basters
87. Small lidded containers
88. Bowls
89. Strainers/colanders
90. Scissors
91. Popsicle sticks
92. Clothespins
93. Dowels
94. Cookie cutters
95. Fishnets
96. Small buckets and shovels
97. Toy people, boats and vehicles
98. Plastic animals and insects
99. Magnifying glasses
100. Bubble wands
101. Funnels
102. Spray bottles
103. Lengths of plastic pipes and flexible tubing (hardware stores carry different diameters)
104. Straws
105. Magnet wands
106. Toothbrushes
107. Plastic fruits and vegetables

Boleh lakukan di rumah. Saya sendiri memiliki beberapa item seperti dalam senarai.. Cuma takdelah sebanyak dalam list ini :) Apapun ianya boleh memberi idea kepada kawan-kawan lain.. :)

18 February 2012

Eyepatch & incline track... (budak banyak akal!!)

Minggu ni, saya cuba 'menggoogle' (ceh ayat apa neh) untuk penyelesaian kepada masalah Nabila yang suka sangat tutup mata dengan tangan bila buat lighting therapy . Geram pulak rasa. Tapi bila fikir-fikir balik, saya rasa penglihatan Nabila sudah nampak ada kemajuan sikit. Kalau dulu, lampu picit seterang-terang tu pun dia boleh pandang. 2-3 minggu lepas, saya perasan, setiap kali saya suluh, dia akan larikan mata dan kepalanya. Rasa nak pegang je kepala dia tuh..huhu...

Cumanya setiap homework Nabila tak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Bila Nabila sekolah, badan dah letih, satu homework pun tak nak buat. Kadang-kadang naik tension pun ada. Tapi apa leh buat. kalau ku paksa budak kecik ni, sure dia pun pressure gak kan..huhu...

Ok, balik ke penyelesaian masalah Nabila. Memang atas arahan Dr. Sham, Nabila perlu buat lighting dengan keadaan satu mata melihat dan satu mata tertutup. Bila ku buat, habis kain sapu tangan di bukaknya. Bukan bukak pakai tangan, dia geleng-gelengkan kepala pada bantal sampai terbukak kain tersebut.

Sebab apa..? Nabila memang tak boleh ada benda melekat kat area mukanya. Pantang tau. Bila saya tengok gambar anak kak Nani, Iman dan Kak Long memakai eyepatch, terus terfikir nak buat penutup mata macam pirate tuh..hehe.. Bila google lagi, tengok ada plak contoh DIY yang mat-mat saleh buat untuk hari Halloween kut. Apa lagi, ku cuba, dan hasilnya...

Ibu eksperimen masa Nabila tido. Hanya guna felt dan getah.. Lepas tu jahit keliling.. :) Siap!!!

Tapi.. bila pakai..perghhhh..saya ingat dia tak reti nak bukak. Uiihhhh mak.. pandai dia..konon-konon mata gatal..dia garu je terus terbukak.. berpuluh kali la saya betulkan kedudukan penutup mata tuh. Dan kepala, kejap kiri kejap kanan.

Hurm..kalau ada sesapa yang nak, boleh email kat saya di sini . InsyaAllah, saya cuba buatkan.. :) Tapi untuk terapi la ek..klu nak buat untuk party tak dapek la mokcik nak tulun....


Ok, cerita tentang incline track. Rasanya saya belum attach video Nabila terapi bersama Dr. Sham kan. Yang di dipendekkan saja ceritanya. Tak silap ini kali kedua Nabila menggunakan incline track Dr. Sham. Semua palsu belaka..menangis macam lah kena pukul Padahal cubit pun tidak. Adoii...

Kat rumah pun sama. Terpekik terlolong menangis, macam kena sebat 100 kali. Tapi ibu buat tak tau je dik. Sebab ibu tahu kalau ibu ikutkan kata kamu, habislah. Satu benda pun ibu tak dapat buat...huhu..

Layan kan saja video ini eh...

Budak tak mo buat.. Kaki bengkok2 tapi kuis nya sikit je..melalak macam kena dera..huhu...

16 February 2012

hair band lagi...

Sejak-sejak saya post entry tentang hairband..Alhamdulillah, rezeki Nabila bertambah. 2 minggu ini, banyak order saya terima. Dan rasa tak menang tangan pun ada. Hehe.. Saya cuba beri yang terbaik buat pelanggan-pelanggan saya. Jika ada kekurangan, saya mohon maaf yek..

Apapun enjoy picture ini yek...


~yang atas tu pin tudung. Kak Nani punya order.. Nak sama macam Suzi :) Dan cekak khas untuk kedua anak daranya.. Anis dan Mira.. TQ kak..

Order dari Rahizah Awang.. Katanya untuk dipakai ke majlis.. :) Dan hasilnya...

Taraaaaa....

Siap.. :)

ok..yang ini pula order dari Diyana.. :)

Terima kasih kerana sudi membeli hasil kraf saya.. :) Ni on the way siapkan beberapa pasang cekak lagi.. :)

07 February 2012

Memberi dan menerima...

Entry ini bukanlah berkisar hati saya.. :)

.

Berkisar tentang sesi pembelajaran Nabila sepanjang hari berada di rumah.. :)

.

Sedia maklum, Nabila masih belum menguasai skill memegang dan memberi sesuatu kepada orang lain. Ya, faktor besar yang menyumbang kegagalan Nabila untuk bermain adalah masalah matanya. :(

Namun, sejak sebulan lebih ini, saya banyak lakukan perkara ini di rumah. Ianya telah di ajar oleh Dr.Sham sendiri. Bahan-bahan untuk stimulasi pelbagai bentuk telah saya sediakan. Alhamdulillah, kata orang mata buta tak semestinya hatinya buta bukan..? Ya, hati Nabila 'celik' . Puas berminggu-minggu saya mengajar Nabila menggenggam dan memberikan barang yang dipegang kepada saya, nampak sedikit perubahan positifnya.. :) Syukur.

Namun, perjalanan masih jauh. Bila melihat sedikit perubahan ini mebuatkan hati saya berbunga riang. Sekurang-kurangnya, Nabila masih punya harapan.

Sedikit video yang saya ambil sewaktu Nabila bermain :) Tersenyum sendiri saya melihat video ini.. :)


Biarpun sedikit perkembangan ini, buat saya gembira. Ya, bukan mudah untuk saya melatih Nabila. Doakan perjalanan kami terus dipermudahkan..InsyaAllah..

06 February 2012

Cik Bella si baby tua..hehe...

Semalam kami ke Hotspring Sg. Klah. Adik saya yang plan sebenarnya. Entah kenapa tiba-tiba mahu berkelah pulak. Mujur Abang kerja syif malam. Jadi pagi-pagi kami sudah bertolak ke Sungkai..

Agak ramai juga orang menghabiskan masa cuti umum sempena Maulidur Rasul. Mujur jalan tak sesak. Agaknya orang ramai balik kampung hari Jumaat lepas. So highway pun takdelah sesak sangat. Kami sampai di Hotspring jam 10 pagi.

Saya beri Nabila makan dan kemudian terus  mencelupkan tubuhnya ke dalam kolam yang biasa kami mandi. Nabila memang pantang kalau dapat air panas. Senyap sunyi suara dia. Sikit tak berdecit suara tu. Adalah mata-mata yang memandang. Terpandang gelagat Nabila berendam di dalam kolam yang panas dengan wajah yang bersahaja.

Sebelah saya seorang wanita bersama anak buahnya. Tak silap umurnya 2 tahun lebih. Puaslah wanita tu berkata " Tengok adik mandi..diam je.." Sambil memujuk anak buahnya untuk merasai kenikmatan air panas di kolam itu.

"Ni bukan adik nih..pangkat kakak dah.." Saya memperbetulkan kata-kata wanita tersebut.

"Kakak ni special..tu yang nampak dia macam baby nih.. " Sambung saya lagi sambil tersenyum. Tak nak nanti wanita tu fikir saya tak suka dengan kata-katanya. Saya sudah biasa bila kemana-mana orang mengganggap Nabila seperti bayi. Yelah.. kalau saya sendiri pun memang merasakan wajah Nabila seperti bayi lagi.. Harapkan badan panjang jer..hehe...

Kemudian saya sambung-sambung borak lagi dengan wanita tersebut sehinggalah saya meminta diri untuk mandi di kolam air sejuk pula.. :)

Tenang je muka bila mandi air panas.. Tu yang semua lalu lalang dok tengok Nabila jer..hehe..

Apapun saya enjoy semalam. Lama tak berendam air panas. Selalu saya suruh Abang yang masuk. Kali ini Abang malas pulak nak masuk kolam, so nak tak nak saya kenalah masuk. Kebetulan ada mak dan adik-adik. Kami berendam beramai-ramai lah..hehe..

04 February 2012

Kraf lagik!!

Sejak kebelakangan ni Bellaclosetcraft agak lembap sket..hehe..Tuannya agak sibuk terkejar-kejar buat terapi dengan Nabila..

Namun begitu Alhamdulillah, rezeki Cik Bella sentiasa ada. Dapatlah tempahan sikit-sikit dari kawan-kawan.. Antaranya...

Order dari Suzi. Pin tudung buat anak daranya..

Pin tudung gak..Order dari kak Wani.. :) Banyak ooo..30 pcs.. TQ kak.. :)

3 nama order hairband.. Percubaan pertama..setelah beberapa kali gagal..hehe..

hasilnya..?

Taraaa... :)

Untuk tempahan boleh email saya di bellaclosetcraft@gmail.com  :) Tq semua...

02 February 2012

Bila sang suami menghargai pengorbanan ini...

Semalam, cuti Hari Wilayah Persekutuan. Dan semestinya saya akan berada di rumah dan memastikan masa dipenuhi dengan aktiviti terapi Nabila. Penat..memang penat. Dari satu aktiviti ke satu aktiviti..Sedari pagi hingga ke malam, badan ini bekerja. Bila saya berehat sambil manatap skrin komputer dan melihat Nabila main sendirian, saya terfikir. "Masa itu emas.." Lantas saya capai Nabila dan buat apa saja yang boleh dilakukan bersamanya.

Petang, Nabila menangis bila bangun dari tidur. Puas memujuk, akhirnya saya membawanya keluar. Bertanya pada Nabila sama ada dia mahu bermain basikal atau tidak. Tapi jawapan Nabila.. ? Semestinya diam seribu bahasa.. :) Kalau dia bercakap, mesti saya dah terkejut punya.. :)

Saya letakkan Nabila di basikal pinknya dan bermain bersama anak-anak jiran yang lain. Jiran sebelah rumah saya mempunyai seorang anak dara sebaya Nabila. Petah bercakap. Dalam hati.."Kalaulah Nabila sihat, pastinya mereka berdua berkawan.." . Itupun "Kalaulah...." Huhu...

Malam menjelang, selesai mandi, saya mainkan lampu torchlight pada Nabila. Selesai saja, saya terlelap. Entah kenapa mata ini berat benar. Tak silap saya terlelap dalam 20 minit. Nabila baring sebelah saya dalam bilik yang gelap. Saya dapat merasai kakinya menendang di bahu saya. Namun, agaknya badan ni penat sangat, saya tertidur.

Saya terjaga tatkala Abang masuk ke bilik dan mengejutkan saya.

" Aikkk..ibu tido dik..? Adik amin sorang-sorang yek.."

Mata saya mengerling ke arah jam. Tengok dah jam 9.00 malam . Terus saja saya ke bawah bersama Nabila dan duduk sebentar sofa.

" Abang nak pergi klinik jap.. Nak amik ubat. Tadi antibiotik terjatuh kat jalan masa nak gi kerja tadi.."

"Ok.." jawab saya ringkas..

Terus saya mengemas meja paterning Nabila. Dalam hati mahu mengajak ayah Nabila lakukan paterning bersama selepas pulang dari klinik.

Sesudah mengemas, saya bermain dengan Nabila sebentar..Dan kemudian ayah Nabila pulang dari klinik.

"Tu meja clear tu nak buat paterning ke lepas ni...?" Tanya ayah Nabila

"Haah..nak buat tak? Kalau penat takpelah..." Saja ayat pancing ayah Nabila.

"Ye..Abang tau..Memang abang nak buat pun.."

Dalam hati lega. Yelah, saya kesian kat Abang. Balik kerja dah tentu penat. Problem kat kilang sepanjang dia bercuti, rupanya tak disiapkan oleh rakan sekerjanya. Mahu menunggunya pulang dari bercuti, baru nak buat.

Selesai buat paterning dan ais, Nabila mengamuk mahu tidur. Jam pun dah pukul 10.00 malam. Memang dah masa Nabila untuk tidur sebenarnya.

"Terima kasih ibu..Kesian ibu penat harini main dengan adik yek... " Kata abang.

Saya terkejut sebenarnya dengan kata-kata itu. Bukan mudah untuk Abang melafazkannya. Mungkin dia nampak kesungguhan saya kali ini.

"Ibu target at least adik boleh mengesot tahun ini. Ibu risau tengok adik.. "

" Yelah, Abang faham..Sian ibu penat buat semua.."

Saya hanya mendiamkan diri. Terasa penat hilang bila dengar Abang kata begitu..

Buat Abang, terima kasih kerana memahami ibu. Ibu cuba lakukan yang terbaik untuk adik. Maafkan ibu andai ibu tak dapat beri kesempurnaan pada Abang. Ibu sayangkan kalian berdua.. Moga kita berdua terus kuat demi adik..InsyaAllah...


01 February 2012

Jalan-jalan di Bandar Jakarta...

Last week.. kami ke Jakarta. Kami sekeluarga bersama saudara mara sebelah mak memang dah plan untuk membeli belah persiapan perkahwinan adik saya...Dan saya, bersama Nabila dan Abang hanya niat untuk berjalan. Shopping? Adalah sikit..Tapi tak segila selalu.. Kerana percutian kali ini agak 'bajet' sedikit. Saya banyak peruntukkan duit ke rawatan Dr. Sham. Maka, adalah lebih baik saya berbelanja dengan berhemat saja.. :)

Pada awalnya memang cuak kerana untuk pertama kali saya saya travel bersama Nabila menggunakan kapal terbang. Khuatir sangat Nabila tak selesa atau menangis sehingga mengganggu penumpang lain. Namun sangkaan saya meleset bila lihat rupanya Nabila seronok berada di dalam kapal terbang. Mujur ruang dalam KLM tak terlalu sempit. Memang selesa.. :)

Sepupu saya, Imran sebagai tour guide kami. Sebenarnya agak seriau bila berjalan di kota Jakarta ini. Serius..Agak bahaya jika kita tak berhati-hati. Tak seperti di KL..boleh bersenang lenang berjalan di sini.

Apapun, saya enjoy trip di sana. Alhamdulillah, tiada insiden berlaku sepanjang kami di sana. Yelah, Imran nak jaga 13 orang..Masaing-masing punya kerenah tersendiri.. :)

Kebetulan juga 28 Januari adalah hari lahir mak saya yang ke 51 tahun.. So kami celebrate terus di sini.. :)

Sempat juga kami berjumpe dengan kak Maimon bersama suami dan anak tercinta..Hanani.. :) Kulit Hanani putih gebus. :) Rambut hitam lebat..geram je tgk dia. Santek anak dara kak maimon neh.. :)

Ok..enjoy da' pic ya!!




















p/s : sehingga hari ini..baju semua tak abis berbasuh lagi..huhu..penat tak hilang lagi..hehe...