Hari ini, seperti biasa, Sabtu kami akan ke Sentul. Apalagi kalau bukan appointment bersama Dr. Sham.
Nabila tak berapa sihat 2-3 hari ni. So rasa sayang nak batalkan appointment, makanya saya telah bersedia dari segi fikial dan mental menghadapi keadaan Nabila jika keadaan dipaksa melakukan aktiviti.
Meraung, usah ceritalah. Sampaikan nak bercakap dengan Dr. Sham pun kena menjerit..hehe.. (korang bayangkanlah sendiri kekuatan vokal Cik Bella..huh!!)
So far, Nabila kalau dengan Dr. Sham, dah menangis meraung dia pasti akan buat. Macam tadi..mengesot tak guna incline track. Boleh je dikuis-kuis kaki tu untuk bergerak. Cuma tak selincah manalah. Tapi menangis tulah akan memaksa dirinya untuk buat. Kalau dalam keadaan bersantai..usah haraplah minah kecik ni nak buat..huh!!
Bukan memaksa, saya fikir semua tu untuk kebaikan dia. Benar kata Dr. Sham, kalau sesi terapi nya ala-ala lemah gemalai..alamatnya jangan harap lah anak tu nak buat. Saya tak kisah kalau Dr. Sham nak kasar dengan Nabila. Kerana saya tahu, denga cara kekerasan je Nabila mampu lakukannya..
Malam tadi, saaya lakukan beberapa aktiviti. Termasuk incline track nya. Sebenarnya, saya mahu menukar incline yang baru. Dan kata Abang, dia setuju untuk menempah incline baru juga. Incline yang ayah saya buat ni, bukanlah tak bagus. Sangat baik. Cuma Nabila makin memanjang. Tak puas rasanya dia nak slide di situ.. InsyaAllah, ada rezeki Nabila, buat yang baru.. :)
Incline lama? Tak pasti lagi.. Sama ada mahu jual atau buang? hish..buang sayang la pulak. Hurm..ada sesapa nak ke? Kalu nak pastikan anak tu keci l lagi.. hehe..kos penghantaran ditanggung sendir. Ambil kat rumah jelah yek..Rasanya aritu bawak guna iswara, turunkan seat, muat je nak masuk..hehe..
Tengok saja gelagat Nabila. Meraung tak ingat..huhu...
Terkeluar suar ibu yang garang..huhu..Kalau tak garang, Nabila tak mau buat. Bila dah selesai, baru saya upah dengan susu. Kalau tak, rugilah apa yang saya dan suami buat hari ini...
Bukan mudah tau Nabila nak slide sendirian tanpa sebarang rangsangan. Selalunya, saya kena geletek atau main tapak kaki dia untuk bagi dia gerakkan tangan dan bengkokkan kaki untuk mengesot. Ni semua hasil dari teknik paterning yang saya lakukan bersama Abang. Paterning tu penting tau. Kalau tak buat paterning, camner otak nak belajar untuk mengesot.. : ) Hurm..rasanya siapa yang faham tentang glenn doman method faham apa yang saya katakan ini.. :)
6 comments:
huhu nangis umi Iman tgk video Nabila...rasa sayu sangat...but Nabila good job...kaki dia dah pandai bengkok...nak sampai hujung tu pandai pulak tgn dia pegang hujung incline...Good job ina, zul dan nabila...korang memang kuat....
Bila tengok Cik Bella nangis...akak tak sedih. Kenapa? kita memang kadang-kadang kena kering hati.Kalau tak sampai bila2 anak kita tak belajar sesuatu kan....Ina, material apa yang ayah Ina guna buat incline track tu? Ingat nak suh hubby akak buatkan kalau material senang nak cari...
Hebat Cik Bella...nangis pun nangislah...at least she can learn something...
Kak Nani : huhu..sayu mmg sayu kak..ina dok tahan perasaan je..tapi untuk kebaikan dia kan.. :)
kak ct-sue : hehe..lagi hebat dengar suara dia kan..hahaha!! kuat ya amat! Betul.. Alah kak, guna papan pintu je tuh..recyle je kak..klu akak nak buat better guna playwood..tahan sikit..klu akak ada beli buku What to do about brain injured child glenn doman..dia ada tunjuk gambar camner nak buat incline track ni. :)
kuat suara dia.. ingatkan merengek je, rupanya meraung, tapi betul apa doktor tu cakap, bila dia meragam jerit-jerit gitu, boleh je dia slide kan??
tp mmg speechless nengok usaha nabila ni..
Post a Comment