Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

06 February 2012

Cik Bella si baby tua..hehe...

Semalam kami ke Hotspring Sg. Klah. Adik saya yang plan sebenarnya. Entah kenapa tiba-tiba mahu berkelah pulak. Mujur Abang kerja syif malam. Jadi pagi-pagi kami sudah bertolak ke Sungkai..

Agak ramai juga orang menghabiskan masa cuti umum sempena Maulidur Rasul. Mujur jalan tak sesak. Agaknya orang ramai balik kampung hari Jumaat lepas. So highway pun takdelah sesak sangat. Kami sampai di Hotspring jam 10 pagi.

Saya beri Nabila makan dan kemudian terus  mencelupkan tubuhnya ke dalam kolam yang biasa kami mandi. Nabila memang pantang kalau dapat air panas. Senyap sunyi suara dia. Sikit tak berdecit suara tu. Adalah mata-mata yang memandang. Terpandang gelagat Nabila berendam di dalam kolam yang panas dengan wajah yang bersahaja.

Sebelah saya seorang wanita bersama anak buahnya. Tak silap umurnya 2 tahun lebih. Puaslah wanita tu berkata " Tengok adik mandi..diam je.." Sambil memujuk anak buahnya untuk merasai kenikmatan air panas di kolam itu.

"Ni bukan adik nih..pangkat kakak dah.." Saya memperbetulkan kata-kata wanita tersebut.

"Kakak ni special..tu yang nampak dia macam baby nih.. " Sambung saya lagi sambil tersenyum. Tak nak nanti wanita tu fikir saya tak suka dengan kata-katanya. Saya sudah biasa bila kemana-mana orang mengganggap Nabila seperti bayi. Yelah.. kalau saya sendiri pun memang merasakan wajah Nabila seperti bayi lagi.. Harapkan badan panjang jer..hehe...

Kemudian saya sambung-sambung borak lagi dengan wanita tersebut sehinggalah saya meminta diri untuk mandi di kolam air sejuk pula.. :)

Tenang je muka bila mandi air panas.. Tu yang semua lalu lalang dok tengok Nabila jer..hehe..

Apapun saya enjoy semalam. Lama tak berendam air panas. Selalu saya suruh Abang yang masuk. Kali ini Abang malas pulak nak masuk kolam, so nak tak nak saya kenalah masuk. Kebetulan ada mak dan adik-adik. Kami berendam beramai-ramai lah..hehe..

No comments: