Semalam, pulang dari office, saya terus mengambil Nabila di rumah mak. Entah kenapa saya lihat Nabila buat gaya terkejut-terkejut dan seperti kegelisahan...
Sesudah maghrib saya terus pulang menuju ke rumah. Saya khabarkan pada Abang yang Nabila kelihatannya seperti diserang sawan. Rasanya sudah lama tidak menjengah. Dan sepanjang malam Nabila berkelakuan seperti itu.
Hati saya resah. Lebih-lebih lagi Nabila mula merengek menunjukkan tanda ketidakselesaan. Abang menanggalkan bajunya dan mandi. Kata Abang terasa seperti badannya hangat. Terus saja Abang membawa Nabila ke bilik air dan memandikannya.
Diam. Mungkin kerana selesa air kena pada tubuhnya. Saya hanya membiarkan Nabila memakai pampers tanpa baju dan seluar. Air cond bilik pula buat hal. Terasa bahang. Abang cuba untuk mencuci penapis habuk. Dan kemudian air cond kembali sejuk. Lama betul tak cuci air cond *sigh*
Entah jam berapa Nabila memejamkan matanya. Pagi tadi saya bertanya pada Abang jam berapa Nabila lena. Katanya, tak lama selepas ibu tidur. Ya, saya tidur dulu. Sebab badan terlalu letih dan terasa pinggang ini sakit. Saya hanya serahkan Nabila kepada Abang untuk menjaganya di waktu malam memandangkan saya juga perlukan rehat. Kesian juga pada adik baby...
Pagi tadi, saya dan Abang terus membawa Nabila ke klinik. Kata doktor, Nabila banyak kahak. dan lantas diberikan nabulizer padanya. Dan sehingga entry ini di taip..tiada lagi serangan seperti semalam. Saya juga memastikan suhu badan Nabila kekal rendah dan tidak panas....
p/s: mujur selera makan tetap ada..kalau tak..payah gak klu tak makan... :(
No comments:
Post a Comment