Alhamdulillah, Bulan Ramadhan menjelma lagi. Masih diberi kesempatan mengerjakan ibadah nan satu ini. Moga terus diberi kesempatan lagi di hari-hari berikutnya dan dimasa hadapan.. :)
Bulan puasa tahun ini keadaan saya berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Bersama adik baby dalam perut memang rasa kelainannya berbanding tahun sebelum ini. Pernah juga merasai nikmat mengandung ketika berbulan puasa bersama Nabila dulu. Keadaan yang sama, perut yang memboyot dan perjalanan rutin harian yang agak rancak.
Teringat dulu masa mengandungkan Nabila, saya baru saja bertugas di Jabatan KEMAS. Sewaktu itu, Jabatan saya memang sibuk merancang pelbagai aktiviti di bulan Ramadhan. Teringat saya berulang alik ke Kampung Baru kerana hampir setiap malam ada aktiviti di sana. Penat! Sangat Penat! Apakan daya, kata pun pekerja..huhu..
Kali ini, rasanya tak sesibuk macam dulu, cuma saya sibuk berulang membawa Nabila ke pusat terapinya. Dapat rasakan nanti bahang kepenatan, namun seperti biasa...saya cuba sedaya upaya saya demi Nabila.
Saya masih belum melakukan sebarang persiapan raya untuk Nabila. Malah, baju kurungnya juga belum dijahit. Risau la plak..hehe..Tapi kalau sempat jahit mana dan jelah!! Baju saya? Hurm..beli siap sudah..! Silap-silap berjubah je. hehe... Incik Zul? Hurm..katanya tak perlu nak beli baju melayu lagi. Tapi macam kesian pulak takde baju. Macam biasa cari yang dah siap gak.. Cari mana yang sempat je..hehe..
Apapun Salam Ramadhan dari saya, Incik Zul dan Nabila buat semua. Moga kita dapat meningkatkan amal ibadah kita dan diterima Allah sepanjang bulan ini.. InsyaAllah.. :)
No comments:
Post a Comment