Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

12 October 2012

Cik Bella yang EMO!!!

Terpaksa E.L hari ini. kerana EMO Cik Bella...

Serius, saya kalau si kecil ni menangis lain macam..memang takde hati nak bekerja... Semalam, selesai dari check up adik baby, saya pulang ke rumah sebentar..mengemas sedikit dan melipat kain. Biar duduk di rumah mak sekarang ni, tapi keperluan si suami tak patut diabaikan. Lagi pulak, saya ni memang pantang tengok rumah berselerak walaupun bukan saya yang duduk rumah tu. Sakit mata woooo...

Cerita dari hari Rabu lepas. Nabila menangis semasa saya sibuk berada di Rawang untuk pemeriksaan kandungan gula dalam darah saya. Buat BSP. Faham sajalah klu mengandung buat BSP ni. 4 kali check up, 8 pagi, 11 pagi, 5 petang dan 9 malam. Penat nak berulang alik ke gombak, so saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Nabila bersama neneknya. Pada Rabu petang, Nabila dijaga oleh adik-adik saya. Kata mereka, Nabila menangis sepanjang ketiadaan mak yang ketika itu sedang dylisis..

Bila saya dapat tahu, mak kata badannya dedar. Sudah diberikan ubat dan keesokan harinya, nampak ok sedikit. Namun, rupanya ianya tidaklah sebaik seperti yang saya sangkakan. Baru sampai 3 jam di rumah mak semalam..Nabila meragam semula. Kebetulan ubat demamnya juga kehabisan stok..jadi saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke Rawang (walaupun baru je lepas balik dari Rawang + badan penat membawa kereta = saya gagahkan juga kerana Nabila) . Adik baby? usah cerita lah.. Menendang-nendang perut ini kerana tak selesa....

Dan terus saja ke klinik. Pulang membawa sebeban ubat... :(

Hari ini, mood Nabila 'swing'. Serius sewaktu saya menaip entry ini, saya baru saja menangis mengenangkan apa lagi yang dimahukan oleh si kecil ini. Sakit hati kerana tidak dapat mengetahui apakah yang tersirat disebalik tangisannya yang tak henti-henti. Sampai sudah, saya mesej Abang kerana tak tahan menahan perasaan melihat Nabila begitu. Dalam hati berdoa agar anak ini memahami keadaan ibu yang semenangnya sudah tidak larat untuk mendukungmu sayang...

Ya Allah, berikan diri ini kekuatan untuk menjaga amanah-Mu ini. Berikan aku semangat untuk menjaga yang di dalam perut ini juga. Berilah aku petunjuk andai ada yang tak kena pada Nabila pada hari ini... :(


4 comments:

ruzie said...

assalamualaikum
pn. ina, sy nak mintak izin utk share kisah nabila dan gambarnya di page adik adam syukri...utk beri semangat kepada ibunya pn. nora.....

Noina said...

boleh..amiklah..moga ibu adam terus bersemnagat..insyaAllah..

along said...

sabar ya.. jaga anak kecil memang perlukan banyak kesabaran.. sebab tu la syurga tu terletak di bawah tapak kaki ibu. sebab pengorbanan seorang ibu tu terlalu besar...

Anonymous said...

Salam, rasanya Nabila tahu x lama lagi adik nak keluar 2. Dia risau takut ibunya kurang memberi perhatian padanya lagi.Cuba cakap dengan dia katakan selalu padanya walaupun ada adik nanti mama x lupakan nabila, masih sayang nabila no.1.Semua orang masih sayang dengan nabila macam dulu. Budak2 macam ni dia perlukan perhatian lebih dari 100 peratus. Hati2 jangan sampai dia rasa terpinggir diatas kehadiran adik dia nanti. Kalau ingin membelai si adik nanti jangan tunjukkan sangat di hadapan nabila nanti dia terasa. Budak2 macam ni dia teramat sensitif. Semuga nabila segera sembuh ya.Amin.Kak Rynn.